Apakah Tanda Pasangan Suami Atau Isteri Curang? Apa Yang Perlu Dilakukan?

Suami isteri curangBagaimana kita boleh tahu suami atau isteri kita curang?

  • Bagaimana tanda curang tersebut?
  • Apakah yang perlu dilakukan jika terbukti curang?

Langit tidak selalunya cerah.

Begitulah alam perkahwinan yang adakalanya diuji dengan pelbagai masalah – antaranya isu kecurangan.

Walaupun masyarakat mencemuh dan kebanyakkan agama melarang perilaku ini, namun ia sering berlaku dan menjadi punca keretakan rumah tangga.

Jika anda salah seorang daripada mereka yang mengalami masalah ini:

Artikel ini akan cuba membantu anda menyelesaikan masalah pasangan suami atau isteri curang dengan sebaik yang mungkin.

 

Apakah Tanda-Tanda Jika Suami atau Isteri Berlaku Curang?

Kecurangan selalunya berlaku dalam rahsia.

Banyak pasangan diluar sana tidak tahu atau terlepas pandang akan kecurangan suami atau isterinya.

Ini disebabkan oleh kecekapan mereka menyimpan rahsia, serta sikap yang innocence seolah-olah mengambarkan tiada apa yang sedang mereka lakukan.

Bagi yang dicurangi, jangan salahkan diri anda sekiranya tidak menyedari walaupun it happens right under your nose

Memang kita akan rasa bodoh dan perbodohkan.

Kita akan kesal kerana tidak menyedari tanda-tanda kecurangan pasangan kita sudah berbulan-bulan atau bertahun-tahun lamanya.

Di sini saya kongsikan beberapa tanda seseorang itu telah melakukan kecurangan berdasarkan kajian daripada kes-kes mahkamah:


1. Tahap Privasi Telefon Yang Tidak Masuk Akal

Orang yang curang biasanya akan membuat dan menjawab panggilan telefon secara berbisik atau berahsia.

Bermesej tidak kira masa. Berchatting pada lewat malam ketika semua sedang lena.

Handphone sentiasa dibawa bersama walaupun ke mana sahaja sehingga ke bilik air.

Malah telefon tersebut diletakkan password yang sukar diakses. Mungkin juga kerap menyatakan silap nombor apabila ditanya siapa.

Bahkan bil telefon juga turut dirahsiakan.


2. Tabiat Diri Yang Berbeza Dari Biasa

Sebagai pasangan anda adalah insan yang paling rapat dan lebih mengenali suami atau isteri.

Namun, kadang-kala kita pasti tertanya-tanya mengapa ada sesetengah masa kelakuan mereka berbeza daripada biasa.

Mereka mula memberi tumpuan kepada penampilan diri; mengubah gaya rambut, haruman minyak wangi yang bertukar ganti dan sebagainya.

Kalau ini memang sudah kebiasaanya atau tuntutan semasa – maka tiada apa yang perlu diragui.

Tetapi sekiranya muncul tanpa sebab musabab maka perlulah berhati-hati.


3. Sumber Kewangan Yang Susut

Sikap cermat berbelanja tiada lagi, wang simpanan keluarga diambil sesuka hati, banyak berhabis memenuhi keinginan diri bukan keperluan keluarga.

Bila tidak cukup duit disalahkan anak dan pasangan.

Muncul bil kad kredit atau resit-resit untuk barangan yang tidak dapat dikesan bahkan tiada kaitan dengan keluarga, pejabat mahupun sesiapa yang dikenali.


4. Jadual Peribadi Yang Sangat Padat

Terlalu banyak masa diluar rumah berbanding bersama keluarga.

Sering di pejabat sehingga lewat malam, sering outstation dan travel secara diam-diam.

Pasangan curang juga sering melebihkan “kawan” daripada pasangan di hujung minggu dan cuti am. Kadang-kadang tidak dapat dihubungi atau dikesan.

Malah mudah melenting apabila dipersoalkan jadual harian.

Mereka sering memberi banyak alasan atau cerita-cerita yang tidak konsisten.


5. Interaksi Yang Semakin Kurang

Sikap yang tidak dapat diramal, moody dalam banyak hal, mahu bersendirian dan tidak boleh disentuh walhai ianya halal.

Mudah bertengkar bila berbual dan keluar rumah tanpa sebarang kata.


6. Keinginan Seks dan Kasih Sayang Yang Berkurang

Dua kemungkinan yang boleh berlaku:

  • Keinginan seks menjadi tinggi bahkan lebih ghairah.
  • Atau mengelak untuk bersama tanpa alasan munasabah.

