Kenapa Kita Sukar Bertahan dan Istiqamah Untuk Buat Perkara Baik?

Istiqamah dalam menakluk perubahan yang besar

Kenapa begitu sukar untuk membentuk tabiat yang baik?

Mengapa sangat susah untuk kekal istiqamah dalam membuat perubahan?

Bagaimana anda boleh meneruskan niat baik anda untuk melakukan perubahan walaupun nampak seperti tiada hasil?

Persoalan-persoalan ini sering menganggu kita.

Kita ingin menjadi lebih baik dari sebelumnya, tetapi niat murni kita itu selalu tersekat.

Kita selalu gagal tanpa punca.

Anda dan saya.

 

Kenapa Kita Selalu Gagal Untuk Berubah ke Arah Perkara Baik?

Kita semua mempunyai harapan dan impian.

Setidak-tidaknya, kebanyakan orang mempunyai kemahuan yang sama.

Contohnya adalah seperti kita mahu badan kita nampak menarik dan sihat, mahu menghafaz al-Quran, mahu menulis buku, mahu lebih dihormati oleh keluarga dan rakan.

Secara keseluruhan, ini adalah perkara-perkara yang baik.

Cantik sebenarnya bila kita mempunyai matlamat dan mengetahui apa yang kita mahu. Ia memberikan kita arah dan tujuan.

Bagaimana pun, kadangkala harapan dan impian itu sendiri yang akan mensabotaj kita daripada menjadi lebih baik.

Bagaimana? keinginan.

Keinginan atau nafsu akan mengumpan kita untuk ‘menggigit lebih besar daripada apa yang kita mampu kunyah.

Anda akan faham apa yang saya maksudkan:

  • Anda berazam untuk mengingat semua surah dalam al-Quran. Anda menghafal berterusan sepanjang hari pada hujung minggu. Selepas pergi kerja pada hari isnin, anda langsung tidak kembali menghafal selepas itu.
  • Anda terinspirasi dengan kisah travel kawan-kawan yang menjelajah negara lain, maka anda pun mula menulis plan rancangan untuk travel ke seluruh dunia. Pada akhirnya anda hanya ‘lemas’ dalam semua butiran perancangan dan berakhir dengan duduk dirumah sahaja.
  • Anda termotivasi dengan rancangan The Biggest Loser. Anda pergi ke gim, buat latihan all-out sehingga otot anda cedera dan mengambil tempoh tiga bulan untuk pulih.

Apa yang selalu terjadi, kita membiarkan motivasi dan kemahuan yang sedang membuak itu mendorong kita menjadi kalut untuk menyelesaikan keseluruhan masalah atau keinginan dengan sekali hadap sahaja..

… berbanding bermula dengan langkah kecil sebagai suatu rutin harian.

Saya tahu. Perkara ini bosan.

Realitinya adalah:

— impian yang ingin kita capai adalah sangat berbeza dengan tindakan yang akan membawa kita ke sana.

Tidak ramai orang yang mampu terus membuat perubahan besar sekali gus.

Tidak ramai orang mampu istiqamah.

Oleh itu bagaimana untuk kita kekal istiqamah dan konsisten dalam membuat perubahan?

Saya gembira anda bertanya.

Mari saya jelaskan.

 

Kita Harus Tetapkan Impian Yang Besar, Tetapi Mesti Mulakan Dengan Langkah yang Kecil..

Apabila kita benar-benar ingin berubah untuk perkara lebih baik, kita harus bermula dengan langkah yang kecil.

Cuba bayangkan tabiat-tabiat ini:

  • Anda memberus gigi.
  • Anda memakai tali pinggang keledar.
  • Anda menggigit kuku.

Kelakuan ini cukup kecil sehinggakan kita langsung tak terfikirkannya. Kita melakukannya secara automatik.

Mereka adalah kelakuan-kelakuan kecil yang membentuk tabiat kita secara berterusan.

Jadi masuk akal atau tidak, jika saya katakan cara terbaik untuk memulakan sesuatu adalah dengan membuat perubahan kecil terlebih dahulu.

Yang mana otak kita boleh cepat belajar dan mengulangi secara automatik.

Lama-kelamaan, kita akan top-up kemajuan kita sehingga mencapai apa yang kita inginkan, tanpa rasa lelah dan sukar.

istiqamah dalam perubahan
Berubah – biar perlahan, asal kita tidak lelah dan sentiasa berterusan. Inilah istiqamah

Analogi pendekatan ini sama seperti belajar berenang:

Bila kita terus terjun ke air yang dalam sebaik sahaja kita mendapatkan ransangan motivasi, kita hanya akan gagal, dan lemas dengan cepat.

Kita memerlukan lebih banyak rangsangan motivasi apabila tabiat baru kita semakin ‘lemas’.

