
[ Janganlah kau bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman. ]
Ali Imran ayat 139
Bicara tentang formula redha, saya sendiri seakan tergagap untuk berbicara tentang, sedang diri sendiri masih bersoal jawab dengan hati sendiri.
Apakah diri ini sendiri sudah benar-benar redha atas ketentuan ilahi?
Hanya hati sendiri ada jawapannya, Redha?
Apa yang kita faham tentang redha. Redha apa bila kita tidak lagi bertanya kenapa.
Jujur saya katakan memang bibir mudah melafaz redha. aku redha.
Tapi hakikat hati sendiri yang tahu. Redha itu payah nak dapat.
Mungkin kita mula belajar untuk redha, tapi dalam tempoh belajar untuk redha itu pasti ada ujian untuk melihat keteguhan iman kita pada Allah.
Kita manusia biasa, bukan kita tak pernah berusaha untuk redha namun hakikat untuk mendidik hati sendiri itu jauh lebih payah dari mendidik hati orang lain, kadang ego kononnya aku redha.
Tapi bila datang lagi ujian mengeluh lagi, Ya Allah kenapa aku.
Bagaimana Untuk Redha?
Nak redha, satu kita kena percaya bahawa setiap yang terjadi ada hikmahnya, sudah tertulis dalam rencanaNya sejak dulu lagi.
Cuba tanam sifat “berbaik sangka” pada Allah.
Terus terang saya cakap bersangka baik saya ujian datang bertimpa-timpa itu sukar, kerana saya pernah melalui fasa itu.
Fasa dimana bibir ini bertanya pada Allah mengapa semua ini terjadi, saat air mata mengalir, menerima hakikat kehidupan yang tak selalu indah.
Hikmah, teringat pada kata-kata seorang adik disampaikan oleh sahabat saya. “akak, setiap kali Allah ,menguji, adik tercari-cari hikmah apa yang Allah nak bagi”.
Allahu saya tersentak dengan kata-kata itu, lemahnya saya. Mulai hari tu, saya cuba ambik ibrah dari kata-kata itu.
Untuk redha, tidak semudah yang disangka..
Tapi tak semudah tu. Setiap kali ujian melanda, cuba positive, ada hikmah ini, jangan biarkan kesedihan tu menutupi segalanya.
Sampai tak nampak hikmah dan nikmat yang lain.
Menangis itu tak salah sedih itu tak salah.
Tapi satu aje, percaya pada Allah.
Percaya dengan kasih sayang Allah. Senyum.
Alhamdulillah, kata orang alah bisa tegal biasa, bila terbiasa dengan ujian Allah lama-lama terbiasa ditarbiah. Lama-lama kita akan semakin positive.
Sesukar mana pun ujian itu, kita akan nampak hikmahnya. Indah bila hati benar-benar redha. benar-benar ikhlas.
Bila sapa ujian biar masih mengukir senyum walau dimata terlihat sayu, walau bibirnya pucat tak berdarah, namun senyuman ikhlas itu mengindah segalanya.
Senyuman saya ini untuk mu sahabat. Qawiyy! Senyum.
Ya Allah, sesungguhnya setiap rencanaMu, pasti ada hikmahNya. Dunia sementara. Ujian sementara. Derita sementara.
Syurga kekal. Nikmat kekal. Bahagia kekal. Hanya disyurga.
Kuatkan Langkahan Mujahadah, Moga Hati Istiqamah Sentiasa
Redha itu mudah, saat hati kau tak lagi mempersoalkan ketentuanNYa.
Menerima dengan berlapang dada. InsyaAllah kamu boleh sahabat. Doakan saya juga.
Andai selama ini Allah uji kamu mampu laluinya, sekarang DIA uji lagi takkan nak mengalah, kalau awak tak mampu sungguh takde awak yang sekarang ni.
Sungguh DIA takkan menguji dengan ujian itu.
Artikel ini perkongsian ke inbox emel kami daripada sahabat setia kita, cahayakehalusankelembutan. Semoga memberi manfaat kepada semua. Jazakallah.
Bagaimana pula untuk anda memupuk rasa redha? Kongsikan dibawah ini
Saya sedang melalui fasa2 sedih dalam hidup saya..syukur..saya belajar menjadi redha perlahan2..memang bukan mudah untuk redha,tapi Saya faham itu adalah perancangan Dia untuk saya..
Alhamdulillah…suka sgt baca coloum blog Aku Islam ni. Byk sumber kekuatan. Allah permudahkn sy bila jmpa blog ni. Byk sgt sumber2 yg blh digunapakai tatkala hati sedang hancur. Tak tahu bagaimana utk bgkit dr kesedihan. Masih dlm proses memulihkan hati. Allahuakbar…smga diberi kekuatan.
Alhmdulillh..disaat ht sdng brsedih.ada chya y terng dhdpan.tatkala terbaca artikel ini
Terima kasih untuk penulisan yg sangat hebat ini..
