
Artikel ini akan menerangkan perkara yang anda perlu tahu mengenai nusyuz.
Bagaimana ia boleh terjadi.
Apakah hukumnya
Dan apakah silap faham mengenai perkara ini.
Jika anda sudah bersedia jom kita mulakan.
Apakah Pengertian Nusyuz?
Bila dan bagaimanankah seseorang isteri itu dikira sebagai nusyuz?
— Seseorang isteri dikira nusyuz apabila dia ingkar atau menderhakai suaminya.
Contohnya:
- Isteri mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain
- Membenarkan lelaki ajnabi memasuki rumah tanpa izin
- Meninggalkan rumah tanpa izin suami tanpa alasan yang munasabah
- Tidak mahu tidur bersama bila diajak oleh suami tanpa sebab yang syariie
- Tidak mahu mendengar atau mengendahkan kata-kata suami yang tidak bercanggah dengan syariat
- Tidak memenuhi tanggungjawab sebagai isteri tanpa sebab yang munasabah
Dalam Seksyen 59 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (Akta 303), perkara-perkara berikut termasuk dalam istilah nusyuz:
- Apabila isteri menjauhkan dirinya daripada suaminya
- Apabila isteri meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya.
- Apabila isteri enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut hukum syarak.
Apakah Hukum Nusyuz?
Nusyuz adalah haram dan salah satu dosa besar.
Suami perlu mengatasi masalah nusyuz ini melalui pendidikan, nasihat, pengasingan tempat tidur dan pukulan, tertakluk kepada syarat-syarat seperti yang dinyatakan di atas.
Selain itu, nusyuz juga memberi kesan kepada hukum nafkah.
Seorang suami tidak wajib untuk memberikan nafkah kepada isteri yang nusyuz.
Contohnya jika isteri itu enggan tinggal di rumah yang dipilih oleh suami tanpa alasan munasabah, maka dia hilang hak mendapat nafkah.
Demikian juga jika isteri menolak permintaan suami untuk melakukan istimta’ (bersetubuh atau berseronok-seronok).
Namun, seseorang isteri tidak lagi dianggap nusyuz jika dia bertaubat dan kembali mentaati suaminya.
Suami Juga Nusyuz Terhadap Isteri
Hukum nusyuz bukan sahaja untuk isteri, bahkan juga ada untuk suami.
Suami yang berlaku zalim seperti tidak menunaikan hak nafkah, bercakap dan bertindak kasar terhadap isteri dan tidak menunaikan hak giliran malam dikira nusyuz.
Seorang suami tidak ada hak untuk memukul isteri tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak.
Jika pukulan suami dibuat kerana isterinya nusyuz dan mengikut batas-batas syarak seperti yang dijelaskan tadi, maka isteri tidak berhak untuk lari dari rumah.
Jika isteri mempunyai masalah keserasian, masalah tersebut boleh diselesaikan melalui cara lain seperti perbincangan, penglibatan perantara atau orang tengah yang dihormati atau pihak berkuasa agama.
Isteri tidak boleh memilih jalan yang menyalahi syarak, iaitu lari dari rumah.
Jika pukulan suami itu tanpa sebab yang benar atau dilakukan dengan melampaui batas seperti berbentuk penderaan, mencederakan muka, atau suami tidak boleh mengawal emosi dan sebagainya — maka isteri berhak untuk mencari jalan yang munasabah bagi menyelamatkan diri daripada kemudaratan itu.
Jika kemudaratan itu boleh diatasi dengan cara nasihat, perundingan atau penglibatan pihak lain – maka cara begini perlu diutamakan.
Lari Dari Rumah Adalah Wajar Jika Ia Mengancam Keselamatan Isteri
Tindakan lari dari rumah hanya harus jika terdapat ancaman yang nyata terhadap keselamatan isteri.
Bahkan jika isteri yakin bahawa dia akan terus didera dan dipukul oleh suami tanpa sebab yang munasabah, maka dia mesti mencari jalan untuk mengelakkan mudarat tersebut termasuklah dengan cara mencari tempat perlindungan yang sesuai seperti di rumah ibu bapa atau kawan yang boleh dipercayai.
Bahkan isteri sepatutnya melaporkan kes penderaan ini kepada pihak berkuasa bagi menghentikannya daripada terus berlaku.
Namun begitu, pada masa yang sama isteri perlu mengambil tindakan yang wajar untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.
Perkahwinan yang memudaratkan sepatutnya tidak perlu diteruskan , melainkan jika ada jalan untuk memulihkan keadaan.
