Artikel ini akan menerangkan perkara yang berkaitan nafkah kepada isteri yang bekerja.
- Apakah hukum suami tidak memberi nafkah kepada isteri yang bekerja?
- Apakah jenis nafkah yang wajib diberikan suami kepada isteri?
Artikel ini dirujuk melalui tulisan Ustaz Muhammad Fathi Yusof mengenai bab nafkah dalam buku fiqah berkahwinan.
Semoga dapat menjadi rujukan anda dalam hal berkaitan permasalahan ini.
Soalan 1
Ustaz, saya dan isteri sudah sembilan tahun hidup bersama.
Alhamdulillah, hidup kami bahagia.
Isteri saya bekerja sejak berkahwin lagi. Kami mengagihkan tanggungan rumah tangga seperti ansuran rumah, ansuran kereta, belanja dapur, belanja sekolah anak-anak, belanja bil-bil dan lain-lain antara kami berdua.
Manakala perbelanjaan keperluan diri seperti pakaian, bil telefon dan lain-lain ditanggung masing-masing.
Pendapatan isteri saya setakat ini melebihi perbelanjaan-perbelanjaan ini dan dia masih mampu menyimpan setiap bulan pada jumlah yang agak banyak.
Adakah saya masih wajib memberikan nafkah kepada isteri saya dalam keadaan ini?
Jawapan:
Suami wajib memberikan nafkah kepada isteri, iaitu untuk memberikan makanan dan pakaian yang mencukupi serta menyediakan tempat tinggal yang sesuai.
Kewajipan ini berasaskan beberapa dalil al-Quran dan sunah.
Antaranya firman Allah:
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.
Kepentingan Berbelanja & Mengeluarkan Nafkah Untuk Ahli Keluarga
Membelanjakan harta untuk isteri dan ahli keluarga bukan sekadar satu kewajipan, bahkan merupakan amalan yang sangat disukai oleh Allah Taala
Para suami dan para isteri sewajarnya mengamalkan sikap pemurah dan mengutamakan perbelanjaan untuk keluarga mengatasi perbelanjaan lain.
Ibnu Mas’ud meriwayatkan Rasulullah bersabda:
Apabila seseorang Muslim memberikan nafkah kepada keluarganya kerana mencari pahala, maka hal itu menjadi sedekah baginya
— Riwayat al-Bukhari
Suami wajib membayar nafkah memandangkan kedudukannya sebagai ketua keluarga yang punya tanggungjawab untuk memimpin rumah tangga – termasuklah dalam soal saraan dan perbelanjaan.
Kewajipan nafkah ini diseimbangkan dengan kewajipan isteri untuk taat dan setia kepada suami.
Selain itu, sebahagian daripada tugas yang dibawah amanah suami seperti mendidik anak-anak, menyediakan makan minum dan menjaga rumah dan harta, telah dilaksanakan oleh isteri.
Oleh yang demikian, wajarlah suami memberikan nafkah sebagai memenuhi semangat kasih sayang, rahmat dan keadilan dalam rumah tangga.
Walau bagaimana pun, nafkah suami kepada isteri menjadi wajib hanya apabila beberapa syarat telah dipenuhi iaitu:
- Suami tidak dihalang untuk mendekati, berseronok dan berjimak dengan isterinya, melainkan jika terdapat halangan yang telah ditetapkan oleh syarak
- Isteri tinggal di tempat tinggal yang ditetapkan oleh suaminya, kecuali jika tempat itu mendatangkan mudarat kepada diri, harta atau maruahnya
- Isteri taat kepada suami dan tidak nusyuz. Misalnya, jika isteri bekerja tanpa izin suami, maka suami tidak wajib membayar nafkah. Bahkan isteri akan kekal dalam keadaan berdosa selama mana keluar bekerja tanpa keredhaan suaminya.
Soalan 2
Memandangkan kami bersama-sama bekerja, adakah saya boleh menganggap agihan yang dipersetujui itu sebagai memenuhi kewajipan saya menyara keluarga?
Jawapan:
Kewajipan suami untuk memberikan nafkah tidak luput kerana isteri bekerja.
