Bagaimana cara mengerjakan Solat Sunat Tasbih?
Ini adalah panduan lengkap cara melaksanakan Solat Sunat Tasbih secara langkah demi langkah dan mudah difahami.
Apa yang menarik:
Setiap bacaan akan dipermudahkan dengan transliterasi rumi.
Jika anda memerlukan panduan ini, mari kita mulakan…
- Maksud Solat Tasbih
- Hukum Solat Tasbih
- Jumlah Rakaat Solat Sunat Tasbih
- Niat Solat Sunat Tasbih
- Bacaan Tasbih Dalam Solat
- Cara Solat Sunat Tasbih (Siang)
- Cara Solat Sunat Tasbih (Malam)
- Doa Solat Tasbih
- Surah Yang Digalakkan Untuk Dibaca
- Bilangan Bacaan Tasbih Mengikut Tempat / Posisi Solat
- Soal Jawab Masalah Berkaitan Solat Sunat Tasbih
- Penutup
Maksud Solat Tasbih
Solat Sunat Tasbih diberikan nama sedemikian kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 tasbih semasa mengerjakannya. Solat ini pernah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada bapa saudaranya Sayidina Abbas bin Abdul Mutalib r.a.
Hukum Solat Tasbih
Solat ini SUNAT dilakukan setiap malam, dan sekiranya tidak mampu dikurangkan kepada sekali seminggu. Sekiranya masih tidak mampu, dikurangkan kepada sekali sebulan.
Dan sekiranya masih tidak sanggup sekali sebulan, memadailah melakukannya sekali dalam setahun.
Atau setidak-tidaknya sekali dalam seumur hidup.
Jumlah Rakaat Solat Sunat Tasbih
Terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini, bergantung kepada waktu ianya dikerjakan:
- Sekiranya dikerjakan pada waktu siang hari, hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan satu salam.
- Sekiranya dikerjakan pada malam hari, hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan dua salam.
Niat Solat Sunat Tasbih
Niat Solat Sunat Tasbih terbahagi kepada dua, iaitu niat pada waktu siang dan niat pada waktu malam.
Usolli Sunnatal Tasbihi Arba’a Raka’atin Lillahi Taala
Dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat sunat tasbih empat rakaat kerana Allah Taala.
2. Lafaz niat solat sunat tasbih jika dikerjakan di malam hari (dua salam) ialah:
Usolli Sunnatal Tasbihi Rak’ataini Lillahi Taala
Dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat sunat tasbih dua rakaat kerana Allah Taala.
Disunatkan melakukan melakukan Solat Tasbih ini semasa Qiamullail dan dijadikan salah satu Ibadah mengejar Lailatul Qadar
Bacaan Tasbih Dalam Solat
Bacaan tasbih yang dibaca di dalam solat sunat ini adalah:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
Maksudnya:
Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
- Tasbih asal pada rukuk, iktidal, sujud dan seterusnya tetap perlu dibaca.
- Bilangan bacaan tasbih untuk setiap tempat / posisi dalam solat boleh dirujuk pada ruangan khas di bawah.
Cara Solat Sunat Tasbih (Siang)
Bagaimana cara mengerjakan Solat Tasbih pada waktu siang?
Cara Solat Sunat Tasbih dari segi pergerakan adalah sama seperti solat-solat 4 rakaat yang lain.
Di bawah ini merupakan cara melaksanakan solat Sunat Dhuha secara langkah demi langkah:
Rakaat Pertama
1. Berdiri Tegak Dengan Mengadap Kiblat
Berdiri dengan selesa dan memandang ke arah tempat sujud. Rasakan di dalam hati kita sedang berhadapan dengan Allah SWT.
2. Takbiratul Ihram Serentak Dengan Niat Di Dalam Hati
Ucapkan “Allahuakbar” sambil mengangkat tangan dan berniat di dalam hati:
Usolli Sunnatal Tasbihi Arba’a Raka’atin Lillahi Taala
… atau boleh juga berniat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat sunat tasbih empat rakaat kerana Allah Taala.
3. Kemudian Letakkan Tangan Di Atas Perut Dan Mula Membaca Doa Iftitah
Selepas selesai mengangkat takbir, seterusnya adalah letakkan tangan diantara pusat dan dada.
Tangan kanan menggenggam pergelangan tangan kiri. Tangan diletakkan di antara pusat dan dada
Kemudian, baca doa iftitah:
- Hukum membaca Iftitah adalah sunat hai’ah. Solat tetap sah jika doa ini ditinggalkan. Tetapi jika dibaca, akan mendapat pahala.
Allaahu Akbaru Kabiiraa-walhamdu Lillaahi Katsiiran, Wa Subhaanallaahi Bukrataw-wa’ashiila.
Wajjahtu Wajhiya Lilladzii Fatharas-samaawaati Wal Ardha Haniifam-muslimaw-wamaa Anaa Minal Musyrikiina.
Inna Solaatii Wa Nusukii Wa Mahyaaya Wa Mamaatii Lillaahi Rabbil ‘Aalamiina.
Laa Syariikalahu Wa Bidzaalika Umirtu Wa Ana Minal Muslimiin
4. Seterusnya Bacalah Surah al-Fatihah.
Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
5. Kemudian, Bacalah Surah Dari Al-Quran
Antara surah yang digalakkan untuk dibaca dalam solat tasbih adalah Surah at-Takasur.
- Walau bagaimana pun, jika tidak mampu membaca surah di atas, maka boleh sahaja diganti dengan surah-surah lain yang diingati.
