Aurat Wanita & Aurat Lelaki Dalam Islam (Panduan Lengkap)

aurat wanita

Apakah aurat wanita?

Dan bagaimana pula dengan aurat lelaki?

Artikel ini akan memberi panduan lengkap mengenai bab aurat wanita dan aurat lelaki, etika berpakaian dan senarai mahram bagi seseorang perempuan.

Tanpa buang masa, mari kita mulakan.

 

Apakah Yang Dimaksudkan Aurat?

Aurat ialah bahagian yang menjadi aib pada tubuh badan yang wajib ditutup dan haram dilihat oleh orang lain.

Memakai pakaian yang menutup aurat ketika mengerjakan solat menjadi syarat solat diterima oleh Allah SWT.

Bagi lelaki, aurat yang wajib ditutup ialah kawasan di antara pusat dan lutut.

Aurat perempuan pula meliputi seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.

Aurat berasal daripada perkataan Arab, “عورة” yang bermaksud keaiban.

Menurut istilah fikah, aurat ialah bahagian tubuh badan yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan.

Dinamakan aurat kerana mendedahkan dan melihatnya adalah sesuatu yang tercela.

 

Dalil Al-Quran Mengenai Perintah Menutup Aurat

Terdapat beberapa dalil dari al-Quran tentang perintah untuk menutup aurat.

Antaranya adalah:

Allah berfirman:

Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah solat serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah bermaksud menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari-mu wahai Ahlul Bait, dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya daripada segala perkara yang keji

Surah Al-Ahzab ayat 33

Wahai Nabi, suruhlah isterimu,  anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman, agar melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya; yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali, maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Surah Al Ahzab ayat 59

 

Apakah Aurat Lelaki?

Apakah aurat bagi lelaki?

Walaupun tidak datang nas dalam al-Quran yang menghadkan aurat lelaki dan memerintahkannya menutupnya, namun harus difahami akan perintah kepada wanita agar tidak melihat aurat lelaki kerana pada bahagian tubuh lelaki tetap ada tempat yang tidak boleh dilihat.

Ia juga adalah aurat yang harus ditutup daripada pandangan orang lain.

Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada (tidur) dalam satu selimut dan demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian

– Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi

Menurut mazhab Syafi’e aurat lelaki sesama lelaki dan perempuan dengan perempuan adalah di antara pusat hingga lutut sahaja.

 

Apakah Aurat Perempuan?

Apakah aurat bagi wanita?

Bagi menerangkan tentang aurat wanita ini, ada beberapa keadaan yang perlu difahami oleh setiap orang.

Ini kerana setiap keadaan akan memberikan hukum yang berbeza.

Keadaan-keadaan tersebut adalah seperti di bawah?

  • Aurat Ketika Solat

Aurat wanita ketika solat adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Hal ini bermaksud, wanita boleh bersolat tanpa memakai telekung solat.

Asalkan pakaian yang dipakainya menutup aurat dan boleh untuk bersolat.

 


  • Aurat Dengan Mahram

Asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah di antara pusat dan lutut.

Walau bagaimanapun, menutup bahagian-bahagian tertentu badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri adalah lebih baik dan dapat menjaga maruah.

Jesteru, sebaik-baiknya berpakaian sempurna walaupun bersama mahram untuk menjaga maslahah (seseuatu yang lebih baik).

Seorang wanita harus berasa malu dan hormat pada mahramnya, terutama kepada ayah, abang dan adik lelaki.

Aurat dengan Suami

Aurat wanita dengan suaminya ialah tidak ada batas.

Tidak ada sebarang hijab di antara suami dan isteri.

Jika sebelum bernikah mereka dibatasi dan diperintah menutup aurat supaya dapat mencegah fitnah dan masalah, maka setelah dinikahkan dengan sah, mereka tidak mempunyai batas antara satu sama lain lagi.

 


  • Aurat Wanita dengan Lelaki

Ulama bersepakat bahawa aurat perempuan kepada lelaki yang bukan mahram adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua-dua tangannya.

Firman Allah SWT dalam surah an-nur:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepada mereka

– An Nur 24:31

Sayidatina Aisyah r. anha pernah menceritakan bahawa pada suatu hari kakaknya iaitu Asma’ binti Abu Bakar r. anha datang sedangkan dia berpakaian nipis (jarang).

Rasulullah SAW terus berpaling muka dan bersabda:

Wahai Asma’, apabila seorang wanita telah sampai masa haid (baligh), maka lelaki ajnabi tidak boleh melihatnya, kecuali kadar had ini. (Rasulullah SAW mengisyaratkan pada muka dan kedua tapak tangannya)

–  Riwayat Abu Dawud

 

Adakah Suara Wanita Itu Aurat?

Sesetengah ilmuwan dari pandangan mazhab lain berpendapat suara wanita juga adalah aurat.

Namun yang jelas mazhab Shafie yang menjadi ikutan majoriti umat Islam di negara Asia tidak meletakkan bahawa suara wanita adalah aurat.

Tidak ada dalil al-Quran serta al-hadis mengatakan bahawa suara wanita itu aurat.

