Bila Seorang Isteri Itu Dianggap Nusyuz?

isteri nusyuz

Artikel ini akan menerangkan perkara yang anda perlu tahu mengenai nusyuz.

Bagaimana ia boleh terjadi.

Apakah hukumnya

Dan apakah silap faham mengenai perkara ini.

Jika anda sudah bersedia jom kita mulakan.

 

Apakah Pengertian Nusyuz?

Bila dan bagaimanankah seseorang isteri itu dikira sebagai nusyuz?

— Seseorang isteri dikira nusyuz apabila dia ingkar atau menderhakai suaminya.

Contohnya:

  • Isteri mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain
  • Membenarkan lelaki ajnabi memasuki rumah tanpa izin
  • Meninggalkan rumah tanpa izin suami tanpa alasan yang munasabah
  • Tidak mahu tidur bersama bila diajak oleh suami tanpa sebab yang syariie
  • Tidak mahu mendengar atau mengendahkan kata-kata suami yang tidak bercanggah dengan syariat
  • Tidak memenuhi tanggungjawab sebagai isteri tanpa sebab yang munasabah

Dalam Seksyen 59 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (Akta 303), perkara-perkara berikut termasuk dalam istilah nusyuz:

  1. Apabila isteri menjauhkan dirinya daripada suaminya
  2. Apabila isteri meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya.
  3. Apabila isteri enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut hukum syarak.

 

Apakah Hukum Nusyuz?

Nusyuz adalah haram dan salah satu dosa besar.

Suami perlu mengatasi masalah nusyuz ini melalui pendidikan, nasihat, pengasingan tempat tidur dan pukulan, tertakluk kepada syarat-syarat seperti yang dinyatakan di atas.

Selain itu, nusyuz juga memberi kesan kepada hukum nafkah.

Seorang suami tidak wajib untuk memberikan nafkah kepada isteri yang nusyuz.

Contohnya jika isteri itu enggan tinggal di rumah yang dipilih oleh suami tanpa alasan munasabah, maka dia hilang hak mendapat nafkah.

Demikian juga jika isteri menolak permintaan suami untuk melakukan istimta’ (bersetubuh atau berseronok-seronok).

Namun, seseorang isteri tidak lagi dianggap nusyuz jika dia bertaubat dan kembali mentaati suaminya.

 

Suami Juga Nusyuz Terhadap Isteri

Hukum nusyuz bukan sahaja untuk isteri, bahkan juga ada untuk suami.

Suami yang berlaku zalim seperti tidak menunaikan hak nafkah, bercakap dan bertindak kasar terhadap isteri dan tidak menunaikan hak giliran malam dikira nusyuz.

Seorang suami tidak ada hak untuk memukul isteri tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak.

Jika pukulan suami dibuat kerana isterinya nusyuz dan mengikut batas-batas syarak seperti yang dijelaskan tadi, maka isteri tidak berhak untuk lari dari rumah.

Jika isteri mempunyai masalah keserasian, masalah tersebut boleh diselesaikan melalui cara lain seperti perbincangan, penglibatan perantara atau orang tengah yang dihormati atau pihak berkuasa agama.

Isteri tidak boleh memilih jalan yang menyalahi syarak, iaitu lari dari rumah.

Jika pukulan suami itu tanpa sebab yang benar atau dilakukan dengan melampaui batas seperti berbentuk penderaan, mencederakan muka, atau suami tidak boleh mengawal emosi dan sebagainya — maka isteri berhak untuk mencari jalan yang munasabah bagi menyelamatkan diri daripada kemudaratan itu.

Jika kemudaratan itu boleh diatasi dengan cara nasihat, perundingan atau penglibatan pihak lain – maka cara begini perlu diutamakan.

 

Lari Dari Rumah Adalah Wajar Jika Ia Mengancam Keselamatan Isteri

Tindakan lari dari rumah hanya harus jika terdapat ancaman yang nyata terhadap keselamatan isteri.

Bahkan jika isteri yakin bahawa dia akan terus didera dan dipukul oleh suami tanpa sebab yang munasabah, maka dia mesti mencari jalan untuk mengelakkan mudarat tersebut termasuklah dengan cara mencari tempat perlindungan yang sesuai seperti di rumah ibu bapa atau kawan yang boleh dipercayai.

