DOA RAMADAN (Doa Sebelum Berbuka Puasa Dan Ketika Sahur)

doa ramadan harian

Ini adalah senarai Doa Ramadan untuk bacaan Doa Sebelum Berbuka Puasa dan Sahur.

Doa ini disusun lengkap bermula dari hari pertama hingga hari terakhir Ramadan.

Dalam panduan ini:

Setiap bacaan dipermudahkan dengan ejaan rumi untuk membantu sesiapa yang sukar membaca arab. Maksud doa juga disediakan.

Semoga memberi manfaat, insyaAllah.

Pengenalan: Ramadan Adalah Bulan Berdoa & Memohon Keampunan

Seperti yang kita semua tahu, Ramadan adalah bulan yang paling mulia dan bulan yang paling dinantikan oleh umat Islam seluruh dunia.

Ia juga dikenali sebagai Saiyidus Syuhur iaitu bermaksud Penghulu Sekalian Bulan.

Ia sangat dinantikan kerana ia bulan pengampuan kepada hamba-hambaNya.

Sabda Rasullullah SAW:

Seandainya manusia mengetahui keistimewaan Ramadan, nescaya mereka ingin supaya sepanjang tahun itu adalah Ramadan.

Dan salah satu ibadah yang sangat digalakkan pada bulan ini adalah BERDOA.

Adab berdoa

Himpunan Doa-Doa Harian Ramadan

Berikut adalah doa-doa pendek yang boleh diamalkan sepanjang tempoh Bulan Ramadan.

Doa-doa ini boleh dibacakan pada waktu sebelum berbuka dan pada waktu sahur.

Doa Ramadan Hari 1

doa ramadan hari pertama

Allâhummaj’al Siyaamii Fiihi Siyaamas-saa imîn, Wa Qiyaamii Fiihi Qiyaamal Qaa-imiin, Wa Nabbihnî Fiihi ‘An Nawmatil Ghaafilîn, Wa Hablii Jurmii Fii Yaa IlaaHal ‘Alamin, Wa’fu ‘Annî Yaa ‘Aafiyan ‘Anil Mujrimiin.

Ya Allah, jadikan puasaku di bulan ini sebagai puasa orang-orang yang berpuasa sebenarnya, solat malamku di dalamnya sebagai orang yang solat malam sebenarnya, bangunkan daku di dalamnya dari tidurnya orang-orang yang lalai. Bebaskan aku dari dosa-dosaku wahai Tuhan semesta alam. Maafkan aku wahai Yang Memberi ampunan kepada orang-orang yang berbuat dosa.

Doa Ramadan Hari 2

doa ramadan hari dua

Allaahumma Qarribnii Fiihi ilaa MardhaaTika Wa JanNibNi Fiihi Min SakhaTika Wa NaqiMaaTika Wa WaffiqNii Fiihi LiqiRaa-ati AyaaTika Birahmatika Yaa Arhamar Rahimîn

Ya Allah! Mohon dekatkanlah aku kepada keredhaan-MU dan jauhkanlah aku dari kemurkaanMU. Mohon berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat-MU dengan rahmat-MU, Wahai Maha Pengasih dari semua yang Pengasih!

Doa Ramadan Hari 3

doa ramadan hari tiga

AllaaHummar-Zuqni FiiHidz-dzihNa WattanBîh Wa Baa’idnii Fiihi Minas SaFaaHati WattamWîh Waj’al Lii NasîBan Min Kulli Khairin TunZilu Fîhi BijuuDika Yaa AjwaDal Ajwadîn

Ya Allah! Mohon berikanlah aku rezeki akal dan kewaspadaan. Dan jauhkanlah aku dari kejahilan dan kesesatan. Anugerahkanlah kepadaku bahahagian dari segala kebaikan yang ENGKAU turunkan, demi kemurahan-MU, Wahai Zat Yang Maha Pemurah