SI isteri tidak boleh meneruskan keadaan ini berpanjangan tanpa merujuk kepada pihak berkuasa bagi mengatasi kes penderaan dalam rumah tangga.
Namun demikian, tindakan lari dari rumah tidak diharuskan jika isteri hanya lari semata-mata kerana merajuk, tanpa ada ancaman yang nyata terhadap keselamatan dirinya.
Perasaan kecil hati, sedih dan kecewa tidak mengharuskan seorang isteri untuk melakukan sesuatu yang diharamkan dan membawa kepada nusyuz.
Masalah rumah tangga begini perlu diselesaikan dengan cara baik seperti perbincangan dari hati ke hati, saling menasihati menghadiri majlis ilmu atau kaunseling.
Hak Penjagaan Anak
Berhubung dengan perkaitan antara nusyuz dan hak penjagaan anak, pada dasarnya kedua-dua mempunyai sedikit perkaitan.
Secara ringkasnya, ibu lebih berhak ke atas hak penjagaan anak atau hadhanah.
Namun begitu, hak hadhanah hanya diberikan jika seseorang itu memenuhi syarat iaitu antaranya berakal, Islam, iffah dan amanah.
Oleh itu, jika seorang isteri itu seorang yang pernah nusyuz pada suaminya serta pada masa yang sama fasik dan tidak mempunyai harga diri seperti berkesedudukan dengan lelaki ajnabi – maka dia hilang hak kelayakannya.
Hal ini perlu pembuktian dan keterangan di hadapan hakim yang mengendalikan kes hadhanah.
Walau bagaimanapun, terdapat nusyuz yang tidak berkaitan dengan kelayakan hadhanah seperti dalam kes seorang isteri yang pernah keluar rumah tanpa izin suami tetapi tidak melakukan perkara menjejaskan iffah dan amanahnya.
Perlu diingat juga seseorang isteri itu tidak lagi dikira nusyuz jika dia sudah bertaubat dan kembali taat kepada suaminya.
Kekeliruan Masyarakat Tentang Hak Suami Memukul Isteri
Ramai masyarakat yang keliru dengan hanya menekankan persoalan kewajipan seorang isteri untuk taat kepada suami..
… tetapi pada masa yang sama mengabaikan prinsip tanggungjawab suami untuk menjaga isteri dengan baik, serta menghindari kekerasan dalam rumah tangga.
Memang Islam memberi ruang kepada suami untuk memukul isteri, namun kebenaran memukul ini terlalu terhad kerana hanya boleh dilakukan dengan syarat berikut:
- Hanya dilakukan jika isteri itu nusyuz
- Setelah suami menggunakan cara nasihat dan pengasingan tempat tidur sebagai cara mengatasi nusyuz
- Pukulan itu adalah untuk mendidik bukan untuk melepaskan marah
- Pukulan itu tidak terlalu menyakitkan dan bukan berbentuk penderaan
- Tidak memukul bahagian muka atau tempat yang boleh mencacatkan
- Tidak melukakan atau mematahkan tulang
- Tidak boleh memukul jika percaya bahawa pukulan itu tidak akan menginsafkan isteri
Allah berfirman:
Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.
Ayat di atas menyebut tentang pukulan tidak memberikan kuasa mutlak kepada seorang suami untuk memukul.
Bahkan memukul hanya boleh dilakukan dalam konteks mendidik dan mengatasi masalah nusyuz.
Maka jika seorang suami sesuka hati memukul isteri, ia akan menjadi satu dosa dan kesalahan kerana secara umumnya Islam melarang seorang mukmin menyakiti orang lain.
Apalagi jika orang yang disakiti itu adalah seseorang yang di bawah amanahnya untuk dijaga, dilindungi dan dilayan dengan cara yang baik.
Kesimpulan
Mencari keserasian diantara suami dan isteri bukanlah perkara mudah.
Proses memahami, mengenali budi, menyerap kebaikan dan kelemahan setiap pasangan perlu dilakukan secara beransur-ansur.
Setiap pasangan pasangan perlulah sentiasa berikhtiar dan berusaha mempertahankan mahligai kasih yang telah dibina bersama.
Perkara terpenting untuk mempertahankan rumah tangga ialah hidup dalam suasana agama.
Agama mestilah menjadi teras kepada perkahwinan.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda.
