Kenapa Kita Sukar Bertahan dan Istiqamah Untuk Buat Perkara Baik?

Istiqamah dalam menakluk perubahan yang besar

Kenapa begitu sukar untuk membentuk tabiat yang baik?

Mengapa sangat susah untuk kekal istiqamah dalam membuat perubahan?

Bagaimana anda boleh meneruskan niat baik anda untuk melakukan perubahan walaupun nampak seperti tiada hasil?

Persoalan-persoalan ini sering menganggu kita.

Kita ingin menjadi lebih baik dari sebelumnya, tetapi niat murni kita itu selalu tersekat.

Kita selalu gagal tanpa punca.

Anda dan saya.

 

Kenapa Kita Selalu Gagal Untuk Berubah ke Arah Perkara Baik?

Kita semua mempunyai harapan dan impian.

Setidak-tidaknya, kebanyakan orang mempunyai kemahuan yang sama.

Contohnya adalah seperti kita mahu badan kita nampak menarik dan sihat, mahu menghafaz al-Quran, mahu menulis buku, mahu lebih dihormati oleh keluarga dan rakan.

Secara keseluruhan, ini adalah perkara-perkara yang baik.

Cantik sebenarnya bila kita mempunyai matlamat dan mengetahui apa yang kita mahu. Ia memberikan kita arah dan tujuan.

Bagaimana pun, kadangkala harapan dan impian itu sendiri yang akan mensabotaj kita daripada menjadi lebih baik.

Bagaimana? keinginan.

Keinginan atau nafsu akan mengumpan kita untuk ‘menggigit lebih besar daripada apa yang kita mampu kunyah.

Anda akan faham apa yang saya maksudkan:

  • Anda berazam untuk mengingat semua surah dalam al-Quran. Anda menghafal berterusan sepanjang hari pada hujung minggu. Selepas pergi kerja pada hari isnin, anda langsung tidak kembali menghafal selepas itu.
  • Anda terinspirasi dengan kisah travel kawan-kawan yang menjelajah negara lain, maka anda pun mula menulis plan rancangan untuk travel ke seluruh dunia. Pada akhirnya anda hanya ‘lemas’ dalam semua butiran perancangan dan berakhir dengan duduk dirumah sahaja.
  • Anda termotivasi dengan rancangan The Biggest Loser. Anda pergi ke gim, buat latihan all-out sehingga otot anda cedera dan mengambil tempoh tiga bulan untuk pulih.

Apa yang selalu terjadi, kita membiarkan motivasi dan kemahuan yang sedang membuak itu mendorong kita menjadi kalut untuk menyelesaikan keseluruhan masalah atau keinginan dengan sekali hadap sahaja..

… berbanding bermula dengan langkah kecil sebagai suatu rutin harian.

Saya tahu. Perkara ini bosan.

Realitinya adalah:

— impian yang ingin kita capai adalah sangat berbeza dengan tindakan yang akan membawa kita ke sana.

Tidak ramai orang yang mampu terus membuat perubahan besar sekali gus.

Tidak ramai orang mampu istiqamah.

Oleh itu bagaimana untuk kita kekal istiqamah dan konsisten dalam membuat perubahan?

Saya gembira anda bertanya.

Mari saya jelaskan.

 

Kita Harus Tetapkan Impian Yang Besar, Tetapi Mesti Mulakan Dengan Langkah yang Kecil..

Apabila kita benar-benar ingin berubah untuk perkara lebih baik, kita harus bermula dengan langkah yang kecil.

Cuba bayangkan tabiat-tabiat ini:

  • Anda memberus gigi.
  • Anda memakai tali pinggang keledar.
  • Anda menggigit kuku.

Kelakuan ini cukup kecil sehinggakan kita langsung tak terfikirkannya. Kita melakukannya secara automatik.

Mereka adalah kelakuan-kelakuan kecil yang membentuk tabiat kita secara berterusan.

Jadi masuk akal atau tidak, jika saya katakan cara terbaik untuk memulakan sesuatu adalah dengan membuat perubahan kecil terlebih dahulu.

Yang mana otak kita boleh cepat belajar dan mengulangi secara automatik.

