
Masalah memang boleh menyebabkan kita semua berubah.
Daripada berubah riak muka, berubah mood sehinggalah menyebabkan kita boleh berubah karekter.
Lebih teruk lagi jika menyebabkan kita terus murung, diam membisu tanpa ingin berhubung dengan mana – mana orang.
Hanya memendam masalah seorang diri.
Setiap orang pernah berasa sedih, tertekan atau gelisah.
Oleh hal itu, seseorang itu akan berasa lega jika terdapat orang yang sudi mendengar masalahnya.
Memang sesetengah orang dapat menghadapi & menyelesaikan masalah mereka dengan sendiri, namun tidak semua orang dapat berbuat begitu.
Sesetengah orang kurang berkemampuan untuk menguruskan emosi dan perasaan mereka sendiri.
Ini adalah normal kerana manusia diciptakan bukanlah sebagai makhluk Allah yang kuat.
Adakalanya kita akan merasa “Down”
Mungkin kita ni beri kelebihan oleh Allah untuk lebih kuat daripada orang lain.
Mungkin dengan ini, kita pula boleh membantu orang lain untuk menyelesaikan masalah.
Jika kita sedang menghadapi seseorang / teman atau ahli keluarga yang mempunyai masalah dan berniat ingin membantu melegakan beliau, tetapi tidak tahu apa yang harus dilakukan, disini Blog Aku Islam ingin berkongsi serba – sedikit langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk melegakan seseorang yang sedang stress dengan masalah.
1. Memberi Perhatian
Jika kita dapat memberikan perhatian yang baik, orang atau sahabat yang sedang mempunyai masalah itu akan berasa selamat.
Condongkan tubuh kita ke depan supaya kita kelihatan berminat untuk mendengar apa jua yang diperkatakan.
Dari semasa kita boleh mengubah kedudukan tubuh kita untuk mendapatkan keadaan yang tenang.
2. Tunjukkan expressi muka yang berseri, menunjukkan kita sedia menerima dia
Lakukan tentangan mata kerana ia akan menunjukkan kita berminat dengan apa yang diperkatakan olehnya.
Tetapi if kita dapati dia tidak selesa atau malu, segera alihkan pandangan mata kita. Jangan menyebabkan dia tidak selesa ya!
3. Soalan terbuka
Untuk menggalakkan dia bercakap dengan panjang lebar, gunakan soalan yang terbuka.
Cara ini membantu memberikan peluang kepada dia untuk bercakap dengan lebih banyak lagi. Contohnya, “Awak, cerita la apa yang jadi kat awak ni?”.
Rendahkan suara dan bercakaplah secara tenang.
4. Lakukan dorongan minimum untuk bercakap.
Contohnya gerak isyarat, anggukan kepala, perkataan tunggal atau ulangan perkataan.
Ia penting untuk menunjukkan kita berminat dan menggalakkan dia untuk terus bercakap. Contohnya: “Mmm’, “A-ha”, “Ya’, “Jadi?”
5. Sentuhan fizikal seperti menggosok belakang atau mengurut bahu.
Kita juga boleh menggenggam tangan dia supaya berasa lebih tenang untuk meluahkan masalah yang dihadapi.
Sentuhan secara lembut mampu membuatkan seseorang berasa tenteram dan selamat.
Namun, harus diingat, sentuhan fizikal hanya boleh dilakukan oleh SESAMA JANTINA.
Juga elakkan menyentuh dibahagian-bahagian yang sensitif.
Point disini adalah kita ingin membuatkan dia berasa tenang.
6. Ajarkan doa ini:
الْلَّهُمَ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَ الْحَزَنِ , وَ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَ الْكَسَلِ , وَ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَ الْبُخْلِ , وَ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَ قَهْرِ الْرِّجَالِ
(Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada perasaan keluh kesah dan berdukacita, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sikap lemah dan malas, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sifat takut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu daripada bebanan hutang dan kekerasan lelaki (penindasan orang)).
# Seperti biasa, mulakan doa dengan istighfar, fatihah, dan selawat terlebih dahulu
.
– Ini serba sedikit yang dapat saya kongsikan.
Mungkin anda ada penambahbaikan dan cara yang lebih baik untuk kita kongsikan bersama.
