Hukum Makan Selepas Azan Subuh (Sahur)

makan selepas azan subuh

Apakah hukum makan selepas azan subuh?

Adakah ia membatalkan puasa?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN:

Adakah benar kata orang kalau sedang makan sahur dan azan subuh berbunyi kita masih boleh habiskan makan dan boleh minum air kalau belum minum kerana setahu saya kalau makan minum lagi bila azan subuh berbunyi maka batal puasa kita?


JAWAPAN:

Bagi orang yang hendak puasa harus baginya makan sahur selama belum masuk waktu subuh atau selama belum terdengar azan subuh.

Jika telah masuk waktu subuh atau telah dikumandangkan azan subuh maka tidak boleh lagi makan minum kerana makan minum selepas masuk waktu subuh atau selepas azan subuh itu membatalkan puasa.

Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. Nabi saw bersabda:

إِنَّ بِلالا يُؤَذِّنُ بِلَيْلٍ ، فَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُؤَذِّنَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ

Ertinya:

Sungguhnya Bilal azan ia pada waktu masih malam maka kamu boleh lagi makan dan minum sehinggalah Ibnu Ummi Maktum azan.”

(Hadith Imam Muslim)

Pada zaman Nabi saw azan dilakukan dua kali yaitu azan pertama oleh Bilal Ibnu Rabbah r.a. menandakan waktu makan sahur kemudian azan yang kedua oleh Ibnu Ummi Maktum r.a. mendakan masuk waktu subuh.

Kerana itulah Nabi saw membenarkan manusia makan sahur sekalipun telah kedengaran azan pertama kerana belum masuk waktu subuh kemudian Nabi saw menerangkan makan minum waktu sahur itu hanyalah dibenarkan setakat azan yang kedua kerana azan yang kedua menunjukkan telah masuk waktu subuh.

Inilah yang sepakat atasnya sekelian ulamak empat mazhab.

Berkata Imam Ibnu Qayyim:

وَذَهَبَ الْجُمْهُور إِلَى اِمْتِنَاع السُّحُور بِطُلُوعِ الْفَجْر , وَهُوَ قَوْل الأَئِمَّة الأَرْبَعَة , وَعَامَّة فُقَهَاء الأَمْصَار

Artinya :

Dan telah berjalan oleh majoriti ulamak kepada tertegahnya makan sahur dengan sebab terbit fajar dan ialah pendapat empat mazhab dan majoriti ulamak fiqah di kota-kota.”

(Kitab Tahzib As-Sunan)

Maka siapa yang makan minum selepas azan subuh berkumandang maka puasanya tidak sah dan wajib atasnya tidak makan minum pada hari itu dan qadha akan puasanya yang rosak itu.

Tersebut pada himpunan fatwa negeri Jordan:

فيجب على من تناول شيئا من المفطرات بعد بدء الأذان أن يمسك عن الطعام في هذا اليوم, ويقضيه بعد رمضان؛ لأن بداية الأذان تدل على دخول الفجر، وإن تعمد ذلك فهو آثم يلزمه مع الإمساك والقضاء التوبة النصوح بالندم والعزم على عدم تكرار ذلك، والإكثار من الاستغفار.

Artinya:

Maka wajib atas orang yang telah melakukan suatu yang membatalkan puasanya selepas bermula azan itu menahan diri dari makan minum pada hari itu dan qadha puasa hari tersebut kerana sungguhnya bermulanya azan itu menunjukkan atas sudah masuk waktu subuh.”

(Darul Ifta Jordan)

Tersebut pada himpunan fatwa negeri Mesir:

أنه إذا كان المؤذن يؤذن عند دخول وقت الفجر، فإنه لا يجوز للصائم أن يشرب بعد الشروع فى الأذانالأكل أو الشرب بعد بدء الأذان يُفسد الصوم.فإذا تبين الفجر حُرّم الأكل والشرب وغيرها من المفطرات، ومن شرب وهو يسمع أذان الفجر فإن كان الأذان بعد طلوع الفجر فعليه القضاء

Ertinya:

Sungguhnya apabila adalah muazzin azan ia ketika masuk waktu subuh maka tidak harus lagi bagi orang yang berpuasa minum kemudian dari muazzin itu memulai azan.

