Bila Seorang Isteri Itu Dianggap Nusyuz?

isteri nusyuz

Artikel ini akan menerangkan perkara yang anda perlu tahu mengenai nusyuz.

Bagaimana ia boleh terjadi.

Apakah hukumnya

Dan apakah silap faham mengenai perkara ini.

Jika anda sudah bersedia jom kita mulakan.

 

Apakah Pengertian Nusyuz?

Bila dan bagaimanankah seseorang isteri itu dikira sebagai nusyuz?

— Seseorang isteri dikira nusyuz apabila dia ingkar atau menderhakai suaminya.

Contohnya:

  • Isteri mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain
  • Membenarkan lelaki ajnabi memasuki rumah tanpa izin
  • Meninggalkan rumah tanpa izin suami tanpa alasan yang munasabah
  • Tidak mahu tidur bersama bila diajak oleh suami tanpa sebab yang syariie
  • Tidak mahu mendengar atau mengendahkan kata-kata suami yang tidak bercanggah dengan syariat
  • Tidak memenuhi tanggungjawab sebagai isteri tanpa sebab yang munasabah

Dalam Seksyen 59 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (Akta 303), perkara-perkara berikut termasuk dalam istilah nusyuz:

  1. Apabila isteri menjauhkan dirinya daripada suaminya
  2. Apabila isteri meninggalkan rumah suaminya bertentangan dengan kemahuan suaminya.
  3. Apabila isteri enggan berpindah bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut hukum syarak.

 

Apakah Hukum Nusyuz?

Nusyuz adalah haram dan salah satu dosa besar.

Suami perlu mengatasi masalah nusyuz ini melalui pendidikan, nasihat, pengasingan tempat tidur dan pukulan, tertakluk kepada syarat-syarat seperti yang dinyatakan di atas.

Selain itu, nusyuz juga memberi kesan kepada hukum nafkah.

Seorang suami tidak wajib untuk memberikan nafkah kepada isteri yang nusyuz.

Contohnya jika isteri itu enggan tinggal di rumah yang dipilih oleh suami tanpa alasan munasabah, maka dia hilang hak mendapat nafkah.

Demikian juga jika isteri menolak permintaan suami untuk melakukan istimta’ (bersetubuh atau berseronok-seronok).

Namun, seseorang isteri tidak lagi dianggap nusyuz jika dia bertaubat dan kembali mentaati suaminya.

 

Suami Juga Nusyuz Terhadap Isteri

Hukum nusyuz bukan sahaja untuk isteri, bahkan juga ada untuk suami.

Suami yang berlaku zalim seperti tidak menunaikan hak nafkah, bercakap dan bertindak kasar terhadap isteri dan tidak menunaikan hak giliran malam dikira nusyuz.

Seorang suami tidak ada hak untuk memukul isteri tanpa sebab yang dibenarkan oleh syarak.

Jika pukulan suami dibuat kerana isterinya nusyuz dan mengikut batas-batas syarak seperti yang dijelaskan tadi, maka isteri tidak berhak untuk lari dari rumah.

Jika isteri mempunyai masalah keserasian, masalah tersebut boleh diselesaikan melalui cara lain seperti perbincangan, penglibatan perantara atau orang tengah yang dihormati atau pihak berkuasa agama.

Isteri tidak boleh memilih jalan yang menyalahi syarak, iaitu lari dari rumah.

Jika pukulan suami itu tanpa sebab yang benar atau dilakukan dengan melampaui batas seperti berbentuk penderaan, mencederakan muka, atau suami tidak boleh mengawal emosi dan sebagainya — maka isteri berhak untuk mencari jalan yang munasabah bagi menyelamatkan diri daripada kemudaratan itu.

Jika kemudaratan itu boleh diatasi dengan cara nasihat, perundingan atau penglibatan pihak lain – maka cara begini perlu diutamakan.

 

Lari Dari Rumah Adalah Wajar Jika Ia Mengancam Keselamatan Isteri

Tindakan lari dari rumah hanya harus jika terdapat ancaman yang nyata terhadap keselamatan isteri.

Bahkan jika isteri yakin bahawa dia akan terus didera dan dipukul oleh suami tanpa sebab yang munasabah, maka dia mesti mencari jalan untuk mengelakkan mudarat tersebut termasuklah dengan cara mencari tempat perlindungan yang sesuai seperti di rumah ibu bapa atau kawan yang boleh dipercayai.

Bahkan isteri sepatutnya melaporkan kes penderaan ini kepada pihak berkuasa bagi menghentikannya daripada terus berlaku.

Namun begitu, pada masa yang sama isteri perlu mengambil tindakan yang wajar untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.

Perkahwinan yang memudaratkan sepatutnya  tidak perlu diteruskan , melainkan jika ada jalan untuk memulihkan keadaan.

SI isteri tidak boleh meneruskan keadaan ini berpanjangan tanpa merujuk kepada pihak berkuasa bagi mengatasi kes penderaan dalam rumah tangga.

Namun demikian, tindakan lari dari rumah tidak diharuskan jika isteri hanya lari semata-mata kerana merajuk, tanpa ada ancaman yang nyata terhadap keselamatan dirinya.

