Adakah Wajib Sebut Bilangan Rakaat Dalam Niat Solat?

menyebut rakaat dalam niat

Adakah wajib sebut bilangan rakaat dalam niat solat?

Jika tidak disebut, adakah solat tidak sah?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN:

Ketika kita berniat dalam takbir sembahyang adakah wajib menyebut bilangan rakaaatnya?


JAWAPAN:

Yang diwajibkan hadir dalam hati ketika berniat solat ialah qasad dan ta’rudh dan ta’yin.

Qasad ialah aku sembahyang dan ta’rudh ialah menyebut fardu dan ta’yin itu menyebut nama solat itu seperti zuhur misalnya.

Maka jadilah yang wajib dalam niat itu contohnya ialah aku sembahyang fardu zuhur.

Ada pun menyebut 4 rakaat dan mengadap kiblat dan kerana Allah Taala itu tidak wajib tetapi yang akmal ialah menyebutnya.

Berkata Imam Nawawi:

ولا يشترط التعرض لعدد الركعات ولا للاستقبال على الصحيح

Ertinya:

Dan tidak disyaratkan menyebut bilangan rakaat dan menghadap kiblat atas pendapat yang sahih.”

(Kitab Al-Majmu’)

Kesimpulan

Ketika berniat hanya wajib menyebut misalnya pada solat zuhur “Sahaja aku solat fardu zuhur” maka sudah sah niatnya.

Tetapi sunat menyebut dengan sempurna akan bilangan rakaat dan mengadap kiblat dan kerana Allah seperti diniatkan:

Sahaja aku solat fardu zuhur empat rakaat mengadap kiblat kerana Allah Taala.”

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.