
Artikel ini akan menerangkan perkara yang berkaitan nafkah kepada isteri yang bekerja.
- Apakah hukum suami tidak memberi nafkah kepada isteri yang bekerja?
- Apakah jenis nafkah yang wajib diberikan suami kepada isteri?
Artikel ini dirujuk melalui tulisan Ustaz Muhammad Fathi Yusof mengenai bab nafkah dalam buku fiqah berkahwinan.
Semoga dapat menjadi rujukan anda dalam hal berkaitan permasalahan ini.
Soalan 1
Ustaz, saya dan isteri sudah sembilan tahun hidup bersama.
Alhamdulillah, hidup kami bahagia.
Isteri saya bekerja sejak berkahwin lagi. Kami mengagihkan tanggungan rumah tangga seperti ansuran rumah, ansuran kereta, belanja dapur, belanja sekolah anak-anak, belanja bil-bil dan lain-lain antara kami berdua.
Manakala perbelanjaan keperluan diri seperti pakaian, bil telefon dan lain-lain ditanggung masing-masing.
Pendapatan isteri saya setakat ini melebihi perbelanjaan-perbelanjaan ini dan dia masih mampu menyimpan setiap bulan pada jumlah yang agak banyak.
Adakah saya masih wajib memberikan nafkah kepada isteri saya dalam keadaan ini?
Jawapan:
Suami wajib memberikan nafkah kepada isteri, iaitu untuk memberikan makanan dan pakaian yang mencukupi serta menyediakan tempat tinggal yang sesuai.
Kewajipan ini berasaskan beberapa dalil al-Quran dan sunah.
Antaranya firman Allah:
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.
Kepentingan Berbelanja & Mengeluarkan Nafkah Untuk Ahli Keluarga
Membelanjakan harta untuk isteri dan ahli keluarga bukan sekadar satu kewajipan, bahkan merupakan amalan yang sangat disukai oleh Allah Taala
Para suami dan para isteri sewajarnya mengamalkan sikap pemurah dan mengutamakan perbelanjaan untuk keluarga mengatasi perbelanjaan lain.
Ibnu Mas’ud meriwayatkan Rasulullah bersabda:
Apabila seseorang Muslim memberikan nafkah kepada keluarganya kerana mencari pahala, maka hal itu menjadi sedekah baginya
— Riwayat al-Bukhari
Suami wajib membayar nafkah memandangkan kedudukannya sebagai ketua keluarga yang punya tanggungjawab untuk memimpin rumah tangga – termasuklah dalam soal saraan dan perbelanjaan.
Kewajipan nafkah ini diseimbangkan dengan kewajipan isteri untuk taat dan setia kepada suami.
Selain itu, sebahagian daripada tugas yang dibawah amanah suami seperti mendidik anak-anak, menyediakan makan minum dan menjaga rumah dan harta, telah dilaksanakan oleh isteri.
Oleh yang demikian, wajarlah suami memberikan nafkah sebagai memenuhi semangat kasih sayang, rahmat dan keadilan dalam rumah tangga.
Walau bagaimana pun, nafkah suami kepada isteri menjadi wajib hanya apabila beberapa syarat telah dipenuhi iaitu:
- Suami tidak dihalang untuk mendekati, berseronok dan berjimak dengan isterinya, melainkan jika terdapat halangan yang telah ditetapkan oleh syarak
- Isteri tinggal di tempat tinggal yang ditetapkan oleh suaminya, kecuali jika tempat itu mendatangkan mudarat kepada diri, harta atau maruahnya
- Isteri taat kepada suami dan tidak nusyuz. Misalnya, jika isteri bekerja tanpa izin suami, maka suami tidak wajib membayar nafkah. Bahkan isteri akan kekal dalam keadaan berdosa selama mana keluar bekerja tanpa keredhaan suaminya.
Soalan 2
Memandangkan kami bersama-sama bekerja, adakah saya boleh menganggap agihan yang dipersetujui itu sebagai memenuhi kewajipan saya menyara keluarga?
