
Artikel ini akan menerangkan perkara yang anda perlu tahu mengenai nusyuz.
Bagaimana ia boleh terjadi.
Apakah hukumnya
Dan apakah silap faham mengenai perkara ini.
Jika anda sudah bersedia jom kita mulakan.
Apakah Pengertian Nusyuz?
Bila dan bagaimanankah seseorang isteri itu dikira sebagai nusyuz?
— Seseorang isteri dikira nusyuz apabila dia ingkar atau menderhakai suaminya.
Contohnya:
- Isteri mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain
- Membenarkan lelaki ajnabi memasuki rumah tanpa izin
- Meninggalkan rumah tanpa izin suami tanpa alasan yang munasabah
- Tidak mahu tidur bersama bila diajak oleh suami tanpa sebab yang syariie
- Tidak mahu mendengar atau mengendahkan kata-kata suami yang tidak bercanggah dengan syariat
- Tidak memenuhi tanggungjawab sebagai isteri tanpa sebab yang munasabah
Dalam Seksyen 59 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (Akta 303), perkara-perkara berikut termasuk dalam istilah nusyuz:
- Apabila isteri menjauhkan dirinya daripada suaminya
- Apabila isteri meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya.
- Apabila isteri enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut hukum syarak.
Apakah Hukum Nusyuz?
Nusyuz adalah haram dan salah satu dosa besar.
Suami perlu mengatasi masalah nusyuz ini melalui pendidikan, nasihat, pengasingan tempat tidur dan pukulan, tertakluk kepada syarat-syarat seperti yang dinyatakan di atas.
Selain itu, nusyuz juga memberi kesan kepada hukum nafkah.
Seorang suami tidak wajib untuk memberikan nafkah kepada isteri yang nusyuz.
Contohnya jika isteri itu enggan tinggal di rumah yang dipilih oleh suami tanpa alasan munasabah, maka dia hilang hak mendapat nafkah.
Demikian juga jika isteri menolak permintaan suami untuk melakukan istimta’ (bersetubuh atau berseronok-seronok).
Namun, seseorang isteri tidak lagi dianggap nusyuz jika dia bertaubat dan kembali mentaati suaminya.
Suami Juga Nusyuz Terhadap Isteri
Hukum nusyuz bukan sahaja untuk isteri, bahkan juga ada untuk suami.
Suami yang berlaku zalim seperti tidak menunaikan hak nafkah, bercakap dan bertindak kasar terhadap isteri dan tidak menunaikan hak giliran malam dikira nusyuz.
Seorang suami tidak ada hak untuk memukul isteri tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak.
Jika pukulan suami dibuat kerana isterinya nusyuz dan mengikut batas-batas syarak seperti yang dijelaskan tadi, maka isteri tidak berhak untuk lari dari rumah.
Jika isteri mempunyai masalah keserasian, masalah tersebut boleh diselesaikan melalui cara lain seperti perbincangan, penglibatan perantara atau orang tengah yang dihormati atau pihak berkuasa agama.
Isteri tidak boleh memilih jalan yang menyalahi syarak, iaitu lari dari rumah.
Jika pukulan suami itu tanpa sebab yang benar atau dilakukan dengan melampaui batas seperti berbentuk penderaan, mencederakan muka, atau suami tidak boleh mengawal emosi dan sebagainya — maka isteri berhak untuk mencari jalan yang munasabah bagi menyelamatkan diri daripada kemudaratan itu.
Jika kemudaratan itu boleh diatasi dengan cara nasihat, perundingan atau penglibatan pihak lain – maka cara begini perlu diutamakan.
Lari Dari Rumah Adalah Wajar Jika Ia Mengancam Keselamatan Isteri
Tindakan lari dari rumah hanya harus jika terdapat ancaman yang nyata terhadap keselamatan isteri.