Doa Ramadan Hari 4

Allahumma Qawwinii Fiihi ‘Alaa IqooMati AmRika Wa AdziqNii Fiihi Halaawata Dzikrika Wa Audzi’nii Fiihi Li Adaai Syukrika Bikaramika Wahfazhnii Fiihi Bihifzhika Wa SitRika Yaa Absoran-NaaZhiRiin

Ya Allah! Mohon berikanlah kekuatan kepadaku, untuk menegakkan perintah-perintah-MU, dan berilah aku manisnya berzikir mengingat-MU. Mohon berilah aku kekuatan untuk bersyukur kepada-MU, dengan kemuliaan- MU. Dan jagalah aku dengan penjagaan-MU dan perlindungan-MU, Wahai Zat Yang Maha Melihat

Doa Ramadan Hari 5

Doa ramadan hari 5

AllaaHummaj’alnii Fiihi Minal MusTaghFiRiin Waj’alnii FiiHi Min ‘ibaaDikas solihiin Al QaaNiTiin Waj’alNii Fiihi Min AwLiYaa-ikalMuqarraBiin Bira’-Fatika Yaa Arhamar-Raahimiin

Ya Allah! Mohon jadikanlah di bulan ini aku termasuk diantara orang-orang yang memohon ampunan (beristighfar), dan jadikanlah aku sebagai hamba-MU yang soleh dan setia serta mohon jadikanlah aku diantara Auliya’- MU yang dekat disisi-MU, dengan kelembutan-MU, Wahai zat Yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.

Doa Ramadan Hari 6

AllaaHumma Laa TakhDzulNii Fiihi Lita-‘Arrudhi Ma’-Siyatika Wa Laa TadhRibNii BisiYaaThi NaqiMatika Wa ZahZihNii Fiihi Min MuuJibaaTi SaKhaTika BimanNika Wa AyadiiKa Yaa MunTaHaa RaghBatir-RaaGhiBiin

Ya Allah! Janganlah Engkau hinakan aku di bulan ini kerana perbuatan maksiatku terhadap-MU, dan janganlah Engkau menghukumku dengan balasan-MU. Jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaan-MU, dengan kelembutan dan ketinggian rahmat-Mu, Wahai pegangan terakhir orang-orang yang berkeinginan!

Doa Ramadan Hari 7

AllaaHumma A’inNii FiiHi ‘Alaa SiYaaMihi Wa QiyaaMihi Wa JannibNi Fiihi Min HafaWaaTihi Wa AaTsaaMihi WarZuqNi Fiihi DzikRika BidaWaMihi BitauFiiQika Yaa HaaDiyal MuDhilLiin

Ya Allah, bantulah aku untuk berpuasa dan solat malam serta jauhkan aku dari kesia-siaan dan perbuatan dosa. Anugerahi aku di dalamnya dengan kebiasaan mengingat pada-Mu dengan taufik-Mu wahai yang menunjuki orang tersesat

Doa Ramadan Hari 8

AllaaHummar-ZuqNii FiiHi RahMatal AyTaam Wa It-‘AaMat-Tho-‘Aami Wa ifSyaa-As Salaam Wa SuhBatal KiRaam BiThawLika Yaa Malja-Al AaMiliin 

Ya Allah, anugerahilah kepada kami rasa sayang terhadap anak-anak yatim dan suka memberi makan (orang miskin) serta menyebarkan kedamaian dan bergaul dengan orang-orang mulia dengan kemurahanmu wahai tempat berlindung bagi orang-orang yang berharap

Doa Ramadan Hari 9

doa ketika sahur

AllaaHummaj’al-Lii FiiHi NaSiiBan Min Rahmatikal WaaSi’ah WahDinii FiiHi LibaRaaHiiNikas-SaaThi’ah Wa Khudz BiNaa Siyatii ilaa MarDhoTikal JaaMi’ah BimaHabbaTika Yaa Amalal Mus-TaaQiin

Ya Allah! Anugerahilah untukku sebahagian dari rahmat-MU yang luas, dan berikanlah aku petunjuk kepada ajaran- ajaran-MU yang terang, dan bimbinglah aku menuju kepada keredhaan-MU yang penuh dengan kecintaan-MU, Wahai harapan orang-orang yang merindu.