Assalamualaikum wbt .
terima kasih atas perkongsian ini sangat berguna..semoga saudara/i mendapat pahalanya
Jazakallahu khayran
salam semalam saya telah diuji diata kesilapan saya sendiri rumah saya telah disimbah cat merah dan terasa diti ini diaibkan….Alhamdullilah…saya ucapkan dan saya memberitahu pada diri saya sypaya bersangka baik dengan Allah swt. sebab semua yang berlaku adalah atas uzin..dan saya berharap atas izinNya dan pertolonganNya jugalah saya dapat menyelesaikan perkara ini secepat mungkin..dan berharap supaya ianya tidak akan berulang lagi….
Assalam.. saya baru shj bertunang.. saya sangat percaya dengan apa yang tunang saya cakap.. saya tidak pernah rasa dia menipu..dia seorang yang penyayang tetapi panas baran.. saya sering menangis sendirian kerana dia selalu menyakitkan hati saya.. walaupun begitu saya sangat menyayanginya… dia cinta pertama saya.. perkara yang saya tidak dapat terima dan saya sendiri tidak pasti ialah semasa saya kerumah tunang saya untuk melawat bakal mak mertua… saya ada tolong kemas bilik tunang saya dan mendapati ada alat2 untuk mendadah.. saya terkejut.. saya terkilan… saya rasa tertipu.. selama ni saya percaya dan menganggap he is the love of my life.. saya tak pernag buat tak baik dblkg dia.. sampai hati dia buat mcm ni dekat saya.. apa salah saya.. saya benci dadah.. selama ni saya tak tahu pun dia tke drug.. sampai sekarang saya buat tak tahu je.. saya tggu smpai bila dia bertahan menipu saya.. patutkh sya redha?? Takkan saya nak bersuami penagih dadah? Saya tak sanggup.. tetapi saya sgt mncintainya.. saya tak kuat..
memang bukan mudah untuk mendidik hati untuk redha. terkadang terfikir kenapa terlalu banyak dugaan yg di hadapi hari demi hari. semua orang menganggap saya seorang yang sangat kuat. saya insan hebat tapi di sebaliknya saya menangis hari2 ketika di dalam bilik air. perkahwinan selama 13 tahun rupanya sebuah penipuan bila suami mengaku yang dia adalah biseksual dan baru2 ini positive HIV. memaafkan memang mudah tapi untuk melupakan semua yang dia telah buat sangat susah. memang saya yakin Allah ada perancangan yg lebih baik. mungkin dengan dugaan ini suami berubah. malah saya nampak perubahan dia. sembahyang di setiap waktu, dengan sembahyang sunat wujud, sunat taubah, sunat hajat… cuma hati ini masih belum redha sepenuhnya dengan apa yang telah dia buat. bila memikirkan segala pengorbanan selama ini seakan sia2.. rasa diri sangat lemah dan mahu give up… tapi mulut saya sentiasa beristighfar. hanya dengan itu hati menjadi tenang sedikit demi sedikit. cuma saya benar2 berharap yang saya akan redha dan sentiasa bersangaka baik dengan Allah. mungkin setiap dugaan yang berlaku sebab Allah sayangkan kita. Allah nak kita mendekatkan diri denganNya…. doakan supaya saya akan terus tabah dan tenang
Assalamualaikum..
Redha…ayat yg senang disebut tp payah untuk dilalui..
Alhamdulillah… syukur pada Allah.. ujian yg Allah beri berkali2 dan akhirnya saya kenal itu makna redha.
Bila kita meletakkan Allah pertama, memahami semua yang berlaku adalah dgn izin Allah.. saya akhir sedar yg hati kita adalah milik Allah.
Maka saya kembali berserah pada Allah kerana Allah mengetahui segalanya utk diri saya dan apa yang Allah tentukan sememang terbaik utk saya.
Allah sayangkan saya.. Allah sayangkan semua orang yg dia diberikan ujian dan dugaan.
Last yg saya buat.. dengan memaafkan org yg melukakan hati kita sebab saya ingin berdamai dengan ujian Allah.
Subhanaallah.. hati saya kembali tenang dan selalu pujuk hati Allah ada & kita milik Allah.
barokallah lakum…
sy baru beberapa hari bergelar isteri.d mana beberapa hari sebelum akad nikah..suami sy berterus terang masih menjalinkan hubungan dengan kekasih lamanya.sy redha cuba untuk mengalah tapi suami berkeras mahu kami bernikah.ya Allah..baru beberapa hari nikah Allah beri lg dugaan.kdg2 terasa berat btul.selalu nangis senyap2..tolong doakan saya kuat dan redha menerima ujianNya..
Redha.
