Bila Seorang Isteri Itu Dianggap Nusyuz?

isteri nusyuz

Artikel ini akan menerangkan perkara yang anda perlu tahu mengenai nusyuz.

Bagaimana ia boleh terjadi.

Apakah hukumnya

Dan apakah silap faham mengenai perkara ini.

Jika anda sudah bersedia jom kita mulakan.

 

Apakah Pengertian Nusyuz?

Bila dan bagaimanankah seseorang isteri itu dikira sebagai nusyuz?

— Seseorang isteri dikira nusyuz apabila dia ingkar atau menderhakai suaminya.

Contohnya:

  • Isteri mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain
  • Membenarkan lelaki ajnabi memasuki rumah tanpa izin
  • Meninggalkan rumah tanpa izin suami tanpa alasan yang munasabah
  • Tidak mahu tidur bersama bila diajak oleh suami tanpa sebab yang syariie
  • Tidak mahu mendengar atau mengendahkan kata-kata suami yang tidak bercanggah dengan syariat
  • Tidak memenuhi tanggungjawab sebagai isteri tanpa sebab yang munasabah

Dalam Seksyen 59 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (Akta 303), perkara-perkara berikut termasuk dalam istilah nusyuz:

  1. Apabila isteri menjauhkan dirinya daripada suaminya
  2. Apabila isteri meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya.
  3. Apabila isteri enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut hukum syarak.

 

Apakah Hukum Nusyuz?

Nusyuz adalah haram dan salah satu dosa besar.

Suami perlu mengatasi masalah nusyuz ini melalui pendidikan, nasihat, pengasingan tempat tidur dan pukulan, tertakluk kepada syarat-syarat seperti yang dinyatakan di atas.

Selain itu, nusyuz juga memberi kesan kepada hukum nafkah.

Seorang suami tidak wajib untuk memberikan nafkah kepada isteri yang nusyuz.

Contohnya jika isteri itu enggan tinggal di rumah yang dipilih oleh suami tanpa alasan munasabah, maka dia hilang hak mendapat nafkah.

Demikian juga jika isteri menolak permintaan suami untuk melakukan istimta’ (bersetubuh atau berseronok-seronok).

Namun, seseorang isteri tidak lagi dianggap nusyuz jika dia bertaubat dan kembali mentaati suaminya.

 

Suami Juga Nusyuz Terhadap Isteri

Hukum nusyuz bukan sahaja untuk isteri, bahkan juga ada untuk suami.

Suami yang berlaku zalim seperti tidak menunaikan hak nafkah, bercakap dan bertindak kasar terhadap isteri dan tidak menunaikan hak giliran malam dikira nusyuz.

Seorang suami tidak ada hak untuk memukul isteri tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak.

Jika pukulan suami dibuat kerana isterinya nusyuz dan mengikut batas-batas syarak seperti yang dijelaskan tadi, maka isteri tidak berhak untuk lari dari rumah.

Jika isteri mempunyai masalah keserasian, masalah tersebut boleh diselesaikan melalui cara lain seperti perbincangan, penglibatan perantara atau orang tengah yang dihormati atau pihak berkuasa agama.

Isteri tidak boleh memilih jalan yang menyalahi syarak, iaitu lari dari rumah.

Jika pukulan suami itu tanpa sebab yang benar atau dilakukan dengan melampaui batas seperti berbentuk penderaan, mencederakan muka, atau suami tidak boleh mengawal emosi dan sebagainya — maka isteri berhak untuk mencari jalan yang munasabah bagi menyelamatkan diri daripada kemudaratan itu.

Jika kemudaratan itu boleh diatasi dengan cara nasihat, perundingan atau penglibatan pihak lain – maka cara begini perlu diutamakan.

 

Lari Dari Rumah Adalah Wajar Jika Ia Mengancam Keselamatan Isteri

Tindakan lari dari rumah hanya harus jika terdapat ancaman yang nyata terhadap keselamatan isteri.

