Dilema Si Ibu Tiri

ibu tiriSewaktu suami saya memberitahu tarikh untuk bertemu anak-anaknya, saya menyatakan ketakutan saya untuk menempuh saat itu.

Ditanya mengapa, saya jawab:

“Kita ni di zaman ibu tiri takutkan anak-anak. Bukan lagi zaman mitos mak tiri jahat macam hantu.”

Dan akhirnya kami bertemu beberapa kali.

Setiap kali pertemuan, ada yang dah berjumpa sebelumnya dan ada juga yang berjumpa dengan saya buat pertama kali.

Pertemuan dengan anak-anak tiri saya berlanjutan sehinggalah hari pernikahan kami.

Alhamdulillah, kami bergabung menjadi keluarga baru.

Syukur alhamdulillah.

Saya gembira kerana Allah mencampakkan perasaan complete dalam hati saya pada saat itu hinggalah kini. Alhamdulillah. MasyaAllah.

Bermulalah kehidupan kami sebagai sebuah keluarga.

Seperti keluarga lain, keluarga kami pun ada asam garamnya.

Ada tangis dan tawa saling berganti.

Alhamdulillah, semua itu pengalaman.

Saya puji sikap anak-anak yang tak perlu disuruh solat dan mengaji Al-Quran dan melalui anak-anak juga saya belajar untuk menjadi orang yang lembut.

Mereka semua amat mudah dididik.

Tidak pernah sekalipun teguran saya menjadi kemarahan mereka, sebaliknya diterima dengan gelak tawa tetapi dalam keadaan yang mereka sendiri perbaiki tingkah laku melalui teguran yang diberi.

Dan juga lumrah untuk ibu bapa instant untuk melihat anak-anak pergi dan datang dari ibu bapa mereka yang sudah tidak sebumbung dengan salah satu daripadanya.

Saya mengambil kesempatan untuk menghadapi situasi ini bersama keseluruhan anak saya apabila salah seorang daripadanya hendak pulang ke rumah emaknya untuk membantu emak tersebut untuk beberapa perkara.

Mungkin dia anak lelaki dan kami keluarga baru.

Jadi, bila saya menghantar dia bersama yang lain, walaupun hati saya berasa pelik atau lebih tepat janggal untuk menghantar anak keluar rumah ke rumah orang lain,  tetapi saya kuncikan mulut dan bulatkan hati untuk beranggapan bahawa, inilah keluarga saya dan inilah laluan untuk anak-anak ini.

Rumah orang lain itu, lain untuk saya tetapi untuk anak-anak saya, orang itu bukan orang lain.

Itulah emak mereka.

Dia hanya orang lain pada saya, tetapi bukan orang lain untuk mereka.

Bahkan, mungkin saya yang lebih orang lain pada mereka berbanding orang lain yang saya katakan tadi.

Saya train otak dan hati saya masa tu juga bahawa itu akan saya lalui seumur hidup, maka, bertabahlah pada rasa kehilangan yang sedikit itu.

Keadaan yang sama terjadi sekali lagi pada awal bulan ini apabila si kakak membuat keputusan berhenti kerja serta merta. Mungkin keputusan itu tidak serta merta, tetapi pada kami yang tahu tepat pada pagi itu merasakan abrupt sungguh keputusan itu.

Apapun, kami akur. Saya sebagai ibu yang mempunyai anak dewasa berpendapat sudah tiba masanya anak-anak berfikir yang terbaik untuk mereka.

Pada petang itu, ketika saya di rumah ibu bapa saya, rupanya si kakak dan adik yang seorang lagi telahpun berangkat dan balik ke rumah emak mereka.

Hati saya tersentuh. Bukan, anak-anak itu tak bersalah.

Cuma saya sendiri selaku anak berasa sedih. Begitulah kita pada ibu bapa.

Kadang kala terlalu banyak benda kita kejar dalam dunia ini dan hidup masih lagi rasa tak kena sehinggalah apabila satu tindakan drastik dilakukan, barulah kita sedar bahawa perubahan besar itu perlu untuk kebaikan yang lain.

Bak kata Kalamullah (Al-Quran); boleh jadi sesuatu perkara itu kau suka tetapi sebenarnya tidak baik untuk engkau dan boleh jadi juga sesuatu perkara itu baik untuk engkau tetapi engkau tidak menyukainya. Wallahualam.

 

Saya tidak marah anak berdua ini, sebaliknya saya pula yang dilanda kemurungan dua hari.

Saya asyik memikirkan tentang si kakak. Betulkah dia telah temui apa yang menenangkan hatinya?

Betulkah dia telah beristiharah dan tawakal atas keputusan ini?

Akhirnya jatuh setitis air mata. Saya kesiankan anak ini.

Begitulah saya pada Sabtu yang dia keluar rumah tempoh hari.

Seawal pagi saya tidak mampu untuk tunggu sehingga anak yang seorang lagi pergi dan balik kerja untuk bawa saya pulang ke rumah ibu bapa saya.

Saya terbayangkan tandas, dapur dan rumah yang hendak dikemas untuk ibu saya kerana bapa dan adik tiada di rumah menemani ibu saya. Jadi saya tekad meminta izin pada suami untuk pulang ke kampung awal supaya saya boleh buat kerja rumah sebelum ibu saya yang memulakan semuanya.