6. Selepas itu, Bertasbihlah Sebanyak 15 Kali
Bacaan tasbih adalah seperti berikut:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
Maksudnya:
Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
7. Selesai Membaca Tasbih, Teruskan Dengan Rukuk.
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:
SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih
Kemudian,bertasbihlah sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
8. Kemudian Iktidal
Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:
Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
Dan selepas itu, bacalah tasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
9. Kemudian Sujud
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Kemudian itu, dibacakan juga tasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
10. Seterusnya Duduk Diantara Dua Sujud
Baca bacaan antara dua sujud:
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
Kemudian, bacakan tasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
11. Seterusnya Lakukan Sujud Kedua
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Kemudian itu, dibacakan juga tasbih sebanyak 10 kali selepas sujud kedua:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
12. Duduk Istirahat Sebelum Bangun Untuk Rakaat Kedua.
Semasa istirahat, bertasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
Selesai bertasbih, bangunlah berdiri untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
13. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir Intiqalat
(Takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan untuk rakaat kedua).
14. Baca Surah al-Fatihah.
Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
15. Kemudian, Bacalah Surah Dari Al-Quran
Antara surah seterusnya yang digalakkan untuk dibaca dalam solat tasbih adalah Surah al-Asr
- Walau bagaimana pun, jika tidak mampu membaca surah di atas, maka boleh sahaja diganti dengan surah-surah lain yang diingati.
16. Selepas itu, Bertasbihlah Sebanyak 15 Kali
Bacaan tasbih adalah seperti berikut 15 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
Maksudnya:
Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
17. Selesai Membaca Tasbih, Teruskan Dengan Rukuk.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk iaitu:
Subhaana Rabbiyal A’zim Wabihamdih
Kemudian,bertasbihlah sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
18. Kemudian Iktidal
Setelah bangun dari rukuk, berdiri lurus dan bacalah tasbih berikut:
Sami Allahu Liman Hamidah, Rabbana Lakal Hamdh
Dan selepas itu, bacalah tasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
19. Kemudian Sujud
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Kemudian itu, dibacakan juga tasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
20. Seterusnya Duduk Diantara Dua Sujud
Baca bacaan antara dua sujud:
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
Kemudian, bacakan tasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
21. Seterusnya Lakukan Sujud Kedua
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Kemudian itu, dibacakan juga tasbih sebanyak 10 kali selepas sujud kedua:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
22. Bangun Dari Sujud Dan Terus Duduk Istirahat Sebagai Ganti Tahiyyat Awal
Jika melakukan solat sunat tasbih pada waktu siang (iaitu 4 rakaat dengan 1 salam), maka selepas sujud kedua, teruskan dengan duduk istirahat sebagai ganti tasyahud awal.
Semasa duduk istirahat tersebut bacakan tasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
Selesai bertasbih, bangunlah berdiri untuk rakaat ketiga
Rakaat Ketiga
23. Bangun Untuk Rakaat Ketiga Dan Dimulai Dengan Takbir Intiqalat
(Takbir intiqalah disini bermaksud takbir permulaan rakaat ketiga).
24. Seterusnya Bacalah Surah al-Fatihah.
Surah al-Fatihah wajib dibacakan dalam semua rakaat solat.
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
25. Selepas itu, Bertasbihlah Sebanyak 15 Kali.
Bacaan tasbih adalah seperti berikut:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
Maksudnya:
Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
26. Selesai Membaca Tasbih, Teruskan Dengan Rukuk.
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:
SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih
Kemudian,bertasbihlah sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
27. Kemudian Iktidal
Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:
Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
Dan selepas itu, bacalah tasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
28. Kemudian Sujud
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Kemudian itu, dibacakan juga tasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
29. Seterusnya Duduk Diantara Dua Sujud
Baca bacaan antara dua sujud:
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
Kemudian, bacakan tasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
30. Seterusnya Lakukan Sujud Kedua
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Kemudian itu, dibacakan juga tasbih sebanyak 10 kali selepas sujud kedua:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
31. Duduk Istirahat Sebelum Bangun Untuk Rakaat Keempat.
Semasa istirahat, bertasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
Selesai Bertasbih, Bangunlah Berdiri Untuk Rakaat Keempat
Rakaat Keempat
32. Rakaat Keempat Dimulai Dengan Takbir Intiqalat
33. Baca Surah al-Fatihah.
Seperti rakaat sebelumnya, sekali lagi pada rakaat keempat dibacakan surah al-Fatihah.
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
34. Selepas itu, Bertasbihlah Sebanyak 15 Kali
Bacaan tasbih adalah seperti berikut:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
Maksudnya:
Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
35. Selesai Membaca Tasbih, Teruskan Dengan Rukuk.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk iaitu:
Subhaana Rabbiyal A’zim Wabihamdih
Kemudian,bertasbihlah sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
36. Kemudian Iktidal
Setelah bangun dari rukuk, berdiri lurus dan bacalah tasbih berikut:
Sami Allahu Liman Hamidah, Rabbana Lakal Hamdh
Dan selepas itu, bacalah tasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
37. Kemudian Sujud
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Kemudian itu, dibacakan juga tasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
38. Seterusnya Duduk Diantara Dua Sujud
Baca bacaan antara dua sujud:
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
Kemudian, bacakan tasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
39. Seterusnya Lakukan Sujud Kedua
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Kemudian itu, dibacakan juga tasbih sebanyak 10 kali selepas sujud kedua:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
40. Lakukan Tahiyyat Akhir
Bangun dari sujud kedua kemudian terus lakukan tahiyyat akhir. Bacalah bacaan tasyahhud seperti berikut:
Attahiyatul Mubarakatus Solawatut Thoyyibatu Lillah.