Bahkan jika isteri yakin bahawa dia akan terus didera dan dipukul oleh suami tanpa sebab yang munasabah, maka dia mesti mencari jalan untuk mengelakkan mudarat tersebut termasuklah dengan cara mencari tempat perlindungan yang sesuai seperti di rumah ibu bapa atau kawan yang boleh dipercayai.

Bahkan isteri sepatutnya melaporkan kes penderaan ini kepada pihak berkuasa bagi menghentikannya daripada terus berlaku.

Namun begitu, pada masa yang sama isteri perlu mengambil tindakan yang wajar untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.

Perkahwinan yang memudaratkan sepatutnya  tidak perlu diteruskan , melainkan jika ada jalan untuk memulihkan keadaan.

SI isteri tidak boleh meneruskan keadaan ini berpanjangan tanpa merujuk kepada pihak berkuasa bagi mengatasi kes penderaan dalam rumah tangga.

Namun demikian, tindakan lari dari rumah tidak diharuskan jika isteri hanya lari semata-mata kerana merajuk, tanpa ada ancaman yang nyata terhadap keselamatan dirinya.

Perasaan kecil hati, sedih dan kecewa tidak mengharuskan seorang isteri untuk melakukan sesuatu yang diharamkan dan membawa kepada nusyuz.

Masalah rumah tangga begini perlu diselesaikan dengan cara baik seperti perbincangan dari hati ke hati, saling menasihati menghadiri majlis ilmu atau kaunseling.

 

Hak Penjagaan Anak

Berhubung dengan perkaitan antara nusyuz dan hak penjagaan anak, pada dasarnya kedua-dua mempunyai sedikit perkaitan.

Secara ringkasnya, ibu lebih berhak ke atas hak penjagaan anak atau hadhanah.

Namun begitu, hak hadhanah hanya diberikan jika seseorang itu memenuhi syarat iaitu antaranya berakal, Islam, iffah dan amanah.

Oleh itu, jika seorang isteri itu seorang yang pernah nusyuz pada suaminya serta pada masa yang sama fasik dan tidak mempunyai harga diri seperti berkesedudukan dengan lelaki ajnabi – maka dia hilang hak kelayakannya.

Hal ini perlu pembuktian dan keterangan di hadapan hakim yang mengendalikan kes hadhanah.

Walau bagaimanapun, terdapat nusyuz yang tidak berkaitan dengan kelayakan hadhanah seperti dalam kes seorang isteri yang pernah keluar rumah tanpa izin suami tetapi tidak melakukan perkara menjejaskan iffah dan amanahnya.

Perlu diingat juga seseorang isteri itu tidak lagi dikira nusyuz jika dia sudah bertaubat dan kembali taat kepada suaminya.

 

Kekeliruan Masyarakat Tentang Hak Suami Memukul Isteri

Ramai masyarakat yang keliru dengan hanya menekankan persoalan kewajipan seorang isteri untuk taat kepada suami..

… tetapi pada masa yang sama mengabaikan prinsip tanggungjawab suami untuk menjaga isteri dengan baik, serta menghindari kekerasan dalam rumah tangga.

Memang Islam memberi ruang kepada suami untuk memukul isteri, namun kebenaran memukul ini terlalu terhad kerana hanya boleh dilakukan dengan syarat berikut:

  1. Hanya dilakukan jika isteri itu nusyuz
  2. Setelah suami menggunakan cara nasihat dan pengasingan tempat tidur sebagai cara mengatasi nusyuz
  3. Pukulan itu adalah untuk mendidik bukan untuk melepaskan marah
  4. Pukulan itu tidak terlalu menyakitkan dan bukan berbentuk penderaan
  5. Tidak memukul bahagian muka atau tempat yang boleh mencacatkan
  6. Tidak melukakan atau mematahkan tulang
  7. Tidak boleh memukul jika percaya bahawa pukulan itu tidak akan menginsafkan isteri

Allah berfirman:

Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

Surah an-Nisaa ayat 34

Ayat di atas menyebut tentang pukulan tidak memberikan kuasa mutlak kepada seorang suami untuk memukul.

Bahkan memukul hanya boleh dilakukan dalam konteks mendidik dan mengatasi masalah nusyuz.