Kerap tidur berasingan di bilik sebelah, bahasa dan isyarat cinta (pelukan dan ciuman) yang semakin berkurang serta ayat cinta seperti ‘i love u’ semakin sukar diungkapkan.


7. Hubungan Dengan Anak-Anak Yang Semakin Renggang

Sebahagian daripada mereka yang curang dilihat jarang meluangkan masa dan kurang memberi perhatian terhadap anak-anak dan pasangan.

Banyak peranan mula dilepaskan kepada pasangan:

Cepat marah bila anak tidak ikut arahan, permintaan anak sering diketepikan, perkembangan dan pembelajaran anak tidak diikuti.

Dan apabila gagal, maka akan disalahkan pasangan.

Namun bila berjaya tiada penghargaan yang akan diberikan.


8. Kurang Melibatkan Pasangan Dalam Kehidupan Peribadi

Selalunya orang yang curang kurang minat untuk melibatkan pasangan dalam kehidupan sosialnya.

Permintaan pasangan untuk mengikut ke majlis keraian ditolak.

Hasrat pasangan untuk bersua dengan kenalan pejabat dan jiran tetangga turut ditegah.

Dia lebih suka keluar bersama kawan-kawan dan mengelak untuk keluar berdua dengan pasangan sahaja.


 

Sabar Dahulu, Jangan Terus Membuat Tuduhan

isteri curang

Antara tanda lain yang memungkinkan pasangan anda curang apabila instinct atau gerak hati anda menyuarakannya..

.. lebih-lebih lagi jika anda tidak pernah merasa sangsi, curiga dan cemburu dengannya sebelum ini.

Namun, timbul persoalan apabila ingin memberitahu pasangan apa yang dirasa tidak kena dengan dirinya atau perlukah bertanyakan seperti ini:

Awak ada perempuan lain ke? Awak curang belakang saya ke?

Dinasihatkan agar tidak terus menuduh pasangan anda curang hanya dengan meneliti tanda-tanda yang dinyatakan diatas.

Kita juga perlukan bukti yang sahih.

Tuduhan liar sebegitu boleh memporak-perandakan rumahtangga dan menghuru-harakan keadaan.

Sebaliknya, mintalah pendapat atau pandangan dari mereka yang arif dalam isu sebegini.

Jangan menghabiskan sepanjang hayat anda hanya dengan mencari petunjuk atau tanda-tanda kecurangan pada pasangan anda.

Sebaliknya mohonlah perlindungan dan bantuan daripada Allah.

Percayalah semua bentuk penipuan atau pengkhianatan yang dilakukan pasangan akan terbongkar jua akhirnya dengan petunjuk dan izinNya.

 

Bagaimana Berhadapan Dengan Pasangan Apabila Timbul Kesangsian?

Bersemuka dengan pasangan bukan bermakna kita menyerang pasangan.

Menyerang lebih kepada serangan peribadi yang menyakitkan seperti tuduhan, kritikan, hentaman serta penderaan mental, emosi mahupun fizikal.

Sebaliknya konsep bersemuka dengan pasangan adalah persetujuan untuk mendapatkan penjelasan terhadap sesuatu isu.

Beberapa perkara yang mungkin berlaku sekiranya isteri yang dicurangi berkonfrontasi dengan suami yang curang.

Antara respons atau maklum balas daripada pasangan boleh datang dalam pelbagai bentuk iaitu:

  • Penerangan
  • Pengakuan
  • Penafian
  • Pembelaan diri

Tidak dinafikan semua perasaan akan mula bercampur-baur bila mengesyaki pasangan berlaku curang di belakang.

Perlu atau tidak berdepan dengan pasangan bagi merungkai segala persoalan yang bermain di fikiran adalah terpulang kepada anda.

Dinasihatkan agar anda menilai beberapa perkara di bawah ini sebelum melakukannya:


1. Buat Persediaan Yang Sewajarnya

Pilih masa dan tempat yang sesuai dan jauh dari gangguan.

Pastikan anda betul-betul tenang dan bersedia untuk berdepan dengan pasangan.

Elakkan confront disaat anda sedang marah kerana keberkesanan perbincangan bergantung pada apa yang anda fikirkan dan bagaimana anda melaluinya.

Maklumkan pada pasangan apa tujuan dan harapan anda dari perbincangan tersebut.


2. Elakkan Perkara Ini

Elakkan confront melalui telefon mahupun mesej.