Bahkan isteri sepatutnya melaporkan kes penderaan ini kepada pihak berkuasa bagi menghentikannya daripada terus berlaku.

Namun begitu, pada masa yang sama isteri perlu mengambil tindakan yang wajar untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.

Perkahwinan yang memudaratkan sepatutnya  tidak perlu diteruskan , melainkan jika ada jalan untuk memulihkan keadaan.

SI isteri tidak boleh meneruskan keadaan ini berpanjangan tanpa merujuk kepada pihak berkuasa bagi mengatasi kes penderaan dalam rumah tangga.

Namun demikian, tindakan lari dari rumah tidak diharuskan jika isteri hanya lari semata-mata kerana merajuk, tanpa ada ancaman yang nyata terhadap keselamatan dirinya.

Perasaan kecil hati, sedih dan kecewa tidak mengharuskan seorang isteri untuk melakukan sesuatu yang diharamkan dan membawa kepada nusyuz.

Masalah rumah tangga begini perlu diselesaikan dengan cara baik seperti perbincangan dari hati ke hati, saling menasihati menghadiri majlis ilmu atau kaunseling.

 

Hak Penjagaan Anak

Berhubung dengan perkaitan antara nusyuz dan hak penjagaan anak, pada dasarnya kedua-dua mempunyai sedikit perkaitan.

Secara ringkasnya, ibu lebih berhak ke atas hak penjagaan anak atau hadhanah.

Namun begitu, hak hadhanah hanya diberikan jika seseorang itu memenuhi syarat iaitu antaranya berakal, Islam, iffah dan amanah.

Oleh itu, jika seorang isteri itu seorang yang pernah nusyuz pada suaminya serta pada masa yang sama fasik dan tidak mempunyai harga diri seperti berkesedudukan dengan lelaki ajnabi – maka dia hilang hak kelayakannya.

Hal ini perlu pembuktian dan keterangan di hadapan hakim yang mengendalikan kes hadhanah.

Walau bagaimanapun, terdapat nusyuz yang tidak berkaitan dengan kelayakan hadhanah seperti dalam kes seorang isteri yang pernah keluar rumah tanpa izin suami tetapi tidak melakukan perkara menjejaskan iffah dan amanahnya.

Perlu diingat juga seseorang isteri itu tidak lagi dikira nusyuz jika dia sudah bertaubat dan kembali taat kepada suaminya.

 

Kekeliruan Masyarakat Tentang Hak Suami Memukul Isteri

Ramai masyarakat yang keliru dengan hanya menekankan persoalan kewajipan seorang isteri untuk taat kepada suami..

… tetapi pada masa yang sama mengabaikan prinsip tanggungjawab suami untuk menjaga isteri dengan baik, serta menghindari kekerasan dalam rumah tangga.

Memang Islam memberi ruang kepada suami untuk memukul isteri, namun kebenaran memukul ini terlalu terhad kerana hanya boleh dilakukan dengan syarat berikut:

  1. Hanya dilakukan jika isteri itu nusyuz
  2. Setelah suami menggunakan cara nasihat dan pengasingan tempat tidur sebagai cara mengatasi nusyuz
  3. Pukulan itu adalah untuk mendidik bukan untuk melepaskan marah
  4. Pukulan itu tidak terlalu menyakitkan dan bukan berbentuk penderaan
  5. Tidak memukul bahagian muka atau tempat yang boleh mencacatkan
  6. Tidak melukakan atau mematahkan tulang
  7. Tidak boleh memukul jika percaya bahawa pukulan itu tidak akan menginsafkan isteri

Allah berfirman:

Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

Surah an-Nisaa ayat 34

Ayat di atas menyebut tentang pukulan tidak memberikan kuasa mutlak kepada seorang suami untuk memukul.

Bahkan memukul hanya boleh dilakukan dalam konteks mendidik dan mengatasi masalah nusyuz.

Maka jika seorang suami sesuka hati memukul isteri, ia akan menjadi satu dosa dan kesalahan kerana secara umumnya Islam melarang seorang mukmin menyakiti orang lain.