Doa Ramadan Hari 10

doa ketika sahur

AllaaHummaj-‘Alnii FiiHi Minal MutaWakkiLiin ‘AlaiKa Waj-‘alnii FiiHi Minal Faa-iziin LadaiKa Waj-‘Alnii FiiHi Minal MuqarraBiin ilaika Bii-ihSaanika Yaa GhaaYatat-ThaaLiBiin

Ya Allah! Mohon jadikanlah aku diantara orang-orang yang bertawakkal kepada-Mu, dan jadikanlah aku diantara orang- orang yang menang disisi-MU, dan jadikanlah aku diantara orang-orang yang dekat kepada-MU, dengan kebaikan-MU, Wahai Tujuan orang-orang yang memohon.

Doa Ramadan Hari 11

doa ketika sahur

AllaaHumma Habbib ilayya FiiHil Ihsan Wa Karrih FiiHil Fusuq Wal ‘isYaan Wa Harrim ‘Alayya FiiHis SaKhaTho WanNiRân Bi-‘AuNika Yaa GhiYaaTsal MusTaGhiiTsiin

Ya Allah! Mohon tanamkanlah ke dalam diriku kecintaan kepada perbuatan baik, dan tanamkanlah ke dalam diriku kebencian terhadap kemaksiatan dan kefasikan. Mohon jauhkanlah dariku kemurkaan-MU dan api neraka dengan pertolongan-MU, Wahai Penolong orang-orang yang meminta pertolongan

Doa Ramadan Hari 12

doa ketika sahur

AllaaHumma Zayyinii FiiHi BissiTri Wal ‘AFaaf WasTurnii Fiihi BiliBaaSil Qunuu-‘i Wal KaFaf WahMilnii Fiihi ‘Alal ‘Adli Wal Inshâf Wa AaMinnii FiiHi Min Kulli Maa AKhâFu Bi-‘isMatika Yaa ‘ismatal Khaa-ifin.

Ya Allah, mohon hiasilah aku di bulan ini dengan penutup aib dan kesucian. Tutupilah diriku dengan pakaian kecukupan dan kerelaan diri. Tuntunlah aku untuk sentiasa bersikap adil dan taat. Selamatkanlah aku dari segala sesuatu yang aku takuti. Dengan Perlindungan-MU, Wahai tempat bernaung bagi mereka yang ketakutan.

Doa Ramadan Hari 13

doa ketika sahur

AllaaHumma ThahHirnii Fiihi MinadDanas Wal AqDzar Wa SabBirnii FiiHi ‘Ala Kaa-inaaTil AqDaaRi WawafFiqNii FiiHi LitTuqaa Wa SuhBatil AbRarr Bi-‘AuniKa Yaa Qurrata ‘Ainil MasaaKiin

Ya Allah! Mohon sucikanlah diri kami di bulan ini dari segala nista dan perbuatan keji. Berilah aku kesabaran atas apa yang telah Engkau tetapkan. Anugerahkan kepada kami ketakwaan dan persahabatan dengan orang-orang yang baik dengan pertolongan-MU, Wahai cahaya hati orang-orang yang miskin

Doa Ramadan Hari 14

doa ketika sahur

Allahumma Laa TuAaHizNi FiiHi Bil-‘ASyaRaaTi Wa AqilNi FiiHi Minal KhoThoYaa Wal HaFaWaaTi WaLaa Taj-‘AlNi FiiHi GhoRoDhann LilBaLaaYaa Wal AaFaaTi Bi-‘IzzaTiKa Yaa ‘Izzal Muslimin.

