
Bagaimana bahagia itu?
Bahagia. Ya semua orang nak bahagia, dan ingat semua orang ditakdirkan Allah dengan bahagia.
Ini bermakna, semua orang ada takdir kebahagiannya tersendiri.
Namun tak semua orang dapat merasai bahagia, apabila dirinya sendiri hanya memandang bahagia tu dari satu prespektif sahaja.
Kali ini saya mahu mengajak kalian bagaimana menilai bahagia dari prespektif berlainan.
Dari pembacaan saya, bahagia itu banyak cabaangnya jika dikira dari pemikiran manusia.
Bahagia bila ada harta berjuta, bahagia bila bersama kesayangan, bahagia bila punya teman..
..dan apabila semua itu lenyap, bagaimana jadinya?
Derita, bernasib malangkah ia dikira?
Saudara Hilal Asyraf dalam salah sebuah bukunya, berkata bahagia itu bila bersama penciptanya.
Ya, itu pasti buat kita.
Bagaimana bersama tuhan itu bahagia?
Begini, jika senang Dia kasih, jika susah Dia sayang.
Berbahagia pada yang percaya bahawa segala takdir tuhan itu terlalu indah walau apa pun jadi.
Salah Satu Jalan Untuk Kita Bahagia Adalah, Doakan Dia Bahagia Juga
Berbalik pada tajuk diatas, doakan dia bahagia.
Saya ini tidaklah pendai menilai, cuma berkongsi rasa yang pernah dirasa dan mungkin ada yang berperasaan macam saya.
Dimana kita perlu memilih untuk meneruskan hidup dengan lembaran baru setelah jatuh kerana soal perasaan.
Macam mana nak bahagia, sedangkan dia bahagia dengan yang lain.
– Jawapan saya, doakan dia bahagia. Senyum dan tarik nafas.
Bila kita menganggap takdir Allah itu indah-indah belaka, pastinya kita yakin Allah itu sangat kasih.
Saya ni manusia, saya menulis ini tentang jalan yang saya lalui.
Tidak semua cerita akan berakhir indah tapi akan ada salah satu dari jalan-jalan yang kita lalui itu berakhir dengan indah.
Sahabat saya pernah cakap, “saya nak kawin dulu sebelum dia”
Kak Naqibah “kamu belum benar-benar redha untuk lepaskan dia, itu ibarat dendam”
Bagaimana Membina Bahagia Setelah Rebah?
Kalau ditanya bagaimana saya lalui, bagaimana saya kuat untuk mendoakan orang yang dikiranya menyakiti saya, jawabnya;
— dia berhak dimaafkan dan berhak punya kehidupan yang lebih baik setelah membuat kesalahan.
Dia cuma manusia yang sedang belajar seperti diri kita sendiri.
Percaya lah setiap yang hadir mengajar tentang sesuatu, jatuh bangun dan luka itu beri pengajaran, menjadi manusia yang berpengalaman, yang lebih matang tentang kehidupan.
Satu benda lagi, sebagai manusia yang serba lemah kita tak layak menghukum sesiapa, saya tak lepas dari buat salah, bila fikir balik, kalau aku duduk kat tempat dia macam?
Kalau tak mampu positif atau bersangka baik cukuplah hiasi bibir dengan istighfar.
Cuma kita kena ingat jangan melangkaui tuhan dalam buat keputusan.
Hukuman itu kerja Allah
Sekarang tanyalah pada diri, adakah kamu betul-betul ikhlas, atau benar-benar sudah move dari tempat jatuh tu.
Kalau jawapan nya ya, saya pasti saya yakin kamu mampu doakan dia bahagia.
Jangan Kata Tidak, Jika Kamu Belum Pernah Lakukan
Moga hati tenang selalu.
Percaya sayang bukan sekadar memiliki tapi sayang itu melebihi itu.
Bahagiakan untuk bahagia.
Doakan dia bahagia dan senyum.
Pada akhirnya semua akan bahagia.
Dan ia bergantung kepada bagaimana kamu memandang bahagia itu dan bagaimana kamu berusaha mencari bahagia itu.
ada orang kata sayang tak semestinya bersama. Cukup kiriman doa tanda pengikat kasih kerana setiap pertemuan dan perpisahan ada hikmahnya..
Ya Kak. Pengalaman akan mematangkan :)
Saya pernah mengalamai situasi sebegini.selepas 12 tahun saya mengenali dia,kami berdua bawa haluan masing2.keluarga masing-masing pun sudah saling mengenali.siapa kita untuk melawan apa yang ditentukan Allah utuk kita.Dan ianya pasti jalan terbaik yang Allah dah susunkan untuk kita.
Lepaskan,doa banyak-banyak pada DIA yang memberi sumber kekuatan.
Yang paling penting,REDHA.