Maklumkan pada pasangan apa yang anda telah tahu, dengar dan nampak tentang kecurangannya.

Mohon penjelasan sebaiknya jika terdapat percanggahan maklumat yang ditemui.

Luahkan perasaan anda yang terasa dikhianati, sedih, kecewa, takut, terhina andai tiada ketelusan dan kejujuran dalam kata-kata pasangan anda.

Elakkan memerangkap pasangan anda dengan penipuan hanya untuk mendapatkan kebenaran seperti mengada-mengadakan cerita atau bahan bukti yang tidak wujud kerana ia boleh mengeruhkan keadaan.

Bijaklah dalam menanyakan soalan.

Saya dengar awak kerap keluar berdua dengan staf awak, boleh jelaskan pada saya?

adalah lebih baik daripda terus menyerang dengan soalan seperti:

Awak curang dengan saya ke? Siapa dia orang tu?

 

Perlukah Bersemuka Dengan Pihak Ketiga?

Perlukah kita bersemuka dengan orang yang cuba merosakkan rumah tangga kita?

Lazimnya, kemarahan yang datang tatkala mengetahui pasangan ada hubungan sulit membuatkan anda terasa benar ingin bersemuka atau menyerang orang ketiga tersebut dan memberitahu pasangannya (jika orang ketiga itu sudah berkahwin) tentang kecurangan yang berlaku.

Mungkin ia boleh memberi kepuasan — tetapi cuma seketika.

Anda tidak dapat apa-apa dengan cara ini melainkan hanya lebih terluka dan sakit hati.

Bagi sesetengah individu yang dicurangi apa yang dilakukan itu adalah sebagai dendam.

Bagi yang lain pula, mereka percaya apabila keluarga, suami atau isteri orang ketiga itu tahu, maka akan tamatlah skandalnya.

Apa yang diharap daripada tindakannya itu adalah orang ketiga akan merasakan derita seperti yang dirasainya.

Mungkin betul dia akan terasa sakit malah orang di sekelilingnya, anak-anak dan ahli keluarga turut terasa sakitnya.

Biarpun begitu, kesakitan anda tidak akan terhenti di situ malah masalah tidak akan selesai jika dimaklumkan pada pasangan orang ketiga itu.

Oleh itu, jika anda bercadang untuk memberitahu pada pasangan orang ketiga itu, fikirlah berkali-kali.

Ramai wanita atau isteri yang dicurangi menyesal setelah bertindak memaklumkan kecurangan yang berlaku pada pasangan orang ketiga.

Ini kerana mereka akan dimarahi oleh suami yang sedang angau bercinta.

Malah lebih sakit apabila suami menyebelahi dan membela kekasih gelapnya dari isteri sendiri.

Ini adalah pahit untuk ditelan. Rasa lebih sakit dikhianati.

Andai masih berhajat dan berhasrat ingin menemuinya atau bercakap dengannya sama ada melalui telefon atau whatsapp, dua persoalan yang harus kita timbulkan:

  • Apa niat dan tujuan untuk berjumpa?
  • Bagaimana keadaan emosi diri sebelum, semasa dan selepas bersemuka?

Buatlah senarai semak baik dan buruk bagi memperjelaskan kesan setiap tindakan yang ingin dilaksanakan.

Andai kedua-dua jawapannya adalah negatif, maka elakkan dari meneruskan rancangan tersebut.

Namun jika sebaliknya, maka berundinglah secara bijaksana dan penuh terhormat.

Walaupun niat anda baik untuk mempertahankan rumahtangga tetapi jika tidak kena dengan caranya seumpanya menyerang, bergaduh, maki hamun dan sebagainya, maka natijah akan lari dari landasan sebenar.

Ingatlah bahawa matlamat tidak menghalalkan cara.

Bila niat dan cara baik pendekatannya, natijahnya akan turut baik.

Berikan tumpuan dan fokus pada apa yang penting sekarang.

Satu percubaan yang dilihat dapat membantu ialah dengan duduk dan bercakap dengan pasangan anda yang curang dalam keadaan tenang.

Ini akan membuatkan pasangan anda rasa selamat untuk menjawab.

Anda perlu tahu niatnya terhadap hubungan itu.

Orang ketiga tidak mempunyai jawapan kepada soalan ini.

Hanya dengan bercakap dengan pasangan anda akan tahu erti hubungan itu padanya dan bagaimana anda boleh membina semula kehidupan.

 

Jika Suami Telah Terlanjur Sehingga Berzina, Bolehkah Saya Meminta Cerai?

bercerai

Apa yang berlaku menjadikan saya tawar hati untuk meneruskan ikatan perkahwinan ini.