Lama-kelamaan, kita akan top-up kemajuan kita sehingga mencapai apa yang kita inginkan, tanpa rasa lelah dan sukar.

istiqamah dalam perubahan
Berubah – biar perlahan, asal kita tidak lelah dan sentiasa berterusan. Inilah istiqamah

Analogi pendekatan ini sama seperti belajar berenang:

Bila kita terus terjun ke air yang dalam sebaik sahaja kita mendapatkan ransangan motivasi, kita hanya akan gagal, dan lemas dengan cepat.

Kita memerlukan lebih banyak rangsangan motivasi apabila tabiat baru kita semakin ‘lemas’.

Tetapi, bila kita mulai berenang di air yang cetek terlebih dahulu, pasti perlahan-lahan akan kita akan pergi ke air yang lebih dalam.

Sehingga sampai ke titik di mana kita boleh berenang sendiri sama ada bermotivasi atau tidak.

Kita sudah selesa dengan perubahan-perubahan yang berlaku pada diri kita. Ia sudah bersemadi dengan tubuh kita. Ia sudah menjadi kepercayaan kita.

Nampak?

 

Beri Tumpuan Kepada Gaya Hidup, Bukan Kepada Perubahan Hidup

Sering kali kita taksub dengan membuat perubahan yang mengubah hidup.

Tetapi untuk mencapai sesuatu yang mengubah hidup, anda terlebih dahulu harus menukar gaya hidup.

Cuba wujudkan tabiat-tabiat kecil terlebih dahulu.

  • Mengingat 30 juz al-Quran adalah satu perubahan hidup, menghafaz 10 ayat baru setiap hari adalah gaya hidup yang baru.
  • Menerbitkan sebuah buku adalah satu perubahan hidup, menulis 5 muka surat setiap hari adalah gaya hidup yang baru.
  • Bangun Solat Tahajjud setiap malam adalah perubahan hidup, pastikan solat fardhu tepat pada waktu setiap masa adalah gaya hidup yang baru.
  • Menurunkan berat badan 20kg adalah satu perubahan hidup, minum 8 gelas air masak setiap hari adalah gaya adalah hidup yang baru.
  • Ingin menjadi muslimah yang sebenar-benar soleh adalah perubahan hidup, menjaga pemakaian (aurat) dan tutur kata adalah gaya hidup yang baru.

Nampak perbezaannya?

Mempunyai matlamat hidup adalah perlu kerana ia menunjukkan arah hidup, tetapi kadangkala ia juga ‘menipu kita’ dengan menyasarkan apa yang tak mampu dikendalikan.

Langkah kecil – rutin harian kecil yang diulangi secara berterusan – inilah yang akan membuatkan apa yang kita hendak capai menjadi realiti.

Saya tahu ini  kelihatan hampir tiada makna pada mulanya.

Tetapi tabiat kecil sebenarnya boleh memberikan kemajuan yang luar biasa dengan cepat.

Daripada Aisyah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:

Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”

— Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Istiqamah — walaupun adakalanya amalan tersebut nampak kecil, tetapi kebaikan yang dilaksanakan secara istiqamah itu akan memberikan impak tabiat yang baik kepada pelakunya secara berterusan.

Nampak?

Islam itu agama yang mudah sebenarnya.

 

Penutup: Tips Untuk Kekal Istiqamah

Bertahan dalam perubahan yang baik sememangnya sukar.

Ini sudah tentu kerana pada asasnya jiwa manusia selalu dibayangi oleh hawa nafsu.

Sebenarnya ada 2 elemen yang menyukarkan kita untuk istiqamah bertahan dengan perubahan baik, iaitu nafsu (syaitan) dan Mazmumah, iaitu kelemahan diri kita sendiri.

Namun jangan bimbang, dengan strategi yang kita bincangkan diatas, InsyaaAllah kita akan dapat membuat kemajuan dan menjadi seorang muslim yang produktif.

Ini adalah beberapa peraturan ringkas tapi berkesan untuk kekal dengan perubahan yang ingin kita lakukan:

  1. Bermula dengan sesuatu sangat mudah untuk anda. Ia mesti menjadi begitu mudah sehingga anda tidak boleh mengatakan tidak. Pastikan ia tidak sukar langsung.
  2. Anda perlu meningkatkan pencapaian perubahan tersebut setiap hari, tetapi dengan cara yang sangat kecil.
  3. Walaupun selepas meningkatkan pencapaian perubahan tersebut, pastikan semuanya kekal mudah. Jika perlu, pecahkan kepada bahagian yang lebih kecil dan mudah.
  4. Sentiasa mengingatkan diri kita dengan niat asal dan re-charge semangat kita dengan zikir mengingati Allah.