Apalagi jika orang yang disakiti itu adalah seseorang yang di bawah amanahnya untuk dijaga, dilindungi dan dilayan dengan cara yang baik.

 

Kesimpulan

Mencari keserasian diantara suami dan isteri bukanlah perkara mudah.

Proses memahami, mengenali budi, menyerap kebaikan dan kelemahan setiap pasangan perlu dilakukan secara beransur-ansur.

Setiap pasangan pasangan perlulah sentiasa berikhtiar dan berusaha mempertahankan mahligai kasih yang telah dibina bersama.

Perkara terpenting untuk mempertahankan rumah tangga ialah hidup dalam suasana agama.

Agama mestilah menjadi teras kepada perkahwinan.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda.


Sebarang persoalan boleh dinyatakan pada ruangan komen di bawah

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

208 thoughts on “Bila Seorang Isteri Itu Dianggap Nusyuz?”

  1. Assalamualaikum ustaz..
    Apakah hukumnya sekiranya isteri memutuskan hubungan suami dengan pasangan kekasihnya atas sebab niat untuk benikah?

    Reply
  2. Assalamualaikum Ustaz..
    Apa hukumnya seorg isteri memutuskan hubungan suami dengan kekasih hatinya disebabkan niat suami tidak kesampaian untuk bernikah dengan pasangan barunya itu?

    Reply
  3. salam.. maaf mgkin sdikit lari dari tajuk asal. saya nak tanya,ape hukumnya pabila suami bersetubuh dengan isteri setiap hari sehingga memudaratkan isteri? apakah hukumnya terhadap suami?

    Reply
  4. Assalamualaikum.. sy nak tanya.. isteri sy lari rumah disebabkan merajuk pd sy.. puncanya isteri sy selalu mengadu pada keluarganya termasuklah atok neneknya tentang aib sy.. jadi sy cuba pula mengadu hal peribadinya kpd mak kandung sy untuk mengajar isteri sy tentang apakah perasaan bilamana aib suami didedahkan.. dan isteri sy terus lari rumah.. alasan dia lari rumah sbb sy tk beri nafkah.. banyak kali sy bersabar dan tidak sedikit pon mencederakannya.. wajibkah sy beri nafkah sedangkan sy dimakinya dgn kata2 kesat spt bodoh babi sial dan sebagainya..? Itulah alasannya sy tk beri nafkah.. adakah isteri sy dikira nusyuz? Dan masalah yg sy hadapi adalah mertua sy campur tangan.. isteri sy dihasut pula dgn keluarganya supaya sy tak bersamanya lagi..

    Reply
    • Wassalam,

      Ya isteri (dan suami) tidak sepatutnya mendedahkan aib pasangan kepada orang lain termasuk keluarga.

      Jika isteri lari dari rumah tanpa sebab yang memudharatkan (seperti dipukul), itu adalah nusyuz dan hukumnya berdosa

      Reply
  5. Assalamualaikum… Saya minta pandangan saya di kira nusyuz ke sebab keluar rumah n tggl dengan mak saya skrg. Saya pernah kena pukul dengan suami n di ugut akan mencederakan saya lagi lepas ni. Apa patut saya buat. Saya dah x blh nak teruskan perkahwinan ni. Suami memang ssh n sebarang lesen pun x ada. Byk saya bantu dia sbb janji akan byr blk n jg saya. Tp lepas dia Dapat apa dia nk, dia dah x redhakan semua apa yg saya buat. Tlg saya

    Reply
    • Wassalam,

      Harus keluar rumah apabila melibatkan ancaman terhadap keselamatan.

      Isteri boleh menuntut fasakh jika suami tidak mampu menjalankan tanggungjawab dan memberi nafkah.

      Reply
      • Dah ke pejabat agama n mahkamah… Saya xder saksi untuk Kes pukul… Nafkah pun ada bagi juga ikut kemampuan dia. Jadi x blh bt apa. Kena buat hakam tu pun bulan 1 tahun depan baru boleh start sebab dah hujung tahun katanya. Saya masih isterinya, tapi saya memang dah x boleh teruskan dengan perkahwinan ni. Suami sering sebut tidak meredhai apa yang saya buat. Saya takut azab kubur, tapi saya memang dah x boleh teruskan. Perasaan takut tu sampai sekarang x hilang. Mungkin trauma lama juga yang menghantui… Apa patut saya buat lagi. Suami memang x akan lepaskan saya.