Suami tidak akan terlepas daripada kewajipan itu semata-mata dengan membuat agihan perbelanjaan, melainkan jika mengikut agihan itu suami menanggung perkara asasi yang termasuk sebagai keperluan asas.
Atau jika isteri secara nyata dan berterusan melepaskan tanggungan suaminya.
Islam menetapkan satu prinsip penting dalam rumah tangga, iaitu berkenaan dengan kedudukan suami sebagai ketua keluarga.
Walaupun dari sudut amalannya, suami dan isteri berkongsi hidup, tetapi hakikatnya suami tetap diiktiraf sebagai ketua, bukan sekadar rakan kongsi.
Pada zaman ini ramai isteri turut bekerja seperti suami, bahkan ada yang lebih tinggi pendapatannya daripada suami.
Hakikat ini sama sekali tidak mengubah kedudukan suami sebagai ketua.
Kedudukan suami sebagai kutua bukan sekadar dilihat dari sudut kuasanya, bahkan yang lebih penting ialah dari sudut amanahnya.
Di akhirat nanti, para suami akan ditanya tentang kebajikan dan agama isteri serta anak-anak mereka.
Memandangkan isteri juga bekerja, menjadi kebiasaan, perbelanjaan rumah dan keluarga diagihkan antara suami dengan isteri.
Sebenarnya agihan ini dibuat atas timbang rasa isteri.
Tanggungjawab hakiki untuk nafkah keluarga tetap di bahu suami.
Jika isteri tidak ingin berkongsi pendapatannya, maka suami tidak berhak memaksa atau merampas.
Namun begitu, hukum ini tetap tertakluk kepada prinsip bahawa isteri hanya boleh bekerja jika diizinkan oleh suami.
Seorang isteri yang bekerja tanpa izin suaminya tidak berhak untuk mendapat nafkah.
Walau bagaimanapun, jika pekerjaan itu tidak menjejaskan tugasnya sebagai isteri, maka haknya untuk mendapat nafkah tidak terjejas.
Dalam menentukan soal ini, keperluan isteri bekerja dan agihan perbelanjaan, kedua-dua suami dan isteri mesti mengutamakan muafakat, rahmat dan kasih sayang dalam membuat ketetapan dan persetujuan.
Agihan perbelanjaan yang dipersetujui antara suami dengan isteri yang bekerja belum dapat melepaskan tanggungan nafkah suami melainkan jika mengikut agihan itu suami menanggung tiga perkara asas yang termasuk dalam nafkah wajib iaitu tempat tinggal, makan minum dan pakaian.
Oleh itu, jalan terbaik bagi menyusun agihan perbelanjaan adalah dengan menetapkan tiga perkara asasi iaitu sebagai tanggungan suami, dan isteri boleh menanggung perbelanjaan lain seperti bil-bil perkhidmatan utiliti, kenderaan dan lain-lain mengikut kerelaannya.
Perlu diingat kadar kewajipan suami dalam tanggungan terhad kepada keperluan asas yang diukur mengikut ‘uruf atau adat dan juga mengikut kemampuan suami bukannya kemampuan isteri.
Selain itu, tanggungan nafkah isteri boleh terlepas, jika isteri secara nyata melepaskan haknya untuk menerima nafkah.
Pelepasan begini hanya melepaskan hak semasa dan isteri tetap boleh membatalkan pelepasan hak pada bila-bila masa atas kehendaknya.
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik bagi para suami untuk mengelakkan pelepasan hak sebegini kerana soal nafkah berkait rapat dengan kedudukannya sebagai ketua keluarga.
Isteri yang menerima nafkah mempunyai kecenderungan yang lebih kuat untuk kasih, taat dan setia dengan suami berbanding sebaliknya.
Soalan 3
Saya sebenarnya biasa juga memberikan hadiah atau menolong membayar waktu dia membeli-belah, tetapi tidak pernah memberikannya wang secara khusus untuk belanja makanan dan pakaianya.
Adakah tindakan saya memberi hadiah dan membayar waktu membeli-belah boleh dianggap sebagai nafkah?
Jawapan:
Jika hadiah itu berbentuk pakaian yang menepati keperluan asasnya, maka itu boleh dianggap sebagai sebahagian daripada nafkah.