Apa yang terpenting, mulakan langkah pertama.

doa istiqamah

Akhir sekali adalah kita perlu memohon kekuatan daripada Allah agar segala perubahan ke arah kebaikan yang kita lakukan diberi kekuatan pertolongan.

Semoga hati kita terus diberi kekuatan untuk istiqamah.

YAA MUQALLIBAL QULUUB, TSABBIT QALBII ‘ALAA DIINIKA WA ‘ALAA THOO’ATHIK.

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu dan di atas ketaatan kepada-Mu.

Semoga memberi manfaat kepada semua.

Sila tinggalkan pandangan anda.

Jika terdapat pandangan atau masalah yang anda hadapi mengenai perkara ini, sila tinggalkan pada ruangan komen di bawah.

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

94 thoughts on “Kenapa Kita Sukar Bertahan dan Istiqamah Untuk Buat Perkara Baik?”

    • Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana memberi kefahaman kepada kita. Istiqomah memang prinsip yang penting dalam kehidupan kita sebagai hamba-Nya. Ia melibatkan kesungguhan, ketabahan, dan konsistensi dalam beramal, terutama dalam menjalani kehidupan yang redha oleh Allah.

      Saya gembira jika penerangan tersebut memberi manfaat kepada Anda. Jangan ragu untuk bertanya atau berkongsi lagi jika ada sebarang perkara yang ingin diperdalam atau dikongsi. Semoga kita semua sentiasa diberi petunjuk dan kekuatan untuk istiqomah dalam setiap langkah kehidupan kita. Aamiin. 🌼

      Reply
  1. Ye. Saya suka bercita² tinggi sampai saya sendiri tak mampu nak lakukan. Terima kasih atas tips. Saya akan Cuba amalkan.

    Reply
    • Alhamdulillah, mempunyai cita-cita tinggi adalah satu kelebihan kerana ia dapat memotivasi kita untuk berusaha lebih keras. Namun, kadang-kadang, kita mungkin merasa terbebani jika jarak antara impian kita dan realiti terlalu jauh. Yang penting adalah menemukan keseimbangan antara memiliki aspirasi dan juga mengenali keupayaan serta batasan kita pada masa tertentu.

      Adalah penting untuk mengingat bahawa setiap langkah kecil menuju cita-cita tersebut adalah sebuah kemajuan. Anda tidak perlu tergesa-gesa; yang penting adalah Anda terus bergerak ke arah tujuan Anda, walaupun langkahnya kecil.

      Terima kasih kerana berkongsi perasaan Anda. Semoga dengan amalan tips yang diberikan, Anda dapat menemui jalan terbaik untuk mencapai cita-cita Anda dengan lebih realistik dan berkesan. Ingat, Allah SWT menghargai usaha dan niat kita, bukan sahaja hasilnya. Semoga Anda diberkati dalam setiap langkah Anda. Aamiin. 🌟

      Reply
  2. aslmkm . terima kasih diatas perkongsian anda . sy sgt hargai penulisan ini . alhmdulillah . pertama mcm yg dlm penulisan ini sebut . ingin mnjadi lebih baik . sy mulakan ubah cara solat dn mnmbah solat2 sunat juga mnmbah amaln surah . sy ingin brtny . mmg sy mnjadi penat . krana mnmbah byk terus perubahan . pertanyaan sy perlu ke utk sy tggal kn slh satu mcm di dlm penulisan ini tulis . supaya di mula kn dgn kcil2 dlu . syg klu sy tggalkn salah satu . mohon pendapat anda . terima kasih .

    Reply
    • Waalaikumsalam,

      Alhamdulillah, syukur atas keazaman Anda untuk meningkatkan amalan ibadah. Kesungguhan seperti ini amat terpuji dan semestinya mendapat pujian dari Allah SWT.