        Reply
  6. asslm,
    setelah membaca artikel ini, sy sedar sy telah nusyuz kerana tidak mampu bersama bersuami..
    tetapi sy tidak melakukan perkara2 seperti berzina atau lain2.. sy cuma tidak mampu utk bersama suami. tidak mampu menunaikan tanggungjawab sbg seorg isteri lg.. sy sudah cuba tetapi tidak boleh..
    dan sy telah berterus terang pada suami tetapi suami tidak mahu melepaskan sy.. Bolehkah sy mengaku di mahkamah sy telah nusyuz kepada suami.

    Reply
  7. Assalamualaikum..
    Jika seorang isteri sering dipukul oleh suami..dan bertindak keluar dari rumah kerana tuk keselamatan diri dan anak-anak..apakah itu dikira nusyuz?dan seandainya terjadi perceraian suami tidak mahu memberi nafkah pada anak-anak apa yang perlu kita lakukan..dan macam mana tentang hak pnjgaan anak-anak sekiranya suami tuntut hak pnjagaan.adakah layak sekiranya suami telah berlaku zalim pada isteri mendapat hak penjgaan anak2.

    Reply
    • Wassalam,

      Hukumnya harus keluar dari rumah jika mengancam nyawa. Ia bukan nusyuz.

      Hak penjagaan anak biasanya akan diberikan kepada ibu kecuali sudah terbukti ibu tidak mampu untuk menggalas tanggungjawab.

      Reply
  8. apakah hukum jika suami terus membiarkan isterinya Nusyuz kerana ingin menjaga hati org tua dan tdk mahu melihat rumah tangga hancur demi anak2. Hubungan dlm rumah spt biasa cuma tiada beramah mesra bersama isteri.

    Reply
    • Hukumnya dayus.

      Lelaki yang dayus adalah dilaknat oleh Allah dan diharamkan ke atasnya bau syurga.

      Suami tidak boleh membiarkan isterinya melakukan maksiat secara terus-menerus dan wajib menegurnya.

      Reply
      • terima kasih atas pandangan tuan. Isteri tdk melakukan maksiat cuma tdk mahu bersama suami dan menganggap hubungan sebatas rakan walaupun masih tinggal bersama.

        Reply
  9. assalamualaikum..sy ingin minta pendapat isteri sy dgn tiba2 lari ke rumah org tua dan tidak mahu bjumpa sy utk berbincang masalah persefahaman..sblm ni dan ibubapa btindak menyorokan tempat tggal isteri sy skang..dalam masa yg sama bila sy pergi ke rumah mentua sy diancam ganggu ketenteraman..n disitu campur tangan pakcik saudaranya…3 hari sy ditinggalkan di rumah tanpa khabar berita…dan kemudian polis dtg ambil sy atas kes jenayah ugutan sedangkan kami mesra saja tiada masalah dlm masa yg sama isteri menfitnah sy memukulnya sedangkan sy menegurnya jgn ulangi bermesej lucah dengan bekas suami..terang2 dlm whatsap dan dia menafikan lagi sedangkan sy yg membacannya..skarang sy ambil keputusan pulang ke kampung org tua sy…sbb sy xdapt hubungi dia disana dia xnak bjumpa n sama bincang

    Reply
  10. salam tuan tumpang tnya .apa hukum jika isteri meminta cerai kepada suami. jika suami minta isteri berhenti dan cari keja lain. dan saya ajak balik umah mak saya dan dia tolak permintan saya nk balik ke sana apa hukum ya tuan .tolong
    cerahan

    Reply
    • Wassalam

      Hukumnya berdosa isteri meminta cerai tanpa sebab.

      Jika isteri ingkar arahan suami seperti tidak mahu ikut pulang ke rumah mertua, maka isteri tersebut telah nusyuz.