Sebarang persoalan boleh dinyatakan pada ruangan komen di bawah
apakah yg perlu saya lakukan apabila isteri tawar hati dan mula mempunyai abg angkat yg sgt disygi dan x blh dilupai. bermcm ikhtiar sdh dilakukan. blhkah saya memohon dgn pejabat agama utk mengeluarkan arahan utk isteri saya wajib hadiri sesi kaunseling pejabat agama utk menginsafkannya. krn dia terlampau mengikuti nasihat abg angkatnya yg saya haramkan berhubung. saya benci kpd penceraian. saya buntu dan apa yg perlu dilakukan
Ya boleh, itulah sebaik-baiknya tuan.
Kerana jika suami sudah melarang, maka isteri harus patuh dan taat kepada arahan suami.
Saya dan Isteri dah 12 tahun kahwin dan dikurniakan 4 orang anak. Isteri saya dari awal perkahwinan memang selalu menolak untuk bersama. Jika dia hendak bersama, mesti bersebab, contohnya mahukan anak.
Mula2, saya fikirkan biasalah perempuan suka jual mahal.. tapi, dah 12 tahun dia jual mahal. mahal betul. Bukan setakat bersama, nak sentuh, nak peluk, nak cium pun di tepisnya. Kadang2 saya rasa diri saya ni jijik dimata dia ataupun saya bukan taste dia ( lelaki tinggi dan kurus dan hensem). Saya ni gemuk pendek. Tapi, segala permintaan dia saya cuba tunaikan. nak kereta besar, saya bagi. nak duduk rumah besar, saya bagi, nak duit belanja bulan2 , saya bagi. Saya dah taktau apa sebab dia tepis saya bila saya sentuh dia.
Klau ‘bersama’ pun, hanya saya yang syok sendiri, tiada tindak balas dari isteri.
kami bersama pun hanya ‘gesel2’ saja (tak taulah kiranya ini dikatakan ‘bersama’ juga?). Saya rasakan yang kehidupan saya ni dah tak normal. Tapi saya bersabar kerana fikirkan anak2.
Ya, memang ada dia terguris dengan saya. Tapi, xkan lah dibawa sepanjang berbelas2 tahun. Nak berbincang, dia dah bagi syarat tak boleh cakap pasal sex.
Dia pernah cakap izinkan saya kahwin lain (tapi ini hanya perangkap untuk gaduh).
Kami dah tak tidur sebilik. Dia tidur dengan anak2. Dah pernah cuba untuk tidur sebilik, dia rimas, benci sangat pada saya ni.
Saya dah buntu.
Saya pun tak tau adakah ini dikira Nusyuz atau tak?
Macam mana pulak kalau laki sendiri tak oenah ajar isteri dengan agama .ada duit berjudi jee
Aslm ust … Jika c stri sngja mmbuat prkara yg suaminya tk suka dsbb kn utk mnta prhatian suami.. dsbb kn suami x mngendahkn istri , suami x jwb wsp dn call.. ada kah itu dkatakn nusyuz. Kmi psngn pjj .. skrg suami x mmbri nafkah alasan sbb jatuh nyusuz…. Mmta pncerahan .. dn suami hndk mceraikn istri
Assalamualaikum Tuan…
Saya sekarang dalam mencari kepastian…
Berlaku pertengkaran antara saya dan isteri hingga berakhir dengan tindakan saya memukul isteri… Walaupun saya tidak sengaja tetapi perbuatan itu telah saya lakukan… Sama amat menyayangi isteri tetali akibat hilang sabar selepas isteri mengucapkan perkataan menyumpah kepada suami itu yg terjadi tindakan memukul… Isteri telah memanggil saya dengan perkataan BERUK dan perkataan ini yg membuatkan saya hilang pertimbangan… Akibatnya isteri telah keluar rumah tanpa izin saya… Saya tidak bertindak menghentikan perbuatan nya sbb pada masa yg sama saya terlalu menyesal dengan tindakan saya td… Isteri membawa anak2 bersama pada ketika itu… Saya mengambil masa selama seminggu utk istikomah diri dan mencari keberanian utk bersemuka.dgn keluarga isteri atas nasihat ustaz2 yg saya jumpa… Selepas saya pergi bersemuka dengan keluarga nya bagi mengakui kesilapan yg telah saya buat tanpa niat… Tetapi mungkin keadaan masa kejadian kurang berkesesuaian ditambah dengan penat balik kerja, walaupun telah ditegah 2@3 kali tetapi isteri tetap memanaskan