      Adalah benar bahawa ketika kita ingin memperbaiki amalan kita, terutamanya jika peningkatan yang kita lakukan adalah signifikan, kita mungkin merasa penat atau terbeban. Ini adalah reaksi yang normal kerana kita sedang mengubah rutin dan tabiat kita.

      Penting untuk diingat bahawa kualiti solat dan ibadah kita adalah lebih penting daripada kuantiti. Lebih baik untuk fokus pada solat wajib dan sunat yang kita lakukan dengan penuh keikhlasan dan khusyuk daripada berusaha untuk menambah banyak amalan tetapi kita melakukannya dengan tergesa-gesa atau tanpa keikhlasan.

      Sebagai saranan:

      1. Mulakan Dengan Yang Asas: Fokuskan pada solat wajib lima waktu dengan penuh keikhlasan dan khusyuk. Pastikan Anda melakukannya dengan sebaik mungkin.

      2. Tambah Amalan Secara Bertahap: Sekiranya Anda ingin menambah solat sunat atau amalan lain, lakukan secara bertahap. Contohnya, Anda boleh mulakan dengan solat sunat rawatib sebelum dan selepas solat wajib, kemudian tambahkan solat sunat lain seperti Tahajjud atau Dhuha apabila Anda rasa sudah bersedia.

      3. Kualiti Lebih Penting Daripada Kuantiti: Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, lebih baik untuk melakukannya dengan kualiti daripada hanya fokus pada kuantiti.

      4. Jangan Berputus Asa: Sekiranya Anda merasa lelah atau terbeban, ambillah masa untuk berehat dan muhasabah. Anda boleh menyesuaikan amalan Anda mengikut kemampuan dan keupayaan Anda pada masa tersebut.

      Ingat, Allah SWT melihat usaha dan niat kita. Tidak perlu terburu-buru; yang penting adalah ketulusan dan keikhlasan dalam setiap amalan.

      Semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan kepada Anda dalam mengejar kecemerlangan ibadah. Aamiin. 🌼

      Reply
  3. Assalamualaikum, terima kasih atas perkongsian ilmu ini. Syukur alhamdulillah saya dpt membacanya. Semoga Allah SWT membalas budi baik tuan. Aamiin…

    Reply
    • Waalaikumsalam,

      Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana mempertemukan kita dalam perkongsian ilmu ini. Terima kasih di atas doa dan kata-kata baik Anda. Semoga Allah SWT juga memberkati Anda, memperluaskan ilmu Anda, dan menganugerahkan hidayah serta rahmat-Nya kepada kita semua. Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin. 🌼

      Jika ada sebarang soalan atau perkara yang ingin diperdalam, jangan ragu untuk bertanya. Semoga kita sentiasa dalam lindungan dan rahmat-Nya.

      Reply
  4. assalamualaikum, saya nak tanya, macam mana cara untuk menjauhkan diri dari rakan rakan yg pergaulannya tidak baik ataupun yg selalu borak kosong tanpa menyakitkan hati mereka ataupun membuat mereka terasa hati :)

    Reply
    • Waalaikumsalam,

      Menjauhkan diri dari rakan-rakan yang mempunyai pergaulan tidak baik atau yang sering berborak kosong memang mencabar, terutamanya jika kita tidak mahu menyakiti atau membuat mereka terasa hati.

      Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil:

      1. Buat Pemilihan Aktiviti: Anda boleh memilih untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang lebih positif dan mempunyai impak baik kepada diri anda. Misalnya, sertai kelas-kelas ilmu, aktiviti kebajikan, atau kelab yang fokus kepada pembangunan diri.

      2. Tetapkan Prioriti: Beritahu rakan-rakan anda bahawa anda sedang mencuba fokus pada beberapa keutamaan dalam hidup anda seperti belajar, kerja, atau komitmen keluarga. Ini bukanlah alasan palsu, tetapi sekadar menetapkan batasan bagi diri anda.

      3. Saran Aktiviti Lain: Bila rakan-rakan anda ajak untuk lepak atau berborak kosong, anda boleh cadangkan aktiviti yang lebih produktif. Misalnya, “Bagaimana kalau kita pergi ke kelas tajwid malam ini?” atau “Ada program amal minggu depan, jom join.”