Perasaan kecil hati, sedih dan kecewa tidak mengharuskan seorang isteri untuk melakukan sesuatu yang diharamkan dan membawa kepada nusyuz.

Masalah rumah tangga begini perlu diselesaikan dengan cara baik seperti perbincangan dari hati ke hati, saling menasihati menghadiri majlis ilmu atau kaunseling.

 

Hak Penjagaan Anak

Berhubung dengan perkaitan antara nusyuz dan hak penjagaan anak, pada dasarnya kedua-dua mempunyai sedikit perkaitan.

Secara ringkasnya, ibu lebih berhak ke atas hak penjagaan anak atau hadhanah.

Namun begitu, hak hadhanah hanya diberikan jika seseorang itu memenuhi syarat iaitu antaranya berakal, Islam, iffah dan amanah.

Oleh itu, jika seorang isteri itu seorang yang pernah nusyuz pada suaminya serta pada masa yang sama fasik dan tidak mempunyai harga diri seperti berkesedudukan dengan lelaki ajnabi – maka dia hilang hak kelayakannya.

Hal ini perlu pembuktian dan keterangan di hadapan hakim yang mengendalikan kes hadhanah.

Walau bagaimanapun, terdapat nusyuz yang tidak berkaitan dengan kelayakan hadhanah seperti dalam kes seorang isteri yang pernah keluar rumah tanpa izin suami tetapi tidak melakukan perkara menjejaskan iffah dan amanahnya.

Perlu diingat juga seseorang isteri itu tidak lagi dikira nusyuz jika dia sudah bertaubat dan kembali taat kepada suaminya.

 

Kekeliruan Masyarakat Tentang Hak Suami Memukul Isteri

Ramai masyarakat yang keliru dengan hanya menekankan persoalan kewajipan seorang isteri untuk taat kepada suami..

… tetapi pada masa yang sama mengabaikan prinsip tanggungjawab suami untuk menjaga isteri dengan baik, serta menghindari kekerasan dalam rumah tangga.

Memang Islam memberi ruang kepada suami untuk memukul isteri, namun kebenaran memukul ini terlalu terhad kerana hanya boleh dilakukan dengan syarat berikut:

  1. Hanya dilakukan jika isteri itu nusyuz
  2. Setelah suami menggunakan cara nasihat dan pengasingan tempat tidur sebagai cara mengatasi nusyuz
  3. Pukulan itu adalah untuk mendidik bukan untuk melepaskan marah
  4. Pukulan itu tidak terlalu menyakitkan dan bukan berbentuk penderaan
  5. Tidak memukul bahagian muka atau tempat yang boleh mencacatkan
  6. Tidak melukakan atau mematahkan tulang
  7. Tidak boleh memukul jika percaya bahawa pukulan itu tidak akan menginsafkan isteri

Allah berfirman:

Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

Surah an-Nisaa ayat 34

Ayat di atas menyebut tentang pukulan tidak memberikan kuasa mutlak kepada seorang suami untuk memukul.

Bahkan memukul hanya boleh dilakukan dalam konteks mendidik dan mengatasi masalah nusyuz.

Maka jika seorang suami sesuka hati memukul isteri, ia akan menjadi satu dosa dan kesalahan kerana secara umumnya Islam melarang seorang mukmin menyakiti orang lain.

Apalagi jika orang yang disakiti itu adalah seseorang yang di bawah amanahnya untuk dijaga, dilindungi dan dilayan dengan cara yang baik.

 

Kesimpulan

Mencari keserasian diantara suami dan isteri bukanlah perkara mudah.

Proses memahami, mengenali budi, menyerap kebaikan dan kelemahan setiap pasangan perlu dilakukan secara beransur-ansur.

Setiap pasangan pasangan perlulah sentiasa berikhtiar dan berusaha mempertahankan mahligai kasih yang telah dibina bersama.

Perkara terpenting untuk mempertahankan rumah tangga ialah hidup dalam suasana agama.

Agama mestilah menjadi teras kepada perkahwinan.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda.


Sebarang persoalan boleh dinyatakan pada ruangan komen di bawah

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

208 thoughts on “Bila Seorang Isteri Itu Dianggap Nusyuz?”

  1. Salam, kalau seorg isteri telah nusyuz (keluar rumah tanpa izin & tidak kembali ke rumah dalam masa 8bulan) adakah seorg suami layak tuntut hak penjagaan anak (berusia 2tahun)?

    Reply
    • Secara ringkasnya ya.

      Tetapi dalam dunia realiti dan konteks undang-undang negara, hak penjagaan anak adalah sesuatu yang rumit dan memerlukan penyelesaian mahkamah.

      Saya sarankan tuan membawa hal ini ke mahkamah syariah untuk nasihat lanjut sesuai dengan situasi sebenar tuan.