Maka jika seorang suami sesuka hati memukul isteri, ia akan menjadi satu dosa dan kesalahan kerana secara umumnya Islam melarang seorang mukmin menyakiti orang lain.

Apalagi jika orang yang disakiti itu adalah seseorang yang di bawah amanahnya untuk dijaga, dilindungi dan dilayan dengan cara yang baik.

 

Kesimpulan

Mencari keserasian diantara suami dan isteri bukanlah perkara mudah.

Proses memahami, mengenali budi, menyerap kebaikan dan kelemahan setiap pasangan perlu dilakukan secara beransur-ansur.

Setiap pasangan pasangan perlulah sentiasa berikhtiar dan berusaha mempertahankan mahligai kasih yang telah dibina bersama.

Perkara terpenting untuk mempertahankan rumah tangga ialah hidup dalam suasana agama.

Agama mestilah menjadi teras kepada perkahwinan.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda.


Sebarang persoalan boleh dinyatakan pada ruangan komen di bawah

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

208 thoughts on “Bila Seorang Isteri Itu Dianggap Nusyuz?”

  1. Saya nak tanya apa hukum nya bila seorang suami yang ada lebih dari seorang isteri bila melakukan hubungan kelamin dgn isteri pertama menyuruh isteri kedua menyertai sama dgn mencium mulut dan hisap tetek isteri pertama dan byk adengan lain sambil dia menunggang isteri pertama…

    Reply
    • Hukumnya haram.

      Tidak boleh melakukan kelamin sekaligus bersama isteri-isteri.

      Wanita-wanita yang bermadu tiada hubungan apa-apa yang boleh menghalalkan aurat dilihat antara satu sama lain.

      Tambahan lagi, perbuatan ini membawa kepada dosa musahaqah, seperti yang dilakukan oleh golongan lesbian pada zaman ini.

      Reply
  2. Assalamualaikum. Saya seorang isteri dan anak 2 orang masih kecil yg tinggal drumah mertua suami saya. Sudah hampir 3 bulan saya tak balik tidur drumah org tua saya, saya rindu amat dgn org tua saya. tetapi klu saya ajak bawa balik kerumah org tua saya, suami saya tak ada comment. apatah lagi mak mertua saya, dia lagi susah dan marah kalau saya nak balik. saya pernah balik kerumah org tua saya tapi segala perckpan mak mertua saya buat saya tak sedap hati, buat saya makan hati. Selama 3 tahun kahwin, saya tak pernah rasa senang hati nak balik kerana mak mertua saya ni lain, overprotective, ada limit, membebel. Perangai dan tanggung jawab suami saya ni sejenis yg kalah sama mak dia sendiri. Klu saya nak balik, kkdg mak mertua tak suruh kerna nak sama cucu. bila dia suruh, dia tu marah2, dia kata “tak faham2. Klu nak balik, jgn lama2”. Ya Allah Ya Tuhan Ku, aku lebih sama tinggal sini bersama mertuaku setelah kahwin sampai ada anak, tapi kalau dkira dlm setahun, hanya 5-10 kali saja balik. Tempat tak jauh sangat, hanya 1 jam boleh sampai. Saya merasa sangat sedih, sakit kerinduan, stress dgn mertua yg selalu membebel, selalu sangat susah nak balik kerumah org tua saya. saya rasa tidak adil dgn suami saya. Tolonglah saya, apakah patut yg saya Jalani. Apakah jln terbaik. Saya banyak nak bcerita tapi saya letih lah, letih nak mengungkapkan. saya banyak pendam rasa, sakit diri sendiri.

    Reply
    • Wassalam,

      Bersabarlah puan, begitulah karenah bila tinggal bersama mertua.

      Sudah banyak kes penceraian yang melibatkan campur tangan mertua dalam rumahtangga.

      Apa yang saya nasihatkan adalah, puan dan suami carilah rumah sendiri dan tinggal di rumah sendiri.

      Sebab antara kewajipan suami adalah menyediakan tempat tinggal untuk isteri agar selesa.