      4. Jadilah Jujur Dengan Penuh Hemah: Jika ditanya kenapa anda semakin jarang bergaul, jelaskan dengan cara yang lembut dan menghormati. Anda boleh katakan anda sedang mencari ruang untuk tumbuh dan mendekatkan diri kepada kebaikan.

      5. Tetap Sopan dan Hormat: Jauhkan diri tidak bermakna anda perlu kasar atau menghina. Ucapkan salam, senyum, dan berikan tanda hormat apabila bertemu.

      6. Doakan Mereka: Doakan agar rakan-rakan anda juga mendapat hidayah untuk menuju ke jalan yang lebih baik. Kadang-kadang, doa adalah senjata yang paling kuat.

      7. Cari Sahabat Baru: Carilah kumpulan atau individu yang mempunyai visi dan nilai yang sama dengan anda. Mereka akan membantu anda untuk terus bertumbuh dan berkembang.

      Ingatlah, kadang-kadang kita perlu membuat keputusan yang susah untuk kebaikan diri kita. Jika kita melakukannya dengan niat yang baik dan dengan cara yang bijak, insya’Allah kita tidak akan menyakiti hati orang lain.

      Semoga Allah memudahkan urusan anda dan memberikan keberkatan dalam setiap langkah yang anda ambil. Aamiin. 🌸

      Reply
  5. assalamualaikum..sy nk tanya.. sy ramai kawan2 perempuan dn kawan2 lelaki lembut2 yg senang cerita mereka selalu berbicara hal2 yg bukan2..bagaimana utk elakkan dr perkara macam ni? saya dah lama rasa “rimas” tpi saya tak tahu cara mcmana nk elakkan dr mereka atau cara nk mengajak mereka ke arah kebaikan..ustaz tlg bantu saya..?.. jauh di sudut hati sya.. saya ingin menjadi lbh baik..sy ingin mnjadi muslim yg di sayangi ALLAH..IN SHAA ALLAH

    Reply
    • Waalaikumsalam,

      Memahami perasaan dan dilema anda dalam berhadapan dengan situasi ini. Semua individu ingin bergaul dengan kawan-kawan yang mempunyai impak positif dalam kehidupan mereka. Berikut adalah beberapa cadangan yang mungkin boleh membantu anda:

      1. Anda boleh mula dengan menetapkan batasan dalam percakapan. Apabila topik beralih ke hal-hal yang kurang sesuai, cuba alihkan topik atau nyatakan dengan lembut bahawa anda kurang selesa dengan topik tersebut.

      2. Kadang-kadang, perubahan mesti dimulai dari diri sendiri. Jadikan diri anda contoh dengan cara berbicara, bertindak, dan memilih topik percakapan yang lebih positif dan bermakna.

      3. Cadangkan untuk bersama-sama menghadiri kelas ilmu, ceramah, atau aktiviti kebajikan. Mereka mungkin akan mendapat pencerahan atau rasa terpanggil untuk berubah.

      4. Jika ada kawan yang anda rasa dekat dan boleh dipercayai, bicarakan perasaan anda. Katakan anda ingin memperbaiki diri dan mencari kehidupan yang lebih positif.

      5. Ini bukan bermaksud meninggalkan kawan lama, tetapi tambahkan dalam lingkungan anda kawan-kawan yang mempunyai minat dan visi yang sama untuk menjadi lebih baik.

      6. *Jangan lupakan kuasa doa. Mintalah petunjuk dan kekuatan dari Allah SWT untuk menghadapi situasi ini. Doakan juga agar kawan-kawan anda mendapat hidayah.

      7. Jika percubaan untuk membawa perubahan tidak berjaya dan anda rasa terlalu terbeban, mungkin anda perlu menjauhkan diri secara bijak. Ini bukan bermaksud menghindar atau menjauhi mereka sepenuhnya, tetapi mungkin mengurangkan masa bergaul.

      Akhir kata, perjalanan untuk menjadi lebih baik memerlukan kesabaran dan keazaman. Anda telah melangkah ke arah yang betul dengan niat untuk menjadi seorang muslim yang disayangi Allah.

