Formula Untuk Redha

untuk redha
bagaimana untuk redha?

[ Janganlah kau bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman. ]

Ali Imran ayat 139

Bicara tentang formula redha, saya sendiri seakan tergagap untuk berbicara tentang, sedang diri sendiri masih bersoal jawab dengan hati sendiri.

Apakah diri ini sendiri sudah benar-benar redha atas ketentuan ilahi?

Hanya hati sendiri ada jawapannya, Redha?

Apa yang kita faham tentang redha. Redha apa bila kita tidak lagi bertanya kenapa.

Jujur saya katakan memang bibir mudah melafaz redha. aku redha.

Tapi hakikat hati sendiri yang tahu. Redha itu payah nak dapat.

Mungkin kita mula belajar untuk redha, tapi dalam tempoh belajar untuk redha itu pasti ada ujian untuk melihat keteguhan iman kita pada Allah.

Kita manusia biasa, bukan kita tak pernah  berusaha untuk redha namun hakikat untuk mendidik hati sendiri itu jauh lebih payah dari mendidik hati orang lain, kadang ego kononnya aku redha.

Tapi bila datang lagi ujian mengeluh lagi, Ya Allah kenapa aku.

 

Bagaimana Untuk Redha?

Nak redha, satu kita kena percaya bahawa setiap yang terjadi ada hikmahnya, sudah tertulis dalam rencanaNya sejak dulu lagi.

Cuba tanam sifat “berbaik sangka” pada Allah.

Terus terang saya cakap bersangka baik saya ujian datang bertimpa-timpa itu sukar, kerana saya pernah  melalui fasa itu.

Fasa dimana bibir ini bertanya pada Allah mengapa semua ini terjadi, saat air mata mengalir, menerima hakikat kehidupan yang tak selalu indah.

Hikmah, teringat pada kata-kata seorang adik disampaikan oleh sahabat saya. “akak, setiap kali Allah ,menguji, adik tercari-cari hikmah apa yang Allah nak bagi”.

Allahu saya tersentak dengan kata-kata itu, lemahnya saya. Mulai hari tu, saya cuba ambik ibrah dari kata-kata itu.

 

Untuk redha, tidak semudah yang disangka..

Tapi tak semudah tu. Setiap kali ujian melanda, cuba positive, ada hikmah ini, jangan biarkan kesedihan tu menutupi segalanya.

Sampai tak nampak hikmah dan nikmat yang lain.

Menangis itu tak salah sedih itu tak salah.

Tapi satu aje, percaya pada Allah.

Percaya dengan kasih sayang Allah. Senyum.

Alhamdulillah, kata orang alah bisa tegal biasa, bila terbiasa dengan ujian Allah lama-lama terbiasa ditarbiah. Lama-lama kita akan semakin positive.

Sesukar mana pun ujian itu, kita akan nampak hikmahnya. Indah bila hati benar-benar redha. benar-benar ikhlas.

Bila sapa ujian biar masih mengukir senyum walau dimata terlihat sayu, walau bibirnya pucat tak berdarah, namun senyuman ikhlas itu mengindah segalanya.

Senyuman saya ini untuk mu sahabat. Qawiyy! Senyum.

Ya Allah, sesungguhnya setiap rencanaMu, pasti ada hikmahNya. Dunia sementara. Ujian sementara. Derita sementara.

Syurga kekal. Nikmat kekal. Bahagia kekal. Hanya disyurga.

 

Kuatkan Langkahan Mujahadah, Moga Hati Istiqamah Sentiasa

Redha itu mudah, saat hati kau tak lagi mempersoalkan ketentuanNYa.

Menerima dengan berlapang dada. InsyaAllah kamu boleh sahabat. Doakan saya juga.

Andai  selama ini Allah uji kamu mampu laluinya, sekarang DIA uji lagi takkan nak mengalah, kalau awak tak mampu sungguh takde awak yang sekarang ni.

Sungguh DIA takkan menguji dengan ujian itu.

Artikel ini perkongsian ke inbox emel kami daripada sahabat setia kita,  cahayakehalusankelembutan.  Semoga memberi manfaat kepada semua. Jazakallah.