isu sehinggalah saya meninggikan suara dan berlakulah kejadian menyumpah suami dan saya memukul isteri… Selepas bersemuka dengan keluarga isteri mengakui kesilapan saya… Meminta maaf, merayu menangis isteri tetap enggan kembali ke rumah wal hal pada malam bersemuka itu isteri mengatakan dia memaafkan saya… Saya menjadi keliru… Kalau dah maafkan kenapa tak nk balik rumah semula… Saya memang xbleh berjauhan dari anak2 jadi saya meminta izin isteri utk membawa anak2 tinggal bersama saya… Perkara ini berlarutan sehingga kini dah hampir sebulan dan isteri tetap tidak mau balik kerumah walaupun dinasihatkan tentang hukum dan dosa isteri nusyuz tetap dia dgn angkuh mengatakan tiada masalah dia tanggung… Allahuakhbar… Saya cuba utk menyelamatkan keluarga kami hinggakan saya diserang minor stroke dan meminta isteri menghantar saya ke hospital… Dia tau keadaan saya tetapi agak mengecewakan keesokkan nya dia bertindak mengikuti program hiking tanpa keizinan saya… Dan sehingga kini pun tiada rasa menayakan khabar tentang kesihatan saya… Suami yg menjaga dia semasa sakit… Semasa dia dikuarantin covid-19 sedikit pun kebaikan saya buat kepadanya tidak dipandang…. Dan seolah2 berjauhan dengan anak2 pun tiada masalah baginya… Walhal saya ni ayah yg cukup terasa sunyi bila anak2 tiada bersama… Tolong bantu utk menyelamatkan keluarga saya… Saya betul2 masih menyanyangi isteri saya…
Utk pengetahun pihak Tuan kami sudah berkahwin selama 18 tahun… Hanya saya yg bersemuka denga isteri memohon maaf… Dan dia memaafkan… Tetapi tidak sedetik pun dihati nya memohon maaf dari Saya atas perbuatan nya yg menyumpah suami…
Saya mencuba pendekatan bersemuka berbincang secara elok2 pun tidak dilayan oleh isteri… Enggan bercakap dengan suami… Melarikan diri dari menyelesaikan masalah walaupun tiada ancaman dari saya… Dan bertindak memblok talian telefon utk saya berhubung dengan nya… Dan yg saya amat kekilan ahli keluarganya mengaanggap perbuatannya menyumpah suami itu ada benda kecil sahaja… Allahuakhbar… Boleh tak Tuan tunjukkan bukti kepada saya bahawa isteri tidak bersalah bila dia menyumpah Suaminya dengan menyamakan seperti binatang yg tidak berakal…?
Bagaimana jika si isteri mmpunyai hubgan dgn lelaki lain…adkah dia layak mnerima nafkah dri suami
Ya, jika terbukti dia melakukan kesalahan itu, maka dia tidak layak lagi mendapat nafkah
Assalamualaikum. Sy sudah 10 tahun berumahtangga dengan suami. Dlm jangka masa 10 tahun ini semua perbelanjaan rumah dan anak saya tanggung sendiri. Suami saya hanya memberi nafkah wang bila ada duit. Malangnya pengorbanan sy ni dibalas dengan kecurangan suami. Dia berzina dan sekarang sudah melahirkan anak lelaki. Sy telah merancang untuk tinggal dirumah sendiri dan membeli rumah di negeri lain. Disebabkan tekanan, sy mohon pindah tanpa pengetahuan suami. Saat betul2 suami sy buat hal ingin menikahi perempuan itu walaupun tidak mampu, sy dapat pindah. Sy beritahu suami, sy dpt pindah dkt dgn rmh bru. Dia marah sbb tidak beritahu minta pindah. Sy menyatakan tujuan sy minta pindah iaitu untuk lari dr tekanan yang dia berikan. Sy dh tak ada hati dengan dia. Lalu sy benarkan dia kawin lg. Sekarang ditempat bru, dia masih lg mengugut sy bila sy minta cerai. Dia ingin bw lari anak2. Padahal sy sudah benarkan dia berkahwin. Sy sudah memohon maaf disebabkan pindah tidak minta izin. Sekarang adakah sy masih dikira nusyuz? Suami sy sememangnya gagal menyediakan makan, tempat tinggal dan pakaian kepada sy dan anak-anak. Sy risau apabila kahwin lg, dia akan memudaratkan sy dan anak2 lg.