      Itu adalah jalan yang terbaik untuk mengelakkan konflik yang akan datang.

      Reply
      • Sama kes dgn saya..cume mslh bukan mak mertua..suami sendiri yg xbg balik..disebabkn hubungan renggangnya dgn parent saya..padahal rumah xsmpi 5 minit pn..rase nak minx cerai…sy lebih rela diceraikan

        Reply
  3. Assalamualaikum ustaz. Sy sorg isteri, tidak tahan melihat suami yg asyik dgn hp 24 jam. Suami Sy Mmg baik tp Komunikasi dgn anak2 dan kasih syg sorg ayah tu tidak d rasakan oleh anak2 Sy. Perasaan Sy dia xnak jaga, xnak ambil peduli, asyik dgn hp je, Semua kerja rumah, urus anak2 semua Sy yg urus. Mn t.Jawab dia, Sy sedih betul dgn sifat suami sedemikin. Merasakan ingan lari dr rumah tp x berdaya. Apa harus Sy buat? tlg Sy ustaz.

    Reply
    • Wassalam,

      Ya memang agak complicated masalah puan. Tapi nasihat saya, apa-apa sahaja masalah dalam rumah tangga, puan kena berterus terang.

      Sudah tentu berterus terang dengan cara baik dan sopan.

      Jelaskan perasaan puan dan apa yang puan harapkand daripada suami.

      Suami yang bijak akan mengambil berat setiap luahan isteri dan memperbaiki apa yang sepatutnya.

      Reply
  4. Assalammualaikum…sy terlibat dlm gejala dadah..isteri xnk duduk bersama sama..sering mnta agar di ceraikn…dn sekarang tidak duduk bersama lg..jika sy mmbrsihkn diri dri dadah,apakah sy boleh brsama keluarga sy semula??dn jika sy telah mmbrsihkan diri dari dadah dn isteri msih lg berdegil tidak mau tgl brsama…apakah yg harus di lakukn??

    Reply
    • Wassalam,

      Dalam hal ini, tuan kena buktikan dahulu bahawa tuan boleh bertanggungjawab dan memberi komitmen kepada keluarga.

      InsyaaAllah, jika tuan benar-benar serius, pasti rumahtangga tuan dapat diselamatkan.

      Reply
  5. Asalamualaikum ustaz. Saya suda BERKAHWIN 4 tahun saya dengan isteri ada pwrselesihan baru2. Sehinggahla kan isteri saya merajuk pulang ke rumah atoknya. Saya memujuk nya Dan meminta maaf kepada ya tengan kesalahan saya. Tetapi isteri saya berkata saya da tawar hati dengan awak(suami) selepas tu hampir sebulan isteri saya merajuk.saya mengajak isteri melakukan hubungan intim tetapi isteri menolak ajakan saya tersebut dengan alasan isteri saya da tawar hati dengan saya. Tetapi saya masih tinggal 1 bumbung dengan isteri saya lagi cuma buat masa skg isteri saya menganggap saya sebagai kawan.bantu la saya ustaz saya sayang keluarga saya ustaz.berpisah dengan isteri saya ustaz

    Reply
    • Wassalam,

      Ambil masa dan bersabar ya. Memang tidak mudah untuk memujuk perasaan seseorang yang sudah tercalar.

      Banyakkan berdoa agar isteri dilembutkan hati.

      Reply
  6. Sy Seorang suami kepada isteri apakah perlu saya lakukan kepada isteri yang tawar hati kepada suami lalu suami me ajak isteri berhubungan intim tetapi isteri menolak dengan alasan buat masa sekarang saya tidak boleh MENERIMA awaka sebagai suami .bantula saya

    Reply
    • Wassalam,

      Sebenarnya, secara hukum isteri berdosa jika menolak suami tanpa sebab yg syarie. Isteri dikira nusyuz jika berterusan sebegitu.

      Tetapi sebagai toleransi, tuan cubalah berbincang secara baik dan tanya dari hati ke hati.