Tetapi, bila kita mulai berenang di air yang cetek terlebih dahulu, pasti perlahan-lahan akan kita akan pergi ke air yang lebih dalam.

Sehingga sampai ke titik di mana kita boleh berenang sendiri sama ada bermotivasi atau tidak.

Kita sudah selesa dengan perubahan-perubahan yang berlaku pada diri kita. Ia sudah bersemadi dengan tubuh kita. Ia sudah menjadi kepercayaan kita.

Nampak?

 

Beri Tumpuan Kepada Gaya Hidup, Bukan Kepada Perubahan Hidup

Sering kali kita taksub dengan membuat perubahan yang mengubah hidup.

Tetapi untuk mencapai sesuatu yang mengubah hidup, anda terlebih dahulu harus menukar gaya hidup.

Cuba wujudkan tabiat-tabiat kecil terlebih dahulu.

  • Mengingat 30 juz al-Quran adalah satu perubahan hidup, menghafaz 10 ayat baru setiap hari adalah gaya hidup yang baru.
  • Menerbitkan sebuah buku adalah satu perubahan hidup, menulis 5 muka surat setiap hari adalah gaya hidup yang baru.
  • Bangun Solat Tahajjud setiap malam adalah perubahan hidup, pastikan solat fardhu tepat pada waktu setiap masa adalah gaya hidup yang baru.
  • Menurunkan berat badan 20kg adalah satu perubahan hidup, minum 8 gelas air masak setiap hari adalah gaya adalah hidup yang baru.
  • Ingin menjadi muslimah yang sebenar-benar soleh adalah perubahan hidup, menjaga pemakaian (aurat) dan tutur kata adalah gaya hidup yang baru.

Nampak perbezaannya?

Mempunyai matlamat hidup adalah perlu kerana ia menunjukkan arah hidup, tetapi kadangkala ia juga ‘menipu kita’ dengan menyasarkan apa yang tak mampu dikendalikan.

Langkah kecil – rutin harian kecil yang diulangi secara berterusan – inilah yang akan membuatkan apa yang kita hendak capai menjadi realiti.

Saya tahu ini  kelihatan hampir tiada makna pada mulanya.

Tetapi tabiat kecil sebenarnya boleh memberikan kemajuan yang luar biasa dengan cepat.

Daripada Aisyah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:

Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”

— Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Istiqamah — walaupun adakalanya amalan tersebut nampak kecil, tetapi kebaikan yang dilaksanakan secara istiqamah itu akan memberikan impak tabiat yang baik kepada pelakunya secara berterusan.

Nampak?

Islam itu agama yang mudah sebenarnya.

 

Penutup: Tips Untuk Kekal Istiqamah

Bertahan dalam perubahan yang baik sememangnya sukar.

Ini sudah tentu kerana pada asasnya jiwa manusia selalu dibayangi oleh hawa nafsu.

Sebenarnya ada 2 elemen yang menyukarkan kita untuk istiqamah bertahan dengan perubahan baik, iaitu nafsu (syaitan) dan Mazmumah, iaitu kelemahan diri kita sendiri.

Namun jangan bimbang, dengan strategi yang kita bincangkan diatas, InsyaaAllah kita akan dapat membuat kemajuan dan menjadi seorang muslim yang produktif.

Ini adalah beberapa peraturan ringkas tapi berkesan untuk kekal dengan perubahan yang ingin kita lakukan:

  1. Bermula dengan sesuatu sangat mudah untuk anda. Ia mesti menjadi begitu mudah sehingga anda tidak boleh mengatakan tidak. Pastikan ia tidak sukar langsung.
  2. Anda perlu meningkatkan pencapaian perubahan tersebut setiap hari, tetapi dengan cara yang sangat kecil.
  3. Walaupun selepas meningkatkan pencapaian perubahan tersebut, pastikan semuanya kekal mudah. Jika perlu, pecahkan kepada bahagian yang lebih kecil dan mudah.
  4. Sentiasa mengingatkan diri kita dengan niat asal dan re-charge semangat kita dengan zikir mengingati Allah.

Apa yang terpenting, mulakan langkah pertama.

doa istiqamah

Akhir sekali adalah kita perlu memohon kekuatan daripada Allah agar segala perubahan ke arah kebaikan yang kita lakukan diberi kekuatan pertolongan.

Semoga hati kita terus diberi kekuatan untuk istiqamah.

YAA MUQALLIBAL QULUUB, TSABBIT QALBII ‘ALAA DIINIKA WA ‘ALAA THOO’ATHIK.

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu dan di atas ketaatan kepada-Mu.

Semoga memberi manfaat kepada semua.

Sila tinggalkan pandangan anda.

Jika terdapat pandangan atau masalah yang anda hadapi mengenai perkara ini, sila tinggalkan pada ruangan komen di bawah.

