Bagaimana doa selepas azan?
Serta, bagaimana lafaz azan dan cara menjawab azan tersebut.
Panduan ini ditulis dengan lengkap untuk menerangkan topik lafaz azan, cara menjawab azan, doa selepas azan, serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Apa yang penting:
Setiap bacaan juga dipermudahkan dalam ejaan rumi (jika anda menghadapi kesukaran membaca tulisan arab)
Jika anda berminat dengan topik ini, jom kita mulakan..
Pengenalan
Azan ialah seruan atau laungan yang dilakukan untuk memberitahu para muslimin bahawa sudah masuk waktu solat.
Dari segi bahasa, azan bermaksud ialah “al-i`lam” (pemberitahuan) atau “an-nida’” (seruan).
Azan ialah suatu gabungan perkataan-perkataan tertentu untuk menandakan waktu solat fardu atau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu solat.
Penandaan ini dibuat dengan melaungkan dengan lafaz-lafaz tertentu.
Hanya muazzin atau bilal (orang yang meneriakkan azan) lelaki yang boleh melakukan laungan azan.
Perempuan tidak boleh melaungkan seruan azan.
Sunat di waktu melaungkan azan:
- Berwuduk
- Menghadap ke arah kiblat
- Berdiri sewaktu azan
- Dilakukan di tempat yang tinggi
- Muazzin hendaklah mengeluarkan suaranya dengan nyaring.
- Mengulang-ngulang lafaz syahadatain (dua kalimah syahadat)
- Muazzin menutup kedua-dua telinganya dengan jari telunjuk ketika mengucap “Haiyya a’lassolah” sambil memalingkan muka ke arah kanan dan berpaling ke arah kiri ketika mengucapkan “Haiyya ‘alalfalah”
Kalimah Seruan Azan
Ini adalah kalimah seruan azan yang dilaungkan untuk solat selain daripada waktu Subuh:

Lafaz Azan Dalam Rumi:
Allah u Akbar
Allah u Akbar
Ash-hadu allāilāha illallāh
Ash-hadu allāilāha illallāh
Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh
Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh
Hayya ‘alas-salāh
Hayya ‘alas-salāh
Hayya ‘alal-falāh
Hayya ‘alal-falāh
Allāhu akbar
Allāhu akbar
Lā ilāha illallāh
Lā ilāha illallāh
Maksud azan:
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.Marilah mendirikan solat.
marilah mendirikan solat.Marilah kepada kejayaan.
Marilah kepada kejayaan.Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Tiada Tuhan melainkan Allah.
Azan Solat Subuh
Kalimah-kalimah seruan azan untuk solat waktu subuh ialah:

Lafaz Azan Subuh Dalam Rumi:
Allah u Akbar
Allah u Akbar
Ash-hadu allāilāha illallāh
Ash-hadu allāilāha illallāh
Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh
Ash-hadu anna Muhammadan rasūlullāh
Hayya ‘alas-salāh
Hayya ‘alas-salāh
Hayya ‘alal-falāh
Hayya ‘alal-falāh
Aṣ-ṣalātu khayru min an-naūm
Aṣ-ṣalātu khayru min an-naūm
Allāhu akbar Allāhu akbar
Lā ilāha illallāh
Maksud azan subuh:
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.Marilah mendirikan solat.
marilah mendirikan solat.Marilah kepada kejayaan.
Marilah kepada kejayaan.Solat itu lebih baik daripada tidur.
Solat itu lebih baik daripada tidur.Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Tiada Tuhan melainkan Allah.
Azan yang baik adalah azan yang dilakukan oleh orang yang bersuara lantang, elok lafaz azannya dan merdu suaranya.
Tetapi tidak dialunkan dengan berlagu yang berlebihan sehingga mengubah makna kalimat-kalimat azan.
Perkara paling utama, kalimat-kalimat azan dan iqamah itu dilafazkan dengan hati yang ikhlas untuk mengajak manusia manusia menyembah Allah Yang Maha Besar.
Seruan yang dilakukan daripada hati dan suara yang merdu, InsyaAllah dapat melembutkan hati orang yang mendengarnya untuk melaksanakan perintah Allah SWT.
Cara Menjawab Azan
Apabila kita mendengar azan, maka sunat untuk kita menjawabnya.
Cara menjawab azan ialah dengan mengikut atau mengulangi secara perlahan-lahan apa yang diucapkan muazzin dalam azan kecuali pada kalimah berikut:
Kalimah:

