Awan mendung mula memenuhi langit bumi Syam dua minggu ini, menandakan fasa klimaks Shita (musim sejuk) kian menghampiri.
Butir-butir kapas putih akan memenuhi bumi Amman dalam beberapa hari lagi.
Sebahagian masyarakat arab itulah yang dinantikan mereka, sebahagian yang lain musim sejuk ini merupakan musim yang sangat berat bagi mereka disebabkan mereka berada dalam keadaan yang sangat daif, bahkan sebahagian dari mereka hanya tinggal di dalam khemah dan mereka ini merupakan pelarian Syria.
Begitulah kehidupan, ada sesuatu yang bagi kita nikmat akan tetapi bagi manusia yang lain ia suatu musibah.
Walaupun begitu, apa sahaja yang diberi pasti ada hikmah dan sebagai hamba Allah Azawajal kita diajar untuk bersyukur walau terkena musibah.
Tetapi inilah kelemahan kita, kita hanya akan bersyukur dengan benda yang pada pandangan kita ia memberi manfaat.
Jika ia memberi kita musibah maka kita akan terus merungut sehingga kadang-kadang kita menyalahkan Tuhan disebabkan tidak beri apa yang diminta.
Kita silap sebenarnya, di sini ada sebuah cerita sebagai renungan.
—
Ia berlaku di Riyadh ketika Syeikh Ali Tantawi berada di sana, beliau telah menetap di Mekah.
Beliau menceritakan, bersamanya seorang lelaki dari Syam yang juga menetap di Riyadh. Lelaki tersebut tinggal bersama-sama ibunya.
Pada suatu hari, lelaki tersebut terpaksa bermusafir ke Lubnan atas urusan kerja. Namun ibunya berat hati untuk membenarkan lelaki tersebut pergi, dek kerana ibunya akan sunyi dan tinggal keseorangan.
Namun lelaki itu memujuk ibunya, dan dia telah menghantar beg beserta semua yang berkaitan kerja kepada syarikat penerbangan yang akan beliau naiki pada keesokkan paginya.
Pada pagi itu, ibunya telah mengejutkan lelaki itu sebelum subuh supaya dia sempat bersiap-siap dan bertolak ke lapangan terbang, kerana dia hanya ada 3 hingga 4 jam sebelum penerbangan.
Lelaki telah bangun dan bersiap-siap dengan cepat, dia telah mengambil sebuah teksi dan memintanya membawa dengan laju.
Lelaki tu akan bayar dua kali ganda kepada pemandu tersebut.
Dalam hatinya dia berdoa dengan penuh keikhlasan dan pengharapan kepada Allah Azawajal agar dapat sampai ke lapangan terbang tepat pada waktunya dan tidak terlepas kapal terbang.
Akhirnya lelaki tersebut sampai di lapangan terbang dan masih berbaki setengah jam sebelum penerbangan. Dia terus memasuki ruang menunggu dan masih berbaki setengah jam sebelum pintu kapal terbang dibuka.
Lelaki tersebut mendapatkan sebuah kerusi di ruangan menunggu dan telah tertidur.
Setelah berlalu setengah jam, pintu dibuka dan pengumuman dibuat menggunakan pembesar suara untuk memaklumkan bahawa kapal terbang akan berangkat.
Namun lelaki tersebut tidak langsung mendengar pengumuman tersebut bahkan terus tidur. Adakah Allah Azwajal tidak memaqbulkan apa yang diminta oleh lelaki tersebut ketika di atas kereta tadi?
Maka di sini ada sesuatu yang lain, kita perlu tahu bahawa Allah Azawajal tidak selalunya memberi apa yang diminta oleh hambanya yang ikhlas secara terus, tetapi sebagai manusia kita disuruh untuk berdoa dan meminta perkara-perkara yang baik.
Namun di akhirnya Allah Azwajal jua yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Walaupun kita akan menangis, bersedih, rasa kecewa sebelum kita tahu hikmah dan cara Allah memberi kepada kita.
Berbalik kita kepada cerita tadi, anda tahu apa yang berlaku?
Ada sebuah kapal terbang milik syarikat terbesar di tanah arab, dan ia terhempas pada tahun tersebut, apakah kaitan ia dengan lelaki tersebut?
Ya, itulah kapal terbang yang sepatutnya dinaiki lelaki tersebut, kapal terbang yang terlepas dan membuatkan lelaki tersebut sedih dan susah.