Bahkan jika isteri yakin bahawa dia akan terus didera dan dipukul oleh suami tanpa sebab yang munasabah, maka dia mesti mencari jalan untuk mengelakkan mudarat tersebut termasuklah dengan cara mencari tempat perlindungan yang sesuai seperti di rumah ibu bapa atau kawan yang boleh dipercayai.
Bahkan isteri sepatutnya melaporkan kes penderaan ini kepada pihak berkuasa bagi menghentikannya daripada terus berlaku.
Namun begitu, pada masa yang sama isteri perlu mengambil tindakan yang wajar untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.
Perkahwinan yang memudaratkan sepatutnya tidak perlu diteruskan , melainkan jika ada jalan untuk memulihkan keadaan.
SI isteri tidak boleh meneruskan keadaan ini berpanjangan tanpa merujuk kepada pihak berkuasa bagi mengatasi kes penderaan dalam rumah tangga.
Namun demikian, tindakan lari dari rumah tidak diharuskan jika isteri hanya lari semata-mata kerana merajuk, tanpa ada ancaman yang nyata terhadap keselamatan dirinya.
Perasaan kecil hati, sedih dan kecewa tidak mengharuskan seorang isteri untuk melakukan sesuatu yang diharamkan dan membawa kepada nusyuz.
Masalah rumah tangga begini perlu diselesaikan dengan cara baik seperti perbincangan dari hati ke hati, saling menasihati menghadiri majlis ilmu atau kaunseling.
Hak Penjagaan Anak
Berhubung dengan perkaitan antara nusyuz dan hak penjagaan anak, pada dasarnya kedua-dua mempunyai sedikit perkaitan.
Secara ringkasnya, ibu lebih berhak ke atas hak penjagaan anak atau hadhanah.
Namun begitu, hak hadhanah hanya diberikan jika seseorang itu memenuhi syarat iaitu antaranya berakal, Islam, iffah dan amanah.
Oleh itu, jika seorang isteri itu seorang yang pernah nusyuz pada suaminya serta pada masa yang sama fasik dan tidak mempunyai harga diri seperti berkesedudukan dengan lelaki ajnabi – maka dia hilang hak kelayakannya.
Hal ini perlu pembuktian dan keterangan di hadapan hakim yang mengendalikan kes hadhanah.
Walau bagaimanapun, terdapat nusyuz yang tidak berkaitan dengan kelayakan hadhanah seperti dalam kes seorang isteri yang pernah keluar rumah tanpa izin suami tetapi tidak melakukan perkara menjejaskan iffah dan amanahnya.
Perlu diingat juga seseorang isteri itu tidak lagi dikira nusyuz jika dia sudah bertaubat dan kembali taat kepada suaminya.
Kekeliruan Masyarakat Tentang Hak Suami Memukul Isteri
Ramai masyarakat yang keliru dengan hanya menekankan persoalan kewajipan seorang isteri untuk taat kepada suami..
… tetapi pada masa yang sama mengabaikan prinsip tanggungjawab suami untuk menjaga isteri dengan baik, serta menghindari kekerasan dalam rumah tangga.
Memang Islam memberi ruang kepada suami untuk memukul isteri, namun kebenaran memukul ini terlalu terhad kerana hanya boleh dilakukan dengan syarat berikut:
- Hanya dilakukan jika isteri itu nusyuz
- Setelah suami menggunakan cara nasihat dan pengasingan tempat tidur sebagai cara mengatasi nusyuz
- Pukulan itu adalah untuk mendidik bukan untuk melepaskan marah
- Pukulan itu tidak terlalu menyakitkan dan bukan berbentuk penderaan
- Tidak memukul bahagian muka atau tempat yang boleh mencacatkan
- Tidak melukakan atau mematahkan tulang
- Tidak boleh memukul jika percaya bahawa pukulan itu tidak akan menginsafkan isteri
Allah berfirman:
Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.
Ayat di atas menyebut tentang pukulan tidak memberikan kuasa mutlak kepada seorang suami untuk memukul.