Walau bagaimanapun, itu belum memenuhi kewajipan lain seperti rumah dan makan minum.
Nafkah asasi yang diwajibkan oleh Islam terdiri daripada tiga perkara iaitu tempat tinggal, makan minum dan pakaian.
Kadar nafkah adalah berasaskan keperluan asas seorang manusia dengan mengambil kira keperluan dan keadaan kewangan suami.
Tinggalkan Komen Anda..
syarat wajib nafkah ialah tamkin tamm dr pd pihak isteri klu dah bekerja atau pjj nak tamkin diri bg suami secara sempurna macam mana…
sbb tu dlm kitab2 fekah sebut seperti kitab matla’in badrain dalam bab nafaqat menyatakan : klu isteri tak dapat nak tamkin yg sempurna maka tiada wajib nafkah (atas suami pd masa itu) sekiranya suami beri juga itu tidak dihukum lan nafkah yg wajib hanya sahaja ianya ihsan ( sunat) suami berikan kpd isteri yg tidak dpt mentamkin dirinya bg suami secara sempurna dgn sbb ia bekerja atau PJJ….
Assalammualaikum ustaz. saya hanya mahukan penjelasan. saya suri rumah sepenuh masa..sambil sambul buat bisnes online kecil kecil. saya mahukan pakai iphone dan suami bayarkan ansuran bulan bulan selama 2 tahun.persoalannya adakah suami wajib memberi duit nafkah lagi walaupon die sedang bayar iphone ansuran saya
Assalamualaikum Ustaz
Saya bekerja seorang dengan gaji bersih bawah RM2000. 00 mempunyai 3 anak menjadi tanggungan dan seorang penerima zakat. Isteri menjadi pengasuh anak Orang seramai 9 Orang.
Segala perbelanjaan makan, sewa rumah dan bil adalah tanggung jawab saya. Soalan saya.. Terjadi pertengkaran apabila setiap bulan saya memberi nafkah RM 150.00 kepada isteri, beliau sering mengata saya perlu beri lebih dari itu (RM150. 00), sedangkan saya tidak pernah minta Wang dari usaha/pendapatan beliau,selama perkahwinan 22 tahun kami.Untuk makluman Ustaz, purata gaji untuk satu Orang anak asuhan (anggaran saya) RM 250-300.,sehingga ada ketikanya, pernah meminta cerai. Berapa kah kadar bayaran nafkah yang sepatutnya dalam syarak dari gaji saya tadi.? T. Kasih
Wassalam,
Jika tuan telah menyediakan makan, tempat tinggal dan pakaian, maka duit poket adalah mengikut kadar kemampuan tuan.
Jika kadar kemampuan tuan RM150, maka isteri tidak boleh memaksa suami memberi lebih.
Assalammualaikum ustaz..isteri saya bekerja..jika saya ada menolong isteri membayar hutangnya dan membayar pembaikan kereta miliknya..adakah saya wajib memberi nafkah lagi kepada isteri saya atau (byr hutang n byr kerosakan kereta) telah dikira sbagai nafkah juga dn xperlu bagi lg nafkah..
Wassalam.
Jika isteri setuju nafkahnya diganti dengan bayaran hutangnya atau pembaikan kereta, maka tidak perlu lagi beri nafkah.
Suami hanya wajib beri nafkah, manakala tlg bayar hutang isteri itu adalah ehsan dari suami sahaja jika suami sanggup bayarkan.
Salaam ustaz. Sy istri bekerja. Segala bayaran rumah, bil elektrik, air sy yg bayar. Pakaian sy juga sy yg beli. Hal anak2 juga sy yg uruskan. Suami cuma kadang kala beli barang dapur (sebulan sekali) atau belanja makan (dalam seminggu mungkin 2 kali). Itupun barang dapur tidak bertahan sebulan. Yg selainnya sy akan beli buat tambah2. Alasan suami susah mahu cari rezeki. Atas sebab itu sy beritahu dia bahawa dia tidak perlu beri sy duit. Cukup dia cari rezeki buat diri dia. Adakah apa yg suami beri mencukupi syarat nafkah? Apa hukumnya? Adakah salah jika sy tolak untuk bersatu dengannya atas sebab dia tidak memberi sy nafkah?
Wassalam.