Sungguh manusia meminta apa yang disangkanya bahawa ia sangat memerlukan, tetapi ketahuilah Allah Azawajal lebih tahu akan diri manusia, apa yang diperlukan dan apa yang tidak diperlukan.
Jika seorang ayah pergi ke pasaraya lalu dibawa bersamanya seorang anak kecilnya.
Ketika berjalan-jalan anaknya ternampak mainan, lalu dia meminta ayahnya membelikan.
Lalu si ayah membelikanya. Seketika pula anaknya meminta buah-buahan, maka si ayah membelinya lagi. Seketika pula anaknya meminta gula-gula, lalu si ayah membelinya lagi.
Seketika mereka melalui sebuah farmasi di dalam pasaraya tersebut, anak kecil tadi melihat ubat yang berwarna merah, dilekatnya pula “JAUHKAN DARI ANAK KECIL”, lalu anak tersebut meminta untuk dibelikan, adakah ayahnya akan mebelikan juga demi tidak mahu menghampakan si anak tadi?
Jika si ayah tadi tahu akan apa yang terbaik untuk anaknya maka dia tidak akan membeli dan memberinya ubat tersebut, kerana dia tahu anaknya tidak memerlukan.
Sesungguhnya Allah Azawajal itu jauh lebih mengasihi dan mengetahui akan hal hambanya lebih dari mana-mana ibu atau ayah.
Sebagai hamba, maka ketahuilah Allah Azawajal sentiasa mendengar dan menqabulkan setiap permintaan hambanya, sedangkan iblis laknatullah ketika hendak diazab oleh Allah meminta agar ditangguhkan azab pada hari akhirat, firman Allah:
- Berkata iblis: “Ya Tuhanku, (kalau begitu) maka beri tangguhlah kepadaku sampai hari (manusia) dibangkitkan
- Allah berfirman: “(Kalau begitu) maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh
Inikan kita manusia yang sentiasa menyesal atas perbuatan dosa, bahkan kita selalu berusaha untuk melakukan segala perintahNya.
Lagilah Allah Azawajal mendengar dan memandang permintaan manusia yang meminta dengan penuh keihlasan dan pengharapan.
Dalam sebuah Hadis Qudsi Rasulullah S.A.W bersabda:
أبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً
Hadits abu hurairah r.a. ia berkata rasulullah saw.bersabda:
“Allah berfirman: ‘Aku berada pada sangkaan hamba-Ku, Aku selalu bersamanya jika ia mengingat-Ku, jika ia mengingat-Ku pada dirinya maka Aku mengingatnya pada diri-Ku, jika ia mengingat-Ku dalam suatu kaum, maka Aku mengingatnya dalam suatu kaum yang lebih baik darinya, dan jika ia mendekat kepada-Ku satu jengkalmaka Aku mendekat padanya satu hasta, jika ia mendekat pada-Ku satu hasta maka Aku mendekat padanya satu depa, jika ia datang kepada-Ku dengan berjalan kaki, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.”
Kesimpulan: Allah tahu apa yang terbaik buat hambanya walaupun Dia tidak tunaikan apa yang diminta
Teruslah berdoa dan meminta pada Allah Azawajal dan bersangka baik kepada Allah.
Jangan pernah berputus asa dan kecewa, yakinlah dengan setiap apa yang diminta bahawa Allah Azawajal akan menunaikannya dengan cara yang paling terbaik atas hambanya.
Semoga penulisan ini bermanfaat untuk kita semua.
Muhamamd Nazirul Bin Mohamad Musidi
Sweileh, Amman, Jordan.
29/12/2015
Lawati blog Ustaz Nazirul di: https://muhammadnazirul.wordpress.com
Tinggalkan Komen Anda..