      Reply
  2. Assalammualaikum
    Ustaz…isteri sy tlah d tngkap berlaku curang,tp hanyalah mesej n b’ckp fon shaja..sy agak yakin mereka blum terlanjur. Tp setelah di nasihati isteri tlah sdar n kembali baik dgn sy semula.
    Tapi skrg dia seakan mengulannginya semula dgn kerap msj melalui whatsapp, dia skrg tiba2 menjadi amat dingin kerana sy telah mengesyaki dia n dia trasa trancam mgkn.
    Tp cara dia skrg amat lain iaitu amat ego serta lnsung tak mahu bersama(berjimak) dgn sy serta sentiasa mengelak utk bertemu. Sy sdh pasrah tp utk bercerai sy mmg x nk. Krna mgkn dia akn lbih hnyut jika bebas. Skrg dia tggl d rmh ibu bapa nya krna setelah sy tngkap dia curang,2 bln lps, sy yg mntk dia pndah ke sana. Apakah yg sy patut lakukan ustaz. Sy dh nasihat, gun ayat quran, hadis n pelbagai lg. Tp sy tlah slah krna tlah memaki hamun serta mnghina dia dgn amat truk ketika dia d tngkap curang oleh sy. Bagaimana ya utk mbuatkn dia lupa kn smua kata2 sy n berubah hati supaya menyayangi sy semula.. Sy amat buntu…tp sy juga skrg kurang dktkn dri dgn ALLAH..doakn sy dpt dkat dgn Allah semula dn mslh kami dpt di selesaikn dgn pilihan yg terbaik ya ustaz..
    Trima ksh ya

    Reply
    • Wassalam,

      Teruskan bersabar dalam memujuk isteri dan berikan dia masa.

      Terangkan dia mengenai nusyuz dan dosa yang besar menimpa seorang isteri yang nusyuz.

      Saya doakan rumahtangga tuan kembali pulih seperti sediakala.

      Reply
  3. Salam ustaz…ada kah saya boleh tuntut cerai jika suami saya enggan lepas kan saya??…terus terang saya sudah tidak mempunyai perasaan terhadap suami saya lagi…hampir setiap hari kami gaduh benda sama….saya rasa bosan Dan tdk mahu menyesal di kemudian hari…sampai satu tahap bagi saya saya suda dikira isteri nusyuz sebab selalu tengking suami,saya tdk mahu bersetubuh dengan suami,keluar rumah tanpa izin suami Dan banyak lagi Dan bila sya tanya adakah kamu mau jadi suami dayus???dia kata dia tak kisah sya terdiam ustaz…sya terkejut…saya merayu byk kali lepas kan saya cara baik tapi dia tetap berkeras tak mahu…tiap kali saya ckp sya nak keluar dari rumah dan tak nak tinggal dgn dia lagi dia akan ambil pisau dan ugut saya nak bunuh diri….saya buntu ustaz….tolong reply ustaz

    Reply
    • Waalaikumusalam Puan,

      1. Tidak boleh puan,menuntut cerai untuk dilepaskan tanpa sebab yang munasabah.
      Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak haram baginya bau syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)


      2. Tiada perasaan pada suami dia atas tanpa sebab, bosan atau perasaan pada seseorang orang ketiga.

      Puan perlulah bertaubat dan muhasabah diri.

      Kata Hikmah: “Wanita yang cerdik adalah wanita yang sanggup mengorbankan sedikit daripada perasaannya dan bersusah payah di dunia semata-mata untuk mencapai kebahagiaan di hari akhirat.”

      Wallahualam


      3. Bergaduh setiap hari.Puan haruslah bersabar kerana itu sudah menjadi lumrah di dalam rumahtangga.

      Suami dan isteri perlulah membuang sikap ego masing-masing,bertolak ansur dan saling sayang menyayangi.Nasihat supaya pada puan dan suami supaya berdamai lupakan segala sengketa lama.

      Lahirkan rasa cinta jaga hati suami atau isteri. InsyaAllah

      Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah SAW, “Seorang wanita menyakiti suaminya, “Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu,kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)


      4. Tidak mahu bersetubuh dan keluar tanpa izin suami.

      Ternyata puan telah nusyuz,dosa dan derhaka pada suami.

      Puan hendaklah insaf dan segera bertaubat minta keampunan Allah SWT dan perlu kembali taat pada suami puan,saling bermaafan suami dan isteri.

      Puan yang tidak menunaikan hajat suami dengan enggan bersama(Jimak) atau menolak untuk bersetubuh.

      Sedangkan bersetubuh itu mengeratkan silaturrahim antara suami dan isteri.
      Rasulullah SAW terlihat wanita yang mengagumkan baginda.Kemudian baginda mendatangi isterinya (iaitu Zainab r.ha) yang sedang membuat adonan roti.Lalu baginda melakukan hajatnya (berjimak dengan isterinya).

      Kemudian baginda bersabda: “Sesungguhnya wanita itu mengahadap dalam rupa syaitan dan membelakangi dalam rupa syaitan (mengajak kepada hawa nafsu). Maka,apabila seseorang dari kalian melihat seseorang wanita (yang mengagumkan), hendaklah ia mendatangi isterinya.Kerana yang demikian itu dapat menolak apa yang ada di dalam hatinya.”

      Sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur,tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

      Maksud firman Allah SWT: “Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali.” (Hadis Riwayat Thabarani di dalam Al-Aswat)


      5. Lepaskan cara baik.Nasihat saya puan kena pergi ke pejabat agama dan bertanya pendapat pada Pegawai agama minta kaunseling untuk puan dan suami sebelum membuat proses cerai persetujuan bersama.