In shaa Allah kita akan bahagia. :)
saya dalam memcari ketenangan..saya nk berubah..sya harap dia bahgia…dengan pilihan dia..walaupun saya tidak bahagia..saya masih belajar ..medekati diri.. kepada ALLAH SWT perasaan sukar utk lupakan …dia..byk kenangan kami…berpisah..dan saya khwin dengan org lain..dalam ALLAH SWT bagi dugaan pada saya.. dia datang… kini..saya nk berubah.
Wahai teman.. mohon pd Allah bantu anda untuk redha..Dia maha tau apa yg dipilih untuk kita… Apa yg kita suka atau mahu x semestinya baik untuk kita.. Moga anda peroleh kasih sayang Allah untuk itu.. Amieen..
Kita harus yakin, Allah paling tahu apa yang terbaik bagi kita.
Dia pasti akan mempertemukan kita dengan orang yang memberikan kebahagiaan seperti yang kita angankan. Bahkan mungkin lebih dari yang kita harapkan.
Anggap sahaja ini sebahagian dari liku-liku kehidupan, ya Mirza? :)
makasih artikelnya semoga bermanfaat bagi banyak orang dan ilmu berkah dan penulis panjang umur dan di berikan rejeki yg luas dan banyak .amin
Terima kasih tuan.
Syukur Alhamdulillah, ini yang saya lakukan setiap kali lepas solat saya berdoa agar si dia dan keluarganya dikurniakan kesejahteraan dan kebahagiaan. Walaupun dah berpisah sebagai kekasih kami masih berkawan. Saya rasa lebih tenang begini dan gembira dia bahagia bersama isteri dan anak2.
InsyaaAllah, cepat atau lambat awk akan temui kebahagiaan awak juga.. :)
Insyallah boleh.. kerana yg sy fikir baik buat sy itu sebenarnya tidak dari pandangan Allah SWT.. Moga dia berbahagia selamanya.. juga dibukakan hati bgnya untuk bertaubat pd Allah.. Bantu lah hambamu ini untuk terus redha Ya Allah…agar kebahagian azali dtg kpdku dgn penuh keikhlasan dunia untuk akhirat.. juga Terima Kasih kepadamu Tuhanku dariku…
Amin InsyaaaAllah..
Selagi kita redha dengan segala takdir yang Allah tetapkan, InsyaaAllah kita akan temui bahagia :)
Sy ditinggalkan atas sbb dia punya pilihan sndri yg kononnya dia percaya itu jodoh dia.sudah bernikah n memiliki anak.dlm pd sakit utk sy menerima hakikat utk blaja memaafkan dan cuba utk redha dgn ketentuanNya dia kembali utk memiliki sy kembali.setahun da sy sakit mcm ni.setiap kali berdoa,ada doa utk dia kembali pd keluarga dia tp Allah belum kabulkan doa sy lg.sy tak tau ape yg perlu sy lakukan.bila dia pergi,ya rasa kehilangan tp bila bersama rase berdosa.Dr pada sy berdendam sebab ditinggalkan dulu, skrg sy da mula redha utk kebahagiaan dia tp dia masih dgn sy lg.Allahu sakitnya!
Moga sy bertemu jodoh dgn lelaki lain supaya dpt tinggalkan dia pula.
Banyak perkara yang terjadi dalam hidup ini, pada awalnya kita mengganggap pahit, getir, mahupun menyakitkan.
Tetapi, pada kemudian hari kita mensyukurinya.
Bersabarlah, pasti awak akan temui hikmahNya.
Bila?
Boleh jadi selepas seminggu, sebulan atau bertahun lamanya. Kita tidak akan tahu, tetapi yang pasti ia tetap akan muncul.
Setiap kejadian, pahit ataupun manis, pasti ada hikmah ataupun pelajaran berharga.
Yang penting sabar dan redha ya? Belajar berdamai dengan takdir
Assalam. Liyana, nama yg sama seperti saya. Terima kasih atas perkongsian nya. Alhamdulillah.
Macam tak kena ayat “kalau aku duduk kat tempat doa macam?” tu.
Mungkin typo?
Ya Tuan Zul, terima kasih atas makluman. Sebenarnya ‘dia’ bukan “doa”, InsyaaAllah saya akan perbaiki typo ini.
Alhamdulillah aku masih mampu mendoakan kebahagianmu disaat aku telah dilukai..
Alhamdulillah.
Semoga kamu redha dengan segala takdir yang Allah tetapkan,
Allah itu maha mengetahui dengan segala aturanNya.
Dan semuanya pasti baik-baik belaka.. :)
Pekongsian yang sgt menarik,
Sy sedang struggle untuk melakukan semua ini.
Terima kasih atas kiriman penulis (Liyana), semoga Umaira berjaya harungi ujian ini. Cuma berikan masa ya kepada hati. InsyaaAllah :)