      Reply
  7. Salam Ustaz, apakah yang patut saya buat dalam hal tersebut:

    Saya baru je kawin 4 bulan. Dalam bulan kedua isteri sudah tak suka disentuh, tidur berdekatan, berpimpin tangan dan tak suka layan saya walaupun saya selalu berlembut dgn dia dan setiap kali saya nasihat untuk “ikut apa digalakkan dalam Islam” atau “elak buat gini nanti derhaka/nusyuz” dia akan makin marah dan melawan. Dia anggap yang saye ni suke pakse die ikut kehendak saye sendiri.

    Bulan lepas bila kite bergaduh waktu malam saye hilang sabar saye dan terjerit sekuat hati saye kerana stress sgt die berkata2 kesat kepade saye kerana saye luahkan kesedihan saye kerana diabaikan, sampai mak dan kakak saye tgl serumah terbangun tidur. Sampai ke esok pagi saye cube mendamaikan balik but saye terhilang sabar lagi dan menengking2 die kerane degil sangat dan asyik nak melawan.

    Dia terus tawar hati dan larikan diri ke rumah mak bapa dia sudah masul sebulan dan nekad untuk saye lepaskan die kerana die sudah tiada lagi rase cinta terhadap saye.

    Saye tgh bersungguh2 nak damaikan kite balik semula tetapi dia nekad hendak diceraikan. Apakah nasihat ustaz dalam hal ini?

    Reply
    • Wassalam,

      Saya nasihatkan agar bersabar.

      Cubalah berbincang dengan baik terlebih dahulu untuk menyelamatkan rumah tangga. Tanyakan apa yang dia tidak puas hati dan apa yang dia mahukan.

      Jika memerlukan khidmat kaunseling, tuan boleh rujukkan pada pihak jabatan agama berkaitan masalah ini.

      Jika isteri masih berterusan melakukan nusyuz kepada tuan, pada pandangan saya ada baiknya dilepaskan.

      Kerana rumah tangga yang harmoni memerlukan komitmen dari kedua pihak.

      Reply
  8. Assalamualaikun ustaz,apakah hukum jikalai isteri menceritakan aib suami kepada kawan rapat perempuan,dan pernah memberitahu yang isteri tidak bernafsu untuk melayan suami dan selalu menolak ajakan suami.adakah isteri dikira nusyuz dan patot suami menceraikan isteri daripada menjadi suami dayus jika masih bersama.

    Reply
    • Wassalam,

      Hukumnya isteri berdosa besar dan perlu memohon ampun dari suami.

      Suami pula dalam hal ini, tidak dianggap dayus kerana bukan kesalahannya.

      Dayus ini terjadi apabila suami tidak melarang isteri melakukan dosa.

      Contohnya dalam hal ini, suami tidak melarang dan membiarkan isteri berterusan menceritakan keaiban rumahtangga kepada orang lain. Itu barulah dayus.

      Reply
      • Saya ada melarang isteri daripada menceritakan hal rumah tangga kepada kawannya.selepas itu apabila sy memeriksa wasap isteri secara senyap,ternyata isteri masih bercerita kepada kawannya dan masih memburukkan suami.apa yg patot sy lakukan?

        Reply
        • Jika isteri masih berterusan melakukan nusyuz, tuan berhak untuk mengasingkan tempat tidur dan menyekat duit nafkah.