      Ingatlah bahawa setiap ujian dan cabaran adalah peluang untuk kita mendekatkan diri kepada-Nya. Semoga Allah membantu, memberkati, dan memudahkan langkah anda. Aamiin. 🌸

      Reply
  6. Terima kasih Allah kerana menemukan Saya dengan artikel ini pada Hari pertama 2021..
    insyaAllah..Sy cuba untuk mengamalkan Dan berusaha untuk istiqamah..

    Reply
  7. Assalamualaikum, saya ingin bertanya bagaimana sekiranya kita sedang cuba buat perubahan kecil untuk gaya hidup sedikit demi sedikit. Tetapi sampai satu masa kita rasa kurang termotivasi. Sebab rasa tak nampak makna di sebalik perubahan itu seperti yang diinginkan. Adakah ianya satu pilihan yang salah atau sebaliknya?

    Reply
    • semakin kita dekat dengan Allah, semakin banyak ujian yang Allah turunkan dekat kita. Sebab apa? Sebab Allah sayang kita. Janganlah kamu mengaku bahawa kamu beriman sedangkan kamu masih belum diuji. Jadi, anggaplah kalau kadang kadang kita kurang bermotivasi itu, sebagai ujian daripada Allah. Bila nak berubah ke arah kebaikan ini, biasalah kadang kadang iman naik dan turun, kita cuma hamba yang lemah. Teruskan berusaha mencari petunjuk daripada Allah dan istiqamah.

      Reply
  8. Assalamualaikum, saya ingin bertanya ..pernah tak ada orang dah insaf tapi masih buat lagi perkara yang kita tau memang salah, amalan dia diterima ke?

    Reply
  9. Assalamualaikum. Alhamdulilah saya mula faham tentang istiqamah dan saya cuba perbetulkan banyak silap dalam rutin harian saya. Terima kasih banyak². Saya nak tanya soalan. Pertama, saya difahamkan kalau kita dah ambil hak orang lain kita mesti serahkan balik pada pemilik tapi saya mengambil hak kawan saya masa saya sekolah rendah jadi saya tak tahu dia dekat mana sekarang, alamat rumah dia. Saya selalu terbayangkan perkara ni jadi saya cuba nak sempurnakan tapi saya tak tahu nak mula macam mana. Saya harap bantuan ustaz dapat membantu saya. Terima kasih

    Reply
  10. Saya seorg yg telah menzalimi diri sendiri dengan kezaliman yang besar. Pada beberapa tahun yg lepas, saya telah mencuri hak2 org lain iaitu kawan saya sendiri. Habit tu susah untuk saya buang.. & alhamdulillah saya telah diberikan hidayah. Saya ingin bertaubat dari segala dosa silam saya. Saya masih dalam proses memperbaiki diri ke jalan yg diredhai. Ada masa saya akan berasa tenang bila kita sentiasa sujud padanya.

    Cuma sy nak tanya pendapat, bagaimanakah seorg pencuri ingin bertaubat. Sy difahamkan supaya kita memulangkan harta curian. & segera memberitahu pemilik harta yang saya ambil. Baru lah taubat si pencuri sah disisi Allah. Tetapi saya takut ingin memberitahu si pemilik harta kerana takut aib saya disebarkan & ingin menjaga aib saya. Boleh kah saya memulangkan hartanya dalam diam2.

    Bantu saya. Hati tetap tidak tenang. Jika dosa dengan Allah itu mudah.kerana Allah maha pengampun. Tetapi jika dosa dengan manusia, amat susah kerana kita ingin meminta ampun dari mereka yg telah kita zalimi. Semoga Allah permudahkan urusan saya ingin kembali ke jalannya.

    Reply
    • Assalamualaikum saya tidak tahu sbnr nya..tapi saya terus terang pada pajak Google ke pada semua dunia..saya terus terang kepada pembantu Google..kalau saya ada salah tolong maaf kn..saya hanya mahu membetulkan kn ke adaan saja..saya tak ada niat apa2…itu lah biar org hina saya atau caci saya…saya terima..saya hanya berserah kepada Allah SWT niat saya hanya membetul kn ke adaan..berulang2 saya kena offer untuk trend ..Syria Trang..saya tak ada harta..saya cakap saya tak layak berada dana….tujuan Sya hanya membetulkan ke adaan..saya tak memikirkann kekayaan..jika itu rezeki Allah membagi saya terima….yg saya usaha kn..UTK masa depan ank2 saja…wlu pun mereka tidak bsama saya selalu…tetapi dlm hati saya mereka tetap dlm hati saya..saya tak memikir kn diri sendiri..saya mahu lagi memikir kn orang sekeliling kita..saya harap fuyhm ulasan saya..