      Puan juga perlulah bertolak ansur dan janganlah mengikut nafsu amarah dan membelakangkan hukum agama.

      Jika puan sudah merasakn tidak bersesuaian untuk hidup bersama suami,puan boleh mengadu pada mahkamah syariah untuk tebus talak iaitu memberikan beberapa sejumlah wang sebagai tebusan kepada suami puan untuk diceraikan.


      6. Dayus adalah dosa besar.

      Sabda Nabi SAW yang bermakud: “Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki dayus”. (Riwayat Ahmad dan An-Nasaie)

      Banyak situasi yang boleh digambarkan tentang permasalahan dayus ini.

      Yang penting,’Dayus’ ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya.Namun jika ia berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak disabit ‘Dayus’ ke atas dirinya.

      Sebenarnya,puan buntu dengan masalah kecil sahaja jika puan dan suami berdamai,bertaubat,bermaafan dan mulakan kehidupan yang baru ke jalan keredhaan Allah SWT untuk kebahagiaan rumahtangga.Akhirnya wahai para suami dan ayah,pertahankanlah agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” (Riwayat Ahmad)


      7.Suami puan ugut untuk bunuh diri.

      Tindakan suami puan ini menghadapi tekanan dan stress masalah yang yang telah dia hadapi puan cuba mendesak untuk berpisah dan.

      Cuba untuk tenangkan hatinya dan puan juga perlu berlembut hati kerana dia suami pun mungkin terlalu sayang pada puan.

      Hargai kasih sayang atau cinta dia pada puan selama ini.Ini tidak perlu buntu lagi dan membimbangkan sebab jika puan membalas respon kasih sayang terhadapnya InsyaAllah rumahtangga puan akan mengecapi kebahagiaan kerana dia cuba membuktikan dengan ugutan itu supaya puan sedar bahawa dia tidak sanggup untuk berpisah dengan puan.

      Walaupun itu hanya ugutan.Suami puan juga perlu sedar dengan kesilapan, kekurangan dan bertaubat pada Allah SWT minta petunjuk untuk menjadi seorang ketua keluarga, pemimpin dan suami yang soleh.

      Bawa berbincang berdua tanpa adanya orang ketiga atau hasutan sesiapa supaya jawapan dan luahan itu dari hati ke hati.

      Bunuh diri adalah dosa besar, kerana adanya ancaman khusus baginya, sebagaimana sabdanya: “Sesiapa yang membunuh diri dengan sesuatu cara,pada hari kiamat kelak dia akan diseksa dengan cara seperti itu pula.” (Riwayat al-Bukhari (6047) dan Muslim (110)

      Islam menghendaki agar semua umatnya itu mempunyai kekuatan fizikalnya dan kuat keazamannya dalam menghadapi segala bentuk kesusahan.

      Islam tidak membenarkan seseorang muslim melarikan dirinya daripada kehidupan dan menanggalkan pakaiannya disebabkan bencana yang menimpanya, ataupun kerana ada cita-cita yang tidak kesampaian kerana orang mukmin itu diciptakan oleh Allah SWT untuk berjihad dan bukannya untuk hidup dan duduk bersenang-lenang.

      Manusia itu dijadikan untuk berjuang, dan bukannya untuk mengundurkan diri dari medan pertempuran.

      Justeru, keimanan, tingkah laku dan peribadinya tidak membenarkannya untuk melarikan diri daripada medan pertempuran hidup, sedang seseorang itu telah dilengkapkan dengan senjata yang tidak pernah tumpul dan kekuatan yang tidak pernah luntur, iaitu senjata KEIMANAN yang teguh dan kukuh.

      Terima Kasih Puan, saya doakan kebahagiaan puan dan suami kekal hingga ke jannah.

      Nasihat saya jangan terlalu terburu membuat keputusan mengikut hati amarah.”Nasi sudah menjadi bubur” menyesal kemudian hari tidak guna.

      Sementara Allah SWT memberi ruang ini gunakanlah sebaiknya jangan sia-siakan perbaiki sikap dan berubah untuk menjadi isteri yang solehah.

      Reply
      • Alangkah baiknya jika ada kesedaran di kedua2 belah pihak. Tp byk yg terjadi, tkt berlaku penganiayaan. Isteri nk menuntut utk mencari kehidupan yg sempurna sebelum terlambat. Tp si suami pula ego dan xnk bercerai kerana tkt si isteri membuka aib suami sebelum ini & malu jika dikatakan tdk pandai mengurus keluarga. Kesiannya si isteri bila nsbnya tdk dibela.

        Reply
  4. assalamualaikum ustaz. sy mahu bertanya. apa hukum bagi suami yg bercerita dgn perempuan lain tentang perasaan suami kepada istri bahawa suami sudah tawar hati dengan istri sudah agak lama… sedangkan istri tidak pernah tahu pun semua itu. selama usia perkahwin kmi sdh memasuki 9tahun. sebelum hadirnya org ketiga suami layan istri seperti biasa.. skrg suami ingin menceraikan istri utk bersama perempuan lain. mohon pencerahan.