Ya Allah! Mohon Janganlah ENGKAU hukum dari kami di bulan ini semua kesalahan yang aku lakukan. Hapuskan seluruh kesalahan dan kejahilanku. Hindarkan aku dari bencana dan malapetaka. Demi kemuliaan-MU, Wahai sandaran Kemulian kaum Muslimin

Doa Ramadan Hari 15

doa ketika sahur

Allaahummar ZuqNii FiiHi Tho-‘Atal KhaSyi-‘Inn WasyRah FiiHi Sodrî Bi iNaaBatil MukhBiTiin BiAMaaNika Yaa AMaaNal Khaa-ifîn

Ya Allah, Mohon anugerahkan padaku di bulan ini dengan ketaatan orang-orang yang khusyuk serta lapangkanlah dadaku dan dengan taubat orang-orang yang rendah diri. Dengan kekuatan-Mu. Wahai tempat berlindung bagi orang-orang yang ketakutan

Doa Ramadan Hari 16

doa ketika sahur

AllaaHumma WafFiqNii FiiHi LimuWaaFaqotil AbRarr Wa JanNibNii FiiHi MuRaFaQatal AsyRarr Wa AaWinii FiiHi BirahMatika ilaa DaaRil QaRaaRi Bi-ILaaHiyyaTika Yaa iLaaHal ‘Aalamiin

Ya Allah, anugerahilah kepadaku di bulan ini agar dapat berada dengan orang-orang baik, dan jauhkanlah aku dari bergaul dengan orang-orang jahat. Berilah aku perlindungan di bulan ini dengan rahmat-Mu sampai ke alam Akhirat. Demi keesaan-Mu wahai Tuhan semesta Alam

Doa Ramadan Hari 17

AllaaHummah Dinii FiiHi LisooLihil A’MaaLi WaqDhi Lii FiiHil HaWaa-ija Wal AaMaala Yaa Man Laa YahTaaju ilat Tafsirr Was SuAali Ya ‘AaliMan Bimaa Fii SuduuRil ‘AaLamin Solli ‘Alaa Muhammadin Wa AaLi-Hith-ThooHiRiin

Ya Allah anugrahilah aku di bulan ini untuk dapat beramal baik dan kabulkanlah semua hajat dan keinginanku. Wahai yang tidak memerlukan penjelasan dan pertanyaan. Wahai yang Maha mengetahui apa yang ada di dalam alam ini. Anugerahilah selawat dan salam bagi Nabi Muhammad dan keluarganya yang mulia.

Doa Ramadan Hari 18

doa ramadan hari 18

AllaaHumma NabBihNii FiiHi LiBaRaKaaTi AsHaaRihi Wa Nawwir FiiHi Qalbii BiDhiYaa-i AnWaaRihi Wa Khudz Bikulli A’-Dhoo-I ilat-TiBaa-’I AaTsaaRihi BiNuuRika Ya Munawwiral QuluuBi

Ya Allah sedarkanlah aku untuk merasai berkat yang ada pada waktu sahur. Terangilah hati-ku dengan cahaya-Mu yang lembut. Jadikanlah seluruh anggota badanku dapat mengikuti cahaya itu. Wahai Penerang hati sanubari.

Doa Ramadan Hari 19

AllaaHumma WafFir FiiHii Hadz-Dzii Min BaraKaaTihi Wa SahHil SaBiiLii ilaa KhayRaaTihi Walaa TahRimNii QaBuuLa HasaNaaTihi Yaa HaaDiYan ilal Haqqil MuBiina

Ya Allah, jadikanlah aku di bulan ini lebih dapat menikmati berkat-berkatMu dan mudahkanlah jalan-ku untuk mendapat kebaikan-kebaikannya. Jangan Engkau haramkan aku untuk menerima kebaikan-kebaikannya. Wahai Pemberi Petunjuk kepada jalan yang terang

Doa Ramadan Hari 20

doa sebelum berbuka

AllaaHumMaftah Lii FiiHi AbWaaBal JiNaaNi Wa AgLiq ‘AnNii FiiHi AbWaaBan NiiRann Wa WafFiqNii LitiLaaWatil QurAaNi Yaa Munzilas SaaKiiNati Fii QuLuuBil Mu’MiNinn

Ya Allah, bukakanlah bagiku di bulan ini pintu-pintu menuju syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berikanlah kemampuan padaku untuk menelaah Al-qur’an di bulan ini. Wahai yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin

Doa Ramadan Hari 21

doa sebelum berbuka

AllaaHummaj-‘al Lii FiiHii ilaa MarDhaaTika DaLiiLan Wa Laa Taj-‘al Lisy-SyaiThaaNi FiiHii ‘Alayya SaBiiLan Waj-‘Alil Jannata Lii ManziLan Wa MaQiiLan Yaa QaaDhiYa HaWaaIji ThoLiBinn

Ya Allah, tuntunlah aku di bulan yang mulia ini untuk mendapat keredhaan-Mu, Dan janganlah adakan ruang bagi syaitan untuk menggodaku. Jadikan syurga sebagai tempat tinggal dan bernaungku. Wahai yang memenuhi hajat orang-orang yang meminta.

Doa Ramadan Hari 22

doa sebelum berbuka

AllaaHummaftah Lii AbWaaBa FadhLika Wa Anzil ‘Alayya FiiHii BarakaaTika Wa WaffiqNii FiiHii LiMuuJiBaaTi MardhoTika Wa AsKinNi FiiHii BuhBuuHaaTi JanNaaTika Yaa MuJiiBa Da’-Watil MudhTharRinn.

Ya Allah bukakanlah selebar–lebarnya pintu rahmatMu di bulan ini dan curahkan barakah-barakahMu. Tempatkan aku di tempat yang membuatMu redha padaku. Tempatkan aku di dalam Syurga-Mu. Wahai Yang Maha menjawab doa orang yang dalam kesempitan

Doa Ramadan Hari 23

doa sebelum berbuka

AllaaHummagh-SilNii FiiHii Minaz-DzuNuuBi Wa ThohHirNi FiiHii Minal ‘UyuuBi WamTaHin Qalbii BiTaqwal-QuLuuBi Yaa MuQiiLa ‘ATsaRaaTil MudzNiBinn.

Ya Allah, sucikanlah aku dari dosa-dosa dan bersihkanlah diriku dari segala aib keburukan. Tanamkanlah ketakwaan di dalam hatiku. Wahai Penghapus kesalahan orang-orang yang berdosa

Doa Ramadan Hari 24

doa sebelum berbuka

AllaaHumma Inni As-Aluka FiiHii Maa YurDhiiKa Wa A’-UuDzu Bika MimMâ Yu’-DziKa Wa As-Alukat-TauFiiQa FiiHi Li’an UTii-’Aka Wa Laa A’-ShiiYaka Yaa JawWadas-Saa-ILiin

Ya Allah aku memohon pada-Mu di bulan yang suci ini dengan segala sesuatu yang medatangkan keredhaan-Mu, dan aku berlindung dengan-Mu dari hal-hal yang mendatangkan kemarahan-MU, dan aku memohon kepada-MU kemampuan untuk mentaati-MU serta menghindari kemaksiatan terhadap-MU, Wahai Pemberi

Doa Ramadan Hari 25

doa sebelum berbuka

AllaaHummaj’-Alnii FiiHii MuhibBan Lii AwLiYaa-Ika Wa Mu-‘AadiYan LiA’Daa-Ika MusTaNan BiSunNati KhaaTami AnBiYaa-Ika Yaa ‘AaSima QuLuubin-NaBiyYiin 

Ya Allah, jadikanlah aku di bulan ini lebih mencintai para wali-Mu dan memusuhi musuh-musuh-Mu. Jadikanlah aku pengikut sunnah Nabi penutup-Mu. Wahai yang menjaga hati para nabi

Doa Ramadan Hari 26

doa sebelum berbuka

AllaaHummaj-’al Sa’Yiî FiiHii MasyKuuRan Wa DzanBii FiiHii MaghFuuRan Wa ‘AmaLii FiiHii MaqBuuLan Wa ‘AyBii FiiHii MasTuuRan Yaa Asma-’AsSaa-Mi’-iin

Ya Allah, jadikanlah setiap langkah usahaku di bulan ini sebagai ungkapan rasa syukur dan dosa-dosaku terampuni, amal-amalku diterima dan seluruh aibku ditutupi. Wahai Yang Maha mendengar dari semua yang mendengar