Jika puan redha (setuju) untuk suami beri sekadar yang dia mampu, maka hukumnya suami puan tidak berdosa sebab isteri setuju.
Tetapi walaupun begitu, puan tidak boleh menolak ajakan suami atas alasan tidak dapat nafkah sebab puan sudah bersetuju pada mulanya. Puan wajib taat terhadap suami.
AsSalam Ustaz.
Jika saya isteri dan bekerja namun tinggal berasingan dengan suami kerana lokasi tempat kerja berlainan negeri. Suami ada sekali sekala hadiahkan pakaian dan belanja makan serta datang berjumpa seminggu sekali namun tidak menangung makan saya setiap hari, berhak kah saya untuk mendapatkan nafkah belanja harian? Suami sedang usaha menyediakan tempat tinggal untuk duduk bersama.
Assalamualaikum ustaz.
Saya isteri yang berkerja dan suami pun bekerja.Apakah hukum jika suami tidak pernah bagi nafkah tetap kepada isteri untuk perbelanjaan dirinya.
Segala perbelanjaan rumah seperti barang dapur ,bil elektrik,ansuran kereta ,duit sekolah anak dikongsi bersama atas permintaannya.Ini pun saya lakukan atas dasar budi bicara sebagai isteri.
Walhal ansuran keretanya dulu suami minta isteri bayarkan separuh…saya ikut.Kira dah langsai..Begitu juga loan peribadi ..isteri yang bayar lebih sedangkan loan itu untuk suami sebenarnya.
Potongan gajinya juga tidak dibuat untuk anak anak.
Sedangkan saya buat potongan gaji demi masa depan anak untuk sambung belajar.
Disini nafkah untuk ibunya sentiasa naik setiap tahun berdasarkan kenaikan gaji tahunan.Disini saya terkilan kenapa suami saya pandang ringan nafkah isteri..
Ansuran rumah atas nama dia pun saya bayar separuh.Kadang2 saya rasa terbeban ustaz..
Ada ayat tak boleh blahhhh….
Katanya kalau mati boleh minta maaf dengan isteri ..takkan sanggup tengok dia terseksa…tau takut
Salam ustaz, suami saya telah bayar duit bil api, air, keperluan anak, keperluan dapur dan lain ii. Kalau barang peribadi sepeti telefon bayar sendiri ii. Saya juga membayar perabot, makan minum anak, pembelajaran anak dll. Tapi suami saya tidak pernah beri hadiah hari jadi saya sejak nikah malah tidak pernah beri duit kepada saya. Jika saya minta suami saya cakap yang duit melancong makan dan minum tu dikira nafkah kepada isteri. Adakah benar ?
Wassalam.
Nafkah diberikan atas kadar kemampuan suami. Jika suami telah jalankan tanggungjawab nafkahnya untuk makan minum, pakaian, tempat tinggal untuk anak dan isteri, maka isteri tidak boleh menuntut perkara lain jika suami tidak mampu.
bagi betis nak peha
Alhamdulillah bermanfaat untuk saya dan isteri yg baru membina rumah tangga
Salam ustat..sy nk tny pndpt ustat.jika isteri tak masak untuk suami, basuh baju suami (tak sempat nak buat/sementara sahaja sebab bekerja) tapi nafkah batin suami isteri turutkan,dan menjadi isunya adalah suami tidak memberi wangringgit kepada isteri shingga mengakibatkan pegaduhan dan diungkit kepada isteri tidak menjalankan tanggungjwab sebagai isteri sebab TAK MASAK DAN BASUH BAJU..dan isteri mengungkit sebab suami TAK BAGI DUIT KPD ISTERI.pakaian pun kadang2 bini beli sendiri guna duit bini,barang dapur pun guna duit gaji bini,dan suami pulak mintak duit bila isteri dapat gaji, tapi gaji suami xpenah bagi kat bini ..bila suami bagi duit suami mintak balik..alasan bini tak masak xbasuh baju.suami bagi nafkah semata2 rumah sahaja(suami bayar bulan2)bil semua kami xtetapkan.sapa ada duit dia tu bayar(selalunya isteri yang bayarkan)..kes saya ni nak dikira macamn ya? Adakah isteri nusyuz?