    Reply
    • Wassalam,

      Tidak sepatutnya menceritakan hal rumahtangga kepada orang lain, apatah lagi perkara yang sensitif atau perkara yang menjatuhkan maruah.

      Cuba berbincang dengan suami apa yang menyebabkan dia tawar hati kepada isteri.

      Masih ada rundingan dan jalan penyelesaian.

      Reply
  5. Assalamualikum ustaz..saya nak minta pandangan ustaz saya berkhawin dengan isteri saya dah dekat 4 tahun.isteri saya janda saya kenal isteri saya di rumah urut…saya suami yang ketiga.jadi saya ada anak tiri sekolah darjah 4.isteri saya bawa tidur sekali sekatil jadi saya pun tidur di ruang tamu..sebab saya segan anak tiri saya tu perempuan dan dah besar,isteri saya mula maki saya cakap yang saya ada perempuan lain sebab itu tak nak tidur sekali tapi sebaliknya saya segan sebab ank tiri tido sekali.itu 1 bab..bab no 2 pula sy mualaf jadi family saya masih agama hindu lagi.tapi isteri saya maki dan caci keturunan saya sampai tak benarkan saya balik rumah orang tua saya.bab no 3 saya tak pernah pukul mahupun jentik isteri saya tp dia pukul saya guna batang mop dan keluarkan perkataan kesat dekat saya.bab no 4 baru baru isteri saya keluar bwak anak dari rumah smpai ke hari ini dah masuk 3 hari tak balik rumah saya pun tak tahu ke mana dia pergi tanpa pengetahuan saya, kesnya dia dengar org cakap saya ada pempuan lain dan berzina..bab no 5 isteri saya pernah cakap yang dia lebih sayangkan bekas laki dia dan cakap saya ni mati pucuk dan pernah buat voice mesej nak bunuh anak kandung lelaki saya yang berusia 1 tahun 6 bulan sekarang.jadi saya nak minta pandangan ustaz.

    Reply
    • Wassalam,

      Daripada penerangan yang tuan berikan, jelas isteri tuan telah melakukan nusyuz terhadap tuan.

      perbanyakkan istigfar dan berdoa agar tuan diberi kesabaran daripada Allah.

      Cuba jelaskan kepada Isteri hukum nusyuz adalah berdosa besar.

      Berikan masa supaya dia berubah.

      Jika isteri terus-menerus bersikap nusyuz sehingga membawa dayus kepada suami, maka isteri tersebut wajar diceraikan.

      Reply
  6. Salam ustaz.. Saya ingin minta pandangan ustaz.. Jarak umur kami 9 tahun dan memiliki seorang bayi berusia 4bulan.. Kami bernikah pada april 2018.. Saya masih lagi belajar.. Suami saya selalu memarahi saya.. Dia kasar terhadap saya bahkan tidak berkomunikasi dengan baik terhadap saya.. Memaki hamun saya.. Dia lebih suka mendiamkan diri dan bermain facebook sahaja.. Saya bosan tiada teman untuk berbual.. Suami saya semakin hari semakin benci pada saya.. Dia dah xmacam dulu.. Dia tak fahami saya yang berumur 22tahun ini.. Baru-baru ni saya balik ke kampung dengan izin suami.. Saya berasa amat tertekan dan ingin mencari ketenangan.. Tapi suami tidak menghantar saya ke stesen bas kerana dia bekerja.. Adakah saya dikira nusyuz? Bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini? Saya sudah berbincang dengan suami tetapi suami buat tidak tahu sahaja.. Saya sedih dengan layanannya yang kasar sejak saya memgandung lagi.. Saya sayangkan keluarga kecil ini.. Saya hanya mampu berdoa minta ALLAH lembutkan hatinya.. Tolong saya..

    Reply
    • Wassalam.

      Jika puan pulang ke kampung dengan izin suami, maka ia bukanlah perkara yang nusyuz.

      Ya, dalam sesebuah rumahtangga, komunikasi yang baik adalah sesuatu yang paling asas dan paling penting.

      Tanpa komukasi yang baik, maka mustahil rumahtangga itu akan harmoni.

      Semoga puan terus diberikan kesabaran dalam hal ini.

      Cuba berbincang dengan suami mengenai perkara ini. Saya tahu ia mungkin sukar kerana lelaki biasanya mempunyai ego yang sangat tinggi.

      Tidak mengapa, puan sudah berusaha menjadi isteri yang baik.

      Tinggal lagi suami puan untuk memenuhi tanggungjawabnya kerana memperlakukan isteri dengan baik adalah sesuatu yang dituntut dalam Islam.

      Jika dia gagal melayan isteri dengan baik, maka itu adalah satu kegagalan buat dirinya.

      Reply
        • Buat masa sekarang, adalah bersabar.

          Jika tidak mampu, puan cuba dapatkan khidmat nasihat dari jabatan agama negeri puan.

          Penceraian hanya boleh dilakukan jika ia menjaga kepentingan agama, akidah atau maslahah lain yang sah. – dan ia adalah jalan yang terakhir dengan persetujuan bersama.

