1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.
2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.
4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”
6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”
7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”
8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”
10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Siratul Mustaqim.
11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
sumber asal : Muslimah Sholehah
subhanallah..marilah kita berebut-rebut mencari pahala..^_^
Islam hari ini ibarat sebutir mutiara yg telah pudar permukaannya di selaputi lumpur yg amat degil ! Ia perlu digilap kembali supaya sinar keindahannya dapat dinikmati semula oleh sekelian manusia. Tun Mahathir telah memulakan kerja menggilap itu…sekarang terpulang kepada kita umat Islam yg lain untuk meneruskan kerja murni ini ! Tun Mahathir BUKANNYA Nik Ajis & Oghe Kelate, Anwar & reformasi, Osama Laden, Taliban, Jemaah Islamiah, Hizbut Tahrir, Al Arqam & yg sejenis dengannya, Arab Spring, Revolusi Iran maupun Intifada Palestin ! Get this fact lodged into your thick skull if you know what’s good for you !! :/
Ilmu macam inilah yg patut di ajar di madrasah2 & kuliah2 agama bukannya indoktrinasi benci membenci terhadap orang/golongan lain yg kebanyakan faktanya lebih banyak menyeleweng/tokok tambah daripada kebenaran. Hentikan menganjurkan usrah benci membenci di kalangan ummah kerana apa yg di “semai” hari ini hasilnya akan di “tuai” di kemudian hari kelak. Jika lalang & rumput semalu yg ditanam hari ini mana mungkin padi & beras yg di dambakan di kemudian hari !
xsan89
Aii…mmg ler perkara kebaikan itu bagus utk disebarkan. Tapi takder penambahan apa2 pada agama. Kena ingat tu. Jgn hanya nak sebarkan kebaikan, kita tukar agama Islam itu sendiri. Jadi, boleh ker bagi sumber hadith ini? Kalau tidak, diharap keluarkan saja artikel takder sumber ini.
tq..nak share
bersyukurlah kita pada allah swt dipilih menjadi umat akhir zaman..
tq for this post..rase bersyukur menjadi seorang wanita
rasanya lebih baik diletakkan riwayat hadis2 ni.. takut tercampur dengan hadis palsu..
dalam urusan hukum hakam, para ulama2 hadis terlalu berkeras trhadap sumber2 nya, untuk perkara2 kebaikan pula adalah sebaliknya… tp hri ni dh terbalik, prkara2 yg baik terlalu berkeras trhadap sumber2nya, untuk perkara hukum hakam bnyak pula kelonggarannya..wallahualam. kalu pun sumbernya di ragui (kalau la )..perkara kebaikan tiada dosanya. ntk hukum hakam, syubhah merosakkan hati. wallahualm
kenapa tidak diletakkan sumbernya..supaya mudah untuk kita sama-sama meneliti hadis tersebut.
Minta jasa baik untuk letakkan sumber hadith yang sahih supaya dapat menjadi ilmu manfaat..
byk lakan..pasal bertudung berat sikit nak kaji itu ini tentang kesahihan la apa la..yangtudungtak penah betul tu nak kaji ke????!