Jawapan:
Kewajipan suami untuk memberikan nafkah tidak luput kerana isteri bekerja.
Suami tidak akan terlepas daripada kewajipan itu semata-mata dengan membuat agihan perbelanjaan, melainkan jika mengikut agihan itu suami menanggung perkara asasi yang termasuk sebagai keperluan asas.
Atau jika isteri secara nyata dan berterusan melepaskan tanggungan suaminya.
Islam menetapkan satu prinsip penting dalam rumah tangga, iaitu berkenaan dengan kedudukan suami sebagai ketua keluarga.
Walaupun dari sudut amalannya, suami dan isteri berkongsi hidup, tetapi hakikatnya suami tetap diiktiraf sebagai ketua, bukan sekadar rakan kongsi.
Pada zaman ini ramai isteri turut bekerja seperti suami, bahkan ada yang lebih tinggi pendapatannya daripada suami.
Hakikat ini sama sekali tidak mengubah kedudukan suami sebagai ketua.
Kedudukan suami sebagai kutua bukan sekadar dilihat dari sudut kuasanya, bahkan yang lebih penting ialah dari sudut amanahnya.
Di akhirat nanti, para suami akan ditanya tentang kebajikan dan agama isteri serta anak-anak mereka.
Memandangkan isteri juga bekerja, menjadi kebiasaan, perbelanjaan rumah dan keluarga diagihkan antara suami dengan isteri.
Sebenarnya agihan ini dibuat atas timbang rasa isteri.
Tanggungjawab hakiki untuk nafkah keluarga tetap di bahu suami.
Jika isteri tidak ingin berkongsi pendapatannya, maka suami tidak berhak memaksa atau merampas.
Namun begitu, hukum ini tetap tertakluk kepada prinsip bahawa isteri hanya boleh bekerja jika diizinkan oleh suami.
Seorang isteri yang bekerja tanpa izin suaminya tidak berhak untuk mendapat nafkah.
Walau bagaimanapun, jika pekerjaan itu tidak menjejaskan tugasnya sebagai isteri, maka haknya untuk mendapat nafkah tidak terjejas.
Dalam menentukan soal ini, keperluan isteri bekerja dan agihan perbelanjaan, kedua-dua suami dan isteri mesti mengutamakan muafakat, rahmat dan kasih sayang dalam membuat ketetapan dan persetujuan.
Agihan perbelanjaan yang dipersetujui antara suami dengan isteri yang bekerja belum dapat melepaskan tanggungan nafkah suami melainkan jika mengikut agihan itu suami menanggung tiga perkara asas yang termasuk dalam nafkah wajib iaitu tempat tinggal, makan minum dan pakaian.
Oleh itu, jalan terbaik bagi menyusun agihan perbelanjaan adalah dengan menetapkan tiga perkara asasi iaitu sebagai tanggungan suami, dan isteri boleh menanggung perbelanjaan lain seperti bil-bil perkhidmatan utiliti, kenderaan dan lain-lain mengikut kerelaannya.
Perlu diingat kadar kewajipan suami dalam tanggungan terhad kepada keperluan asas yang diukur mengikut ‘uruf atau adat dan juga mengikut kemampuan suami bukannya kemampuan isteri.
Selain itu, tanggungan nafkah isteri boleh terlepas, jika isteri secara nyata melepaskan haknya untuk menerima nafkah.
Pelepasan begini hanya melepaskan hak semasa dan isteri tetap boleh membatalkan pelepasan hak pada bila-bila masa atas kehendaknya.
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik bagi para suami untuk mengelakkan pelepasan hak sebegini kerana soal nafkah berkait rapat dengan kedudukannya sebagai ketua keluarga.
Isteri yang menerima nafkah mempunyai kecenderungan yang lebih kuat untuk kasih, taat dan setia dengan suami berbanding sebaliknya.