Assalamu’alaika Ayyuhan Nabiyu Warahmatullayhi Wabarakatuh.
Assalamu’alaina Wa’la ‘Ibadillahis Solihin.
Asyahadu Alla illaHa illallah. Wa’asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.
Allahumma Solli’ala Muhammad Wa’ala Aali Muhammad.
Kama Sollaita’ala Ibrahim Wa’ala Aali Ibrahim.
Wabarik ‘Ala Muhammad Wa ‘Ala Ali Muhammad.
Kama Barakta ‘Ala Ibrahim Wa’ala Aali Ibrahim. Fil ‘alamina innaka Hamidummajid.
Kemudian bacakan tasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
41. Memberi Salam
Setelah selesai membaca tahiyat, maka sudahi solat dengan memberi salam.
Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:
Assalamualaikum Warahmatullah
Maksudnya:
Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya
… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:
Assalamualaikum Warahmatullah
42. Selesailah Solat Sunat Tasbih Tersebut
Setelah selesai solat, anda bolehlah membaca doa solat tasbih seperti yang dinyatakan pada bahagian di bawah.
Jumlah tasbih dalam 4 rakaat pertama ini adalah sebanyak 300 tasbih.
Sekiranya terlupa membaca tasbih pada satu-satu tempat sebagaimana di atas, maka tasbih tersebut boleh digantikan di tempat berikutnya supaya jumlah tasbih yang dibaca genap 300 kali.
Cara Solat Sunat Tasbih (Malam)
Bagaimana cara mengerjakan Solat Tasbih pada waktu malam?
Cara Solat Sunat Tasbih dari segi pergerakan adalah sama seperti solat sunat 2 rakaat yang lain. Jumlah tasbih yang perlu dibaca adalah sebanyak 300 tasbih.
Di bawah ini merupakan cara melaksanakan solat Sunat Tasbih secara langkah demi langkah:
Rakaat Pertama
1. Berdiri tegak dengan mengadap kiblat
Berdiri dengan selesa dan memandang ke arah tempat sujud. Rasakan di dalam hati kita sedang berhadapan dengan Allah SWT.
2. Takbiratul ihram serentak dengan niat di dalam hati
Dimulakan solat dengan ucapan “Allahuakbar” sambil mengangkat tangan dan berniat di dalam hati:
Usolli Sunnatal Tasbihi Rak’ataini Lillahi Taala
… atau boleh juga berniat dalam Bahasa Melayu:
Sahaja aku solat sunat tasbih dua rakaat kerana Allah Taala.
3. Kemudian Bacalah Doa Iftitah
Selepas selesai mengangkat takbir, seterusnya adalah letakkan tangan diantara pusat dan dada.
Tangan kanan menggenggam pergelangan tangan kiri. Tangan diletakkan di antara pusat dan dada
Kemudian, baca doa iftitah:
- Hukum membaca Iftitah adalah sunat hai’ah. Solat tetap sah jika doa ini ditinggalkan. Tetapi jika dibaca, akan mendapat pahala.
Allaahu Akbaru Kabiiraa-walhamdu Lillaahi Katsiiran, Wa Subhaanallaahi Bukrataw-wa’ashiila.
Wajjahtu Wajhiya Lilladzii Fatharas-samaawaati Wal Ardha Haniifam-muslimaw-wamaa Anaa Minal Musyrikiina.
Inna Solaatii Wa Nusukii Wa Mahyaaya Wa Mamaatii Lillaahi Rabbil ‘Aalamiina.
Laa Syariikalahu Wa Bidzaalika Umirtu Wa Ana Minal Muslimiin
4. Seterusnya bacalah surah al-Fatihah.
Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam semua solat.
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
5. Kemudian, Bacalah Surah Dari Al-Quran
Antara surah yang digalakkan untuk dibaca dalam solat tasbih adalah Surah at-Takasur.
- Walau bagaimana pun, jika tidak mampu membaca surah di atas, maka boleh sahaja diganti dengan surah-surah lain yang diingati.
6. Selepas itu, bertasbihlah sebanyak 15 Kali
Bacaan tasbih adalah seperti berikut:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
Maksudnya:
Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
7. Selesai membaca tasbih, teruskan dengan rukuk.
Belakang badan perlu rata, pandangan dihalakan ke tempat sujud dan tangan diletakkan di kepala lutut dalam keadaan selesa.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk:
SubHaaNa Rabbiyal A’zim Wabihamdih
Kemudian,bertasbihlah sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
8. Kemudian Iktidal
Bangun dari rukuk dan berdirilah tegak (iktidal), kemudian bacalah:
Sami Allahu Liman Hamidah. Rabbana Lakal Hamdh
Dan selepas itu, bacalah tasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
9. Kemudian Sujud
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Kemudian itu, dibacakan juga tasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
10. Seterusnya Duduk Diantara Dua Sujud
Baca bacaan antara dua sujud:
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
Kemudian, bacakan tasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
11. Seterusnya Lakukan Sujud Kedua
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Kemudian itu, dibacakan juga tasbih sebanyak 10 kali selepas sujud kedua:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
12. Duduk istirahat sebelum bangun untuk rakaat kedua.
Semasa istirahat, bertasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
Selesai bertasbih, bangunlah berdiri untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
13. Rakaat kedua dimulai dengan lafaz takbir intiqalat
(Takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).