Bahkan memukul hanya boleh dilakukan dalam konteks mendidik dan mengatasi masalah nusyuz.
Maka jika seorang suami sesuka hati memukul isteri, ia akan menjadi satu dosa dan kesalahan kerana secara umumnya Islam melarang seorang mukmin menyakiti orang lain.
Apalagi jika orang yang disakiti itu adalah seseorang yang di bawah amanahnya untuk dijaga, dilindungi dan dilayan dengan cara yang baik.
Kesimpulan
Mencari keserasian diantara suami dan isteri bukanlah perkara mudah.
Proses memahami, mengenali budi, menyerap kebaikan dan kelemahan setiap pasangan perlu dilakukan secara beransur-ansur.
Setiap pasangan pasangan perlulah sentiasa berikhtiar dan berusaha mempertahankan mahligai kasih yang telah dibina bersama.
Perkara terpenting untuk mempertahankan rumah tangga ialah hidup dalam suasana agama.
Agama mestilah menjadi teras kepada perkahwinan.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda.
Sebarang persoalan boleh dinyatakan pada ruangan komen di bawah
Assalamualaikum Ustaz … adakah ayat2x di dalam Al-Quran yang menerangkan tentang isteri wajib taat pada suami selagi mana suami tidak ingkar pada perintah Allah dan tidak melakukan maksiat ?
Assalamualaikum ustaz APA hak isteri yg nusyuz bila penceraian belaku..?
Assalamualaikum ustaz.. istri sy kluar rmh tapa izin saya kerana geram Dan sakit hati dengan mertua saya kerana msuk campur disebabkan isteri selalu melawan cakap saya..Jd ibu mertua msuk campur Dan mengatakan melawan suami ahli neraka..disbbkan itu is melarikan diri semasa sy sdang tidur..Dan mninggal 3 org ank saya..sy dpt tahu dia lari kerumah bapanya..Dan setakat Hari ini bapanya jga membiarkan anknya dirmhnya..saya jga Ada menyatakan jija dia tidak pulang maka kami akan berpisah..adakan talak it jatuh jika dia tidak mahu pulang jga…
Assalamualaikum ustad..isteri Saya telah berlaku curang pada Saya..dia menipu Saya ingin kluar dgn kawannya Mira tetapi dia kluar dengan lelaki lain sehingga balik lewat malam..isteri Saya janji untuk balik pukol 5 tetapi pukol 9 baru dia balik…dan Saya mendaoati isteri Saya telah melakukan hubgn seksual di rumah lelaki berkenaan..isteri tidak mngaku bila Saya tnye…dan berani bersumpah atas mama Allah .tetapi apbila Saya mendapati chat whatsapp yg selama ni dia padam Saya dpt ketahui drpd icloud barula dia mangaku dan mngakui yg dia melakukan hubgn bersama nya di rumah..dan Saya mendapati kesan lovebite berada di dada..adakah isteri Saya nusyuz dan boleh kah Saya memukul nya untuk tujuan mengisafinya dan tidak mngulanginya..adakah Allah melaknat isteri Saya membuat perkara sebegini terhadap saya..Saya masih syg isteri Saya..mohon pencerahan ustad
Wassalam.
Ya itu adalah perbuatan nusyuz dan khianat terhadap suami.
Dalam Islam, mengikut hukum hudud, hukum bagi penzina yang sudah berkahwin ini adalah rejam sehingga mati.
Semestinya Allah melaknat isteri sebegini dan tidak akan dapat bau syurga selagi tidak dimaafkan suami.
Ok2 terima kasihh
Kalau begitu bolehkah Saya memulau nya..mengasingkan tempat tidur…Saya menyuruh dia tidur di bilik sebelah..adakah salah?