          Reply
  7. Assalamualaikum sy nak tanya.. kalau keluar pergi rumah jiran selama setengah jam sambil bawak anak kecik jalan jalan amik angin tanpa mintak izin suami. Hukumnya macam mana?

    Reply
    • Wassalam,

      Jika pada kebiasaannya suami puan tidak marah atau tidak pernah menghalang puan bawa anak ambil angin ke rumah jiran, ia tidaklah membawa kepada nusyuz.

      Nusyuz berlaku jika suami puan sebelum ini telah memberi amaran bahawa jangan pergi ke rumah jiran atau tidak boleh keluar dari pagar rumah.

      Namun saya yakin suami puan tidaklah sebegitu kerana perkara ini (menziarahi jiran tetangga) adalah adat dalam masyarakat kita.

      Reply
  8. assalamualaikum ustaz , saya ingin bertanya berkenaan dgn satu soalan . Sebelum saya dan bekas isteri bercerai , bekas isteri keluar rumah selama 7 bulan dan kami telah tinggal berasingan sebelum kami bercerai . Apabila jatuh talak di mahkamah , pihak mahkamah ada bertanyakan samada isteri nak menuntut apa-apa harta, bekas isteri maklumkan tiada apa yang ingin dituntut . Persoalannya disini, selepas 4 tahun bercerai , bekas isteri mahu menuntut harta pencarian bersama iaitu sebuah rumah yang diletakkan ke atas 2 nama . Bekas isteri adalah nama pertama dan saya nama kedua . Saya ingin bertanya , layakkah isteri mendapat bahagian tersebuat sedangkan isteri nusyuz dan segala pembayaran rumah tersebut saya yg jelaskan dari awal sampai sekarang ..

    Reply
    • Wassalam,

      Isteri yang diceraikan akibat nusyuz telah gugur haknya untuk mendapat bahagian daripada harta suami.

      Namun dalam kes tuan, adalah lebih baik dirujuk kepada pihak mahkamah kerana mungkin terdapat sedikit konflik dari segi undang-undang sivil berikutan nama bekas isteri tuan juga adalah penama bagi rumah tersebut.

      Reply
  9. Assalamualaikum.. si isteri keluar uma lari kn diri setelah gaduh mulut.. tiada melibat kn kecederaan. Selepas seminggu isteri fail cerai dan terus menerus tinggal bersama adik nye. Sehingga sebulan tidak mahu pulang walau pn di pujuk. Bole kah di sabit kn isteri nusyuz?

    Reply
    • Ya, jatuh nusyuz isteri tersebut jika dia keluar lari dari rumah tanpa izin suami dan sebab yang syarak.

      Reply
  10. Saya tak nak ikut suami saya duduk rumah mertua saya sebab takde org duduk rumah tu atas sebab sy dah selesa dengan pengasuh anak sekarang. Dan sy telah cakap dengan suami kalau dia nak duduk, dia boleh pergi sorg dan tinggalkan sy dengan org tua sy. Adakah sy dianggap nusyuz? Menurut suami boleh cari pengasuh baru

    Reply
    • Ya puan, itu adalah nusyuz.

      Isteri enggan berpindah/mengikut bersama suaminya ke satu rumah atau tempat lain, tanpa apa-apa sebab yang sah mengikut hukum syarak – hukumnya adalah nusyuz

      Reply
  11. Asalammualaikum..saya seorang suami telah melafaz kan talak melalui app whatsaap yg berbentuk voice talak nya bersebut bergini jika awak keluar ruma tanpah pengatahuan saya akan jatuh talak tp saya tidak berniat untuk jatuh kan talak cuma tak mahu isteri saya jalan bersama lelaki menaiki moto sebab sebelum saya menjatuh kan talak isteri saya telah mengikuti lelaki lain menaiki moto ke suatu tempat jadi saya tak mahu terulang lagi tuh lah saya bercakap klw isteri saya keluar ruma tanpa memberi tahu saya kemana dia nak pergi…isteri saya jadi mcm tuh kerana saya jarang memberi nafka kepadanya ada kah talak akan sah dan ada kah kedua kami akan dikira nusyuz…masih ada jalan kah untuk kami kembali bersama sebelum kami naik makamah untuk berpisah…klw di ikut kan saya tak nak berpisa kerana rasa saya terhadap nya masih kuat dan rasa sayang kan kepada anak kami…kami ada anak 2 org.. skrg kami blm bercerai d makamah isteri saya telah bercinta dengan lelaki lain ada kah saya boleh sama mereka dua niat saya bukan nak sama tp nak kan isteri saya kembali ke pangkuan saya sama tuh di kira menakut kan dia mungkin jumlah saya akan sama kemungkinan dalam puluhan ribu supaya isteri saya tak dapat bayar sbb saya ingin kan dia kembali…saya akan bagi dua pilihan saman dia berpuluh ribu atau dia kembali ke pangkuan saya…

    Reply
    • Mengikut keterangan tuan, lafaz cerai yang dilafazkan melalui voice (pesanan audio) adalah sarih (jelas).

      Talak yang sarih tidak memerlukan kepada niat.Iaitu niat jatuhnya talak.

      Maka lafaz talak tuan itu adalah SAH.

      Tetapi jangan risau, apa yang boleh dilakukan oleh tuan adalah merujuk kembali dengan isteri tuan.