Makan dan minum selepas bermulanya azan itu merosakkan puasa.

Maka apabila telah nyata waktu subuh nescaya diharamkan makan dan minum dan lainnya dari sekelian yang membatalkan.

Siapa yang minum lagi sedangkan dia sudah dengar azan subuh maka wajib ia qadha jika azan itu memang selepas terbit fajar.”

(Darul Ifta Mesir)

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

38 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Jehan
Jehan
7 bulan yang lalu

Assalamualaikum Ustaz,

Saya berniat utk qada’ puasa harini. Tetapi semasa sahur pagi tadi, saya hanya bangun utk minum air shj. Semasa terjaga, tgk jam sudah 5:50am & saya sangka kan belum subuh kerana tak ada dengar azan di hp app. Selepas sudah minum, saya tengok hp & didapati azan adalah jam 5:47am. Adakah puasa saya dikira sah? Jika ya, الحمد لله. Jika tidak, perlu kah saya tidak mkn & minum sepanjang harini sehingga maghrib?

Dan saya puasa semalam (Jumaat) & nak sambung harini (Sabtu). Sekiranya puasa saya harini tidak sah, bagaimana puasa saya smlm? Masih sah/tidak? Sbb utk puasa hari Jumaat perlu puasa 1 hari sebelum atau 1 hari selepas.

Diharap Uztaz dpt beri pencerahan.

Terima kasih.

Zull
Zull
8 bulan yang lalu

Assalamualaikum nk tanya sah kah puasa jika kita masih makan minum saat sdh adzan subuh tpi kita tk sedar Bahwa itu sdh adzan

suhada
suhada
11 bulan yang lalu

Assalamualaikum Ustaz.

Macam mana dengan puasa saya?

bila saya minum air(mamai) dan masa sama azan berkumandang

Danial
Danial
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum.. Saya sahur 2hari lepas ni subuh jam 6.01.. Saya stop makan pkul 6 saya sangka subuh pukul 6.. Kawasan rumah saya tidak dengar azan hanya berpandukan phone sahaja.. Applikasi phone saya tidak mendengar azan.. Bila saya buka applikasi azan, menunjukkan subuh 5.59.. Adakah batal puasa saya disebabkan tidak sengaja tanpa menengetahui waktu subuh yg tetap.. Mohon beri jawapan.. Terima kasih

Dink
Dink
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum, saya ingin sangat pencerahan. Batal ke puasa saya bila di mana saya menelan makanan yg berada di dlm mulut sewaktu masuk waktu subuh.. tetapi saya tidak mendengar azan berkumandang.. hanya melihat jam di apps telegram bahawa sudahnya masuk waktu subuh.

Siti
Siti
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustaz , nak tanya kalau tak perasan waktu sahur dah habis tapi selepas makan minum baru perasan dah lebih waktu sebab mamai , adakah boleh teruskan atau kena ganti puasa ?

Sya
Sya
2 tahun yang lalu

Assalamulaikum ustaz…sewaktu saya duduk di asrama ada kakak² senior cakap sewaktu azan tu masih boleh makan sehingga habis waktu azan itu…mula² x percaya lepastu ada lagi yang ckp macam tu, saya masih x percaya…kali ketiga ada lagi akak senior lain cakap macam tu, saya pun rasa macam “ouh betul lah ni, kut”…dan saya pun minum ketika azan…batal ke puasa saya?

sha
sha
2 tahun yang lalu

Assalam ustaz , mcmana klu kita dgr Allahuakbar , tapi masih minum seteguk air sbb baru lepas minum air manis. nak bilas tekak. masih kena qadar?

Dan
Dan
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustaz, saya ingatkan belom masuk sahur lgi jadi saya pun minum air. Tpi rupenye dah masuk, sah ke puasa saya..?

Putri
Putri
Reply to  Dan
8 bulan yang lalu

Ya sah sebab awak tak tahu dah masuk waktu

Jan
Jan
2 tahun yang lalu

Ustaz saye sakit gigi selepas sahur dan makan ubat selapas azan batalkah puase sye