Adakah wajar saya menuntut cerai atas sebab ini?

Puan boleh menuntut cerai atas sebab yang dinyatakan itu.

Walau bagaimanapun, sebelum menuntut cerai kerana sebab di atas, sewajarnya pihak isteri mengambil kira beberapa perkara berikut terlebih dahulu.


1. Bukti dan maklumat yang diterima itu perlu dinilai terlebih dahulu sama ada sahih atau tidak.

Jika maklumat datang daripada orang lain, maka perlu diteliti kewibawaan pemberi maklumat itu dan perlu juga disiasat sama ada benar atau tidak.

Jika bukti itu diperoleh dari gambar, video atau rekod komunikasi melalui telefon bimbit dan seumpamanya, perlu diselidiki juga sama ada tulen atau rekaan.

Juga perlu diambil kira kemungkinan maklumat itu adakah hanya berbentuk gurauan atau permainan.

Prinsip menyiasat maklumat yang diterima ini berasaskan ayat al-Quran:

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

Surah Al-Hujuurat ayat 6


2. Jika maklumat itu benar sekali pun, perlu juga dinilai kemungkinan suami telah bertaubat dan meninggalkan terus perbuatan terkutuk itu.

Taubat suami ini boleh dilihat melalui beberapa petanda seperti dia melaksanakan amal ibadahnya yang fardhu dengan cukup, melakukan amalan-amalan sunat, bersedekah, membaca al-Quran dan meninggalkan tabiat-tabiat buruk.


3. Jika pasti suami terlibat dalam dosa besar itu dan dia masih tidak bertaubat dengan taubat nasuha, menjadi peranan isteri untuk menegur, menasihati dan menghalang kemungkaran itu mengikut kemampuan.

Jika perlu, bolehlah mendapatkan bantuan daripada rakan, ibu bapa, guru atau orang-orang yang lebih berpengalaman untuk menasihatinya.

Nasihat dan perbincangan mungkin boleh mencetuskan kesedaran dan membuka jalan penyelesaian kepada masalah yang timbul.


4. Jika segala ikhtiar tidak mendatangkan hasil, maka sewajarnya isteri menimbangkan kembali ikatan perkahwinan yang wujud itu.

Pertimbangan ini perlu dibuat kerana beberapa sebab, termasuklah:

  • Keterlibatan dalam dosa besar secara berterusan akan menjejaskan peranan seorang suami yang sepatutnya memimpin dan membimbing keluarga menuju kebahagiaan dan takwa
  • Zina boleh mendedahkan isteri kepada penyakit seperti AIDS dan seumpamanya
  • Akhlak seorang bapa boleh mempengaruhi tingkah laku anak-anak. Oleh itu, faktor pendidikan anak juga perlu dipertimbangkan.
  • Rumah tangga yang berkat dan sakinah adalah rumah tangga yang bersih daripada dosa-dosa besar. Hakikat kebahagiaan emosi dan rohani berkait rapat dengan ikatan manusia dengan Allah Yang Maha Pengasih.

Apa yang penting, pertimbangan mestilah dibuat berasaskan kepada iman, maklumat yang jelas dan pertimbangan yang waras.

Bukan bersandarkan kepada emosi dan perasaan.

 

Dayuskah Jika Tidak Menceraikan Isteri Curang?

dayus

Apakah maksud sebenar dayus?

Ramai ulama’ membincangkan berkenaan dayus melalui pengkajian, penelitian dan pemahaman yang khusus terhadap hadis-hadis Nabi SAW yang berkaitan.

Ringkas untuk difahami, dayus merupakan satu gelaran penghinaan khusus buat lelaki yang sanggup membiarkan isteri, anak perempuan dan ahli keluarganya melakukan kemungkaran seperti berzina, mendedahkan aurat, bergaul bebas dan berbagai keadaan lagi..

… tanpa ada sebarang perasaan untuk mengubahnya.

Sabda Rasulullah:

Tiga yang tidak akan memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak.’ lalu sahabat berkata: ‘wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu dayus?’ Baginda berkata: ‘Iaitu orang yang tidak mempedulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya)’

— Hadis riwayat At-Tabrani

Imam az-Zahabi dalam kitabnya Al-Kabair turut menerangkan perihal dayus:

Dayus adalah sesiapa yang menyangka (atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji (seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana cintanya kepada isteri, maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan (yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya.