Soalan 3
Saya sebenarnya biasa juga memberikan hadiah atau menolong membayar waktu dia membeli-belah, tetapi tidak pernah memberikannya wang secara khusus untuk belanja makanan dan pakaianya.
Adakah tindakan saya memberi hadiah dan membayar waktu membeli-belah boleh dianggap sebagai nafkah?
Jawapan:
Jika hadiah itu berbentuk pakaian yang menepati keperluan asasnya, maka itu boleh dianggap sebagai sebahagian daripada nafkah.
Walau bagaimanapun, itu belum memenuhi kewajipan lain seperti rumah dan makan minum.
Nafkah asasi yang diwajibkan oleh Islam terdiri daripada tiga perkara iaitu tempat tinggal, makan minum dan pakaian.
Kadar nafkah adalah berasaskan keperluan asas seorang manusia dengan mengambil kira keperluan dan keadaan kewangan suami.
Bagaimana sekira suami tak beri nafkah pd isteri dan anak tapi boleh beri belanja pd ibu dan adiknya. Belanja yg diberi banyak diluar kemampuan suami. Sehingga tak cukup untuk perbelanjaan untuk isteri dan anak2.
Suami itu berdosa dan telah berhutang kepada isteri dan anak-anaknya.
Sya ada soalan, boleh tak encik jelaskan apa hukum jika seorang suami bayar segala komitmen spt sewa rumah, bil2 utility, mkn mnum, dn lain2, tapii dia cuma minta si isteri beli brng dapur. Adakah seorang isteri berhak dpt nafkah spt duit drii suaminya?
Kalau isteri redho dan ingin membantu ringankan beban suaminya, tidak menjadi masalah. InsyaaAllah isteri akan dapat pahala besar kerana bantu suami.
Tetapi jika isteri tidak redho dan mahu nafkahnya, maka suami kena bayar ikut kemampuannya.
Soalan sy.. andai kata suami dr awal perlahwinan sehingga bertahun-tahun masih tk mampu mmberi nafkah zahir iaitu mkn tmpt tnggal dn pkaian kpd si isteri. . tetapi nafkah kepada ibunya tk permah terlepas.. apkah hukum nya..? Dan apa si suami perlu buat andaikata perkara sebegini trjadi..? Adakah dia masih wajib teruskan nafkah kepada si ibu sedangkan si isteri trpaksa bkrja utk tnggung perbelanjaan harian dgn sendirinya.?
soalan saya .
Nafkah yang patut diberi kepada isteri berbentuk wang adalah kewajiban
Boleh saya mendapat penjelasan bagi nilai yang sepatutnya . adakah mempunyai sistem pengiraan bagi tugasan ini supaya nafkah isteri dapat dilunaskah mengikut hukum syaraq dan betul supaya tiada soal jawap dibelakang hari
1) Isteri saya bekerja sejak berkahwin lagi. dan kebelakangan ini sudah tiada bekerja , akan tetapi mengambil tugasan menjaga anak ( asuhan )
Saya membayar semua bill, api air , Yuran Pengajian anak di Universiti , makan , pakaian anak2 yang bersekolah / pengajian di semua saya tanggung .
Manakala perbelanjaan keperluan diri seperti pakaian, bil telefon dan lain-lain ditanggung masing-masing.
dengan fenomene ini ..adakah aggaran bayaran nafkah yang patut diberi kepada Isteri saya ?
Sila jelaskan , makluman bagi kebaikan bersama
Wasallam
Wassalam,
Sebenarnya nafkah suami kepada isteri adalah mengikut kadar kemampuan suami.
Berilah nafkah mengikut kadar keperluan hidup pada zaman sekarang. Contohnya tuan bergaji RM5000, setelah dilunaskan semua bil dan keperluan rumah, maka bolehlah diberikan wang saku untuk isteri sekitar RM700 sehingga RM1000.
Apa pun itu hanya cadangan dan anggaran sahaja, saya tidak tahu komitmen bulanan tuan.
Yang penting berbincanglah antara suami dan isteri supaya masing-masing saling reda-meredhai.
