Mengapa Kita Perlu Bangkit Saat Kita Diuji Hebat?

Saat kita
Saat kita diuji, bangkitlah! | Enough is enough. by BritLawrence

“Telah tertulis suratan nasibmu

Derita buatmu ada hikmahnya

Terlukis senyum di bibir lesu

Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air di hulu

Mungkinkah jernih di muara

Biarpun jenuh hidup dipalu

Pasti bertemu tenangnya “

– Lagu Segenggam Tabah dari kumpulan In Team.

Baiklah, berapa orang yang sekarang ini sangat-sangat mengharapkan kekuatan hadir dalam setiap langkah kehidupannya?

Senyum segaris tanpa manisan. ^_^

Terima kasih untuk senyuman yang indah itu.

Kalian yang di kasihi. Percayalah. Hidup ini bukan untuk kalian senang-lenang berlepas dari ujian Tuhan. Sungguh.

Nak bukti? Nah..

Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun ( Surah Al-Mulk, ayat 2)

Dalam kita jatuh gedebuk-gedebuk dengan ujian inilah Allah nak tengok lagi siapa yang paling baik amalnya. Malah tiada pula escapism yang Allah berikan.

Kerana apa? Pasti semua pun tahu kan jawapannya?  Baik, saya simpan dahulu jawapan saya.

Dahulu, tatkala Nabi di utuskan menjadi Rasul, kita dapat lihat kan betapa banyak dugaan dan cabaran serta tentangan yang di hadapi oleh Baginda.

Saat itu, apa yang Baginda lakukan? Duduk diam sahaja? Atau pergi menemui oleh Allah untuk menarik semula ‘jawatan’ baginda?

Ya. Sudah pasti tidak, bukan.

Dahulu juga, Nabi Muhammad saw juga telah tahu bahawa Baginda bakal menduduki SYURGA nan ABADI. Adakah Baginda turut duduk sahaja tanpa ibadah dan berlepas tangan pada tanggungjawab Baginda?

Ya. Tidak, bukan.

Maka, siapa lagi role model yang kita perlu contohi saat kita diuji ini?

Ya, sila tepuk dada dan tanya iman sekarang.

Setiap ujian yang datang dalam hidup kita ini adalah nikmat.

Percayalah, saat kita memandang ujian itu sebagai nikmat, kita akan berlapang dada mengharungi setiap ‘titipan cinta’ itu dari Dia.

Bukankah saat kita diuji itu kita akan semakin hampir dengan Dia. Maka, apa lagi yang lebih indah dari itu saat kita berkasih dengan Si Pencinta yang abadi?

Maka, bangkitlah kalian semua dari ujian yang kalian hadapi. Kita hidup di dunia ini hanya sementara. Semuanya kita akan dapat balasan di akhirat sana.

Ingat akan sesuatu.. Saat kita melakukan pertimbangan dalam setiap ujian yang kita hadapi… Kita menimbangi atas neraca apa. Manusia atau Allah?

Jika kita memandang semua kejadian ini atas ketentuaNya, Maka damailah hati. Kerana Dial ah yang menghendaki siapa yang diuji dan tegar menjalani ujian hati dariNya.

Senyumlah wahai hati kesayangan Allah. Kerana SYURGA itu MAHAL. Dan hanya layak bagi mereka yang SABAR.

******

Artikel ini adalah perkongsian ke inbox emel kami oleh saudari Izza Miera. Semoga memberi manfaat dan kebaikan buat semua yang membaca artikel ini =)

Segala komen dan penambahbaikkan adalah sangat dialu-alukan dari pembaca. Syukran =)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

5 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
nur
nur
9 tahun yang lalu

Mohon untuk share ye ?

Isteri dicurangi
Isteri dicurangi
10 tahun yang lalu

Assalammualaikum
Terus terang saya katakan..
semangat saya yang hilang setelah dilanda Ujian-Nya.
namun setelah saya temui ruangan ini..
saya seakan-akan pulih dan kembali ceria..
walaupun hati saya sakit..namun dengan motivasi dan ketenangan mendekatKan diri dengan-Nya..
saya temui nafas baru dari kehancuran.

Terimakasih.
mohon share andai ada artikel yang buat saya ingin simpan didalam dairi blog saya.

hainusan
hainusan
10 tahun yang lalu

sangat menyentuh sekali tulisan anda , membuat saya termotifasi kembali , trims..:)

Ibu Umar Arryan
Ibu Umar Arryan
10 tahun yang lalu

Saya bersyukur kerana jumpa ruangan blog ini. Sangat membantu saat sy sedang tersungkur jatuh…saat orang paling dekat dlm hidup kita mula beralih arah…SYURGA ITU SGT MAHAL,,,terima kasih…berilah sy kata2 pembakar semangat!!!!

zairulakmaldaylife.blogspot.com

KehalusanKelembutan
KehalusanKelembutan
10 tahun yang lalu

memang kita perlu bangkit. senyum lah bidadari . Allah sayang ^^