Doa Ramadan Hari 27

doa sebelum berbuka

AllaaHummar-Zuqnii FiiHii FadhLa LayLatil Qadri Wa SoyYir UmuuRii FiiHii Minal ‘Usri iLal Yusri Waqbal Ma-’A-DziiRii Wa HuthTha ‘AnNiYadz-DzanBa Wal WizRa Yaa Ra`UuFan Bi-’iBaaDi-Hîsh SooLihiin

Ya Allah, berkatilah aku di bulan ini dengan mendapatkan lailatul qadar. Ubah arah hidupku dari hidup yang susah menjadi mudah. Terimalah segala permohonan maafku dan hapuskan dosa-dosa dan kesalahanku. Wahai Yang Maha Penyayang terhadap hamba-Nya yang soleh

Doa Ramadan Hari 28

doa sebelum berbuka

AllaaHumma Waffir Hadz-Dzii FiiHi Minan NawaaFili Wa AkRimNii FiiHi Bi-ihDhoril MaSaa-iLi Wa Qarrib FiiHi WaSiiLaTii ilayKa Min Baynil-WaSaa-iLi Yaa Man Laa Yasy-GhaLuHu ilHaaHul MulihHiiNa

Ya Allah, sempurnakanlah hidupku dengan melaksanakan amalan-amalan Sunnah, dan muliakanlah aku dengan memakbulkan semua permintaan. Dekatkanlah aku kepada-Mu dengan berbagai jalan, Wahai Yang tidak sibuk dengan rintihan orang yang meminta

Doa Ramadan Hari 29

doa sebelum berbuka

AllaaHumma Ghasy-syi-Nii FiiHi BirrahMati WarZuqNii FiiHit-TawFiiQa Wal ‘Ismata Wa ThohHir Qalbii Min GhaYaaHibit TuhMati Yaa RaHiiMan Bi-’iBaaDihil Mukmininn

Ya Allah, kurniakanlah aku di bulan ini dengan rahmat-Mu, anugerahilah aku taufik dan penjagaan-Mu. Sucikanlah hatiku dari benih-benih fitnah/kebencian, Wahai yang Maha Pengasih terhadap hamba-hamba-Nya yang beriman

Doa Ramadan Hari 30

doa sebelum berbuka

AllaaHummaj’-al SiYaaMii FiiHi Bis-Syukri Wal QaBuuLi ‘Alaa Maa TarDhoHu Wa YarDhoHur-RaSuuLu MuhKaMaTan FuRuu-’U-Hu Bil UsuLi Bihaqqi SayyiDinaa Muhammadin Wa AaLihit-ThooHiRiin Wal Hamdu LillaHi Rabbil ‘Aalamin 

Ya Allah, terimalah puasaku di bulan ini dengan rasa syukur. Jadikanlah puasaku ini mendatangkan keredhaan-Mu dan keredhaan para Rasul-Mu. Engkau kuatkanlah furu (cabang-cabang)-nya dan usul (pokok-pokok)-nya. Demi kebenaran junjungan kami Muhammad saw beserta keluarganya yang mulia. Segala puji bagi-Mu ya Allah,Tuhan semesta alam

Waktu Afdal Dan Mustajab Untuk Berdoa Di Bulan Ramadan

Bilakah waktu paling mustajab untuk berdoa di Bulan Ramadan?

Berikut adalah beberapa dalil yang menyatakan waktu yang mustajab untuk berdoa:

1. Waktu Sahur

Allah SWT berfirman:

Ketika waktu sahur (akhir-akhir malam), mereka berdoa memohon ampunan”

Surah Adz Dzariyat: 18

2. Semasa Sedang Berpuasa

Bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sebagaimana sabda Rasulullah:

Ada tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak: (1) orang yang berpuasa hingga ia berbuka, (2) pemimpin yang adil dan (3) doa orang yang dizalimi.” 

— HR Tirmidzi

3. Sewaktu Menjelang Berbuka Puasa

Doa mustajab juga ada pada saat  menjelang berbuka ketika menanti tibanya azan Maghrib.