*nama
Swkiranya seorang isteri enggan mengikuti suaminya untuk berpindah disebabkan sentiasa berlaku perselisihan pendapat ,pergaduhan mulut WALAUPUN perkara kecil Dan menyebabkan suami mengeluarkan kata2 dan panggilan kesat terhadap isteri adakah ia dianggap nusyuz memandangkan isteri telah memberitahu suami utk berpindah ke rumah lain untuk mengeluarkan perselisihan yg sering terjadi.Memandangkan suami tiada pernah mencari jalan penyelesaiann seperti memberi Dan menunjukkan contoh yg baik pada keluarga.jarang2 menghadiri masjid atau surau utk solat jemaah, tdk pernah mengajar solat jemaah kalau ada hanya diajak oleh isteri, tidak pernah membaca al quran bersama2..kalau ada hanya membaca media sisial .Apakah itu dikira nusyuz sedangkan berpindah itu utk mengelakkn drp pertengkaran hanya dengan berpindah memandangkan suami ada dua isteri..Apa pandangan ustaz..Minta pencerahan.Bukan niat utk berpindah tetapi jalan kerana pertengkaran memberi tekanan pada isteri terutamaa utk melakukan ibadah sebab tiada ketenangan Dan ini jugak menganggu jiwa anak2 yg sedang membesar.Asalamualaikum
Wassalam,
Ya sekiranya tidak mendapat keizinan suami, maka ia adalah nusyuz.
Saya doakan puan dapat membuat kesepakatan dengan suami dalam hal ini, dan mencari jalan terbaik untuk menjaga kemashalatan puan dan anak-anak.
Assalamualaikum ustaz saya suami:apa hukum jika isteri selalu menyalahi saya dalam hal kecik dan meninggi suara sehingga jiran2 mendengari dan banyak kali saya nasihat supaya cakap sopan sikit oleh kerana itu saya sendiri malu mengadap jiran saya..dan sering di ungkit tentang nafkah sedagkn saya beli keperluan dpur dan anak2 kadang2 blnja pakai di luar..sedang kn saya dlm keadaan susah.. Dulu isteri saya sangat memahami apabila isteri saya mula bekerjaya dia akan beli barang melalui duit perniagaan saya bersama tanpa saya tahu…dan akan di claim ke atas saya..sedang kn saya yg sarat menanggung hutang..saya sering di halau Kluar dan tidur di luar atas sbb saya tidak tidak ikot arahan dia kerana saya bagi belanja berbentuk wang kepada ibu bapa saya..alasan si isteri nafkah dia pon belom ckup..dan selalu isteri meminta cerai..saya masih bersabar kerana masih syg dan apatah lg melihat anak2 jika ibu bapa berpisah..pernah terjadi saya sedang mengalami kesakitan oleh pyakit saraf saya,saya minta isteri htr ke hospital, dia berkata itu waktu tidur dia jgn di ganggu. Sedang kn sakit datang tidak kira waktu,apa yg perlu saya jelas kn lagi kepada isteri.syafakallah uztaz tq
Ceraikan aje la
Wassalam,
Ya itu jelas perbuatan yang nusyuz.
Jelaskan kepada isteri, tidak bau syurga jika seseorang isteri itu nusyuz dan tidak mendapat redha suami. Malaikat akan melaknatnya sepanjang malam.
Saya doakan tuan diberikan kesabaran untuk menghadapi dugaan ini.