Dayus hanya akan sabit ke atas lelaki bila mana mengetahui isteri atau anak perempuannya melakukan kemungkaran secara terbuka namun hanya membiarkannya.

Jika ia berlaku secara sulit, maka tiadalah tanggungjawab ke atas lelaki dan tidaklah dia disabit dayus.

Maknanya, jika isteri berlaku curang dibelakang, sedang suami tidak mengetahuinya sehinggalah dimaklumi kepadanya tanpa disertakan bukti untuk mengesahkannya itu tidak dinamakan dayus.

Begitu juga setelah suami mendapat tahu kecurangan isterinya dan dia telah mengakui dan kemudian telah bertaubat nasuha, lantas si suami memaafkan dan menerimanya kembali juga tidak digelar dayus sebaliknya punyai hati yang tulus.

Melainkan jika suami mengetahui isterinya berlaku curang dan berterusan melakukan kemungkaran sedang suami tidak cemburu bahkan tiada usaha melarang.

Maka ini sememangnya layak dikatakan dayus.

Soal perlu cerai atau tidak, suami perlu pertimbangkannya dengan bijak.

Jangan buat keputusan terburu-buru mengikut hawa nafsu, sebaiknya berfikir dahulu.

Fahami setiap hukum penceraian; wajib, haram, sunat, harus dan makruh.

Wajar diceraikan isteri yang terus-menerus bersikap nusyuz sehingga menjadikan suaminya dayus.

Dimana isteri semakin rancak dengan maksiat sehingga apa yang ditegur, dilarang mahupun dinasihati langsung tidak dipandang.

Apatah lagi mahu bertaubat sebaliknya mencabar hukum Tuhan.

Jika penceraian juga dipilih, lakukan dengan cara terbaik melalui proses yang betul agar redha Allah dapat diraih.

 

Penutup: Berhikmah Dalam Menyelesaian Ujian Rumah Tangga

Hidup ini memang ada pasang surutnya.

Tidak semua perkara boleh diselesaikan dengan mudah, terutamanya perkara yang melibatkan kepercayaan.

Ujian yang menimpa suami isteri apabila pasangannya terlibat dengan perkara sumbang merupakan ujian yang besar.

Islam memberikan beberapa jalan keluar bagi merungkaikan kekusutan ini berdasarkan prinsip-prinsip syariah yang adil dan penuh rahmat.

Semoga tulisan ini mampu membantu anda menyelesaikan masalah sedikit sebanyak.


Anda boleh meninggalkan komen pada bahagian bawah jika mempunyai sebarang persoalan.

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

45 thoughts on “Apakah Tanda Pasangan Suami Atau Isteri Curang? Apa Yang Perlu Dilakukan?”

  1. Assalamualaikum. Tolong bantu saya. Apa yg sy perlu lakukan jika isteri kerap bermesej @ chat tak pasti dengan lelaki @ perempuan, tapi nampak terlalu asyik sehingga kdg² mengabaikan anak². Saya x dpt akses hp dia sbb sekarang dah kata laluan. Malah x dpt pun nk sentuh hp dia x seperti sebelum ni sbb sentiasa dlm genggaman dia. Mendadak sgt perubahannya. Perasaan cinta pd sy dah kosong. Selalu meminta cerai malah dekat 11 bulan tidak melayani saya. Tolong sesiapa yg baca luahan sy ni sy berharap sgt tolong lah bantu sy. Tertekan sungguh sy. Sekarang ni pun lepas balik keje masuk rumah terus main hp kat bilik. Anak² dgn sy dah mmg cam x wujud dia buat. Bila dh puas main hp bru nk lyn ank². Tolong la. Sy dah x tau nak buat apa lgi dah.

    Reply
  2. Assalamualaikum,utk situasi saya,kami da lama tidak tinggal sebumbung.suami balik hanya pd siang hari utk mkn n jumpa anak2.itu pon bukan hari2.di mana dia tidur,keje saya langsung tidak tahu.hbgn suami istri lbh 2 thn xterjalin.alasan suami sibuk bekerja.nafkah anak2 alhamdullilah diberi juga.suami banyak kali kantoi ada hbgn dgn pompuan lain.sampai berzina.bukti saya pernah tgk video dlm talifon.tp sbb janji n sumpah nak berubah,saya bersabar.terkini saya dapati dia ada pompuan lain yg mana perempuan tersebut mengaku suami saya ialah suami dia.tetapi suami tidak mengaku.tapi gambar2 di FB perempuan tersebut menampakn seperti mereka tinggal bersama.saya rasa sedih,kecewa sbb sering ditipu.jika saya ingin memohon cerai,bagaimana caranya.