Salam Ustaz,
Sy nak bertanya pandangan ustaz. Sekiranya hubungan suami dan isteri adalah dalam jarak jauh. apakah perbelanjaan suami untuk balik ke tempat isteri dan anak nya duduk dikira sebagai nafkah suami kepada isteri dan anak nya?
Wassalam,
Tidak. Itu tidak termasuk dalam nafkah kepada isteri.
Nafkah ini adalah sesuatu hak atau harta yang diberikan kepada isteri dan anak untuk hidup.
As salam ustaz. Apakah hukumnya seorang suami tidak memberikan nafkah zahir dan batin sejak bernikah.Tetapi isterinya redha.
Wassalam,
Hukumnya suami tidak berdosa kalau isteri telah redha
Assalamualaikum Ustaz
Saya perlukan penjelasan atas situasi saya dan suami. Saya dan suami sudah bernikah selama 20 tahun and kami mempunyai 4 orang anak. Dari awal perkahwinan hingga ke hari ini, suami bertanggung jawab atas segala pembayaran rumah x2, bil api/air/elektrik dan bil telepon. Saya pula berkerja dan mengunakan pendapatan saya untuk kos rawatan bersalin x2, kos rawatan saya dan anak2 jika sakit dan keperluan anak2 dan saya seperti pakaian dan sebagainya. Saya ada membantu suami untuk membayar separuh insurans rumah dan juga separuh pembelajaan barang dapur. Saya tidak pernah menerima apa2 duit dari suami kerana saya berkerja dan pendapatan saya agak besar. Di situasi ini, haruskah suami tetap membayar nafkah terhadap saya atau beliau sudah melaksanakan tanggungjawab nya?
Terima kasih.
Assalamualaikum Ustaz,
Saya dan suami baru bernikah dua bulan lepas. Saya seorang professional dan suami baru melanjutkan pengajian Master degree in luar negara sebulan sebelum kami bernikah. Dalam hukum Islam, adakah wajib bagi suami saya memberi nafkah semasa pengajian beliau?
Suami saya membayar segala makan minum dan penginapan bila kami bersama. Beliau juga tidak memakan makanan yang saya belikan mungkin kerana saya yang membeli dengan wang saya.
Saya amat musykil dengan persoalan nafkah ini kerana saya tidak mahu membebankan suami saya jika beliau masih dalam pengajian di universiti luar negara.
Wassalam,
Suami memang wajib memberi nafkah, tetapi jika isteri halalkan nafkah itu kerana tidak mahu membebankan suami, maka suami tidak berdosalah sebab isteri sudah redha.
Assalamualaikum Ustaz,
Terima kasih dengan nasihat Ustaz yg amat saya hargai. Semoga Allah SWT sentiasa memberi rahmat dan berkah kepada Ustaz dan family.
Wasalam
Assalamualaikum wbt. Ustaz, saya nak bertanya beberapa soalan yang saya sendiri tak pasti samada saya di pihak yang betul atau salah.
Lepas berkahwin, kami tinggal di rumah sewaan yang semua bayaran bil nya, saya yang tanggung. Tidak pernah sekalipun isteri bantu saya samada secara sukarela/paksa. Belanja barang keperluan dapur saya sediakan tapi selalunya tak sampai hingga hujung bulan, dan isteri selalu bantu saya dari segi kewangan dalam perbelanjaan barang2 dapur.
Seingat saya, ada beberapa kali shj, saya berikan duit belanja (duit jajan) kepada isteri disebabkan ketidakmampuan saya dalam soal ni dan banyak komitmen, tapi bila berlaku apa2 pergaduhan, isteri bercakap seolah2 saya x pernah langsung bagi duit belanja. Berdosakah saya?
