Senarai Lengkap Solat-Solat Sunat

solat sunat

Ini adalah senarai lengkap jenis-jenis solat sunat.

Panduan ini bertujuan memudahkan anda memahami dengan lebih lanjut mengenai solat sunat dan jenis-jenisnya.

Semoga panduan ini membantu anda.

Maksud Solat Sunat

solat sunat sebelum solat jumaat

Apakah maksud solat sunat?

Solat sunat disebut juga solat Nawafil atau Tatawwu’ iaitu solat yang dilakukan secara sukarela. Ia dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan meraih kasih sayangNya.

Orang yang mengerjakannya dengan ikhlas lebih dikasihi dan diberi lebih perhatian oleh Allah SWT berbanding orang yang hanya mengerjakan solat fardu semata-mata.

Pada zaman Rasulullah SAW, para sahabat sangat cemburu dan berasa iri hati melihat baginda banyak melakukan amalan sunat.

Maka mereka turut sama berlumba-lumba melakukannya.

Solat sunat mempunyai fadilat yang tersendiri namun hakikatnya disembunyikan oleh Allah SWT.

Sememangnya digalakkan kepada golongan yang beriman agar mengerjakan amalan sunat khususnya solat sunat.

InsyaaAllah mereka akan Berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat jika melakukannya dengan rasa khusyuk.

“Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam solat mereka

— Surah al-Mukminun 1-2

Hukum Solat Sunat

Hukum mengerjakan solat sunat adalah mendapat pahala jika dikerjakan dan tidak berdosa jika ditinggalkan.

Kelebihan Solat Sunat

Kelebihan mengerjakannya solat sunat adalah:

  1. Menambah kesempurnaan solat fardu
  2. Meningkatkan iman
  3. Mendekatkan dirinya dengan Allah.
  4. Menampung kekurangan dalam solat fardu.
  5. Memperolehi ketenangan diri dan perasaan.
  6. Sentiasa mendapat rahmat dan petunjuk daripada Allah.
  7. Mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan pada Allah.

Senarai Solat Sunat

solat sunat zuhur

Kesemua sembahyang sunat terbahagi kepada 2 jenis iaitu;

  1. Solat-solat sunat Mu’akkad (digalakkan)
  2. Solat-solat sunat Ghairu Mu’akkad. (tidak diberatkan).

Sembahyang sunat juga terbahagi kepada dua, iaitu boleh dilakukan secara berjemaah atau secara bersendirian.

Solat sunat yang dilakukan secara berjemaah 

Berikut adalah senarai solat sunat yang afdhal dilakukan berjemaah:

  1. Solat Tarawih
  2. Solat Raya Aidilfitri
  3. Solat Raya Aidiadha
  4. Solat Minta Hujan (Istisqa’)
  5. Solat Gerhana Matahari dan Bulan
  6. Solat Witir

Waktu Yang Diharamkan Solat Sunat

petunjuk jawapan istikharah

Bilakah waktu yang diharamkan sembahyang sunat?

Waktu yang diharamkan sembahyang sunat yang juga dikenali sebagai waktu tahrim adalah seperti berikut:

  • Sesudah solat subuh
  • Ketika matahari hampir terbit atau sedang terbit.
  • Ketika rembang iaitu matahari tegak di atas kepala.
  • Ketika matahari hampir terbenam.
  • Sesudah solat asar.

Solat yang diharamkan ini ialah solat yang tidak bersebab iaitu sembahyang sunat mutlak dan solat yang sebabnya datang terkemudian seperti solat istikharah, solat musafir dan solat Ihram.

Manakala solat yang bersebab seperti solat qada, solat wuduk, solat Tahiyyatul Masjid, solat tawaf, sujud tilawah dan sujud syukur tidak diharamkan.

Kelebihan Mengerjakan Sembahyang Sunat

YouTube video

Menurut hadis-hadis Rasulullah SAW,  setengah-setengah sembahyang sunat itu mempunyai keistimewaan yang tersendiri, bukan sahaja dari segi ganjarannya tetapi juga fadhilat, hikmah dan faedahnya.

  • Misalnya orang yang mengamalkan solat Tahajjud ditengah malam, ia bakal dikurniakan ketetapan iman, dimurahkan rezeki, di samping dipercayai dan dihormati oleh orang ramai serta doanya dimakbulkan Allah SWT.
  • Begitu juga mereka yang mengamalkan sembahyang sunat Dhuha, rezekinya tidak putus dan dimudahkan segala urusannya.
  • Orang yang mengerjakan solat Tarawih di Bulan Ramadhan pula diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.
  • Orang yang mengamalkan sembahyang sunat Isyraq pula dikurniakan pahala seperti pahala Haji dan Umrah. Dan bergitulah pada solat-solat lain, ada keistimewaan yang tersendiri.