Mohon untuk meninggalkan pandangan / perkongsian anda dibahagian komen.
Mcm mane kalaw melalui media social… Sebagai contoh wasap….mungkin artikal ni more to face to face conversation… Kalaw pakai wasap mcm mane ye?… Saya selalu rasa saya fail dlm mendengar luahan hati tunang saya… Pls somebody teach me about this… Badly need this kind of skill….
Sbesar mna skalipn dosa besar lgpn pngampunan…toleransi demi kbahagian prlu sbb islam itu mudah… Cri prsamaan bkan prbezaan…muhasabah diri lalu bertaubat…wallahualam
Perlukan seseorang untuk berbual dan mendapatkan nasihat.mengalami sedikit depresi.
Assalamualaikum…..semoga Allah lindungi dan rahmati adik. Moga2 Allah mudahkan segala urusan. Amin.
abg 1 buat masalah abg 2 buat masalah abg 3 lagi banyak masalah kakak 4 buat masalah mak ayah pun buat masalah jadi saya yg kene tanggung
cara ke 3 tu.. bila ditanya pada dia , die merahsiakannye????
Sangat bagus
sabar
Saya Ada Masaalah Bercakap Dan Menulis Kadang2 Merepek Mengikut Emosi & Permikiran . Bagaimana Nak Mengatasi Nya ? Saya Juga Makan Ubat Schizophrenia & Cucuk Ubat Inj.(F) Tiap Bulan . Saya Makan Ubat Risperidone 1 mg & Artane 2mg Dua Kali Setiap Hari . Saya Pernah Di- Beri Ubat Salah Seperti Stelazine / Largartil & Mellerel Selama 28Tahun . Umur Saya Sekarang 64Tahun . Sudah Berkhawin Buat Kali Kedua . Saya Mempunyai Seorang Anak Lelaki Menantu Dan 2 Orang Cucu . h/p Saya 019-6795307 Atau Isteri Saya 019-2933403 Atau Rumah 03-87273298 Taman Pelangi Semenyih . Terima Kasih .
Ni baru bagus kalau laman web yg lain merepek je
Assalamualaikum…
Perkongsian yg sgt bermanfaat..terima kasih…
Assalammualaikum..tq info yang menarik dan menfaat.
Tq info yang menarik.info yang bermenfaat.
assalamualaikum..maaf saya sekadar nak bertanya disini samaada yang sudi membantu, kami ada masalah kewangan di sebab kan telah di tipu dengan agensi perkahwinan dan dalam masa yang sama suami pula aksiden teksi saya buntu bagaimana untuk hadapi situasi ini
Waalaikummussalam, saya simpati dengan keadaan puan.. Saya juga pernah mengalami situasi yang hampir sama tetapi keadaan berbeza.. Insyaallah semoga puan akan dibantu oleh Allah..
[email protected]
Puan boleh berbual dengan saya bila bila masa insyaallah.
assalamualaikum dan salam sejahtera,
saya MUHAMMAD AHLAM FIRDAUS BIN ABDULLAH CHEK,merupakan seorang pelajar malaysia yang melanjutkan pelajaran di medan indonesia dalam bidang syariah islamiyah,dengan rasa rendah diri nya saya ingin membuat sedikit bantuan dari pihak tuan untuk membantu saya dalam menyelesaikan beberapa perkara yang penting disini,ini kerana saya bukan lah dari keluarga yang berkemampuan serta saya juga tidak menerima mana2 tajaan,biasiswa mahupun pinjaman untuk melunaskan hal2 yang penting tersebut,saya mengharapkan agar pihak tuan dapat membantu saya serba sedikit dalam menyelesaikan masalah saya tersebut,jasa baik tuan amatlah saya hargai,sekian terima kasih,wasalam,
Salam from indonesia….
I like u r postu
Salam from indonesia….
Inlike u r post
thumb up
cam ne ni sy banyak masalah dgn kwan2 sy dah buntu
diorang tak nak dgr apa yang sy ckp pning la
As salam.
Saya nak minta izin penulis utk forward artikel ni kpd kawan-kawan
Wassalam.. Insyaaallah boleh
banyakkan istighfar..