10 Garis Panduan Sambutan Hari Raya Berdasarkan Quran Sunnah

hari raya
Hari raya | Eidil Fitri by djati

Seperti banyak masyarakat lain di dunia, masyarakat Melayu tidak terlepas daripada pertembungan antara adat dan agama dalam banyak aspek kehidupan mereka.

Pertembungan ini lebih ketara dalam urusan-urusan perayaan dan keraian.

Bagi seorang Muslim, sambutan hari raya adalah syariat secara prinsipnya.

Maka, bagi setiap satu syariat itu, Allah SWT telah tentukan garis panduan pelaksanaannya.

Mari kita perhatikan 10 garis panduan sambutan Hari Lebaran berdasarkan Quran dan Sunnah. Moga-moga sambutan hari lebaran kita mengundang keredhaan Allah SWT.

 

Raya Sehari atau Sebulan?

1) Hari Raya Aidil Fitri adalah perayaan yang berlangsung selama satu hari sahaja, bukan sebulan.

 

Hari Raya Hari Bergembira

2) Ia adalah hari pada mana Allah perintahkan kita untuk bergembira.

Maka, ciptalah kegembiraan untuk diri kita dan orang-orang di sekeliling kita; tinggalkanlah perkara-perkara yang boleh mengundang duka.

Sebagaimana yang diceritakan dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Saidatina A’isyah r.a., Rasulullah SAW bersabda,

“Wahai Abu Bakr, setiap kaum mempunyai hari perayaan (hari untuk bergembira), dan hari ini (Eidul Fitri) adalah hari perayaan untuk kita.

— Hadith riwayat Muslim

 

Malam Raya

3) Banyakkan bertakbir.

Tempoh bertakbir bermula daripada lepas solat fardhu Maghrib pada malam raya sehingga bermulanya solat sunat hari raya.

”…dan Allah menghendaki) agar kamu sempurnakan tempoh puasa (selama sebulan) dan membesarkan-Nya (dengan bertakbir) atas segala yang telah dihidayahkan kepada kamu…

(Surah al-Baqarah; 185)

Sebelum Solat Sunat Hari Raya

4) Jangan lupa tunaikan zakat fitrah sebelum solat sunat Eidul Fitri.

Saidina Abdullah ibnu Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah memfardhukan zakat fitrah sebanyak satu sha’ tamar atau satu sha’ gandum ke atas hamba sahaya / orang merdeka, lelaki / perempuan, muda / tua dari kalangan kaum Muslimin; dan Baginda menyuruh agar dikeluarkan (zakat) sebelum ke tempat solat sunat hari raya. (Hadith Muttafaqun ‘alaih)

5) Mandi dan makan walaupun sedikit sebelum keluar untuk solat sunat hari raya.

Pakailah pakaian yang baik-baikdan peliharalah aurat.

Makanlah makanan yang baik-baik (lazat & berkhasiat).

Tetapi bersederhanalah, jangan berlebih-lebihan.

Saidina Abdullah ibnu Umar RA tidak pernah keluar untuk solat sunat Aidil Fitri berjamaah sebelum beliau mandi. (Al-Muwatta’)

Saidina Anas ibnu Malik RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW akan makan beberapa biji tamar (dalam bilangan yang ganjil) sebelum baginda keluar ke masjid untuk solat sunat hari raya. (Hadith riwayat Bukhari)

Saidinia Jabir RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW mempunyai jubah khas yang akan baginda pakai pada hari raya dan hari Jumaat. (Sahih Ibn Khuzaimah)

Dan makan dan minumlah, tetapi janganlah kamu berlebih-lebihan. Allah sangat tidak sukaorang-orang yang berlebih-lebihan.”(Surah al-‘Araaf; 31)

 

Pada Hari Raya

6) Mengucapkan selamat dan berdo’a untuk satu sama lain.

Wathilah mengucapkan “taqabalAllahu minna wa minka” apabila bertemu dengan Rasulullah SAW pada hari raya. Rasulullah SAW membalas dengan do’a / ucapan yang sama pada beliau. (Hadith riwayat al-Baihaqi)

7) Datang awal ke masjid untuk solat sunat hari raya dan dengar khutbah dengan penuh perhatian dan keinsafan.

8) Jagalah waktu solat-solat fardhu, terutamanya solat Subuh. Sebaiknya berjemaahlah di masjid bagi kaum lelaki.

Sesungguhnya solat itu telah diwajibkan bagi orang-orang yang beriman pada yang waktu-waktu yang ditentukan.

(Surah an-Nisa’; 103)

 

Selepas Hari Raya

9) Segera mulakan puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal.

Abu Ayub r.a. meriwayatkan daripada Rasulullah SAW.,

“Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengiringinya dengan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal, pahalanya seperti berpuasa setahun.”

(Hadith riwayat Muslim)


10) Teruskan amalan soleh yang telah kita usahakan sepanjang Ramadan, seperti membaca al-Quran, bersikap murah hati, dan perbanyakan solat sunat.

Perkara ini akan lebih istiqamah sekiranya dilakukan bersama-sama ahli keluarga atau rakan-rakan kerana kita boleh saling ingat-mengingati.

ScreenHunter_111 Jul. 21 14.30

Tidak salah untuk kita hiasi sambutan hari raya dengan adat yang tidak bertentangan dengan prinsip syariat, seperti ziarah-menziarahi, memberi duit raya dan sebagainya.

Tetapi, apabila berlaku perselisihan antara adat dan syariat, sebagai seorang hamba Allah kita hendaklah sentiasa mendahulukan kehendak syariat.

Semoga Allah menerima seluruh amalan kita pada Ramadhan kali ini dan sudi menerima kita sebagai tetamu-Nya dalam bulan Ramadhan pada tahun-tahun yang mendatang.

Selamat hari raya Aidil Fitri!

 

Artikel ini adalah perkongsian ilmu daripada Dr Harith Fakhrudin (http://[email protected]/). Semoga ilmu yang beliau coretkan memberi manfaat kepada semua pembaca.

InsyaaAllah =)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

2 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
nanang
nanang
10 tahun yang lalu

Rajin saat bulan puasa saja, namun selepas itu biasanya akna kembali bermalas-malasan.

Amir
Amir
10 tahun yang lalu

Mohon share di facebook :)