Saya nak tanya pendapat…saya bermasalah dengan suami sebab saya tipu die dan balik ke rumah mak ayah sy senyap2 masa die tengah kerja…btw mmg hubungan mak ayah dan suami tak ngam sblm ni disebabkn hal yg x dapat sy kongsikn disini..jadi kantoi lepas jiran@membe die repot dekat die dan memaki hamun saya…actually almost 2 tahun dh hubungan mereka renggang dan dalam masa itu jugak saya curi2 balik jumpa mak ayah…even mak suami sendiri nk datang jumpe suami die xbagi konon sebab covid 19..bahaya…jadi mcm mana nak atasi masalah ni sebab saya sangat depressi sebab dikongkong..die pulak setiap hari lepak karoke dgn membe almost everyday..masa dgn kami anak beranak pn boleh dikira pakai jari…yg saya pikir skrg ni hanya lah penceraian disebabkn perangai suami yg sy rase x adil…
Saya tidak bercakap dengan suami selepas kes perjumpaan dengan adik beradiknya dalam isu penceraian kami.Saya sedang dalam proses untuk memohon cerai.Soalan saya jika saya keluar dari rmh hanya dengan memberi msg mengatakan tujuan dan tempat yang dituju adakah saya dikira nusyuz?Sbb dari dulu mmg susah nak balas msg & skrg nak angkat call mmg tidaklah.Apakah cara terbaik bg kami yg tidak bercakap ini untuk saya keluar dari rmh tanpa dikaitkan dengan nusyuz?
askum wbt ustaz saya nk bertanya jika seorang isteri telah di ketegorikan nusyuz dan mengizinkan lelaki menyentuh tubuhnya dan si suami mengetahui perbuatan si isteri bagaimana??
perkara nie telah di maklumkan kpd pihak polis dan pejbt agama tp alasan dr pihak berkenaan menyuruh sye menunggu sehingga lelaki tersebut masuk atau berada di dlm rumah..sekirannya sye hendak menunggu lelaki tersebut berada dlm rumah baru nk ambil tindakan seolah2 sye lg membenarkan perkara tidak baik…adakah ustaz ada cara lebih baik utk menangani masalah yg sye hadapi skrg…
Waalaikumsalam..kejadian awak sama seperti kejadian Saya..mohon pencerahan ustad..hancur kepercayaan Saya ustad
Ustaz hukuman untuk isteri nusus boleh ke dipenjarakan sekira nya isteri enggan mengikut arahan mahkamah
Assalamualaikum ustaz..sy nak tanya..suami sy cepat baran..mcm beberapa Hari sblm ni,sy btyakan tentang knapa nada Suara dia kasar bila kmi berbual ttg topik bos ajak kluar mkn pdhl dia dh terang kan Blum tntu jadi pergi..Dan sy pun fhm. Dan sy tanya dia ttg kluar dgn kwn wktu lunch,Adakah dia xnak sy ambik tau yg dia kluar dgn kwn2 wpun time Bkeja..pd tmpat sy ustaz,sy perlu tau Dan Sy x pernah pun x benarkan suami sy dok mkn dgn kwn2 sekerja.Sy perlu tau sbb sy nak pastikan suami sy kluar dgn Siapa sbb sblm ni dia pernah buat hal.tp bukan psl perempuan la…so kdg2 kalau sy tanya atas Dasar nak tau n nak ikut perubahan spt apa yg dia nak,dia akan Jd marah Dan blame sy x Percaya kan dia walhal tinggi btul kepercayaan sy pd dia smpai buat hati sy jdi sntiasa bjaga2..tp bjaga2 tu pun sy mseh jg blh lepas2 kan dia ustaz.Skrg ni sy btul2 dilemma.ibarat sy x blh ada perasaan kecewa ataupun sedih. Dia nak sy skelip mata ubah Dan Jgn Ingt apa2 dia dh buat kt sy.Sy ni manusia biasa ustaz.Ada hati Dan perasaan.Bila sy diam,dia ckp sy buat muka buruk pdhal hati kecewa dgn sikap suami cepat baran.dtanya ada org lain,ciri2 tu langsung xder ustaz.smpai dia ckp sy ni penyebab dia dayus.mgkin sbb sy dh buat dia mrh tpksa dgr ckp sy..Pdahal selama kahwin,sya xpernah ada affair Atau apa2 pun.malahan sy nak pakai tudung pun dia x benarkan.sy Jd musykil ustaz.Mcm mana sy nak bahagia kalau hati sy byk kecewa.Dan dia xnak sy ckp mcm ni sbb bg dia sy ungkit kisah silam.Sy Rindu dia penyyg mcm dlu