Sebelum berkahwin, isteri pernah berjanji takkan minta/tuntut nafkah duit bulanan dari saya sebab saya tak mampu untuk tanggung semuanya sendirian (tiada perjanjian bertulis, hanya mesej whatsapp pada masa serius berbincang sebelum kahwin). Tapi bila bergaduh je, dia sentiasa nafikan yang dia pernah berjanji takkan minta/tuntut nafkah duit bulanan. Jadi macammana ye Ustaz? Berdosakah saya kerana jarang/tak pernah bagi duit poket padanya? Saya cuba skrol balik pertanyaan/jawapan dalam page ni, Ustaz cakap 3 kewajipan utama suami : tempat tinggal, pakaian dan perbelanjaan dapur (makan minum). Jadi macammana dalam bab duit nafkah utk isteri? Perlu ke saya bagi sedangkan dia pernah berjanji sebelum kahwin macam yang saya dah taipkan diatas?
Ini ialah perkahwinan ke-2 bagi kami suami isteri, dimana saya dah ada 2 org anak (10 dan 7 thun) dan isteri saya pun dah ada 2 orang anak yang usianya 14 dan 13 thun (dgn suami pertamanya). Anak2nya 2 orang tu, tinggal bersama mertua saya (rumah berdekatan). Kadang2 bila saya outstation, dia selalu tinggalkan anak saya dirumah, dan dia keluar hanya dengan anak2 nya sahaja dan langsung tidak pernah minta izin/ maklumkan saya, dengan alasannya, dia keluar dgn anak2 dia yang bukan tanggungan saya, jadi x perlu minta izin. Jadi macammana yang perlu saya buat ya Ustaz?
Bab nafkah batin, dia tak pernah minta, dan tak pernah menggoda saya untuk kearah itu. Kebiasaannya saya yang perlu buat langkah pertama. Dan ada masa2 nya yang dia selalu juga menolak utk ‘bersama’ tanpa sebab. Kadang2 bila datang haid@putus haid, dia tak pernah langsung bagitau saya. Seolah2 macam nak mengelak utk Bersama. Kali pertama kami ‘bersama’ selepas kahwin pun, saya terpaksa ‘merogolnya’ disebabkan dia macam tak kisah langsung bab2 nafkah batin ni. Jadi macammana ya Ustaz?
Buat masa ni, ini je dulu soalan2 saya ye Ustaz. InsyaAllah lepas ni saya akan bertanya lagi kalau saya masih ada kemusykilan.
Wassalam,
1) Jika suami sudah menyediakan keperluan asas untuk isteri (mengikut kadar kemampuannya) maka isteri tidak berhak mengungkit dan mempersoalkan nafkah dari suami. Hukumnya berdosa.
2) Isteri wajib meminta kebenaran suami untuk keluar dari rumah, walaupun dengan anak sendiri (bukan dengan suami sekarang). Kerana isteri itu dibawah hak suami dan dia wajib minta kebenaran dari suami yang sekarang.
3) Isteri wajib melayan kehendak suami. Jika isteri menolak tanpa alasan yang kukuh, maka berdosa besar isteri tersebut. Malaikat akan melaknatnya sepanjang malam.
Saya seorang profesional dan ada bisnes & kerjaya sendiri.
Selama lama ni Pendapatan saya lebih dari suami.
Kami dah berkahwin 8 thn dan ada 3 orang anak kecil.
Saya yang membeli 2x rumah utk keluarga kami. Alhamdulillah kehidupan kami agak selesa.
Suami beri Rm 5k setiap bulan tetapi terus terang saya katakan ianya tidak cukup.
Jadi saya byk pakai duit sendiri utk cover semua bill perbelanjaan (contoh insurans anak2, kelas kelas riadah mereka,etc) dan hutang rumah dgn bank.
Terus terang saya cakap saya dah tak larat nak kerja sebab nak focus pada anak anak yang makin membesar..
Sekarang suami dah senang dan byk duit sebab bisnes dia makin maju tapi dia tak nak bayar hutang rumah kami.
Dia tak nak beri lebih.
Suami selalu tipu saya
Dia beli motor dan tipu saya.
Dia selalu shopping baju2 mahal
Saya sentiasa kena dahulukan banyak duit saya utk benda benda keperluan keluarga.
