Apakah hukum seorang perempuan datang haid dekat waktu berbuka?Adakah batal puasanya dan perlu qadha?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat.
SOALAN:Jika datang darah haid ketika waktu berbuka puasa tinggal beberapa saat adakah batal puasa perempuan itu dan adakah kena qadha?
JAWAPAN:
Waktu berpuasa ialah dari masuk waktu subuh sampai masuk waktu maghrib.
Siapa yang berpuasa selepas beberapa saat masuk waktu subuh maka puasanya tidak sah.
Begitu juga apabila berlaku perkara yang membatalkan beberapa saat sebelum masuk waktu maghrib maka puasanya adalah batal dan wajiblah atasnya qadha jika puasa tersebut adalah puasa wajib.
Ada pun jika puasa sunat maka sunat sahaja ia qadha.
Berkata fuqahak:
فَإِذَا حَاضَتِ المَرْأَةُ وَهِيَ صَائِمَةٌ في نَهَارِ رَمَضَانَ أَو غَيْرِهِ بَطَلَ صِيَامُهَا، وَلَو كَانَ ذَلِكَ قُبَيْلَ المَغْرِبِ بِلَحْظَةٍ، وَوَجَبَ عَلَيْهَا قَضَاءُ ذَلِكَ اليَوْمِ إِذَا كَانَ فَرْضَاً أَو وَاجِبَاً، بِاتِّفَاقِ الفُقَهَاءِ، وَإِذَا كَانَ نَفْلَاً لَا يَجِبُ القَضَاءُ عَلَيْهَا عِنْدَ جُمْهُورِ الفُقَهَاءِ مِنَ الشَّافِعِيَّةِ وَالمَالِكِيَّةِ وَالحَنَابِلَةِ، وَلَكِنَّهُ يُسْتَحَبُّ
Ertinya:
Maka apabila perempuan yang berpuasa Ramadhan datang darah haid atau darah lainnya maka batal puasanya sekali pun seketika sebelum masuk waktu maghrib.
Dan wajiblah atasnya qadha hari yang batal itu jika adalah puasanya itu wajib atau fardu dengan sepakat ulamak fiqah.
Dan jika puasanya itu sunat maka tidak wajib dia qadha disisi jumhur ulamak fiqah dari mazhab Syafie dan Maliki dan Hanbali tetapi sunat dia qadha.”
(Fiqh Mazahibil Arba’ah/Masuatul Fiqhiyah)
Kesimpulan
Jika keluar darah haid dari seorang perempuan dekat dengan waktu maghrib maka puasanya batal dan wajib atasnya qadha.
Tetapi dapat pahala dia berpuasa pada hari itu kerana batalnya itu dengan uzur syarie.
wallahuaa’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..