Bagaimana pula untuk anda memupuk rasa redha? Kongsikan dibawah ini 

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

66 thoughts on “Formula Untuk Redha”

  1. semoga dengan setiap ujian dilimpahkan rahmat kepada kita semua ….

    Ya Allah, semoga dengan terpisahnya kami didunia, ku mohon semoga kami sekeluarga berada disampingnya dijannahtul firdaus Mu nanti ..

    Aamiin Yra

    suamiku tercinta,
    Hj Sahifuddin Bin Hj Ismail
    30-10-1972-16-06-2018

    Reply
  2. Semoga satu hari nanti, saya akan redha dengan ikhlas seikhlasnya. Hingga ke hari ini, saya masih bertanya, “kenapa aku ya Allah”.. “kenapa anak aku ya Allah”..

    Reply
  3. Syurga itu terlalu mahal harganya,kita harus uji jika mengaku beriman.
    Al fatihah untuk arwah suamiku 1981-2019

    Reply
  4. Mmg btl ..kita hrs redha..tp kdg2 sy jg bertanya dlm hati..
    “Ya Allah knp ini terjadi”tp bila sy fikir2 blk…mgkn ini ujian sakit yg sy alami adalah ujian untuk menghapus sebagian dosa2 sy ..jadi sy kmbli pasrah akn penyakit sy…sdh 5 thn sy mnderita sakit tulang belakang …sekarang sakit tu bertambah lg sbb jatuh terduduk pagi tadi..doctor ckp ada bengkok lg d dekat punggung…tp sy pasrah dgn takdir Ilahi

    Reply
    • Sabar ye puan.

      Kebetulan penyakit kita sama pula, berkaitan dengan tulang belakang. Sudah dua tahun melakukan pembedahan, tetapi side effectnya masih ketara. Saya dah tak boleh buat aktiviti seperti orang normal.

      Tapi yang penting kita semua sabar dengan ketentuan ini.

      Reply
  5. Asalammualaikum semua, kisah redha sya ini berkaitan dengan kisah percintaan sya, Sya terpaksa berpisah dengan pasangan sya hanya kerana berlainan agama, niat sya sungguh ikhlas untuk memperisterikan dia, namun agama menjadi benteng antara kami berdua, suatu hari sya bertemu dengannya dan berbincang hal ini. Pada akhirnya, kami memutuskan untuk berpisah. Sukar untuk sya menerima semua ini namun, Sya percaya Allah lebih mengetahui. Sememangnya sedih, bila banyak kenangan yg tercipta antara kami. Namun keadaan tidak mengizinkan. Sesungguh mana pun azam dan usaha sya, tapi kalau Allah tak izin ia tak akan terjadi. Kisah percintaan sya mengajar sya erti redha dalam keadaan ini. Walaupun sakit, tapi hidup kena teruskan. Moga Allah merahmati dan mempermudahkan hari hari seterusnya ?

    Reply
    • InsyaAllah, yakinlah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.
      Pasti Allah menyediakan sesuatu yang lebih baik lagi.

      Reply
  6. ?? Betul. Memang susah untuk redha. Sy kehilangan satu2 nenek kesayangan. Bagaikan mimpi yg xmahu diulang. Sy hrap ia mimpi. Susah untuk lpaskan kematiannya

    Reply
  7. “Menangis itu tak salah sedih itu tak salah.

    Tapi satu aje, percaya pada Allah.”

    Percaya Kepada Allah.. Itu yang sy terapkan sekarang. Dikala hati dilanda gunda gulana, sedih dgn dugaan dan ujian Allah. Sy kembali kepada Allah.. Itu hikmahnya. Dulu sy leka dgn keseronokan, smpi alpa kepada Allah.. Namun Allah beri sy ujian dugaan yg pada sy tidak dpt tertanggung. Namun percaya kepada Allah.. Kerana disebaliknya ada hikmah yg Allah telah janjikan.