Hendaklah dijawab dengan:

Maksudnya:
Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah.
Kalimah:

Hendaklah dijawab dengan:

Maksudnya:
Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali dengan pertolongan Allah.
Kalimah:

Hendaklah dijawab dengan:

Maksudnya:
Benar dan Engkau mendapat kebaikan.
Bacaan Doa Selepas Azan
Selepas habis sahaja azan, kita disunatkan membaca doa selepas azan sebagai mendoakan selamat sejahtera atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW:

Doa selepas azan dalam rumi:
Allahumma rabba hazihid da’ watittamah.
Wassolatil qaimah.
Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah.
Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah.
Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah.
Innaka laatukhliful mi’ad.
Maksudnya:
Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan.
Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan,
Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.
Kelebihan Azan & Menjadi Muazzin
Azan mempunyai kelebihan yang sangat besar.
Abu Hurairah r.a menyatakan Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
Sekiranya manusia mengetahui kelebihan yang terkandung dalam seruan azan dan saf pertama, dan mereka tidak memperolehnya melainkan dengan undian, pasti mereka akan turut serta mencabut undi
— Riwayat Bukhari dan Muslim
Antara Kelebihan Azan dan menjadi Muazzin adalah:
1. Muazzin menjadi pemimpin pada hari kiamat
Ini sebagaimana yang diceritakan oleh Mu’awiyah bin Abu Sufyan r.a.
Beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Muazzin adalah orang yang paling panjang lehernya pada hari kiamat
— Riwayat Muslim
Ibnu Majah menjelaskan “panjang leher” merujuk kepada ketua atau pemimpin.
2. Azan dapat mengusir syaitan.
Abu Hurairah r.a. memberitahu Rasulullah SAW pernah bersabda, maksudnya:
Apabila diseru untuk bersolat (azan) syaitan akan berundur ke belakang sambil terkentut-kentut sehingga dia tidak mendengar azan lagi. Apabila sudah selesai azan, dia datang semula. Apabila diserukan iqamah, dia melarikan diri, apabila selesai iqamah dia datang kembali untuk mengganggu (membisikkan) bisikan ingatlah itu dan ini. Sehingga seseorang itu tidak tahu berapa rakaat solatnya. Sesiapa yang mengalami demikian (tidak tahu bilangan solat) hendaklah dia sujud dua kali (sujud sahwi) ketika dia masih duduk.
— Riwayat Bukhari dan Muslim
3. Dosa Muazzin Diampunkan Sejauh Suaranya Didengari.
Dosa-dosa muazzin diampunkan sejauh suaranya dapat didengar dan diberi pahala sebagaimana pahala orang orang yang bersolat kerana mendengar seruan azannya itu.
Al-Barra’ bin ‘Azib mengatakan Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya Allah SWT dan para malaikat berselawat ke atas saf yang hadapan dan muazin diampunkan dosanya sejauh suaranya dan siapa yang mendengar (suara azannya) akan membenarkannya sama ada yang hidup atau yang mati. Disamping itu, disediakan untuknya pahala orang yang bersolat bersama dengannya.
— Riwayat Nasa’i dan Ahmad
Imam Nasa’i mengatakan, yang dimaksudkan dengan pahala orang yang bersolat bersama dengannya itu tidak hanya tertakluk pada mereka yang bersolat bersama denganya di satu tempat atau dalam satu jemaah..
.. tetapi sesiapa juga yang bersolat sesudah mendengar seruan azannya.
4. Syurga Menanti Muazin
Muazzin yang melaungkan azan dan kemudian mendirikan solat semata-mata kerana takutkan Allah SWT diampunkan dosanya dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Penutup: Semoga Penerangan Yang Diberi Jelas
Adakah anda sudah jelas dengan penerangan ini?
Saya berharap anda mendapat input yang jelas mengenai lafaz azan, cara jawab azan dan doa selepas azan.
Jika anda mempunyai apa-apa persoalan yang ingin ditanya berkaitan topik ini, anda boleh lakukannya pada ruangan komen di bawah.

