Hadiah Buat Ibu Yang Terbaik Adalah Sebuah Perhatian

hadiah buat ibu
Hadiah buat ibu yang diinginkan olehnya hanyalah sebuah perhatian dan kasih sayang | kebun teh dan ibu by daunbusuk

Bukanlah wang ringgit yang sangat diharap oleh seorang ibu dari anaknya.

Tiada hadiah buat ibu yang lebih bernilai melainkan kasih sayang dan perhatian dari anak-anaknya.

Hadiah kasih sayang ini terdapat dalam berbagai bentuk yang boleh kita hadiahkan dengan penuh keikhlasan.

 


Hadiah buat ibu #1 – Kehadiran

Buatlah ibu merasa kehadiran anda dengan sering menziarahinya sekerap mungkin.

Menziarahi ibu tidak sama dengan melawat museum dimana anda datang, lihat dan pergi. Ibu anda bukan sebuah artifek yang dipamerkan di museum.

Duduk dan berbuallah dengannya. Makanlah bersamanya. Sekali-sekala tidurlah di rumahnya walaupun rumah anda dekat dengan  rumahnya.


Hadiah buat ibu #2 – Senyum

Senyumlah bila bertemu dengan ibu anda.

Jangan merungut, gelisah dan berwajah muram semasa menziarahinya kerana ini akan menyusahkan hatinya. Sebaliknya senyumlah kerana senyum akan memberi ketenangan kepada ibu anda.


Hadiah buat ibu #3 – Ucapan

Ucapkanlah terima kasih atas segala-segalanya kerana membesarkan anda. Katakan anda sayangkan ibu anda. Ucapkan kata-kata pujian atas segala kelebihan dan keistimewaannya.

Ucapkanlah bahawa anda memohon maaf atas segala kesalahan yang pernah anda lakukan kepadanya. Kalau semua ucapan itu anda boleh ucapkan kepada orang lain, ibu anda lebih berhak mendengar ucapan-ucapan itu dari anda.

Dia tentu rasa bahagia mempunyai anak seperti anda.


Hadiah buat ibu #4 – Sentuhan

Jangan pernah merasa jijik untuk menyentuh ibu anda yang pernah membersihkan najis anda dengan tangannya ketika anda kecil. Salam dan cium tangannya, peluk dan ciumlah dia.

Dengan cara ini dia akan merasa anaknya dekat dengannya.

Jika dia merasa lenguh-lenguh, urutlah dia walau tidak diminta. Jika dia pening picitlah kepalanya. Ini akan membuat ibu rasa bahagia dibelai oleh anaknya.


Hadiah buat ibu #5 – Mengalah

Sekiranya pendapat anda tidak sehaluan dengan ibu anda elakkan pertengkaran dan mengalah demi menghormati dan menjaga hati ibu anda.

Dengan mengalah hati ibu menjadi lembut dan mungkin ia akan  pertimbangkan semula pandangan anda.

Sekiranya kehendaknya tidak menimbulkan masaalah, apa salahnya kita mengalah dan akur dengan kemahuannya walaupun mungkin kita kurang setuju dengan kemahuannya.


Hadiah buat ibu #6 – Pendengar yang setia

Ibu anda mempunyai telalu banyak perkara yang ingin diceritakan kepada anda tentang pengalaman dan petua-petua yang dia ketahui.

Jadilah pendengar yang setia kepada ibu anda walaupun cerita itu telah anda dengar beberapa kali.

Jangan mencelah, memperleceh atau tidak endah semasa ibu bercerita. Ini akan membuat ibu anda kecil hati. Sebaliknya jadilah pendengar setia ibu anda walaupun tidak semua yang anda setuju dengan cerita itu.


Hadiah buat ibu #7 – Membantu pekejaannya

Bila ibu anda telah mencecah usia emas dia tidak berupaya lagi membuat  kerja-kerja mengemas dan mencuci.

Tak berupaya lagi membetul dan membaikpulih alatan di rumah. Tak berupaya membuat kerja-kerja yang dahulunya ia mampu lakukan disebabkan faktor usia.

Adakanlah masa dimana anda dapat meringankan kerja-kerjanya yang dia tidak berupaya melakukannya lagi. Ini adalah hadiah yang sangat bernilai baginya.


Hadiah buat ibu #8 – Bawa ibu berjalan

Diantara perkara yang boleh membuat ibu gembira ialah bila anak-anaknya membawa dia berjalan, terutama ke tempat yang dia sukai.

Anda tidak perlu membawa ibu anda melancong ke luar negara untuk membuat ibu anda gembira.

Kadang-kadang memadai anda membawa ibu anda pulang ke kampong asalnya dan itu sudah cukup membuat dia gembira. Aturkanlah untuk berjalan ke tempat kesukaan ibu bukan kesukaan anda.

hadiah buat ibu


Hadiah buat ibu #9 – Doa

Tiada hadiah lebih besar dari doa anak-anak untuk kesejahteraan ibu mereka. Doakanlah ibu anda setiap hari, kerana ibu anda juga tidak pernah lupa mendoakan anak-anaknya.

 

Artikel ini dikongsikan oleh Tuan Abd Rahman Bin Mat Yasin, seorang pakar dalam bidang taksiran hartanah yang kini menetap di Batu Gajah, Perak.

Semoga apa yang dikongsikan oleh Tuan Abd Rahman ini memberi manfaat dan input berguna kepada semua pembaca. Syukran Jazilan.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

8 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Suzana
Suzana
5 tahun yang lalu

Terima kasih atas perkongsian ini. kadang kita jd lupa.acuh x asuh dgn dek kesibukan dunia..
doaka sy menjadi anak yang dapat membalas jasa memberi manfaat kepada kedua ibubapa saya.. Amiin

Nrnnrshkls
Nrnnrshkls
6 tahun yang lalu

Terima kasih atas kesedaran ini. Sangat2 menghargainya .. ?

grosir kaligrafi kuningan
grosir kaligrafi kuningan
9 tahun yang lalu

sangat luar biasa ….artikel yang menyadarkan akan pentingnya perhatian seorang ibu….dlm n0 3 atau 4 dalam sentuhan yg bagaimana ya ? mksh

shima
shima
9 tahun yang lalu

Miss my mom n dad….

Dptkn ebook 70 formula rezeki…
http://bit.ly/kuasarezeki

syida
syida
9 tahun yang lalu

Rindu dengan ibu saya,,,

BESTmobile.my
BESTmobile.my
9 tahun yang lalu

Sayangilah ibu anda..

informasi kesehatan dan penyakit
informasi kesehatan dan penyakit
9 tahun yang lalu

salam sukses semoga hari ini lebih baik http://goo.gl/YWhBXQ

pop
pop
9 tahun yang lalu

Terima kasih, tulisan ini banyak mengingatkan diri ini yang telah terlupa pengorbanan ibu.