Macam mana tu ustaz?
Wassalam puan.
Tempat tinggal (rumah) adalah salah satu dar perkara yang wajib disediakan oleh suami kepada isteri & anak-anak mengikut kadar kemampuannya.
Jika isteri tidak redha duitnya digunakan, maka suami akan berdosa.
Yang penting, puan cuba bincang perkara ini secara baik & harmoni dengan suami.
(p/s: saya bukan ustaz, hanya orang biasa-biasa)
Assalamualaikum.
Saya telah berkahwin selama 12 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Saya berhenti kerja pada tahun 2015 sebab depression. Selepas berkahwin, saya bayar deposit membeli kereta, rumah dan bagi modal untuk suami memulakan bisnes. Selama 12 tahun berkahwin, suami tak pernah memberi nafkah atas alasan gaji saya lebih tinggi dari dia. Selepas saya berhenti kerja, suami tak beri nafkah zahir dan batin. Katanya saya seperti isteri Touch&Go. Digunakan jika perlu sahaja. Saya dipulaukan famili suami atas alasan sengaja berhenti kerja untuk menyusahkan suami. Saya dah penat menangis setiap hari. Bolehkah saya minta fasakh?
AKTA 303
AKTA UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKETUAN) 1984
BAHAGIAN VI- PERBUBARAN PERKHAWINAN
Seseorng perempuan yang berkhawin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk memubarkan perkhawinan atau fasakh atas satu atau lebih daripada alsan yang berikut:-
i- Bahwa tempat dimana beradanya suami telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada 1 tahun.
ii- Bahawa suami telah cuai atau tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama temmpoh tiga bulan.
iii- Bahawa suami telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkhawinan nyan ( nafkah batin) selama tempoh satu tahun.
itu adalah antara sebab yang boleh Puan membuat tuntutan fasakh sebagai seorang isteri.
Assalamualaikum…
Saya dah berumahtangga hampir 13 tahun…2 tahun sahaja suami beri nafkah dalam bentuk wang….dan semasa melahirkan anak pula suami meminta duit dari saya utk membayar bil hospital…bila anakx2 dah besar kebanyakan bilx2 klinik anakx2 dan saya sakit pun kebanyakan saya yg tanggung sendiri……
Disini saya ingin bertanya adakah nafkah dalam bentuk wang itu wajib….???
Suami wajib memberi nafkah kepada isteri dalam bentuk wang atau perkara yang setara dengannya.
Kemudahan perubatan isteri dan anak-anak harus disediakan oleh suami, kecuali suami tidak mampu dan isteri redha untuk menggunakan wangnya sendiri.
Saya Ade sedikit soalan ustaz..kami suami isteri tidur berasing an…suami masuk bilik bila perlukan Saya..nafkah batin bg Saya tiada..begitu juga nafkah zahir..Saya bekerja sebagai pengasuh..Saya xpernah meminta walaupun seringgit…tapi bila dipendam hati Saya bertambah sakit.. hidup Saya umpama orang gaji dirumah sendiri..tanpa sesen pun bayaran..
Terkadang terfikir juga untuk jabatan agama Islam untuk menuntut hak Saya..nakfah pakaian hanya setahun sekali itu Masa Raya anak 5orang bagi seribu..hanya dapat sepasang sorang…walaupun begitu Saya tetap menyumbang duit Saya untuk keperluaan dapur Dan anak_anak..
Apakah yang patut Saya buat?
Suami wajib memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri. Bahkan menyediakan keperluan dapur dan anak-anak juga dibawah tanggungjawab suami.
Semua ini dalam tanggungjawab suami dalam kadar kemampuannya.
Jika isteri tidak redha perkara ini, suami berdosa.