    Reply
  3. Jika isteri telah di dapati melayan lelaki lain melalui telefon tetapi tidak pernah berjumpa. Bukan dengan hanya seorang lelaki tetapi lebih dari 1 hingga 3 orang. Si isteri tidak pernah sekali pun berjumpa dengan semua lelaki tu cuma berbalas gambar dan mesej di whatsapp saja. Gambar yang di kongsi hampir sekujur badan tanpa pakaian. Suami dapat tau dan isteri mengaku silapnya dan bertaubat dan berubah.suami juga telah meletakkan taklik pada isteri sekiranya dia berbuat begitu lagi maka jatuhlah talak keatasnya

    Masalahnya sekarang hati suami ni masih rasa seperti ada yg tak selesai lagi. Walaupun isterinya dah seratus peratus berubah seperti kehendaknya.

    Apa yang harus si suami lakukan.

    Reply
  4. Assalamualaikum
    Tuan,
    Pada awalnya saya diizinkan tgk wasup isteri. Saya tertarik dengan wasup personel dengan rakan sekerja lelaki yg juga suami org berumur 50an keatas. Sebagai lelaki, cara perbualan rakan lelaki tersebut tersebut menjurus kepada mengayat yg mana menunjukkan sifat caring… Share dia punya hobby.. follow activity isteri.. ayat2 memuji.. beri hadiah pada anak.. Yang menjadi masalahnya.. isteri melayan wasup lelaki tersebut.. berlarutan selepas office hour sehingga lewat mlm. kadang2 berbalas mesej 1 pagi.. pukul 4 pagi ada juga dibalas wasup.. pukul 6 pagi… Saya tak berapa pasti sama ada isteri saya dikira curang atau tidak.. apa yang saya nampak lebih kepada melayan.. apa yg saya kenal.. isteri saya ni jenis jinak2 merpati..

    Bila berlaku communication after office hour.. dan 80% tidak melibatkan hal kerja.. cuma sembang2 kosong.. maka saya decide utk bertanya mendapatkan penjelasan. Jawapan yg diterima hanya kawan yg banyak membantu dalam urusan kerja dan tiada apa2 perasaan dan perlu jaga kerana silelaki tersebut dianggap sifu yg byk pengalaman. Perbulan terhenti bila si isteri sudah beremosi..

    Saya decide nasihat thru wasup dan remind supaya tidak berkawan lagi dengan lelaki tersebut. Saya juga tidak diberi akses handphone kerana tidak mahu bergaduh sebagai alasan..

    Sifat mencari atau menjadi stalker mula wujud.. seminggu selepas itu saya berjaya aksess telefon tanpa izin.. seem tiada perubahan.. masih lagi berbalas wasup mcm biasa. Cuma tertarik di mana isteri saya mengajak lelaki tersebut maman.. (maybe lunch) dlm pukul 12.. dan juga lelaki tersebut sudah pandai selfie muka dia..

    Then saya decide untuk bertanya lagi.. adakah kamu sering breakfast.. lunch.. berduaan.. jawapannya YES.. terkejut juga.. sebab terlalu mempercayainya.. sekali lagi saya menasihat.. perbuatan kamu berwasup tanpa sebab munasabah.. keluar makan berduaan adalah salah sebagai seorang isteri..

    Then isteri saya outstation start hari rabu n balik semula pada hari sabtu.. syukur lelaki tersebut tidak join sekali.. bila dia bercerita berkaitan kursus tersebut.. sekali terkeluar nama lelaki tersebut seakan bergarau bahawa unit dia akan diaudit oleh si isteri saya.. timbul lagi persoalan.. adakah isteri saya masih communicate seperti biasa..

    Saya decide untuk wasup dan minta penjelasan.. hanya wasup daripada lelaki tersebut hanya say good morning.. dan tiada lagi krluar makan berduaan..
    Cuma saya masih tidak dapat melihat wasup detail untuk mensahihkan jawapan yg diberi.. memandang cerita diatas selepas outstation ada terkeluar nama lelaki terbebut. Kelihatan isteri saya mula besifat dingin.. dan saya hanya mendiamkan diri untuk mengelakkan pertengakaran suara yang tinggi saja.. setakat ini masih belum sampai tahap memukul lagi.. masing2 berdarah panas.