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

94 thoughts on “Kenapa Kita Sukar Bertahan dan Istiqamah Untuk Buat Perkara Baik?”

  1. Sayalah org yg paling byk sikap yg tak baik…sejak dari umur 15 tahun sampai sekarang umur 40 thn masih berburuk sangka,cemburu,dengki,marah marah,rasa diri kuat.’Tak tahu Mcm mana lagi cara.

    Reply
    • InsyaaAllah boleh.
      Walaupun sukar, tetapi dengan usaha dan doa, insyaaAllah pasti berjaya.

      Dekatkan diri dengan orang-orang yang positif.

      Reply
  2. Tq byk2 bg ilmu strategi utk btahan istiqomh.mmg bnr bkn sng nk istiqomh dlm kebaikan,ibarat kan kta melawan arus yg…

    Reply
  3. Assalammualaikum..terima kasih sbb tulis psl ni..baru sy thu selama ni sy buat tu cara yang salah..hri hari sy berazam utk berubah..doakan sy boleh.berubah…saya suka blog ni..kalaulah sy jumpa dr dlu….teruskan menulis ya!jgn lupa bgthu klau update yg bru :)

    Reply
    • Alhamdulillah.
      Gembira saya dapat tahu artikel-artikel disini dapat memberi kebaikan kepada tuan/puan.

      Tuan boleh ikuti page facebook kami untuk update terbaru.

      Reply
  4. sy berusaha berbiat berkali untuk mjdi wanita solehah seringkali tu lah sy gagal….sy berharap hidayah yg tetap dari allah buat sy

    Reply
    • Berusaha dan terus berusaha, jangan putus asa.

      Sebab Allah melihat usaha kita, bukan natijah (hasil) semata-mata..
      InsyaaAllah banyakkan berdoa akan dipermudahkan usaha

      Reply
  5. assalam dan salam sejahtera.

    betul. memang betul. kita tahu kita kene berubah jadi baik. setiap org ada kisah silam mereka. walau siapa pun kita pada masa silam, itu bukan halangan untuk kita maju ke depan dan menjadi ‘bayi suci’ sebelum kita dipanggil pulang oleh Dia.

    namun sayangnya semakin kita mencuba untuk berubah maka sekuat itulah bisikan2 kecil mengajak kita melengah2kan membuat perkara2 baik.. sedangkan kita tahu kita dah tak banyak masa lagi untuk bertangguh. “Masa itu ibarat pedang. JIka kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu’. Itu pepatah Arab yang berbicara tentang masa.

    SEmoga artikel di atas mampu memberi motivasi kepada kita semua.

    Reply
    • InsyaaAllah.

      Terima kasih kerana sudi meninggalkan input yang sangat berguna dalam ruangan komen ini

      Reply
  6. Alhamdulillah. Terima kasih. Artikel terbaik. Betul, kadang- kadang kita kalut untuk lakukan perubahan drastik yang susah. Sedangkan perubahan yang besar itu bermula dengan perubahan yang kecil. Terima Kasih Penulis :)

    Reply
  7. Teringat pula dimana bila sesuatu perkara dibuat demi Allah.. maka Allah akan tunjukkan kuasaNya dan membukakan jalan untuk mencapai perkara tersebut.. Demi Allah.. tatkala hati ini merasa lelah dan give up dengan perubahan ke arah kebaikan.. mencari penyelesaian di google lantas berjumpa artikel ini.. Alhandulillah.. terima kasih May Allah bless u and grant u jannah.. amin

    Reply
  8. Teringat pula dimana bila sesuatu perkara dibuat demi Allah.. maka Allah akan tunjukkan kuasaNya dan membukakan jalan untuk mencapai perkara tersebut.. Demi Allah.. tatkala hati ini merasa lelah dan give up dengan perubahan ke arah kebaikan.. mencari penyelesaian di google lantas berjumpa artikel ini.. Alhandulillah.. terima kasih May Allah bless u and grant u jannah.. amin

    Reply
    • Amin Ya Allah.

      Terima kasih atas doa yang sangat indah tersebut. Semoga kita semua dipertemukan dalam jannatul firdausi.

      Dan saya gembira jika penulisan ini memberi sedikit sebanyak input kepada para pembaca

      Reply
  9. Assalammualaikum…sy saudara baru dlm islam.sy tertarik dgn artikel ini kerana sy ingin berubah ke arah kebaikan.sedikit sebanyak mmberikan sy semangat dan motivasi..terima ksh utk info yg berguna.

    Reply
  10. Assalammualaikum
    Terima kasih di atas perkongsian yg sgt menarik. Sy sering jdkan blog anda sbg salah satu bacaan yg memberi semangat utk sy.

    Reply
    • Wassalam..

      Alhamdulillah, saya gembira mendengar penulisan saya dapat memberi manfaat kepada zaza :)

      Reply

Leave a Comment