14. Baca surah al-Fatihah.
Seperti rakaat pertama, sekali lagi pada rakaat kedua dibacakan surah al-Fatihah.
Bismillāhir-raḥmānir-raḥīm. Al-ḥamdu lillāhi rabbil-‘ālamīn. Ar-raḥmānir-raḥīm. Māliki yaumid-dīn. Iyyāka na‘budu wa iyyāka nasta‘īn. Ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm. Sirāṭallażīna an‘amta ‘alaihim, ghairil-magḍūbi ‘alaihim wa laḍ-ḍāllīn
15. Kemudian, Bacalah Surah Dari Al-Quran
Antara surah seterusnya yang digalakkan untuk dibaca dalam solat tasbih adalah Surah al-Asr
- Walau bagaimana pun, jika tidak mampu membaca surah di atas, maka boleh sahaja diganti dengan surah-surah lain yang diingati.
16. Selepas itu, Bertasbihlah Sebanyak 15 Kali
Bacaan tasbih adalah seperti berikut:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
Maksudnya:
Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, dan Allah Maha Besar. Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.
17. Selesai membaca tasbih, teruskan dengan rukuk.
Dalam rukuk ini, bacalah bacaan rukuk iaitu:
Subhaana Rabbiyal A’zim Wabihamdih
Kemudian,bertasbihlah sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
18. Kemudian Iktidal
Setelah bangun dari rukuk, berdiri lurus dan bacalah tasbih berikut:
Sami Allahu Liman Hamidah, Rabbana Lakal Hamdh
Dan selepas itu, bacalah tasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
19. Kemudian Sujud
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Subhana Rabbiyal A’la Wabihamdih
Kemudian itu, dibacakan juga tasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
20. Seterusnya Duduk Diantara Dua Sujud
Baca bacaan antara dua sujud:
Rabbigfirli Warhamni Wajburni Warfagni Warzuqni Wahdini Wa ‘AaFini Wa’fu Anni
Kemudian, bacakan tasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
21. Seterusnya Lakukan Sujud Kedua
Semasa sujud bacakan bacaan sujud:
Kemudian itu, dibacakan juga tasbih sebanyak 10 kali selepas sujud kedua:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
22. Lakukan Tahiyyat Akhir
Bangun dari sujud kedua kemudian terus lakukan tahiyyat akhir. Bacalah bacaan tasyahhud seperti berikut:
Attahiyatul Mubarakatus Solawatut Thoyyibatu Lillah.
Assalamu’alaika Ayyuhan Nabiyu Warahmatullayhi Wabarakatuh.
Assalamu’alaina Wa’la ‘Ibadillahis Solihin.
Asyahadu Alla illaHa illallah. Wa’asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.
Allahumma Solli’ala Muhammad Wa’ala Aali Muhammad.
Kama Sollaita’ala Ibrahim Wa’ala Aali Ibrahim.
Wabarik ‘Ala Muhammad Wa ‘Ala Ali Muhammad.
Kama Barakta ‘Ala Ibrahim Wa’ala Aali Ibrahim. Fil ‘alamina innaka Hamidummajid.
Kemudian bacakan tasbih sebanyak 10 kali:
Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallaHu Wallahu Akbar Wala Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
23. Memberi Salam
Setelah selesai membaca tahiyat, maka sudahi solat dengan memberi salam.
Palingkan muka ke sebelah kanan, dan ucapkan salam seperti berikut:
Assalamualaikum Warahmatullah
Maksudnya:
Salam sejahtera untuk kamu, juga rahmat Allah dan berkatNya
… kemudian palingkan pula muka ke sebelah kiri dan ucapkan salam kedua:
Assalamualaikum Warahmatullah
24. Segera Bangun Berdiri Untuk Rakaat Ketiga & Keempat
Ulangi langkah solat dari langkah 1 sehingga langkah 23 (seperti yang telah dinyatakan di atas)
Jumlah tasbih dalam 2 rakaat pertama ini adalah sebanyak 150 tasbih. Oleh itu, 2 rakaat seterusnya akan menggenapkan tasbih sebanyak 300 tasbih.
Sekiranya terlupa membaca tasbih pada satu-satu tempat sebagaimana di atas, maka tasbih tersebut boleh digantikan di tempat berikutnya supaya jumlah tasbih yang dibaca genap 300 kali.
Doa Solat Tasbih
Wirid Dan Zikir Selepas Solat Tasbih
Tiada bacaan wirid atau zikir khas untuk solat Tasbih dari mana-mana kitab.
Namun, tidak menjadi masalah jika kita ingin melakukan zikir dan wirid selepas solat Tasbih. Hukumnya adalah harus.
Antara wirid dan zikir yang boleh dibacakan adalah bacaan-bacaan wirid al-Qusyasyiyyah ringkas, yang lazim dibacakan selepas solat fardu.
Bacaannya adalah seperti berikut:
1. Membaca Istighfar
AsTaghFirullahal–‘Azim AllaDzi Laa IlaaHa IlLaa Huwal-Hayyul Qayyum Wa AtuuBu ILaiHi
Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Besar, tiada tuhan selain Dia, yang hidup lagi sentiasa berkuasa dan aku bertaubat kepadaNya
2. Membaca Pengakuan Tauhid
Laa iLaaHa ilLallahu WahDahu Laa SyariKa Lahu, Lahul-Hamdu Yuhyi WaYuMiiTu WaHuwa ‘ALaa Kulli Syai-In QoDirr
Tiada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah, tiada sekutu bagiNya, bagi Allah seluruh kekuasaan dan untuk Allah segala kepujiaan. Dia menghidupkan dan mematikan, Dialah amat berkuasa atas segala sesuatu.