      Reply
  12. Salam… saya seorng isteri dan mempunyai anak seorng…
    Saya ingin bertanya adakah saya tergolong isteri nusyuz atau derhaka kpada suami selepas saya keluar tanpa izin suami… saya keluar rumah tanpa izin suami untuk menenangkan fikiran saya yang serabut selepas gaduh dalam wasaap pasal suami tidak hantar anak ye sakit ke klinik ataupon hospital.

    Selama 5 hari saya tidak pulang ke rumah suami… suami ade berkata baliklah ke rumah.. tpi saya ttap berdegil tidak balik ke rumah… saya mahu die memujuk saya dan dtng jemput saya ttapi tiada tindakan n percakapan 1 pon dngan saya malah suami berckap dngan mak saya dan disuruh pulang ke rumah..

    Mohon penjelasan yee…

    Sekian

    Reply
    • Wassalam,

      Maaf, keluar rumah tanpa izin suami dan tidak pulang setelah disuruh suami adalah perbuatan nusyuz.

      Suami adalah ketua keluarga yang perlu dihormati.
      Rendahkan ego dan minta lah maaf dengan suami.

      Reply
  13. 1 Adakah isteri dikira nusyuz apabila memberitahu kepada kenalan lelakinya bahawa dia tiada suami, sedangkan dia bersuami.

    2. Apakah hukum seorang isteri menyatakan kepada lelaki kenalannya bahawa orang itu (suaminya) adalah bukan suaminya.

    Reply
    • Iya. Isteri selalu chatting, telefon dan hantar pesanan ringkas tanpa pengetahuan suami untuk berseronok-seronok dengan lelaki yang bukan mahramnya, jelas inilah tanda seorang isteri derhaka kepada suaminya.

      Reply
  14. benarkah tiada perkataan letih bagi isteri yang disebut dalam al-quran? maksud saya adakah seorang isteri akan dianggap nusyuz apabila tidak melayan suaminya di tempat tidur kerana keletihan…

    Reply
    • Ketika suami berhajat kepadanya dia enggan melayan hajat suaminya tanpa ada keuzuran seperti sakit.

      Sakit disini termasuk penat yang keterlaluan.

      Setakat malas atau tak ada keinginan bukan alasan yang munasabah.

      Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maksudnya :

      “Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

      Reply
  15. saya seorang suami dan saya nak bertanya jika suami yg dipukul oleh isterinya setiap kali ada salah faham..setelah suaminya menahan dan sampai tahap suaminya tidak tahan dan suaminya memukul isterinya adakah salah?

    Reply
    • Tidak sepatutnya isteri memukul suami kerana suami perlu dihormati sebagai ketua keluarga.

      Berdosa jika isteri memukul suami jika mengikut perasaan marah dan berniat menyakiti hati suaminya.

      Apabila berlaku nusyuz isteri, maka suami bolehlah mengambil tindakan dengan terus menasihati isterinya itu dan harus juga baginya untuk mengasingkan diri dari tempat tidur isterinya atau dengan kata lain, tidak tidur bersama-sama.

      Mengasingkan diri dari tempat tidur isteri adalah antara cara berkesan untuk menghukum isteri agar tidak mengulang perbuatan nusyuznya.

      Jika nusyuz isteri berlaku berulang-ulang atau berterusan, maka suami boleh memukulnya dengan pukulan yang ringan (bukan penderaan) jika mengikut sangkaannya dengan pukulan itu dapat mendatangkan faedah iaitu isteri akan kembali taat kepadanya.

      Reply
  16. Adakah dikira nusyuz kalau kita melawan cakap suami , sebab di antara kita melawan apabila selalu di kasari sehingga hati menjadi kosong , Si suami selalu abaikan nafkah si isteri , seperti macam sudah tidak serasi bila bersama ,

    Reply
    • Isteri yang suka menyakiti hati suaminya, suka berbantah-bantah atau tidak membukakan pintu untuk suami masuk ke rumah atau ke bilik dengan tujuan menyakiti hatinya adalah berdosa besar.

      Ibnu ‘Asakir pula menyebut:

      “Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya.”

      Reply
  17. 1. Saya tak boleh bersama dengan suami saya sebab saperti ada sesuatu yg menakutkan adapada suami saya iaitu saka yg menakutkan.
    2. perbanjaan yg saya hadapi terlalu banyak hingga saya tak boleh menyimpan wang langsung untuk mengikut kehendak suami saya..
    3. Suami saya langsung tak membantu saya menguruskan kerja harian sedangkan saya pun bekerja rasa penat.

    Reply
  18. Jika seorang isteri tidak menjalani tanggungjawabnya terhadap suami dan sering keluar rumah tanpa izin suami namun suaminya tidak sampai hati hendak memukul setelah menasihati dan mengasingkan tempat tidur pun atas kemahuan isteri bagaimana?

    Walaupun suaminya sudah berusaha untuk memenuhi keperluan keluarga, isteri tetap mengeluh mengatakan bahawa suami tidak memberikan nafkah yang secukupnya.