Assalamualaikum…saya ingin tahu apa yg saya patut buat terhadap isteri saya yang menelefon paksu beliau megatakn yg saya telah memukul isteri saya sedangkn saya hanya memarahi isteri saya pada waktu pagi dan pada lewat petang paksu beliau datang untuk membawa isteri saya balik kerumah ibu bapa beliau kerana ibu bapa isteri saya yang suruh sekaran telah 3minggu keluar dri rumah dan duduk dirumah ibu bapa beliau..sekarang isteri saya memberitahu ibu bapa nya yg saya telah pukul beliau sedangkn pada hari tersebut tiada apa² yg belaku terhadap isteri saya yg megatakn dia telah dipukul…saya sekarang tidak tahu apa yg saya perlu buat dan saya telah berjumpa ibu bapa isteri saya dan ibu bapa isteri saya megatakn mereka tiada hak utk isteri saya jikalu saya hendak berbincang dgn ibu bapa isteri saya perlu ada sekali paksu mereka baru boleh berbincang…..apa yg perlu saya buat…
Assalamualaikum, bekas isteri saya sebelum cerai dia dah kluar Dari Rumah Dan mencari Rumah sewa,dia tidak mahu bersama saya,Dan tidur bersama anak2, tanggong jawap sebagai isteri selalu diabaikan,Dan dia minta cerai Tampa sebab Dan dia kluar Rumah Tampa minta izin Dari saya,Dan dia tuduh saya curi rantai emas dia,sedangkn dia salah simpan ditempat lain.selalu bermasam muka ,mkn mnum saya Dia buat Tak pedulik.saya dah pun bercerai dimakamah,,Dan dia Mula buat tuntutan ..seperti mutaah, nafkah edah nafkah anak Dan akhir skli hak sepencarian . layakkah dia mendapat semua itu? tkasih
Wassalam,
Jika mahkamah syariah putuskan isteri berhak, maka isteri layak. Sebab mahkamah syariah akan mengambil kira semua aspek termasuk bukti-bukti isteri melakukan nusyuz atau tidak.
Contoh dia sanggup tidok bersama anak2,tak layan saya sbagai suami.itu diangap apa? anak2 sebagai bukti cuma saya malas nk bergadoh ,malu dgn anak2, kluar Rumah Tampa bagi Tau saya,
Assalamualaikum.Isteri sy keluar dr rumah dan mbuat repot polis mendakwa sy mncekikny tmpa bukti.esokny dia dtg dgn kakak dan abg iparny untuk mgambil ank kami.sy seorang yg panas baran tetapi tidak pernah memukul atau jentik isteri sy,sy mlpaskn mrh pd ank2 kerana dy kuat menjawab bila dtgur.sy yg telah kehilangan berita isteri dan ank sy sama 3mggu dan sy tlh berkli2 memujuk hingga sy pergi ke rumah kakakny dan dihalau mggunakan parang oleh iparny,adkh itu boleh dikira Nusyuz.
Assalammualaikum ustaz,saya db berkhwin selama 5 tahun,hari kedua setelah nikah,isteri mengatakan dia tidak cintakan saya dan memilih keluarga dia.saya marah kepada keluarga mertua kerana tidak benarkan saya tidur dengan isteri selama dua bulan(kerana menuggu hari bersanding).demi cinta kepada isteri,saya mengikut isteri tinggal bersama keluarga mertua(seperti kendak ibuny) walaupun kami mempunyai rumah sendiri.setelah 3 tahun berkahwin,saya mengikut kluarga isteri tinggal di negeri lain,dan terpksa berjauhan dengan kluarga saya sendiri.isteri tidak suka kluarga saya sejak awal perkahwinan.dia akan memarahi saya jika kluarga call atau datang ke rumah saya.setelah 5 tahun tinggal bersama mertua,macam2 yang telah saya alami,diheridik,dihina oleh mertua,dan juga isteri sendiri.terakhir sekali saya dipukul oleh isteri(episod yang banyak kali berlaku) depan mertua kerana tidak izin dia mwmbawa anak keluar kerana pkp. Kemudian saya ajak isteri tinggal di rumah sendiri(kami ada rumah sndiri di negeri ini)namun isteri tidak mahu ikut kerana alasan yang tidak syarie.dia tetap meminta saya untuk duduk bersama dia dengan mertua walaupun saya tidak mahu.demi rindukan anak,saya ikut juga kata dia,dan dia janji akan berubah.namun,setelah dia ikut pulang ke rumah kami sndiri,dia tidak henti2 mencaci maki dan ingin bercerai,sehingga dia berjanji takan berhubungan sex lagi dengan saya,atas alasan yang tidak pasti.saya tidak.memblasa pukulan isteri kerana saya takut akan mencederaj dia.