Menjelang berbuka seharusnya dijadikan masa mengadu dan berdoa sebanyak-banyaknya di hadapan Allah SWT.

Sesungguhnya orang yang berpuasa memiliki doa yang tidak tertolak pada saat berbuka.”

— HR Ibnu Majah

4. Waktu Satu Pertiga Malam

Pada hari-hari biasa, sepertiga malam yang terakhir juga merupakan waktu mustajab untuk berdoa.

Tetapi di bulan Ramadhan, berdoa pada waktu ini lebih mudah bagi banyak orang kerana umumnya waktu ini adalah waktu sahur.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Rabb kita Tabaraka wa Ta’ala turun ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir. Lantas Allah berfirman, “Siapa saja yang berdoa kepadaKu, nescaya akan Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepadaKu, nescaya Aku beri. Siapa yang meminta ampunan kepadaKu, nescaya akan Aku ampuni.”

— HR. Al Bukhari dan Muslim

5. Sewaktu Azan Berkumandang

Rasulullah SAW bersabda:

Doa tidak tertolak pada dua waktu, iaitu ketika azan berkumandang dan saat perang berkecamuk, ketika kedua kubu saling menyerang.”

— HR. Abu Daud

6. Malam Lailatul Qadar

Malam Lailatul Qadar adalah malam diturunkannya Al Qur’an.

Malam ini lebih utama dari 1000 bulan.

Pada malam ini dianjurkan memperbanyak ibadah termasuk memperbanyak doa.

Sebagaimana yang diceritakan oleh Ummul Mu’minin Aisyah Rah.

“Aku bertanya kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, menurutmu apa yang sebaiknya aku ucapkan jika aku menemukan malam Lailatul Qadar? Baginda bersabda: Berdoalah: Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni [‘Ya Allah, sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan menyukai sifat pemaaf, maka ampunilah aku”].”

— HR. Tirmidzi

Penutup

Semoga artikel ini membantu anda beribadah dengan lebih baik pada Bulan Ramadan ini.

InsyaaAllah saya akan menambahbaik artikel ini dari masa ke semasa. Terima kasih!

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

29 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
QueRaida Mokhtar
QueRaida Mokhtar
7 bulan yang lalu

Salam Ustaz. Alhamdulillah. Qobiltu ustaz.
Perkongsian ilmu yg ustaz berikan sangat bermanfaat. Semoga Allah permudahkan semua urusan, di beri kesihatan dan rezeki yang bertambah. Aamiin Allahumma Aamiin.
ijin share copy and share.

ana
ana
1 tahun yang lalu

Alhamdulillah, Terima kasih atas perkongsian,Mohon izin dikongsikan kepada yang lain

Last edited 1 tahun yang lalu by ana
Fenna
Fenna
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustad terimakasih untuk ilmunya, semoga ustad senantiasa mendapatkan keberkahan dan keselamatan

Aida
Aida
1 tahun yang lalu

Boleh ke saya copy doa ni dan kongsikan?

Nak tanya
Nak tanya
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustaz maaf saya nak tanya…boleh ke baca niat puasa ketika nak bersahur

Na
Na
2 tahun yang lalu

Assalammualaikum. Izikan saya kongsi ayat-ayat ini. Terima kasih

Farah
Farah
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum , terima kasih perkongsian, mohon copy, share dan print. Semoga diperluaskan lagi rezeki dan dipermudahkan urusan selalu

Zainal Abidin bin Umar
Zainal Abidin bin Umar
3 tahun yang lalu

Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian doa-doa sepanjang bulan Ramadhan ini, semoga kita semua dikurniakan kebahagian hidup di dunia dan di akhirat kelak.

Lin Ali
Lin Ali
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum penulis. Mohon share semua doa2 agar semua yg membaca sama2 mendapat manfaatnya. Alhamdulillah. Terima kasih ke atas perkongsian ini.

cik arah
cik arah
3 tahun yang lalu

izinkan saya print..terima kasih