Assalamualaikum, saya ingin bertanya , adakah Qada dan Qadar itu makhluk , kerana ianya adalah takdir bukan , dan juga ditentukan oleh Allah SWT , contohnya ujian semua , sebab saya nak counter balas orang yang kata takdirnya kejam , seperti menyalahkan Allah pula tapi saya cam eh takdir ni makhluk ke atau macam mana , dan juga kalau Qada dan Qadar macam mana pula , sebab orang tu cam marah takdir pula padahal Allah dah tentukan takdir semua sebagai ujian , risau takut samakan Allah dengan Makhluk
Assalamualaikum , saya nak tanya , betulkah contohnya kita berkata begini , najis tu kalau hilang sendiri takda kesan nanti dah bersih , sebab saya ada dengar pendapat begini , itu satu , dan juga kalau mengatakan najis tu hilang sendiri , pastilah kerana angin dan sebagainya ataupun hujan , bukan la dia macam hilang sendiri , itu semua macam Allah tolong , bukan lah seperti najis tu berupaya sendiri kan kerana hanya Allah satu tuhan , dan hanya Allah tak perlukan sesiapa , najis ni hilang pun atas kuasa Allah , Allah takkan sama dengan makhluk kerana makhluk kena sentiasa bergantung harap pada Allah , ayat begitu bukan berniat nak mensyirikkan Allah tapi ianya adalah just short form macam , alah nanti najis tu hilang sendiri lah tu , takda niat untuk syirik just kebiasaan akan hilang sendiri , tapi semua tu pastilah dengan kuasa Allah hilangnya najis itu kerana Allah yang mengawal angin dan panas semua dan semua ketentuan Allah kita kena pilih apa yang baik dan elak yang buruk . Betulkah apa yang saya tulis ni
Malas dh nk berharap dgn dunia ni
just follow the flow
Terima kasih admin.. peringatan yang bagus untuk kita semua.. tapi kadang kita selalu terlupa ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku.. satu perkara yang boleh dilakukan adalah segera beristigfar dan ucapkan syukur kerana Allah lebih tahu.. :)
Sejak 4 Tahun lepas saya di timpa macam-macam ujian sehingga ke hari ini tidak putus ujian buat diri saya..
Alhamdulillah byk jugak hikmah yang saya dpt lihat dr ujian2 yang lepas. cuma kadang2 kita sebagai manusia tidak dapat menerima jika sesuatu yg kita harapkan tidak kesampaian ,pernah jugak saya menyalahkan takdir kenapa saya yang harus rasa semua kesusahaan kecewa kesempitan sedangkan yang lain hidup bahagia. Alhamdulillah saya tenang sekarang bila ditimpa musibah atau dugaan..
saya kerap amalkan solat dhuha untuk dapat ketenangan untuk teruskan hari-hari saya dan saya pujuk hati agar sentiasa redha dan bersabar dengan ketentuan Allah.
Allah tahu apa yang kita tidak tahu, Allah tahu apa yang terbaik buat umatnya.
Good Artikel menaikkan semangat saya untuk terus melangkah ke hadapan. InsyaAllah
Maha Suci Allah
terima kasih admin, sangat memberi manfaat :)
MasyaAllah, semalam saya kemalangan kecil selepas menghantar pulang kedua ibu bapa.. terdetik rasa penyesalan, Nauzubilah .. Tapi bila difikirkan semula, mgkin ada hikmah yg Allah cuba elakkan berlaku ke atas saya .. Husnuzon
Mgk skrg kita x nmpk hikmahnya,tp suatu masa nnti kta akn fhm sume ni baik utk kta ..insya Allah
Saya da hampir 4 bulan berpisah dengan kekasih saya… hampir setiap hari… saya berdoa agar dia kembali kepada saya… tetapi… lain jadinya… dia akan berkahwin dengan perempuan lain tahun ini… saya rasa terlalu kecewa… kenapa allah tidak memakbulkan doa saya… kadang2 saya sedih… kenapa nasib saya begini… mengapa orang yang mengkhinati saya hidup gembira.. sedangkan saya berduka… saya tahu berdosa mempersoalkan kekuasaan tuhan… tapi sya terlalu kecewa…
insyaallah..ada yang lebih baik menanti awk di masa hadapan..percaya dan letakkan keyakinan kepada Allah..Allah adalah sebaik2 perancang..walau sekuat mana pun kita cuba pertahankan sesuatu hubungan tu, klau Allah mmg tidak mencatatkan dirinya utk kita, sampai bila2 pun dia tak kan jadi milik kita.. percayalah kita akan jumpa jodoh kita yang sebenarnya suatu hari nt.. yg penting kita kena letakkan sepenuh keyakinan dan pengharapan pada Allah..selalulah berdoa pada Allah supaya kita dikurniakan pasangan hidup dan anak2 yang soleh..sy berdoa semoga awk terus kuat menghadapi hari2 yg mendatang.. yakinlah dengan janji Allah..