    Cuma soalan saya…
    Adakah tindakan isteri saya itu dikira nusyuz.
    1. Berwasup dengan lelaki @ suami org tanpa sebab munasabah &tanpa kira waktu
    2. Keluar makan dengan lelaki tersebut berduaan
    Tanpa pengetahuan saya

    Apa tindakan yang perlu saya buat

    Asalnya baca article nusyuz.. then terjumpa pula article curang.. decide tanya sini

    Terima kasih

    Reply
    • Waalaikumsalam tuan,
      Saya faham perasaan tuan,saya juga berpengalaman hampir serupa.nasihat saya,
      Pertama cuba blok akses isteri tuan dgn lelaki berkenaan,blok, call,buang contact name dia dlm phone isteri tuan,
      Kedua kalau boleh laporkan kepada bos isteri tuan berkenaan isu ini dan mintak bos tuan pindahkan isteri tuan jauh dari lelaki berkenaan.tidak dinafikan isteri tuan juga mungkin ada terkena sihir pemutus tumah tangga atau minyak calit dagu dan sebagainya..
      Ketiga,usahakan bacaan ruqyah,surah yassin,al mulk,surah ar rahman,surah al waqiah,surah yusuf ayat 4,bismillah enam dan baca kan dalam botol air dan beri isteri tuan minum dgn doa Allah melindungi rumah tangga tuan dan hancurkan sihir serta lahirkan rasa cinta dalam hati isteri tuan hanya untu tuan,jika tak mampu,pm saya

      Reply
      • Terima kasih tuan atas nasihat… Saya report pada isteri lelaki tersebut.. seperti yang dijangka.. isterinya menjalankan tugas sebagai sebagai seorang perempuan yg tidak boleh dipisahkan dari perasaan cemburu… Biasala.. geng2 persatuan takut bini rupanya..

        Reply
        • aslmlkm.. hai Azman, ape khabr…? ok man, kes awk sbnar lebih kurng sama mcm kisah sy dgn ex-wife sblm nie.. jd kt sini sy just nk share antara langkah2 yg man blh try utk pntau wife sbgai pnduan & bukti kmudian hari..

          1- cuba sharing location google map dr tliphne wife dgn man diam2, yg mn shre location dgn email yg man login kt phne man guna utk google maps..

          2-Dwnload google Drive biasa ssetngah telphne dh ada, just login 1 email man and than setting Auto backups pic/audio/doc ke google drive Daily, jd kalu dia trima pic atau take pic mcm tu jgk vdeo mgkn smpat aplikasi tu save sblm dia delete atau sorokan

          3-mcm Whsapp lg mudah.. Dwnld Clone Whsap / Web Whsapp kt phne man.. pastu prgi kt phone wife click button settng, cr Wspp Web pstu scan barcode kt phne man dlm clone whsp.. ape yg wife hntar, trima… snang trus kluar dlm phne man.. baca dn hadappp lah puas2..

          ok lahh… rasanye cukuplh 3 step, krng bg lg cara lain ramai plak dr asal nk cr jln pendamaian jd pnceraian.. pstu nasihat sy nilailah sndri istri anda adkah dia benar2 jjur atau sebaliknya…

          Reply
          • Terima kasih kepada Tuan aku_jg punya hati kerana berkongsi tip clone WhatsApp utk pasangan yg curang. Sy pun rasa di khianati oleh suami yg curang dlm messages Whatssap @ email dgn isteri org yg kebetulan ex schoolmate dia. Kenapalah zaman sekarang byk sgt pasangan curang tanpa sedar walaupun hanya sekadar bermesej2 hingga boleh bersayang until we me ke jannah!!

            Reply
  5. Kalo sebelum kahwin suami pernah terlanjur dgn bini orang. Then bertaubat, janji tak buat lagi. Tapi selepas masuk tahun 2 perkahwinan dan anak baru setahun, suami masih terlanjur dgn perempuan yg sama. Wajarkah saya memohon penceraian? dia masih meminta maaf, dan berkata tidak akan berbuat lagi, tidak akan berjumpa dan berhubung lagi.

    Reply
    • Puan pencerian adalah perkara Halal yang paling DI BENCI ALLAH S.W.T.nasihat saya,nasihati suami puan,ajak solat berjemaah,baca yassin sama2,pergi kuliah agama di masjid dan solat berjemaah di masjid sama2 byk buat solat sunat hajat pada Allah.dan jika masih tak berubah juga pinta suami puan kahwini dia secara halal.puan Akan dapat pahala yang tak ternilai besarnya Dari Allah insya Allah

      Reply
  6. Tuan isteri sy curang belakang sy tpi sy dah maafkn dan mnerimanye kmbali tp sy msh trbayang2 perbuatan isteri sy itu dan seolah2 menghatui diri sy,apa yg harus sy lakukan tuan..