Penutup

Perlu diingatkan kepada pembaca budiman yang cintakan kepada amalan kebaikan dan mengerjakan ibadah sunat ini bahawa tidak semua solat sunat yang dinyatakan dalam panduan ini diambil ataupun perbuatan daripada sunnah Nabi kita yang mulia, tetapi dirujuk hasil daripada amalan ulama dan kekasih Allah.

Mungkin tidak jelas mengapa dinamakan dengan solat-solat sunat tertentu, tetapi kebaikan yang dirasakan para ulama , dengan menyusun secara sistematik amalan sunat tersebut, dapat memudahkan orang awam bahkan bersungguh-sungguh menambah amalan sunat mereka, InsyaaAllah.

Sabda Baginda SAW:

Perbanyakkanlah bersujud, kerana tidaklah kamu bersujud (walaupun) sekali, kecuali Allah akan mengangkat satu darjat untukmu dan menghapus satu kesalahan darimu”

— Hadis Riwayat Muslim

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

110 thoughts on “Senarai Lengkap Solat-Solat Sunat”

  1. Alhamdulillah. JazakAllahu khairan kathira. Begitu banyak kebaikan daripada blog yg saudara usahakan ini tetapi masa tidak mengizinkan utk saya huraikan. Semoga saudara mendapat ganjaran yg sebaiknya utk kebaikan di dunia dan di akhirat. Semoga juga saya dan mereka yg lain dpt memanfaatkan serta mengamalkannya secara optimum demi keredhaan Allah.

    Reply
    • Wa’alaikumussalam

      Alhamdulillah, terima kasih banyak atas doa dan kata-kata yang sangat baik ini. Sebenarnya semua kebaikan datang dari Allah, saya hanya cuba berkongsi setakat yang sedikit ini sahaja.

      Saya doakan juga semoga Puan Shikin sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah, diberi kekuatan untuk terus belajar, beramal dan menyampaikan kebaikan kepada orang sekeliling.

      Moga setiap ilmu yang diamalkan menjadi saham berpanjangan untuk kita di akhirat kelak.

      Jazakillahu khairan kathira atas sokongan dan doa yang sangat bermakna ini. 

      Reply
  2. bole kah sy bercerita dngn penulis , sbb sy betul betul ingin berubah tapi x tau mau mula dari mana 🙂💔

    Reply
    • Wa’alaikumussalam

      Alhamdulillah, rasa betul-betul ingin berubah itu sendiri sudah satu nikmat besar daripada Allah. Jangan rasa malu atau putus asa, semua orang yang baik hari ini pun bermula daripada keadaan yang banyak salah dulu.

      Sebagai langkah awal, boleh cuba tiga perkara ringkas ini:

      1. Jaga solat fardu dulu sebaik mungkin – walaupun belum sempurna, cuba jangan tinggal. Kalau tertinggal, qada semula dan terus perbaiki sedikit demi sedikit.
      2. Perbanyakkan istighfar dan doa – bercakap dengan Allah secara jujur, mengaku salah dan minta Dia pimpin langkah perubahan.
      3. Belajar dan berubah sedikit demi sedikit – pilih satu amalan sunat yang mudah (contoh: Dhuha atau sebelum tidur) dan cuba istiqamah. Jangan paksa diri terlalu banyak sekaligus sampai rasa terbeban.

      Kalau AFFBA rasa lebih selesa untuk bercerita, insyaAllah boleh hubungi saya melalui emel. Tulis saja apa yang AFFBA sedang lalui, saya akan cuba jawab setakat yang Allah izinkan.

      Jangan risau, Allah sentiasa dekat dengan hamba yang mahu kembali kepadaNya.

      Reply
    • Amin, terima kasih kembali.

      Semoga kita semua sentiasa dalam limpahan rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT. 

      Reply
  3. Assamualaikum terima kasih kpd Aku Islam yg telah menyediakan panduan2 utk solat dgn jelas dan senang difahami

    Reply
    • Wa’alaikumussalam,

      Alhamdulillah, terima kasih atas kata-kata yang baik. Saya sangat gembira panduan yang disediakan di Aku Islam dapat membantu dan memudahkan pemahaman tuan dalam ibadah solat. Semoga Allah SWT memberkati usaha kita semua dan menjadikan setiap amalan sebagai kebaikan yang berpanjangan.

      Reply
    • Sama-sama, alhamdulillah. Saya gembira dapat membantu. Semoga ilmu yang dikongsi ini bermanfaat dan membawa kebaikan dalam hidup tuan. Teruskan usaha dalam mencari ilmu, insyaAllah.

      Reply

Leave a Comment