Suami saya yang baik (tabarakallah), sanggup menemankan saya pulang walhal diapun baru balik dari outstation.

Sesampai saja di rumah ibu bapa saya, semuanya dalam keadaan elok. Kemas malah cantik. Saya menyampaikan hasrat saya kepada ibu saya, lantas dia menjawab ringkas;

Nothing. Everything is fine here.

Saya rasa nak menangis.

Huru-hara apakah yang saya kejar tadi sehingga terlalu risau kalau-kalau saya tak sempat berbuat apa-apa kebajikan kepada ibu saya?

Pada masa yang sama saya rasa bersalah pada suami saya kerana mengambil masa rehatnya di hujung minggu. Kembali pada si kakak. Saya rasa, itulah juga perasaan yang dihadapinya.

Sesuatu perasaan yang tak mudah.

Tak mungkin orang lain memahaminya sehingga mereka merasainya sendiri.

Jadi, saya pun menuliskan kisah saya pada hari Sabtu itu padanya. Benar. Kami sama-sama dilanda dilema yang sama.

Sebelum itu, telah terjadi satu peristiwa yang tak disangka.

Mungkin ia tidak saya sangka kerana belum pernah menghadapinya, tetapi pada anak-anak ini; itu prosedur biasa.

Hari Jumaat. Si adik yang mengikut si kakak tadi tiba-tiba muncul di dapur rumah.

Oh! Dah balik rupanya.

Tapi mana si kakak, saya tanya pada si adik.

“Kakak ikut ibu pergi sekolah adik.”

Tersentak saya. Eh, ada orang kacau anak aku kat sekolah ke? Suami aku dah tau ke? Atau aku yang kena beritahu?

Ya Allah, takutnya. Anak aku okay ke nanti kat sekolah tu?

Jenuh saya duduk tepi tingkap bilik dan tunggu si adik kecil untuk muncul.

Sehinggalah maghrib. Saya hanya baring tetapi bukan baring yang biasa-biasa.

Baring saya baring berfikir. Saya sibuk menganalisa perasaan saya ketika itu. Apa jadi kat aku ni?

Tiba-tiba pintu bilik diketuk dan si adik kecil memasukkan kepalanya di celah pintu yang terbuka sedikit.

“Adik nak pergi rumah sedara adik, esok pagi adik balik tau, ibu.”

Eh!

Air mata saya dah mula bertakung sebiji mata.

Dia masuk dan salam saya. Dibahunya sedang digalas sebuah bag. Padat.

Saya diam tak mampu berkata-kata.

Sedihnya.

Sedihnya rasa bila anak tinggalkan saya.

Belum pernah terjadi dalam sejarah selama beberapa bulan kami bergelar keluarga, anak saya diambil oleh emaknya.

Ituah pertama kali dan ya Allah, sedihnya. Malam itu terasa panjang.

Saya banyak diam dan lebih meneliti tindak-tanduk suami.

Saya cuba pelajari sesuatu dari dia, tetapi dia seperti sudah terbiasa dengan keadaan itu.

Yang saya pula masih terasa kesedihan.

 

Sedihnya rasa apabila anak yang bermanja dengan kita, baring dipangku untuk ditunjukkan gigi yang longgar, disuap makan tiba-tiba pergi. Ada yang lebih dia sayang dan ada yang lebih menyayangi dia.

Beberapa kali saya menitiskan air mata. Malah ketika bertemu ibu saya, saya tak mampu bercakap tentang hal ini.

Sangat meruntun jiwa. Hendak sahaja saya nyatakan kesedihan ini pada suami tapi saya rasa tak tertanggung untuk menangis. Saya juga risau kalau-kalau suami merasa hal yang sama dan dia pula yang moody.

Saya tabahkan hati. Syukur alhamdulillah, anak ini ada dua ibu yang menyayangi saya.

Inilah hakikat si ibu tiri. Nampak garang, tegas, kadang kala marah tak tentu pasal, tapi di dalam hati rupa-rupanya banyak Allah terapkan kasih sayang.

Saya bersyukur anak-anak dan saya saling sayang menyayangi.

Kami baik bersama dan saling rindu-rinduan bila berjauhan. MasyaAllah.

Beginilah rupanya rasa kasih ibu. Tak pernah terlintas di hati bahawa satu hari nanti saya akan menjadi ibu (tiri) dan tak terlintas di hati bahawa saya mampu menggalas tanggung jawab ini.

Subhanallah, semua terjadi dengan izin-Nya.

Tugas ibu kandung atau ibu tiri tiada bezanya. Inilah dia amanah dari suami yang Allah turunkan.

Memang apabila kita sendiri yang telah menjadi ibu, barulah kita tahu kuatnya kasih seorang ibu; tak kiralah ibu itu ibu kandung, ibu susuan, ibu tiri, ibu angkat dan mungkin juga ibu mertua.

Terima kasih ya Allah, kerana mengangkat maqam saya menjadi seorang ibu, walaupun sekadar ibu instant atau yang lebih benar – ibu tiri.


Rencana ini ditulis oleh Syeri Al-Habsyi (www.wouii.com) semoga bermanfaat buat semua.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

1 Comment
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Prema
Prema
5 tahun yang lalu

Well written Sherry . From my teaching experience I could say that stepchildren are still more likely to be abused by step mothers or fathers. Your stepchildren are lucky to have you. May god bless you and and your family.