Aamiin … Terima kasih atas penjelasan admin terima kasih sudah berkongsi ilmu… Semoga kita semua dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki dunia mau pun akhirat Aamiin…
Alhamdulillah.sangay membantu..
Alhamdulillah ?
terima kaseh di atas kemudahan yg disediakan ini..sangad jelas,padat dan ringkas lagi bermanfaat..Semoga Allah SWT merahmati dan meredhai kehidupan kita semua..Aaminn
Alhamdulillah, sama-sama ?
Dalam mencari fadilat bersolat awal waktu,Saya agak terganggu bilamana suara iman berjemaah dekat surau begitu kuat dari corong speaker. Perlukah saya menunggu mereka habis berjemaah baru saya mula solat dan adakah ini mengurangkan pahala saya?
Assalamualaikum saudara,
1. adakah wajib imam wanita melaungkan azan dan iqamat utk mana2 solat?
2. adakah makmum perlu menjawab azan dan iqamat yg dilaungkan imam wanita?
3. apakah yg perlu makmum buat semasa imam wanita melaungkan azan dan iqamat, serta membaca surah2?
4. tolong bagi detail bacaan azan dan iqamat setiap solat bagi wanita.
Terima kasih.
Wassalam,
terima kasih saudara :) soalan akhir, betul ke apabila imam wanita membaca semua surah makmum tak perlu ikut? makmum cuma perlu membaca Al-Fatihah?
Ya betul. Hanya baca fatihah dan dengar saja bacaan surah dari imam
Ustaz, boleh ke baca doa selepas azan jika azan yg dilaungkan kurang/tidak didengari sebab masjid agak jauh dari rumah. Maksud saya cuma mengagakkan azan itu telah selesai dilaungkan.
boleh je asalkan dpt dengar laungan azan
Terima kasih
Alhamdulillah.
Setinggi terima kasih atas info yg diberi.
Cuma audio kalau kedengaran lebih membantu.
Nanti saya perbaiki kesilapan teknikal yang berlaku.
Alhamdulillah ini amat membantu…
Terima kasih Saudara atas penerangan..
Alhamdulillah, sama-sama
Tuan..
Saya ada soalan
Bila dah masuk waktu solat
Tp kita tidak dapat untuk menunaikan nya dengan segera
Dan mungkin lebih sejam atau lebih sblom masuk waktu solat yg strusnya
Apakah masih boleh meluangkan azan sblom menunaikan solat?
Trima kasih
*melaungkan
Disunatkan untuk azan walaupun sudah terlewat, malah untuk solat qadha dan jamak takhir.
Jika kita datang ke masjid pada jam 3 sebagai contoh, maka sebaiknya kita azan terlebih dahulu tanpa menggunakan pembesar suara.
Jika kita dan rakan-rakan datang dalam jam 2 dan masih ramai orang yang berada di dalam masjid, maka kita disunnahkan azan dengan suara perlahan, sekadar didengari rakan-rakan kita.
Terimakasih. Alhamdulillah ?
Alhamdulillah..begitu jelas segala penerangan
Terbaik la… Sy suka admin syarah.. Ringkas Dan padat…
Alhamdulillah
Terima kasih tuan atas perkongsiannya…mohon saya amalkan ilmunya…semoga ALLAH murahkan rezeki tuan…amin ya robbal alamin
Ya silakan.
Terima kasih juga kerana sudi mendoakan saya.
Alhamdulillah..tidak lgi was was utk menjwab azan dn doa selepas azan,trima ksih pda yg sudi mmbuat artikel ini,sy doakan anda yg mmbaca komen ini dimurhkn rezeki jga sllu dlam lindungan Allah swt..Amin Ya rabbalamin~
Alhamdulillah.
Semoga kita semua sama-sama mendapat manfaat :-)
amin
Amin
Assalamualaikum wbt Tuan,
terima kasih untuk perkongsian, saya mohon share ya
Wassalam.
Sama-sama.
Ya silakan untuk share kepada orang lain.
Terima kasih tuan. Penerangan yang mudah , jelas dan teratur. Amat membantu.
Alhamdulillah.
Sama-sama :-)
Mana kalimah yg perlu dipanjangkan dalam Azan Dan berapa harakat…dengar lain2 version panjangnya ikut masjid..tq
Alhamdulillah…terima kasih tuan dgn panduan yg amat saya perlukan utk diri saya
Alhamdulillah.
Gembira saya mengetahuinya. :-)
Terima kasih tuan..lengkap dan jelas..tapi saya ada soalan ..selesai azan kita disunatkan berdoa..dan bagaimana pula selesai qamat adakah doanya sama seperti selesai azan.
Sama-sama tuan.
Ya doa selepas iqamat adalah sama seperti doa selepas azan.
ya sama sahaja saudara