3. Seterusnya, Memohon Dijauhkan Azab Neraka
AllahumMa AjirNa MinanNar
Ya Allah jauhkan aku daripada azab api neraka
Nota: Boleh ganti Ajirna (أَجِرْنَا) dengan AjirNi (أَجِرْنِى) jika solat sendirian
4. Seterusnya, Memohon Keselamatan
AllahumMa Antas-Salam, Wa Minkas-Salam, Wa iLaiKa Ya ‘UuDus-Salam, FaHayyiNa Rabbana BisSalam, Wa AdHilNal-JannaTa DaaRas-Salam, TaBaaRakTa RabbaNa Wa Ta’AaLaiTa Yaa Dzal-JalaaLi Wal Ikram.
Ya Allah Engkaulah penyelamat sejahtera, daripada Engkaulah datangnya kesejahteraan, kepada Engkaulah kembalinya kesejahteraan itu, oleh yang demikian hidupkanlah kami dengan selamat sejahtera dan masukkan kami ke syurga, negara yang aman sejahtera, bertambah-tambah berkatMu Ya Allah Tuhan kami dan Maha Tinggi, ya Allah yang empunya segala kebesaran dan kemuliaan.
5. Seterusnya, Membaca Ta’awuz
Aa-‘UuDzu Billahi Minasy-SyaiThonir-Rojim
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam
6. Seterusnya Membaca Al-Fatihah
Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Ar-Raḥmānir-Raḥīm. Māliki Yaumid-Dīn. Iyyāka Na‘Budu Wa Iyyāka Nasta‘Īn. Ihdinaṣ-Ṣirāṭal-Mustaqīm. Ṣirāṭallażīna An‘Amta ‘Alaihim, Gairil-Magḍūbi ‘Alaihim Wa Laḍ-Ḍāllīn
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
7. Seterusnya Membaca Ayat Kursi
allāhu lā ilāha illā huw, al-ḥayyul-qayyūm, lā ta’khużuhū sinatuw wa lā naum, lahū mā fis-samāwāti wa mā fil-arḍ, man żallażī yasyfa‘u ‘indahū illā bi’iżnih, ya‘lamu mā baina aidīhim wa mā khalfahum, wa lā yuḥīṭūna bisyai’im min ‘ilmihī illā bimā syā’, wasi‘a kursiyyuhus-samāwāti wal-arḍ, wa lā ya’ūduhū ḥifẓuhumā, wa huwal-‘aliyyul-‘aẓīm
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
8. Seterusnya Membaca al-Ikhlas
Qul huwallāhu aḥad. Allāhuṣ-ṣamad. Lam yalid wa lam yūlad. Wa lam yakul lahū kufuwan aḥad.
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa, Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan, Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
9. Seterusnya Membaca al-Falaq
qul a‘ūżu birabbil-falaq. min syarri mā khalaq. wa min syarri gāsiqin iżā waqab. wa min syarrin-naffāṡāti fil-‘uqad. wa min syarri ḥāsidin iżā ḥasad
Katakanlah (wahai Muhammad), “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan, Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk, Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan), Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.
10. Seterusnya Membaca an-Nas
qul a‘ūżu birabbin-nās. malikin-nās. ilāhin-nās. min syarril-waswāsil-khannās. allażī yuwaswisu fī ṣudūrin-nās. minal jinnati wan-nās
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.
11.
AllahumMa Aa-‘inNaa ‘ALaa DzikRiKa Wa HusNi ‘IbaaDaaTik
Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepadaMu dan memperelokkan ibadah kami terhadapMu
12. Membaca Tasbih “SubHaaNallah”
iLaaHii Yaa Rabbi — SubHaaNallah
Ya Allah Ya Tuhanku — Maha Suci Allah
13. Membaca SubhaaNallah 33 Kali
SubHaaNallah (33 Kali)
Maha Suci Allah
14. Membaca Tahmid
SubHaaNallahi Wa BiHamDiHi Daa Imann AbaDaa — Alhamdulillah
Maha Suci Allah, aku bertasbih sambil memuji-muji kekal sentiasa selama-lamanya — segala pujian hanya bagi Allah
15. Membaca Alhamdulillah Sebanyak 33 Kali
Alhamdulillah (33 Kali)
Segala pujian hanya bagi Allah
16. Membaca Takbir
Alhamdulillahi Rabbil-‘AaLaMin ‘Alaa Kulli HaaLin Wa Ni’Matin — Allahu Akbar
Segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan pentadbir sekalian alam, mana-mana juga keadaan dan nikmat pengurniaanNya — Allah Maha Besar
17. Membaca Allahu Akbar Sebanyak 33 Kali
Allahu Akbar (33 Kali)
Allah Maha Besar
18. Membaca Pelengkap Tasbih, Tahmid dan Takbir
Allahu Akbar KabiiRaw WalhamDulillahi KaTsiRaw WaSubHaaNallahi BukRataw Wa ASiiLaa
Allah Maha Besar, sungguh Maha Besar dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya dan Maha Suci Allah pada waktu pagi dan petang.
Laa iLaaHa ilLallahu WahDaHu Laa SyariiKa LaHu, LaHul-Mulku WaLahul-Hamdu YuhYi Wa YumiiTu WaHuWa ‘ALaa Kulli Syai-in Qadir
Tiada Tuhan melainkan Allah, Yang Esa dan tiada sekutu bagiNya. Baginya Segala kekuasaan dan bagiNya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
WaLaa HawLa Walaa QuwWaTa ilLaa Billahil-‘Aliyyil ‘Azim
Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung
19.