    Reply
    • Banyakkan istigfar dan berdoa tuan.
      Dekatkan diri dengan Allah.

      Saya tahu perkara ini adalah sesuatu yang sangat mengguris hati dan tidak mudah diterima oleh tuan bulat-bulat.

      Tapi seiring waktu, insyaaAllah hati tuan akan terubat kembali.

      Reply
    • Bykkan istgihfar,bykkan solat sunat taubat,dan sunat hajat minta Allah bagi tuan lupakan perkara itu..saya akui mmg sakit dan pedih.saya juga alaminya..,percayalah dgn powernya istighfar.selain dapat lupakan perkara yg tak baik,malah dimurahkan rezeki dari tak terduga,dapat kesabaran dari Allah..dan amalkanlah baca yassin,ar rahman,al mulk dan al waqiah..Hafaz surah al waqiah…berkenaan isteri tuan yg sudah taubat serahkan saja pada allah

      Reply
  7. Assalamualaikum Tuan. Bagaimana ingin membantu seorang suami yang terlalu mempercayai isterinya sedangkan isterinya sudah ditangkap khalwat dengan lelaki lain?

    Lebih² lagi sebelum berlakunya penangkapan tersebut, beberapa orang telah memaklumkan beserta bukti kepada suami. Tetapi suami masih mempercayai isterinya sehingga ingin menyaman si lelaki ( juga telah berkahwin ) atas kesalahan merogol isterinya.

    Sedangkan mereka ditangkap di dalam rumah isterinya jam 3 pagi. Si isterinya ini juga mereka cerita sehingga si suami menyalahkan rakan sekerja yang sebelum ini telah menasihati si isteri agar meninggalkan maksiat yang dilakukan.

    Mohon pencerahan Tuan. Adalah itu dinamakan dayus.

    Reply
    • Maaf tuan, itu adalah dayus.

      Adalah wajar diceraikan isteri yang terus-menerus bersikap nusyuz sehingga menjadikan suaminya dayus.

      Reply
    • Ye inilah dikatakan dayus….jauh dari rahmat Allah dan tidak akan masuk syurga selama2nya..boleh jadi juga dia kena nasi kangkang atau sihir penunduk suami,cuba ikhtiarkan ruqyah atau berubat dgn ustaz…jika masih sama dan bukan kerana sihir jauhlah suami itu dari rahmat allah malah dapat murka Allah.wallahhualam

      Reply
  8. Soalan sy,boleh kah sy sebagai seorang yg bukan beragama islam mendapatkan keadilan dalam mahkamah syariah? Masaalahnya sy dizalimi oleh org islam..brap kali ada sorang lelaki menelefon sy mnyuruh sy utk cerai kn isteri sy. Bila sy ajak dia berhadapan dgn sy dia x brani. Yg lebih parah lg dia menghasut mak mertua sy dan isteri sy tuk pergi ke mahkamah dan tuntut penceraian. Mohon bantuan rakan2 yg ble beri idea pada sy apa yg patut sy buat?

    Reply
  9. Kalau sebelum ni isteri telah kantoi kali pertama..suami memaafkan
    Kali kedua kantoi suami masih memaafkan
    Kali ketiga masih kantoi dgn lelaki yg sama sampai tahap dapat tahu yg si isteri pernah pegang tangan dn peluk tgn si lelaki dab si lelaki pernah cium dahi si isteri dan pernah keluar berjalan dgn si lelaki berkali2 dan mndapat pngakuan sndiri dri si isteri…
    Macam mane kalau sy mmng bertkad mninggalkn die

    Reply
  10. pertanyaan: isteri curang berkali kali namun bukti nyata tidak ada tapi berdua duaan dalam bilik pintu dikunci lampu dipadam

    Reply
    • Klu berlaku depan mata..halanglah jgn dibiarkan. Jika dibiarkan,itu dayus namanya. Jika isteri mahu bertaubat nasuha,bolehlah dimaafkan jika mahu. Jika isteri tdk mahu bertaubat,hendaklah dicerai.

      Reply
    • Klu berlaku depan mata..halanglah jgn dibiarkan. Jika dibiarkan,itu dayus namanya. Jika isteri mahu bertaubat nasuha,bolehlah dimaafkan jika mahu. Jika isteri tdk mahu bertaubat,hendaklah dicerai.

      Reply

Leave a Comment