Beberapa bulan yg lepas saya adalah org yg paling bahagia bila bertunang dgn lelaki yg sgt baik. Dia sgt menyayangi saya,secara luaran dan perbuatan. Tapi akhirnya,kantoi dia bersekedudukan dengan bekas isteri dia. Saya langsung tidak marah,tapi selalu bertanya kepada diri sendiri. Kenapa terjadi begini? Apa lagi yg tak cukup. Tapi akhirnya saya ikhlaskan hati. Semua yg terjadi akan ada hikmahNya. Hanya mendoakan dia bahagia. Tidak mudah utk redha,tapi cukuplah saya belajar untuk redha. :)
Dah 3 bln lebih sy mengalami hilang ingatan.pd awalnya sehari semlm sy nangis je xhenti2.org2 yg sy sayang pn sy dh xingat.btul dugaanNYA sgt2 tinggi kali ne.mpm tu..mulut ne xhenti bkumat2 seiring linangan air mata mengalir.seandainya Allah syg sy pd masa tu sy dh redha.sampai xsedar sy bolh tetlelap.Alhamdulillah sy trjaga tepat pd waktu sperti biasa solat subuh.syukur Allah masih bg kesempatan tuk dy menghirup oksigen yg penuh nikmat ne sehinggalah ke hari ne.dpt melakukn kja2 sprti biasa wlwpn xsekuat n sesihat dulu.saat ne mmg sy prlukn sahabat.terima kasih kerana simpati.
Alhamdulillah,Allah mengujimu sebab DIA tahu awk bleh hadapinya..DIA x uji sy mcm dugaan yg awk alami sbb sy xmmpu hadapinya
Mmg payah nk tembusi kata redha.lebih2 lg sahabat sy selalu buruk sangka.btul2 dwon.skg ne pn sy tenga menanggung sakit.nk mengadu…keluarga jau di kampung n bimbang mereka risau terutamanya ibu.pernah sekali xcol ibu sbln lebih.apa shaja dy lakukan smua xkena.mula fikir negatif.ye lah sy ne kan ank bongsu perempuannya.cam budk keci je sy dibuatnya.bikin pusing.huhu…
Assalammualaikum.
Saya nak luah perasaan sedikit memandangkan saya sendiri tengah belajar apa itu redha. Dah masuk 6 bulan lepas arwah tunang saya pergi. Saya ok. Saya masih boleh lalui masa macam biasa. Cuma hati saya rasa sangat sunyi. Saya boleh lupa kesedihan saya kalau ada teman untuk berborak, tapi setiap kali malam. Bila saya nak tutup mata, semuanya macam hancur. Setiap hari jadi. Saya jenis yang ceria dan hanya kerana ini, saya terktekan. saya tak boleh nak kongsi apa saya rasa pada teman rapat kerana kebanyakan mereka ada pasangan. Jadi, mereka takfaham apa itu maksud kehilangan selamanya. Sejak arwah pergi, tuhan banyak ambil teman sekeliling pergi. Mereka seolah tinggalkan saya ketika saya perlukan mereka sangat-sangat. Saya ada melihat dari sudut baik, tapi saya taktahu nak reaksi macamana. Adakah saya yang patut jauhkan diri,berubah menjadi lebih pentingkan diri atau paksa gembira dan cakap okay walau saya sendiri terasa hati. Keluarga saya menganggap saya kuat. Sangat kuat. Memandangkan saya anak sulong. Tapi saya pun perlukan teman untuk bercerita. Saya faham cukuplah tuhan untuk mendengar, tapi saya tertekan sebab segalanya bertimpa. Kematian, repeat sem, konflik kawan, pemulihan diri. Saya tak kuat, walaupun hakikat nampak kuat. Saya betul taktahu apa saya perlu buat untuk diri sendiri. Saya nak rehat.
Melafazkn redha memang mudah,tapi utk mengamalkannya mmg susah.saya baru kehilangan bayi saya pada 22/12/15 yg lalu…saya relakn dia pergi sbb x tahan tengok kesakitan yg dhadapinya..ttp sejak tu hari2 saya menangis merindui bayi yg saya dah bawa selama 9 bulan…saya sedang cuba menghilangkan kerinduan tu dgn membaca alquran dan berzikir…cuba menguatkan hati..ttp tetap merindui dia
Salam, kalau suami saya telah lama tidak bersama dgn saya, dan suami saya lebih kepada menonton video video lucah dan sebagainye, dan sudah banyak kali berbincang tetapi masih begitu. Maknenye saya redha kan perkara ini.. begitu ke?
Assalamua’alaikum.
Alhamdulillah dan syukran diatas perkongsian ilmu nya.
InshaAllah utk memupuk rasa redha dlm diri yg pertama ikhlaskn hati dgn ketentuan Allah. Kalau boleh jgn fikirkan lagi masalah yg kita dapat sbb bila kita fikirkan masalah tersebut akan timbul semula persoalan kenapa Aku. Jd ikhlas dan jgn fikirkan lg masalah kita. Kemudian fokuskan minda kepada apa yg sedang kita lalui dan yg paling penting kita mesti ceria selalu. Jika kita masih lg terfikirkan masalah kitabuat lah sesuatu yg boleh kita lupakan masalah kita. Kita haruslah sentiasa positive. InshaAllah sekadarperkongsian. Moga Allah redha.
Tak . Kamu kena cari jalan untuk betulkan bukan sahaja redha . Ikutlah sunnah s.a.w dalam perkhawinan dalam keluarga insyallah tuhan tolong :)
Saya candangkan tengok banyak ceramah pasal perkhawinan di internet . contohnye ustad abdullah khairi @ unstad syamsul debat ^_^
Assalammualaikum.
Waalaikum salam.Cuma menjawab salam yg tidak sempat dijawab:-)