AllahumMa Laa MaaNi’A LiMaa A’Thoit, Wa Laa Mu’ThiYa LiMaa MaNa’Ta WaLaa RadDa LiMaa QoDhoit, Wa Laa YanFa’U DzaalJaddi MinKal Jadd
Ya Allah, Wahai Tuhan kami, tidak ada sesiapa pun yang boleh menghalang apa yang Engkau kurniakan, dan tidak ada sesiapa pun yang boleh memberi apa yang Engkau halangkan, dan tidak ada sesiapa pun yang boleh menolak apa yang Engkau putuskan dan tidak memberi manfaat kemuliaan kepada pemiliknya, daripadaMu (datangnya) segala kemuliaan.
20.
WaQooLa RobbukuMud-‘UuNii AsTajib Lakum
Dan Allah berfirman: Berdoalah kepadaKu nescaya Aku akan menerimanya daripada kamu
Doa Selepas Solat Tasbih
Bacalah doa sebagaimana berikut:
Bacaan Doa Rumi:
Allaahumma inni As’aluka Taufiqa Ahlil Huda
Wa ‘amala Ahlil Yaqin
Wa Munaa Sohata ahlil Taubati,
Wa ‘Azama ahliss-sobri,
Wawajila ahlil-Hasyyati,
Wa tholaba ahlirr-roghbati,
Wa Ta’abbuda Ahlil War’ie,
Wa ‘Irfaana ahlil ‘Ilmi Hatta Akhofaka.
Allaahumma Inni As’aluka makhofatan Tuhjidzuni ‘an ma’aasiika Hatta ‘Amala Bi Tho’atika
‘Amalan Astahiqqu Bihi Ridhoka Hatta ‘Unaasihaka fiit-taubati
Wa khaufan minka Hatta Uhliso Lakan-nasiihata
Wa Hatta Atawakkala ‘Alaika fiil Umuri Kulliha
Wa Husnizz-zonni Bika,
Subhanaka Kholiqan-nurr,
Rabbana Atmim Lana Nuurana,
Waghfirlana Innaka ‘Ala Kulli Syai’in Qodir.
Maksudnya:
Ya Allah, aku bermohon taufiq daripadaMu seperti mana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk, dan jadikan amalan ini seperti mana amalan ahli yakin, dan jadikan aku dari golongan yang menerima nasihat, orang-orang yang bertaubat, dan keazamanku seperti mana orang-orang yang takut.
Dan aku bermohon seperti mana pemohon orang yang suka kepada kebaikan dan beribadah seperti ibadat orang-orang yang warak.
Dan jadikan pengetahuanku ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga aku termasuk ke dalam golongan orang yang takut kepada Engkau.
Ya Allah, aku memohon kepadaMu, jadikan dalam diriku ini perasaan takut yang dapat menghalang aku daripada melakukan maksiat sehinggalah aku beramal yang aku merasa perlu mendapatkan keredhaanMu dan juga sehingga aku betul-betul ikhlas dan bertawakkal kepadaMu dalam setiap perkara.
Dan aku memohon supaya menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau Maha Suci Engkau Pencipta Cahaya kebenaran.
Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran, dan ampunilah kami.
Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau Maha Berkuasa.
Surah Yang Digalakkan Untuk Dibaca
Surah-surah yang baik untuk dibaca pada tiap-tiap rakaat sesudah bacaan al-Fatihah adalah sebagaimana berikut:
- Surah Yasin pada rakaat pertama, surah al-Waqi’ah pada rakaat kedua, surah ad-Dukhan pada rakaat ketiga, dan surah al-Mulk pada rakaat keempat.
- Surah Ad-Dhuha pada rakaat pertama, surah al-Insyirah pada rakaat kedua, surah al-Kauthar pada rakaat ketiga, dan surah an-Nasr pada rakaat keempat.
- Surah az-Zalzalah pada rakaat pertama, surah al-Adiyat pada rakaat kedua, surah An-Nasr pada rakaat ketiga, dan surah Al-Ikhlas pada rakaat keempat.
- Surah At-Takasur pada rakaat pertama, surah al-Asr pada rakaat kedua, surah al-Kafirun pada rakaat ketiga, dan surah al-Ikhlas pada rakaat keempat.
Walau bagaimana pun, jika tidak mampu membaca surah-surah di atas, maka boleh sahaja diganti dengan surah-surah lain yang diingati.
Bilangan Bacaan Tasbih Mengikut Tempat / Posisi Solat
Solat Tasbih 4 Rakaat
Berikut adalah bilangan tasbih yang perlu dibaca mengikut tempat / posisi dalam solat tasbih 4 rakaat (waktu siang hari).