Assalamualaikum ustaz….saya isteri yang bekerja dan tibggal dirumah ibu saya…suami saya juga bekerja…saya selalu keliru tentang nafkah…setiap bulan gaji saya untuk bayar bil api,barang dapur,bil air,bil astro dan yuran sekolah anak untuk seorang dan lg seorang suami bayar..sedangkan suami saya juga bekerja…suami saya juga ada beli barang dapur tapi xselalu dalam 1 tahun tu mungkin 2 kali atau 3 kali..bila kami kuar bersiar2 dia kata itu dikira nafkah juga tapi bukan selalu kami keluar…macam persiapan hari raya dah lama suami saya xsediakan mungkin sebab saya dah terbiasa ajar suami saya beli sendiri….
Wassalam,
1. Bil utiliti dan keperluan dapur wajib disediakan oleh suami, melainkan isteri sendiri yang ingin bantu suami ringankan hal ini. Jika isteri tak redha, suami berdosa.
2. Suami perlu menyediakan pakaian baru sekurang-kurangnya satu persalinan (baju, kain, tudung, kasut & etc) untuk setiap tahun.
Cuba berbincang dengan suami mengenai perkara ini. Mungkin dia keliru dan tidak tahu mengenai kewajipan ini.
assalamualaikum….sya ingn bertanya jika pasangan suami isteri membelj rumah secara berkongsi dengan perbincangan dn persetujuan bersama dengan segala urusan selepas itu seperti bil bil rumah , maintenance dn sbagainya di tanggung sepenuhnya oleh suami (tidak termasuk dlm perbincangan semasa membeli rumah tetapi rela hati di buat oleh suami) dan boleh kah itu di anggap tanggungjawab penyedian tempat kediaman oleh si suami???
Wassalam,
Iya, sudah boleh dianggap begitu. Ini kerana isteri sudah bersetuju untuk membantu suami berkongsi tempat tinggal. Tiada masalah dalam isu ini
Assalamualaikum..
Soalan saya adakah seorang isteri yg bekerja dgn suami apabila gaji yg diperolehi isteri blh dianggap sebagai nafkah..terima kasih
Wassalam,
Gaji dan nafkah adalah adalah perkara berasingan. Gaji adalah antara majikan dan pekerja, manakala nafkah adalah pemberian wajib dari suami kepada isteri.
Dalam artikel tuan nyatakan nafkah wajib adalah tempat tinggal, makan minum dan pakaian.. bagaimana pula beri wang jadi wajib pula? Jika ya, bagaimanakah definasi nafkah yang boleh dianggap lengkap?
Duit itu adalah untuk duit poket dia, tetapi mengikut kadar kemampuan suami. Jika mampu beri banyak, banyak.
Bagaimana pula kalau si suami tanggung semua perbelajaan rumah termasuk nafkah isteri sampai memudaratkan diri si suami sedangkan duit isteri tidak disentuh?
Suami wajib menyediakan dan menanggung perbelanjaan rumah termasuk nafkah isteri, tetapi mengikut kadar kemampuan suami.
Duit isteri adalah dasar ihsan isteri jika dia ingin membantu
soalan sy wajibkah suami bg nafkah duit kepada isteri? walaupun sudah di sediakan rumah, pakaian dan makanan dll..
Ya wajib untuk duit poket dia
Tapi duit tu diberi ikut kemampuan kadar suami la.
Dan isteri harus faham kemampuan suami.
Assalamualaikum, saya nk tumpang tanya. Sekiranya seorang suami membawa isterinya tinggal di rumah ibunya, dan kakaknya (bujang) juga tinggal di situ, dan rumah itu masih milik ibunya.. adakah dikira seorang suami itu sudah melengakapkan tanggungjwbnya dlm perkara menyediakan tempat tinggal utk isterinya?
Wassalam,
Memang menyediakan tempat tinggal (rumah) untuk isteri adalah tanggungjawab suami, tetapi ia juga bergantung kepada kemampuan suami.
Jika suami masih belum mampu menyediakan tempat tinggal khas untuk isteri, sebaik-baiknya isteri bersabar dan memberi masa kepada suami dalam melengkapkan hal tersebut.
Terima kasih admin atas penerangannya
Sama-sama