          Reply
  9. Sy kawin telah 10 thn,sy prnah tk di sntuh dlm 1 thun bila sy telah lahir ank 1,lg sy Stat pndah rumah fmly 1 thun sblm sy ngandung.sme jgak lahir ank ke 2 hmpir 1 thun sy tak disntuh suami,sy bingung.sy tak prnah cite ape pon msalah rumah tangga sy pada fmly,lahir ank 3 pon serupa dlm 1 thun bleh kire pakai tangan.kire sy ni dh biase tak tido Ngan suami,krna suami sndr jauhkn dr sy ble sy tnye..dy ckp tak de ape.boleh ke laki menhan nafsu berthun tahun tnpa sebb.sy mula mncari ape punca.kdang sy ade jmpe botol ubat batok dan ade 1 pil tapi tak tahu ape,sy ade tanye Pd suami knp minum ubat batok,tapi Kate nye takde ape.batok je..bukan sekali sy jump ubat batok yg do sorok dlm kasut,dlm bilik,dlm kereta.sy diam.fikir baik lg.tapi..rumah tangga sy bergolak pad tahun 2018.bila sy Stat ditipu oleh scammer. ..sblm tu mmg sy ade buat pnjamn bank.untuk mmbEli barang psekolahn ank 1 msuk tadika.sy ckp pdnye ank nak skolah tp tide Kate putus atau useha yg sy lihat..nak dependkn sy terjebak pinjam along.keran lansaikan hutang PD kwn stelah sy ditipu scammer.stat Dr itu.sy down..hnya ada kwn di tmpt kerja yg tahu masalah kwangan dan sudi tlg sy..tp dslah erti olh suami mngtakan sy ade hbungn sulit dgn kwn trsebut.ble sy ckp pd nye soal masalh sy dy hnya ckp sy yg buat htang sdiri. ..sy Sgt kcewa dgn sikap acuh tak acuh dlm tnggjwbnye..sy yg bnyk fikir Dr dy..smpi dy call tmpt kje sy tnye sy kje ke tak..malu sy PD kwn yg jwb fon tu.ble sy gduh dlm msj dy hnye fowod Pd abg dh jd slh fhm.

    Reply
  10. apakah hukum bila ada masalah dlm rumahtangga isteri terus mengadu pada keluarganya seolah olah si suami yg bersalah dlm maslah tersebut?
    apakah patut keluarga sebelah isteri masuk campur dalam masalah tersebut?
    apakah hukum isteri yg tidak mau melaksanakn tanggungjawabnya terhadap suami?

    Reply
  11. Suami saya mengatakan saya nusyuz hanya kerana saya tidak bersetuju dgn cadangannya utk berkahwin lain. Saya tidak bersetuju kerana selama ini pun dia tidak mampu memberi nafkah kepada saya dan anak² dan nafkah yg sepatutnya milik saya itu dia belikan pelbagai barang kepada orang ketiga. Jadi nusyuz kah saya? Saya rasa sekarang dalam Islam tiada keadilan langsung untuk isteri yang dicurangi dan ditindas. Sekiranya mengadu ke pejabat kadi pun jika tiada bukti, tiada sebarang kes akan dibuka. Paling² bila isteri memohon cerai, pegawai pejabat agama hanya menasihatkan isteri untuk menyatakan tidak ada persefahaman sahaja sebagai punca untuk memohon cerai dan bukannya suami curang dsbnya. Mana nak cari bukti pun kalau selama ni mmg tak pernah bagi nafkah..dahlah tak bagi nafkah, ada hati nak poligami pulak. Tak adil langsung. Dan selalunya suami² yang begini tidak akan kena sebarang balasan pun, masih seronok berfoya² dgn orang ketiga.

    Reply
  12. Bagaimana sekiranya suami tiba2 mengungkit perkara yg dah lama berkaku dan menjadikan ia satu isu tanpa perbincangan & mencari solusi dgn menjalinkan hubungan di luar tanpa mengawal pandangan mata & hati yg dia mempunyai isteri & anak2 secara diam sudah jatuh hati serta drp situ mula belajar menipu isteri dgn memberi alasan biz.

    Sehinggakan perbuatan tersebut berterusan dan dapat dihidu oleh isteri menyebabkan hubungan suami isteri tidak mengikut hukum agama yang syariatkan akibat orang ketiga.