    Seringkali kami bertengkar apabila saya cuba untuk menasihatinya, namun setiap kali bertengkar isteri pasti akan mengungkit tentang jerih payahnya mencari wang untuk keluarga sedangkan saya sendiri sudah berusaha.

    Oleh kerana sudah seringkali isteri menyakiti hati saya dan tidak memenuhi keinginan saya sebagai seorang suami, saya mula berjauh hati.

    Isteri pula tidak habis-habis menuntut cerai. Menyuruh saya berkahwin lain. Yang lebih baik daripadanya. Dan saya selalu tegaskan bahawa saya berkahwin dengannya bukan untuk menceraikannya.

    Namun dia akan terus mengungkit dan mengungkit tentang kesalahan-kesalahan saya yang segalanya hanya berkisarkan kepada nafkah zahir.

    Saya sedar saya tidak mampu untuk memberikannya kesenangan, namun saya sudah cuba yang terbaik.

    Dan kini, seseorang hadir dalam kehidupan saya. Seorang wanita yang pada mulanya hanya menjadi tempat saya meluahkan masalah namun kini hubungan kami semakin akrab.

    Wanita ini sangat memahami membuatkan jiwa saya yang selama ini lelah dengan kerenah isteri terpaut. Saya rasa selesa dengannya.

    Ya, saya mengaku silap saya mencuranginya, namun desakan hati siapalah yang mampu menolak. Saya juga insan biasa. Sabar saya ada hadnya namun saya belum pernah menaikkan tangan kepada isteri.

    Dan baru-baru ini, diam-diam isteri sudah mengunjungi mahkamah tanpa pengetahuan saya. Dia ingin menuntut fasakh.

    Dalam hati hanya Tuhan yang tahu. Jujur saya sangat kecewa dengan tindakannya. Maruah sebagai seorang suami terasa seperti dipijak-pijak.

    Dalam diam, di belakang saya dia menyebarkan kepada saudara-mara tentang kecurangan saya. Mengapa tidak berdepan dengan saya terlebih dahulu?

    Jujur saya rasa sangat berdosa kerana tidak mampu membimbing isteri dan diri sendiri ke jalan yang baik.

    Namun sikap isteri sememangnya sangat memenatkan saya. Dan saya tidak bersedia untuk melepaskannya.

    Namun bila difikirkan kembali, takdir sudah tersurat.

    Mungkin jodoh kami sampai di sini saja. Memikirkan anak-anak, saya rasa sedih. Mereka sudah banyak menanggung tekanan setiap kali saya dan isteri bergaduh.

    Sejujurnya, hati saya begitu berat untuk melepaskan segalanya.

    Maafkan saya, mungkin agak keterlaluan komen saya. Terlalu emosi sejak akhir-akhir ini.

    Persoalannya, bagaimana dan apakah yang harus saya lakukan? Untuk menjaga hati semua pihak.

    Reply
    • Jika isteri meminta cerai kerana alasan suami berhajat berpoligami bukanlah alasan yang syrie.

      Sabda Rasulallah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang bermaksud :

      “Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak haram baginya bau syurga.”

      (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

      Reply
  19. Bila istri melakukan Nusyuz kpd suami, tapi suami takut bercerai karena ada anak kecil umur 3 tahun, bagaimana? Suami menahan diri rela menderita demi anak.

    Reply
    • Apabila berlaku nusyuz isteri, maka suami bolehlah mengambil tindakan dengan terus menasihati isterinya itu dan harus juga baginya untuk mengasingkan diri dari tempat tidur isterinya atau dengan kata lain, tidak tidur bersama-sama.

      Mengasingkan diri dari tempat tidur isteri adalah antara cara berkesan untuk menghukum isteri agar tidak mengulang perbuatan nusyuznya.

      Jika nusyuz isteri berlaku berulang-ulang atau berterusan, maka suami boleh memukulnya dengan pukulan yang ringan (bukan penderaan) jika mengikut sangkaannya dengan pukulan itu dapat mendatangkan faedah iaitu isteri akan kembali taat kepadanya.

      Jalan terakhir apabila suami sudah tidak berkemampuan menasihati isterinya adalah menceriakannya dengan talak satu.

      Jika isteri sudah ada tanda-tanda berubah maka bolehlah rujuk semula.

      Firman Allah Subhanahu Wa Ta‘ala maksudnya :

      “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) tinggalkanlah (pulaukanlah) mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).”

      (Surah an-Nisa ayat 34)

      Reply
  20. jika segala tindakan telah dibuat hnya memukul shj x sggup buat, ttp isteri berterusan ingkar nasihat suami dgn cara berusaha mnyorok menunggu keadaan tiba ingkar dilakukan dan tertangkap diinsaf 2 hari slp bagi nafkah batin di ulang smula ingkar bgaimana hadapinya?

    Reply
    • Jalan terakhir apabila suami sudah tidak berkemampuan menasihati isterinya adalah menceriakannya dengan talak satu.

      Jika isteri sudah ada tanda-tanda berubah maka bolehlah rujuk semula.

      Firman Allah Subhanahu Wa Ta‘ala maksudnya :

      “Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) tinggalkanlah (pulaukanlah) mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).”

      (Surah an-Nisa ayat 34)

      Reply

Leave a Comment