Rakaat Pertama
Kedudukan | Jumlah Tasbih |
---|---|
Selepas baca surah al-Fatihah dan surah | 15 |
Rukuk | 10 |
Iktidal | 10 |
Sujud | 10 |
Duduk antara dua sujud | 10 |
Sujud | 10 |
Duduk istirahah (sebelum naik ke rakaat kedua) | 10 |
JUMLAH | 75 |
Rakaat Kedua
Kedudukan | Jumlah Tasbih |
---|---|
Selepas baca surah al-Fatihah dan surah | 15 |
Rukuk | 10 |
Iktidal | 10 |
Sujud | 10 |
Duduk antara dua sujud | 10 |
Sujud | 10 |
Duduk Tahiyat awal | 10 |
JUMLAH | 75 |
Rakaat Ketiga
Kedudukan | Jumlah Tasbih |
---|---|
Selepas baca surah al-Fatihah dan surah | 15 |
Rukuk | 10 |
Iktidal | 10 |
Sujud | 10 |
Duduk antara dua sujud | 10 |
Sujud | 10 |
Duduk istirahah (sebelum naik ke rakaat keempat) | 10 |
JUMLAH | 75 |
Rakaat Keempat
Kedudukan | Jumlah Tasbih |
---|---|
Selepas baca surah al-Fatihah dan surah | 15 |
Rukuk | 10 |
Iktidal | 10 |
Sujud | 10 |
Duduk antara dua sujud | 10 |
Sujud | 10 |
Duduk Tahiyat awal | 10 |
JUMLAH | 75 |
Keseluruhan tasbih bagi 4 rakaat ialah 300 tasbih.
Solat Tasbih 2 Rakaat
Berikut adalah bilangan tasbih yang perlu dibaca mengikut tempat / posisi dalam solat tasbih 2 rakaat (waktu malam hari).
Rakaat Pertama
Kedudukan | Jumlah Tasbih |
---|---|
Selepas baca surah al-Fatihah dan surah | 15 |
Rukuk | 10 |
Iktidal | 10 |
Sujud | 10 |
Duduk antara dua sujud | 10 |
Sujud | 10 |
Duduk istirahah (sebelum naik ke rakaat kedua) | 10 |
JUMLAH | 75 |
Rakaat Kedua
Kedudukan | Jumlah Tasbih |
---|---|
Selepas baca surah al-Fatihah dan surah | 15 |
Rukuk | 10 |
Iktidal | 10 |
Sujud | 10 |
Duduk antara dua sujud | 10 |
Sujud | 10 |
Duduk Tahiyat awal | 10 |
JUMLAH | 75 |
Kemudian teruskan lagi 2 rakaat berikutnya dengan cara yang sama. Maka, jumlah tasbihnya ialah 300 tasbih.
Soal Jawab Masalah Berkaitan Solat Sunat Tasbih
Berikut dikumpulkan beberapa soal jawab bagi masalah-masalah yang melibatkan perlaksanaan Solat Sunat Tasbih:
Penutup
Solat Tasbih ini dapat membuka pintu ampunan Allah SWT di atas segala dosa, dari awal hingga akhir, lama mahupun baru, disengaja atau tidak, kecil ataupun besar, nampak mahupun tersembunyi.
Inilah keajaiban sunat sunat tasbih dan kita seharusnya merebut dan berusaha menggamit cahaya kebaikan daripada-Nya.
Pujuk dan rayu diri dengan meleburkan sikap malas kepada gerak hati yang terdorong untuk mendirikan amalan solat sunat itu.
Semoga panduan ini bermanfaat!
Jika anda anda mempunyai sebarang persoalan mengenai topik ini, anda boleh tinggalkan perkara tersebut pada ruangan komen di bawah.
Nota Rujukan:
- Indahnya Hidup Bersyariat — Allahyarham Dato’ Ismail Kamus [Pautan]
- Ensiklopedia Solat — Rohidzir Rais, Fuad Ismail, Mohd Wahid Abd Hanif
- Ensiklopedia A-Z Tentang Solat — Dr Nik Yusri Musa
- Ensiklopedia Solat: Solat Tasbih — TV3 Official [Pautan]
- Bimbingan Lengkap Solat Sunat — Dato’ Dr. Mahmood Haji Abdul Majib, Rohidzir Rais [Pautan]
- Solat Sunat Harian — Ustaz Mohd Faez B. Mohd Shah al-Hashimi
- 1157 Persoalan Solat — Ustaz Muhadir Haji Joll [Pautan]
Tinggalkan Komen Anda..
Alhamdulillah panduan dari akuislam sangat2 meyakinkan dan banyak memberikan manfaat bagi saya dan keluarga saya. Terima kasih ustaz, mudah2an Allah memberikan pahala yg setimpal kepada ustaz dan keluarga. Aamiin ya rabbal alamiin.
Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah, saya sangat bersyukur jika panduan ini dapat memberi manfaat kepada tuan dan keluarga.
Terima kasih atas doa yang baik, semoga Allah SWT juga melimpahkan rahmat, keberkatan, dan kebaikan yang berterusan kepada tuan sekeluarga. Aamiin ya Rabbal ‘Alamin. 😊
As Salam Ustaz. Semasa solat tasbih pada rakaat keempat selepas baca alfatihah dan tasbih 15 kali, saya terlupa untuk rukuk dan terus sujud tapi saya teruskan hingga selesai 2 kali sujud dan kemudian bangun untuk tambah 1 rakaat lagi. Sebelum salam saya buat sujud sahwi. Bolehkah macamtu atau sepatutnya macamana? Pohon pencerahan. Terima kasih.
Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh.
Dalam situasi yang puan jelaskan, puan terlupa melakukan rukuk pada rakaat keempat Solat Tasbih dan terus sujud. Rukuk adalah rukun solat yang wajib dilakukan. Jika tertinggal rukun, rakaat tersebut dianggap tidak sah.
Tindakan puan menambah satu rakaat lagi untuk menggantikan rakaat yang tidak sah adalah betul. Melakukan sujud sahwi sebelum salam juga tepat kerana berlaku kesilapan dalam solat.
Jadi, solat puan sah dengan menambah rakaat dan sujud sahwi sebelum salam.