Dah mengadu pejabat kadi? Boleh mengadu ni kes berat
Saya seorang suami yg sudah hampir 4 tahun tinggal sendirian akibat masalah kewangan yg berturut hinggalh zaman pkp. Persoalanya adakah jatuh talak jika sy tidak dpt memberikan nafkah pada isteri. Dan dlm masa yg Sam awal tahun lepas isteri lari dr rumah ke rumah ibu ya bersama anak2. Saya buntu saya kerja sekarang tidak menentu gaji ya. Dr mula dulu sy sudah cuba dn dia tahu saya mencuba. Skrg keluarganya masuk campur dn mengalahkan saya tidak berta;ggugjawab. Sy keseorangan sekarang. Dan dlm masa yg sama saya mengesyaki isteri ada buat hubungan dgn lelaki lain.sy amat menyayangi rumahtangga ini. Skrg keluarganya menyuruh sy buktikn sy berjaya baru mereka lepaskn. Sy tidak suka pergaduham dn sy tak perlu buktikn apa2. Isteri sy ibarat di telan mati mak diluah mati bapak katanya. Bagaimana dan apa perlu saya lakukan. Mohon pertolongan dari ustaz.
Assalamualaikum.. Apa jatuhkah nusyus kepada ister jika pekara ini berlaku.. Saya tengah mencari nafkah lalu isteri membuat call pada saya dengan berkata mulai hari ini jangan balik lagi ke rumah. Kami ada perselisihan dalam hubungan rumahtangga ustaz.
Ustaz saya nk tnya.. untuk orang terdekat dengan saya. Dia lari meninggalkan suami dia membawa ank dia. Ahli kerluarga dia pun sokong perbuatan dia . Tetapi dalam masa yang sama tempoh dia lari dlm 4 tahun dia terjumpa seseorg . Dan bercinta dengan seseorg tu.dan 4 tahun kemudian baru mintak fasakh.. jadi ustaz suami dia boleh menuntut tak hak anaknya.. dosa yg dia lakukan ini dia akan membawa hingga akhirnya atau sehingga dia meminta maaf pada suaminya itu.. sb dia bakal berkawin dgn kekasihnya itu..
ustaz, jika isteri menjauhkan diri dari suami kerana suami curang dan berzina…. adakah isteri itu nusyuz? untuk menjaga diri elak dari penyakit kelamin tidak bersama suami, adakah itu nusyuz?
Salam. Kami sebumbung tetapi tidak sekatil. Isteri saya tidur bersama anak di bilik yang lain. Perkara ini terus berterusan dan telah hampir 6 bulan begini. Selama tempoh itu juga, kami tidak lagi bersetubuh dan saya tidur keseorangan. Adakah dia di anggap nusyuz? Dan tidak layak menerima nafkah? Apa yang perlu saya lakukan ketika ini?
Assalamualaikum ustad…klu isteri sy kluar rumah tanpa izin,dan sy tidak halau pun kluar rumah,dia mngikut kluarga..asal nya isteri sy tidak bgtau pun,pngetahuan suami..yg mak ayah dia nk dtg..smpai ke rumah..terus mak dan ayh mentua sy ckap “kteorg nk pisah kan..”mmang klu ikut kan sy tidak bkerja..msalah ekonomi..jd isteri sy xpernah bincang hal rumah tangga..dia rela bincang dgn kwan dia..dah 2 minggu lebih xbalik..sampai hati dia tak tanya kabar tentang suami dan ank,apatah lg sy pujuk dia sampai sy merayu,walhal sbnar nya boleh di perbaiki rumah tangga,dan ubah sikap sy…BG SY,APA PENDAPAT DRI USTAD..?
Ass.alkm ustad saya istri meninghal kan rumah..pergi ke rumah saudara saya..dan membawa anak saya sekali disebabkan suami tak bagi nafkah bertahun”,memang dulu awalnya dia sakit..tapi sekarang dah sehat pun tak nak bekerja..sudah bertahun”.adakah saya istri yang nusyus..??
Assalamualaikum ustaz
Apa hukumnya seorang Isteri selalu chatting perkara2 lucah dan menghantar gambar2 lucah dlm hp dia dengan lelaki lain.
Apa tindakan yang harus saya lakukn..adakah isteri di kira nusyuz.?
bagaimana kalau seorang isteri membawa keluar bersama ank2nya slpas suaminya menghalau dia n anak2nya sambil mengatakan rumah itu dia yg mmbyar sewa..adakah d kira nusyuz juga