      Reply
    • Wassalam,

      Jika tidak mampu berterus terang, cukuplah sekadar mengembalikan hak orang tersebut melalui pos atau orang tengah.

      Reply
  11. Memang topik penulisan ini sangat terkena tepat pada saya. Saya suka dan rasa lebih mudah untuk laksanakan strategi yang dikongsikan. Terima kasih.

    Reply
  12. Alhamdulillah. Penulisan yang banyak membantu saya. Boleh saya kongsikan dengan yang lain ya. Dan kredit untuk blog akuislam.

    Reply
    • Itu lah saya sbnnya hanya mau tau apa sbnaa nya…terjadi bukan nya berniat jahat…tapi klu bab2 yg ke dalam yg lebih penting itu saya tidak tau…sebab MCM kena hack..band phone saya 2x sudah hilang kena curi…saya on Line guna Wi-Fi saya jadi tanya kena trus2 ada sinaran Ani…sama Sya yg requset untuk ke gunaan semua…so saya sudah awal mau bjua a sama biskita…imasalah nya saya kereta saja rosak….so sekali lagi saya mohon maaf kepada seluruh dunia ini..semoga bisnes masing2 berjaya…

      Reply
  13. Assalamualaikum wbt. saya hnyalh insn biasa yg ade klemahn dlm diri. Alhamdulillah sye mula fhm apa itu istiqamah, terima kasih. Disini sye selit persoalan sye, perlukah sebagai seorang mnusia memberi thu kpada mnusia lain tntng amalannya? seolah berbangga2. contoh apabila dy mlakukan tahjud setiap malam dan menghebahkan kpd org yg lain bhwa dy rjin brtahjud. bukankah itu mnunjuk2? Apa prlu sye buat?

    Reply
    • Wassalam,

      Jangan, itu adalah riak. Setiap amalan baik perlu dirahsiakan dan tidak pelu diheboh-hebohkan.

      Itulah ikhlas dalam beribadat.

      Jika riak, ia akan menyebabkan amalan menjadi sia-sia

      Reply
      • jika yg riak itu adalah org tua, seseorang yg ada hubungn kekeluargaan dgn kita..mcm mna hrus saya tegur? ada cadangan? Sbb stiap kli sye buat, sush utk d trima tguran sye dn dkatakn bhawa sye tdak thu apa2. sukar utk sye menegur.

        Reply
        • Jika dia tidak menerima teguran, biarkan. Yang penting Iqmal sudah berusaha.

          Sebab Allah tidak melihat kepada hasil, tetapi kepada usaha kita semua. Jika Iqmal telah cuba, maka Iqmal sudah terlepas dari tanggungjawab.

          InsyaAllah Iqmal akan tetap dikurniakan pahala.

          Reply
  14. Assalamualaikum , saya cepat sangat rasa cemburu, pikir apa orang lain akan buat belakang saya . Macam mana nk buang sikap tu? saya dh cuba untuk pikir positif tapi masih terfikir .Sampaikan sifat boleh jadikan sya untuk bertindak mencederakan diri saya .

    Reply
    • bagi saya , kalau memang ada masalah sebegitu , bila kita mula rasa nakcederakan diri , lebih baik segerakan ambil wuduk .. wallahu alam

      Reply
  15. Perkara yg paling sukar adalah menjaga seketul daging dalam diri iaitu hati.. Tidak tenang, pemarah, bersangka buruk & adakalanya sering malas.. Bagaimana untuk saya ubati & perbaiki?

    Reply
    • Perbanyakkan solat, doa dan memberi maaf & meminta maaf daripada orang lain.

      InsyaaAllah lama-kelamaan ia akan menjinak hati kita.

      Reply
  16. Semoga kita terus istiqomah di atas jalanNya, Jalan yang lurus dan benar. Semoga kita sentiasa kekal tunduk dan sujud kepada Allah. Aminn

    Reply

Leave a Comment