    Reply
  13. Assalamualaikm
    Apakah hukumnya apabila suami sudah seminggu lebih tidur berasingan dengan si isteri kerana berlaku perselisihan faham yg menyebabkan maruah suami tercemar secara tidak sengaja.Wlwpun si istri sudah meminta maaf berkali kali tetapi suami masih berkeras tidak mahu memaafkan isteri dan mengasingkn tempat tidur bersama isteri.
    Tina Setapak

    Reply
  14. Salam, Ustaz
    Sy dah 5 tahun kawen tp x pnh di bawa ke rumah mentua wlpun Dah Ade anak seorang. Sy Bru tahu Suami merahsiakan no Fon lain Dari sy tp ttp tidak mengaku wlaupun sudah kantoi. Jd sy terlalu marah lalu memukul Suami. Apa pandangan Ustaz? Sy buntu..tq

    Reply
  15. Apa hukumnya jika selalu menyalahkan isteri sering mengungkit hanya kerana peristiwa sebelum ini dan tidak ada jalan pendamaian dalam rumahtangga??…

    Reply
  16. Saya ade masalah sya berkawin dengan isteri sya selama 6 tahun tak penah hidup berkeluarga macam orang laen …isteri sya tak nak tinggal bersama dengan sya …isteri sya nak tinggal bersama dengan ibubapak die…klau sya tegur isteri sya ibubapak metua sya selalu masuk campur urusan rumah tgga sya….sya nk tanya ustaz isteri sya skrg nie tinggal bersama dgan ibubapak die …perlu ke sya kena bgi nafkah dekat isteri sya …sedangkan dalam rumah ibu metua sya ade 5 kluarga yang tggl dlam rumah ibu metua sya….

    Reply
  17. assalammualaikum ustaz…
    apa hukum seorang anak tiri menghalau bapa tirinya dari rumah.
    kerana sikapnya yang tidak semengah…

    dan itu rumah pusaka arwah ayah saye

    Reply
    • Assalamualaikum apa kah tindakan si istri membiarkan anaknya menghina bapa tiri dan tidak bertegur sapa selam 7th malah bersekongkol dengan anaknya menuduh suami nya berniat jahat kepada sehinga anak nya menugut bunuh dengan pisau kepada bapa tiri nya pun disokong oleh siistri apakah hukum dan tindaka yg boleh dilakukan

      Reply
  18. Salam.. Minta pencerahan, ibu bergaduh dgn ayah & ayah hina & halau ibu. Saya terpaksa bawa ibu keluar dari rumah sbb ayah ckp, “baik bwk ibu kau keluar dari rumah ni seblm benda lain pula akan jadi”. Adakah ibu dikira nusyuz?

    Reply
  19. Assalammualaikum.. saya ingin bertanya
    Saya mempunyai bapa tiri, yang tinggal sebunbung rumah arwah ayah saya.

    Pada suatu hari bapa tiri saya berhutang dengan ahlong dan ahlong sering datang rumah meminta wang yang telah ia pinjam malah berlipat kali ganda lagi. Wang kami adik beradik sering dipinjam untuk membayar segala hutangnya termasuklah perkeso arwah ayah saya.

    Namum setelah hutangya tidak dapat dibayar bapa tiri saya telah buat laporan polis mengenai hutang ahlong itu, kes selesai.
    Setelah itu pula bapa tiri saya pinjam lagi dari sikh pula, menipu orang buat rumah orang tidak siap, dan nak sandar gran rumah arwah ayah kami lagi.
    Dalam kesempitan itu dia telah memukul ibu sya sampai berdarah mukanya.

    Setelah itu saya pun menghalau bapa tiri sya dari rumah itu. Dan saya taknak dia ada dirumah arwah ayah saya.

    Kisah ini ibu saya dan bapa tiri saya tidak serumah disebabkan saya.
    Bukan saya melarang perhubungan meraka, saya ingin bapa tiri saya berusaha sendiri carikan ibu saya rumah perlindungan sendiri tetapi kelakuan bapa tiri saya masih tidak pernah berubah.

    Minta pandangan

    Reply
    • Pada pandangan saya, apa yang saudara lakukan itu (melindungi harta arwah bapa) adalah harus memandangkan itu adalah harta saudara, bukan harta ibu atau bapa tiri tersebut.

      Jika dia menggunakan harta dari arwah tanpa kebenaran saudara, itu namanya memakan harta anak yatim.

      Dan harus juga menyelamatkan ibu saudara dari kelakuan tidak bertanggungjawab seperti dipukul hingga mencederakan. Islam tidak pernah membenarkan isteri dipukul hingga cedera.

      Reply

Leave a Comment