Ckp sy yg dia kena dgr tu adalah bgtau klau Pegi mana2 Dan hntr gmbr ..tu deal Kami berdua bila dia buat mstake bsr,supaya sy tetap trima untuk bsama dia.tp Skrg brubah pulak.Sbb sblm ni sy pernah ckp xnak dgn dia lagi sbb penat hadap mstake2 mcm x matang.x appreciate lgsg pluang sy dh bg.pendek kata x mghargai sy.tlg sy ustaz
Assalamualaikum ustaz,isteri saya lari dri rumah nk kira hri ni sda sminggu, disebabkan kmi gaduh isteri lari dan buat lapor polis yg saya memukulnya ,tp saya tak pukul cuma menolak ,lagi pun isteri saya ada ramai kawan lelaki dekat media sosial ,saya dh balik2 larang ,isteri ikut ,tp lpas tu dia buat lagi wssp chat ngn kwn2 psal gme sampai tngungjawab ank dan laki tak di fikir..nak selesai mcm mna ustaz,saya dah pujuk supaya balik tapi masi keras nak pisah ,anak dia x nak ,
Dah 3 kali saya pujuk untuk pulih kan rmhtangga ,spaya tak jadi perkara bsar nanti .
Waalaikumsalam..isteri Saya pon macm tu ramai lelaki di media sosial..bila marah baru dia dgr..lama sikit chat lagi laki lain..mohon pencerahan ustad..
Hukum isteri membawa kawan sekerja contoh hari keraian tanpa izin suami walapun rumah atas nama si isteri
Adakah suami menangung doaa si isteri sedangkan si isteri telah nusyuz kepada suami dan pernah si isteri berkata tanggunglh dosa yg telah si isteri buat.
Isteri saya selalu berhubung wasap dengan bekas suaminya dr melibatkan hati dan perasaan sehinggalah bab-bab kerja dan sebagainya… Saya beri teguran tp dia masih juga berwasap dengan bekas suaminya jugak.. Lebih daripada 4 kali saya tegur dia… Apakah isteri saya di kira nusyuz dan adakah perlu utk saya memberi nafkah sepanjang dia dlm eddah???
Wassalam,
Ya kalau dikira dari cerita tuan, jatuh nusyuz isteri.
Haram berhubung dengan lelaki lain jika tidak dibenarkan oleh suami.
Dari segi nafkah pula, tuan berhak untuk tidak memberi nafkah jika dia masih berterusan membuat perkara tersebut.
Kalau isteri telah buat hați ibu kandung suami nya terluka. Dan ibu kndung suami nya jatuh sakit. Kerana isteri hlg hjt ibu kndung suami nya. Dan berlaku pergaduhan antara suami isteři. Dan isteri mintà cerai… dn suami pong cerai isteri itu kerana isteri minta đi cerai. Adakah isteri dikira nusyuk
Seseorang isteri dikira nusyuz apabila dia ingkar atau menderhakai suaminya.
Maksudnya, jika isteri tetap buat apa yang dilarang oleh suami, contohnya tetap menyakiti hati mertua walaupun telah dilarang suami, maka isteri tersebut dikira sebagai nusyuz,
Apakah hukum suami masih bersama sebumbung dengan isteri yang telah bertindak memfailkan isteri nusyuz ke mahkamah…. Sedangkan dalam masa yang sama isteri pula melantik wakil atau peguam untuk membela diri dari tuduhan nusyuz yang dibuat oleh suami……. Kerana isteri meyakini dirinya tidak nusyuz kerana selama berkahwin isteri yang mencari nafkah sedang suami mengabaikan tanggungjawabnya….. Isteri melaksanakan segala tanggungjawabnya….. Namun suami rasa tercabar lalu menuduh isteri nusyuz dengan tuduhan yang tak berasas……
Hukumnya sah tinggal dengan isteri selagi belum terlafaz talak.