      Reply
  11. Sya ada soalan …isteri dh 2bulan tgal asing…mohon diceraikan tp sy mnolak dn mohon kaunseling…dr pjabat kadi..keadaan masih sama enggan blik besama saya..adakah Istri dikira nusyuz skiranya dia kuar mlakukan aktiviti tanpa britahu. Dan izin suami?

    Reply
    • Iya.

      Telah nusyuz seorang isteri apabila meninggalkan rumah tanpa izin suami tanpa alasan yang munasabah dan menjauhkan diri daripada suaminya

      Reply
  12. Aslmualaikum ustz sya azz ..sya suda 4 tahun brkhwin ada dua org ank..skg istri sya berkrja dan anak anak skg ibu bapa isteri yg jaga dan sya mnyuruh dia berhnti krja ats alsn sya mampu mnjga dia dan anak dan sya tak mau ibu bpa merka yg jga , mama mertua sya enggan mnyuruh isteri sya berhnti krja..apakah hrus sya buat ustz

    Reply
  13. asalamualaikum..saya mahu bertanya berkenaan tuntut cerai melalui hakam, adakah isteri yang menuntut cerai secara hakam wajib diberi nafkah?
    adakah tuntutan cerai secara hakam boleh dibatalkan?
    jika hakam yang dilantik isteri tidak memberi kerjasama untuk proses pendamaian(menghalang pendamaian) adakah perceraian itu sah?

    Reply
  14. Salam semua…sy zul dari pj…masalah sy ialah isteri minta diceraikan dan menguna alasan lepas yg sudah diselesaikan pada kauseling 2 tahun lepas dan ia juga bkn seperti mana diceritakan isteri..skrg isteri sudah tahu berkenann hakam diselangor membolehkan isteri dilepaskan wlpn suami tiada kesalahan..disini adakah itu wajar..pendapat sy.jika seorg islam berjerumus dosa kita sebagai seislam harus menarik ke jalan benar…inikan pula seorg suami untuk menarik isteri kejalan benar.adakah wajar hakam menceraikan bagi pihak sy yg tidak mahu berpisah ini..adakah KPI diutamakan disini?(ado tertulis di web hakam)..suami tidak merestu penceraian..adakah isteri halal dikahwini lelaki lain..sah kah di mata allah…perkahwinan hanya sah dimata manusia sahaj..dosa pahala dishotcutkan…nauzubillah..

    Reply
  15. Assalam.. sya man dri kedah. Sya cuma nk mtk pendapat terntang msalah rumh tga kwn sy. Dy sdh tawar hti dgn suami disbkn si suami jrg blik rumah dan ada hubungan lain dgn wanita lain.. salahkah si isteri utk mtk dlpaskn?? Utk mncri kebhagiaan dy sndri.. kna perlu seksa hdup si isteri. Knp xboley ngap yg jodoh sampai di situ shja?

    Reply
  16. salam sy kwain da 5tahun skarang istri da 6bln x pulang kerumah setelah pujuk pon x jln cerita punca dri kluarga istri sblom ni sy dan istri tiade masalh pergaduhan dan aib sy telah tercemar sejak dri bln 3 sampai sekarang masih di rumah mertua..ank sulong berada di bawah jagaan saya dan no 2 pdjagaan istri sy telah fail kan kounseling tetepi istri tidak hadir sedang nafkah sy beri mnjadi alsan tiade transpot dan masalah kewangan da sy pernah dimaki oleh mertua kerana tidak ambil tarihk kounseling dan mertua cakap akn hantar ke pjabat agama 3x pngilan tiade satu pon hadir pabila ditnye istri ingin meminta fasakh sjil pernikakahan di dlm simpanan sy ustazah di daerah sy beritahu klu istri nk mintak fasakh akn lama proses dn krana mstautin nye dan nikah di daerah suami yg mnjadi sy pada bln ramadhan sminggu sblom raya istri pernah mnghantar mesenger minta sy dtg kerumah mertua ambil ank kedua sy pulang kerumah sy smpai disana blom samapai lima mi it turun dari kereta telah di terjah ipar duai ingin memukul sy lalu sy terus kebalai polis membuat laporan bolehkah sy membuka fail perinta kembali taat di sebab kan janji kosong tidak pernah menunaikan solat perokok sejak awl perkawinan kami sehingga kini tidak berhenti hisap dpn ank yg masih kecil

    Reply
    • Ya. Apa yang terbaik tuan pergi membuat pengaduan ni jabatan agama dan minta nasihat terbaik dari mereka untuk menyelesaikan masalah yang agak rumit ini.