    Reply
  8. Saya nak belajar redha. Saya masih menunggu kehadiran zuriat. Sekarang saya akan cuba pupuk redha dalam hati saya… Saya mohon share dengan setiap perkongsian dari pihak tuan dan puan. Terima kasih

    Reply
  9. Assalam’mualaikum, Bagi saya, redha adalah suatu hal yg paling sukar utk saya lalui skrg…setelah hampir 2 tahun bercinta, tak sangka doa sy selama ini utk knl dia trmkbul setelah isteri dia sendiri yg call saya…Allah adalah sebaik perancang..Dia tau bila hendak kasi jwpn yg sesuai utk kita..Namun begitu, sy masih lagi dlm fasa redha dgn segalanya setelah berhasrat utk hidup bersama…Disamping sy berdoa, sy juga suka membaca article2 mngenai redha dan move on…Dan akhirnya trjumpa this blog “akuislama”..Doakan sy utk trime hakikat yg dia bukan trcipta utk sya dan sya percaya bahawa Allah akan hadirkan keindahan dlm hidup sya setelah sy mencapai tahap keredhaan yg sebenar..Doakan sya..

    Reply
  10. Assalamualaikum kwn2… saya belajar untuk redha apabila orang yang sy sukai.. selalu bersama saya memberi kata-kata semangat apabila saya kecewa putus cinta telah jatuh hati pada kakak saya sendiri. saya redha dengan cara menjadi orang tengah mereka. Sakit pada permulaanya tapi saya redha kerana dirinya bukan tertulis untuk saya. kakak sy adalah org yang sy plg syg saya sanggup lakukan apa saja untuk beliau. doa saya adalah semoga Allah swt temukan saya dgn org yang mencintai sy kerana Allah swt dan terima sy kerana-Nya. Amin….

    Reply
  11. Assalamualaikum..
    Sy dlm proses berpisah dgn suami stlh berpuluh thn bersama.Perpisahan yg suami minta disbb kn sudah berjumpa dgn org yg lebih memahami dirinya..
    Bkn senang utk terima semua ni.. tap masih berusaha ikhlas kn hati utk redha dgn apa yg berlaku..
    Doa kn sy supaya dpt teroskn dugaan hidup ini dgn puteri kesayangan sy.

    Reply
  12. Assalammualaikum.
    Sy belajar utk redha dan mencari2 hikmah di sebalik musibah yg menimpa. Blog ini sgt2 membantu. Kwn2 doakan sy supaya dilimpahi rezeki dan ditemukan jodoh.

    Reply
  13. Allahu disaat hati sedang bersedih terbaca artikel ini sedikit sebanyak kata kata ini memberi saya semangat untuk meneruskan hidup. Sesungguhnya benar redha itu bukan semudah kata kata. Tp saya percaya takdir allah. kita sebagai hambanya harus redha. Dah seminggu awak jdi suami orang tp saya masih lagi teringat dekat awk. Ya allah bantulah aku untuk melupakan lelaki ini. Amin.

    Reply
  14. Subhanallah..redha itu masih sy tercari2 wlpun dah 5 tahun arwah suami tinggalkan sy..senang utk mengatakan redha tetapi sulit utk terima..doakan ya sahabat..semoga sy kuat dan redha dengan ketentuan ilahi..Allah kan sebaik2 perancang..mudahan kita sentiasa dalam lindunganNya..Aamiin..

    Reply
  15. Benar…. Redha atas apa yang berlaku itu kita mengerti bila kita merasa hikmahnya… Aku kembali kepada Allah stelah lama tidak sujud kepadanya…. Tanda kasih sayang… Dia masi prihatin kepada ku dgn mberi sakit ini…. Syukur Alhamdulillah….

    Reply
  16. Assalamualaikum.. benar bukan senang nak redha, kadang bibir kata “Aku redha”, tapi hati ? Masih bersedih dan masih lagi mencari jawapan kenapa yg di lalui itu terjadi . Wallahualam . Tapi alhamdulillah, penulisan ini memberi kata semangat untuk mencuba lagi redha dr hati . Terima kasih !

    Reply
  17. Sy sedang melalui fasa kehilangan anak buah dan suami tercinta….sewaktu ni mencari kekuatan…..hadiah dari Allah swt buat sy dan keluarga..sesungguhnya bukan mudah menghadapinya…semoga dikurniakan ketabahan…kesabaran saat diuji…blog aku islam sedikit sebanyak memberi kata2 semangat kekuatan utk terus melangkah…in shaa allah…

    Reply

Leave a Comment