Malah, jika sudah terlafaz talak sekalipun, masih boleh tinggal dengan isteri dalam tempoh iddah.
Jika suami mengabaikan tanggungjawab, maka isteri memang berhak untuk menuntut penceraian kerana itu dibenarkan dalam syara’
Kisah shahrin 2bulan lalu.. same terjadi ye pd sy.. mohon bantu untk mslh kami ni.
Assalamualaikum ustaz, sy baru berkahwin 1 bulan, kami sering bergaduh tentang adik beradik.. arwah ayah saya baru meninggal 2 minggu yg lalu.. kami tiga org adik beradik lelaki, dan 8 perempuan.. abg sy bila dia balik ke rmh mak dia slalu ajak sy keluar pergi mancing atau buat aktiviti dan sbgainya.. Dia abg yg sering bantu sy dlm apa jua masalah, dia pengganti arwah ayah sy sbgai ketua keluarga.. tp bila sy nak keluar isteri akan mrh mrajuk dan sbgainya seolah2 dia x bole trima bila sy keluar dgn abg sy.. kami bertiga mmg rapat dari kecil hingga lah kebesar.. abg sy keluar brsama sy apabila dia cuti saja.. dia cuti x menentu sbb dia pegawai polis bkn cuti mcm biasa2.. kdg cuti kdg keja.. tp bila dia cuti ajak sy keluar isteri akan mrh dan ckp sy ni x hirau perasaan dia dan sbgainya.. jika sy tak keluar abg sy pulak akan trasa dgn sy.. sy ambil kputusan tetap keluar brsama abg2.. bila sy balik rmh isteri mngis dan mrh2, bila peluk di tolak semuanya dikatakan tidak lah.. sy keluar dgn abg hanya pergi memancing sbb itu hobi sy dgn abg2.. sy bkn kaki prempuan, bkn suka buat benda2 yg x berfaedah.. jika ada rezeki sy juga bawa balik ikan yg dipancing ke rmh.. sy xnak buang adik bradik sy, sbb abg sy slalu ada bila sy susah dia banyk bantu sy, even dah kawen skali pon dia bantu sy.. tp sy x tahu kenapa isteri x reti menghargai seseorg yg membantu kita.. sy harap ustaz bg penjelasan tnya ni..
Wassalam,
Begitulah perempuan, pelbagai karenahnya.
Saya nasihatkan tuan untuk bersabar, mungkin isteri masih dalam proses untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru dalam keluarga baru. Memang dalam 5 tahun pertama, sesebuah rumahtangga akan menghadapi pelbagai ujian.
Bersabarlah dalam memujuknya.
InsyaaAllah semuanya boleh diselesaikan.
assalamualaikum.sy nak tanya.suami dah lama pendam dgn sikap isteri yg kurng ajar.x hormat dan slalu burukkan dan buka aib suami.tiba2 dapat tahu isteri mash lg berhubung dgn laki yg penah keje buat rumah dan tipu duit mereka.(lari umah x siap.)walaupun sudah berkali ditegur.terjadi pergaduhan pula bila suami dpt tahu kandungan mesej dan wasap mereka.istri tlah lari bAwa anak2 dan mohon cerai.tetapi suami x mahu dan masih sygkan isteri dan x blh trima khlangan anak2.isteri pula ttp mahu cerai dan dakwa suami isap dadah dan menderA isteri.isteri pula xnak bincg dan tidak benar suami jmp anak2.ape yg suami blh buat utk slamatkan kluaga dan anak2.
Wassalam,
Dalam kes ini, apa yang terbaik adalah membuat aduan di jabatan agama dan mahkamah.
Jika pihak suami benar dan isteri masih berkeras, maka isteri telah jatuh nusyuz kerana keluar dari rumah tanpa izin suami.