      Reply
  17. Assalamualaikum
    Sy sdh brkhwin hmpir 3 thun n d kurniakn seorg bayi brusia 2thun . Sebelum brkhwin sy n suami mmg ada brncng slepas bkhwin sya masih lg boleh bkerja sbb ibu sy ibu tunggal n x bkerja n sy ank sulung,mmg sblm kawin sy yg tnggung. suami pun izinkn. Slpas sy mlahirkn ank shngga skrg suami masi x izinkn sy kluar bkrja sdgkn niat sy hnya ingin mmbntu suami mckupkn kprluan kmi . Shngga skrg sy msih lg tnggl sbumbung dgn mrtua n ada adk ipar llki jgk dlm rumah hngga sy rsa kurg slesa n trbatas.mkn sy mmg xpnah brlapar tp kprluan2 lain suami kurg prihatin . Dgn duit blnja dia bg tu jugak sy blikn pkaian ank,topup2 barang basah bila dh habis, n bagi uit blnja dkt ibu sy d kg.kdg2 sy juga bli brg2 bby bila dh tkut mtk kt dia Sy niatkn bkrja utk smpnan ank sy bila dh bsekolah nnti sbbnya hrapkn suami sy seorg hnya ckup2 mkn je, smpnan tu mmg xde . Suami pun lalu stress bila dh sesak2 n mulalah nk bentak2 ank .Salahkah jika sy bkeras mahu bkerja ? Smpi skrg sy stress bila fkir n tpksa pula bhadapan kerenah ipar n mntua. Adakah sy nusyuz jika mahu bertekak lg soal ni n masih pthnkn kptusan sy ingin bkerja

    Reply
    • Wassalam.

      Ya, jika itu adalah keputusan muktamad suami, puan harus akur.
      Jika ingkar, maka jatuhlah hukum nusyuz.

      Reply
  18. ASSALAMUALAIKUM
    SY SEORANG ISTERI
    APA PANDANGAN USTAZ SUAMI SY SELALU JE BERCAKAP KASAR DGN SY LAYAN SY PN MCM XDA PERASAAN AJE
    BILA SY TYA ABANG MASIH SYG KN SY LAGI KE TAK
    DIA MESTI DIAM JE XNAK JWB PAPE
    DIA SLLU JE TINGGALKN RUMAH KDG2 BERHARI2
    SY PUAS PUJUK DIA BALIK RUMAH TP DIA LANGSUNG XPEDULIKAN SY
    DI BLKNG SY DIA SLLU JE CHATING DGN PMPUAN LAIN YG BUAT SY SAKIT HATI SGT2
    SySY DH PUAS PUJUK N NASIHAT KN DIA
    TP DIA XPERNAH PEDULIKN SY
    BARU2 NI KAWAN PMPUAN DIA DH HASUT DIA SUPAYA BLOK SY D FB DAN HP
    N DIA SKG XNK GUNA HP YG BOLEHKN SY CONTACK N CARI DIA MERAYU BALIK KE RUMAH
    TETAPI D BLKNG SY DIA ADA HP DAN NO BARU
    YG SY TIDAK TAHU
    SY SELALU PUJUK DAN MERAYU DIA BALIK
    TP DIA TETAP TAK PEDULIKN SY
    SY BUNTU SAMPAI JDI STRESS SGT
    SY DPT RAWATAN DKTR SETIAP BULAN BHGIAN PSY DAN MENTAL DI SBBKN SIKAP SUAMI SY
    APA YG PERLU SY BUAT
    SY DH PUAS SABAR DAN SLLU BERDOA KN UTK SUAMI SY TRMASUK LAH G KAUNSELING
    TP DIA MCM DH TERMAKAN HASUTAN DR KEN2 POMPUAN DI LUAR

    Reply
    • Wassalam

      Isteri berhak untuk diceraikan jika suami tidak lagi mempeduli dan mengabaikan isteri dari segi tanggungjawabnya.