Kesimpulan:
– Meninggalkan rukuk secara terlupa membatalkan rakaat tersebut.
– Menambah satu rakaat untuk menggantikan rakaat yang batal adalah perlu.
– Sujud sahwi sebelum salam dilakukan kerana terlupa rukun.
Semoga penjelasan ini membantu.
Wallahu a’lam.
As Salam Ustaz. Terima kasih byk2 diatas pencerahan yg amat jelas. Semoga Allah swt merahmati Ustaz sekeluarga. Aamiin.
Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah, saya sangat berterima kasih atas doa dan kata-kata yang baik. Semoga Allah SWT juga sentiasa merahmati tuan dan sekeluarga serta memberkati setiap langkah dan usaha tuan.
Saya doakan agar segala amalan kita diterima oleh-Nya, dan semoga kita terus diberikan hidayah serta kekuatan untuk beribadah dengan ikhlas dan tawaduk.
Aamiin ya Rabbal Alamin.
Terima kasih sekali lagi atas sokongan dan doa yang baik.
Panduan yang sangat berguna untuk diamalkan. Syukran 🤲🏼
Alhamdulillah, sama-sama tuan ツ
Assalamualaikum,UTK solat belah MLM,rakaat 3 tu kne baca niat balik ke?
Wassalam.
Ya bangun rakaat ketiga kena berniat sekali lagi.
Nak tanya solat sunat tasbih d Siang hari ni, sebagai imam boleh ka baca surah al-fatehah dan surah pilihan d baca secara jahat?
As Salam,
Untuk solat pada waktu siang, imam membaca secara perlahan sahaja.
Assalammualaikum..ustaz Sy bru Belajar solat tasbih Sy lakukan pada Bulan Ramadhan sebelum subuh.tapi Saya tak sempat untuk lakukan 4 rakaat.saya ingat Kan sempat.habis 2 rakaat azan subuh berkumandan.tuk 2rakaat lagi tak sempat.macam tu ustaz?
Waalaikumsalam,
Dalam situasi di mana anda tidak sempat menyelesaikan 4 rakaat solat Tasbih sebelum masuk waktu Subuh, ada beberapa pandangan yang boleh diambil:
1. Apa yang Telah Anda Lakukan Sudah Mencukupi: Anda telah melakukan sebahagian dari solat Tasbih dan ini sudah merupakan ibadah sunat yang baik. Niat dan usaha anda dalam mencari keredhaan Allah SWT adalah perkara yang paling penting.
2. Menyelesaikan Solat Tasbih Kemudian: Beberapa ulama menyatakan bahawa anda boleh menyelesaikan baki solat Tasbih tersebut pada waktu lain di hari yang sama, dengan niat untuk melengkapkan apa yang telah dimulakan. Ini kerana tidak disyaratkan muwalat (berturutan) dalam solat tasbih.
Wallahu a’lam
Assalamualaikum Tuan, boleh tak solat tasbih sebelah malam. Kita lakukan 2 rakaat selepas isya dan sambungan lagi 2 rakaat sebelum solat suboh, maksudnya ada jarak masa antara 2 rakaat
Waalaikumussalam,
Solat Tasbih memang boleh dilakukan pada sebelah malam, dan tidak ada masalah untuk melakukannya dalam beberapa bahagian. Walaupun solat Tasbih biasanya dilakukan secara berterusan (muwalat) untuk cukup empat rakaat, tidak ada larangan khas dalam melakukannya secara berasingan, misalnya dua rakaat selepas Isyak dan dua rakaat sebelum Subuh.
Namun, perlu diingat bahawa solat Tasbih adalah solat sunat dan ia fleksibel dalam pelaksanaannya. Oleh itu, tuan boleh melaksanakannya mengikut kemudahan dan keupayaan tuan.
Tujuan utama solat Tasbih adalah untuk banyak mengingati Allah SWT dan membanyakkan tasbih, maka melakukannya dengan khusyuk dan pemahaman adalah lebih penting daripada terikat dengan tatacara tertentu.
Jadi, jika tuan merasa lebih mudah untuk melakukannya secara terpisah seperti yang tuan sebutkan, maka tiada masalah jika ia lebih memberikan rasa khusyuk.
Semoga Allah SWT menerima amalan kita semua.
Terima kasih tuan.. Sekarang saya cuba amalkan setiap hari mudahan Allah Azajawalla memberi rahmat kepada Tuan dan seisi keluarga. Aamiin
Terima kasih atas doa dan kata-kata baik tuan. Semoga usaha tuan dalam mengamalkan ajaran Islam setiap hari mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah SWT.
Semoga Allah juga memberkati tuan dan keluarga dengan kebahagiaan, kesihatan, dan kejayaan dalam segala aspek kehidupan. Aamiin.
Jika ada pertanyaan atau topik lain yang ingin dibincangkan, jangan segan untuk bertanya ya.
alhamdulillah… sangat bermafaat…
Alhamdulillah, saya bersyukur dapat membantu.
Jika ada pertanyaan atau topik lain yang ingin anda ketahui, jangan ragu untuk bertanya.
Semoga Allah SWT sentiasa memberkati dan memandu kita dalam setiap langkah.
Terima kasih Tuan.. penerangan yg jelas dan sangat lengkap.. izinkan saya beramal dengar rujukan disini
Wassalam,
Alhamdulillah, sama-sama.
Syukur sekiranya panduan ini telah membantu tuan.
Penerangan dan panduan solat sgt jelas.. Alhamdulillah
Alhamdulillah, terima kasih kerana sudi memberi maklumbalas :-)