      Perkara ini tertakluk di dalam talak taklik.

      Puan boleh membuat pengaduan di jabatan agama.

      Reply
  19. Assalammualaikum..
    Ustaz…saya da berkhwin masuk 10 tahun anak 4 orang..saya ingin mintak pandangan ustaz..tentang diri saya…kerana hampir setiap kali saya nertengkar saya mintak di lepaskan kerana di sebabkan hal2 kecil hal rumah tangga suami terus maki bodoh,suami samakan saya dengan perangai ibu suka hati tinggalkan suami.ibu saya 4 kali khwin.saya bertahan 4 tahun dlm keadaan silip sikit kena maki..masuk 5 tahun silap sikin suami terus maki dan da mula naik tangan..x kira saya tenga mengandung atau dalam pantang.sampai meninggalkan kesan..selalu kalau suami marah2 saya akan merajuk x nak tegur suami dan x nak tidur sebela suami.kalau gadu suami ringan mulut suruh saya balik kampung…saya memerlukan seorang yg boleh saya meluahkan rasa yg begitu lama saya pendam.terlalu banyak saya ingin cerita ustaz…saya mohon ustaz boleh berikan saya jalan…terlau panjang kalau saya nak coment di sini

    Reply
    • Wassalam.

      Jika puan dipukul oleh suami tanpa sebab yang munasabah, maka puan mesti mencari jalan untuk mengelakkan mudarat tersebut termasuklah dengan cara mencari tempat perlindungan yang sesuai seperti di rumah ibu bapa atau kawan yang boleh dipercayai.

      Suami seharusnya melindungi dan memberi contoh tauladan yang baik kepada isteri dan anak-anak, dan bukan dengan cara memaki.

      Reply
  20. Assalamualaikum ustaz, mohon pandangan ustaz. Saya dah berkahwin 15 tahun dan sepanjang perkahwinan kami banyaknyer saya yang menanggung makan minum, tempat tinggal dan keperluan diri, suami dan anak2. Suami tidak ada pekerjaan tetap dan lebih selesa berada dirumah. Memang gaji saya besar dan mulanya saya tidak kisah menanggung semua. Tapi suami telah menjadi terlalu selesa dan melepas segala tanggungjawab pada saya. Hari minggu saya tidak ada erti rehat, banyaknyer dipenuhi dengan melayan anak2, menghantar ank tusyen, atau kelab dan uruskan rumah yang macam tongkang pecah seminggu terbiar sebab saya 13 jam tinggalkan rumah untuk bekerja. Baru2 ni saya jd tak tahan dengan sikap suami, berat tulang utk membantu. Saya cuba mohon untuk dia fahami, tapi apa yg saya dapat hanya kata2 makian, mengata saya mengungkit segala. Salahkah saya bila mempersoalkan tanggungjawab yg selama ini dia abaikan?. Untuk mengelak pertengkaran besar dab untuk menenangkan diri saya bawa anak2 bermlm di rumah ibu bapa saya. Pulangya saya dirumah ,dia tiada. Sehinggalah petang dia balik dan membawa keluar pakaian dengan mengatakan dia tidaj akan balik ke rumah ni lagi tanpa meninggalkan sesen pun duit nafkah saya dan anak2. Tinggalkan saya membawa kereta yang saya beli utk kemudahan dia menguruskan anak2 ketika saya ditempat kerja. Saya buntu… Mohon bantuan ustaz.

    Reply
    • Wassalam,

      Tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak adalah terletak dibawah tanggungjawab suami dalam kadar kemampuannya.

      Ia adalah wajib dan berdosa jika tidak dilaksanakan.

      Suami juga berdosa jika isteri tidak redha menggunakan duitnya dalam urusan rumahtangga dan hal-hal lain.

      Dalam masalah di atas, saya tidak rasa puan melakukan nusyuz.

      Mungkin hanya berlaku sedikit salah faham dan suami merajuk apabila ditegur.

      Buat masa sekarang, saya cadangkan agar puan memberikan dia masa tempoh bertenang dahulu. (dan juga kepada diri puan sendiri untuk bertenang)

      Reply

Leave a Comment