Mazhab syafie dan lain-lain berpendapat bahawa suara perempuan adalah bukan aurat kerana perempuan boleh berjual beli dan memberi keterangan sebagai saksi di hadapan hakim.

Selain itu Isteri-isteri nabi SAW ada yang meriwayat hadis dan mereka juga bercakap-cakap dengan lelaki sedangkan diantara mereka itu terdapat lelaki yang bukan mahramnya.

 

Garis Panduan Pakaian Lelaki & Wanita Islam

pakaian muslimah islam

Apakah garis panduan berpakaian dalam Islam?

Islam adalah agama yang sangat mudah.

Wanita boleh memakai apa sahaja pakaian, asalkan pakaian tersebut mengikut peraturan yang sudah ditetapkan oleh Islam.

Sebagai seorang wanita yang mempunyai harga diri dan maruah yang tinggi, mereka seharusnya belajar dan mengetahui cara sebenar menutup aurat.

Islam menggariskan panduan berpakaian menurut syarak seperti berikut:

  1. Pakaian yang menutup aurat.
  2. Longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.
  3. Diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.
  4. Diperbuat daripada kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat pada tubuh hingga boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita.
  5. Tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.
  6. Tidak menyerupai pakaian lelaki.
  7. Tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.

 

Senarai Golongan Mahram Dengan Wanita

Mahram bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita

Mahram bagi wanita adalah mereka yang boleh memandangnya, berdua dengannya, melakukan safar (perjalanan) bersama, diharamkan bernikah dengannya untuk selamanya dengan sebab fitrah yang menjadikannya mahram.

Antara golongan yang menjadi mahram kepada seseorang perempuan adalah:

  1. Suami
  2. Bapa sendiri (bapa kandung)
  3. Bapa suami (bapa mertua)
  4. Anak lelaki
  5. Anak lelaki suaminya (anak tiri) atau anak isteri bagi suaminya sama ada isteri itu masih hidup atau telah bercerai atau meninggal. Tetapi bukan anak daripada bekas isteri suaminya dengan suami yang lain yang dikahwininya setelah bercerai dengan suaminya.
  6. Saudara lelaki (adik atau abang seibu sebapa atau seibu sahaja atau sebapa sahaja)
  7. Anak lelaki kepada saudara lelaki (anak saudara)
  8. Anak lelaki kepada saudara perempuan (anak saudara)
  9. Wanita Islam yang berakhlak.
  10. Hamba lelaki yang mereka miliki.
  11. Pelayan lelaki (khadam) yang sudah tidak ada syahwat kepada wanita.
  12. kanak-kanak lelaki yang bukan mahram yang belum mengerti tentang aurat wanita (belum mumaiyiz)
  13. Anak lelaki susuan.
  14. Bapa susuan.
  15. Saudara susuan.
  16. Bapa saudara susuan, datuk saudara susuan hingga ke atas, dan anak saudara susuan hingga ke bawah.
  17. Menantu.
mahram wanita
Rajah susunan mahram bagi wanita
mahram bagi lelaki
Rajah susunan mahram bagi lelaki

 

Penutup: Menutup Aurat Akan Membawa Keselamatan

Hukum Allah yang wajib kita taati boleh diumpamakan seperti peraturan jalan raya.

Adanya lampu merah, hijau dan kuning, papan tanda dan sebagainya.

Dengan mematuhi peraturan jalan raya, tidak akan berlaku kemalangan sekaligus selamatlah perjalanan.

Begitulah dengan mematuhi hukum menutup aurat, akan membawa keselamatan dalam kehidupan.

Tidak ada wanita yang akan teraniaya dan menderita kerana hukum menutup aurat.

Bagi mereka yang belum mampu dan belum mahu walaupun telah tahu, maka carilah dorongan, peringatan dan panduan untuk mendidik diri agar dapat melawan kedegilan nafsu bagi mematuhi perintah Allah.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

24 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Syazwan
Syazwan
1 tahun yang lalu

bolehkah kalau kita melihat aurat wanita yang berlainan mazhab?

ain
ain
2 tahun yang lalu

maaf nak tanya, kalau aurat lelaki sesame adik beradik lelaki, tetap pusat hingga ke lutut kan? boleh ke mereka mandi bogel bersama? atau hanya memakai boxer?

Pelukis
Pelukis
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustaz, saya ada satu kemusykilan. Saya seorang pelukis wanita. Baru baru ni saya membuka iklan untuk melukis di internet. Klien saya semua dari U.S, boleh ke saya melukis character yang tak tutup aurat contoh seorang lelaki tidak berbaju dan nampak pusat tapi memakai seluar panjang. Kebanyakkan mereka nak saya lukis lelaki seksi la mesti nak 6packs tu. Saya pulak tak pandai nak cari rezeki di tempat lain. Selama ni itu la punca rezeki saya. Kekadang tak ada pilihan sbb klien pun tidak ramai.

Alya
Alya
3 tahun yang lalu

Terima kasih sangat ia sangat membantu?

Ifa
Ifa
3 tahun yang lalu

Assalam,
Adakah anak saudara lelaki iaitu anak kepada adik ipar yang berumur 15 tahun itu di anggap mahram dan wanita wajib berhijab?

Airene
Airene
3 tahun yang lalu

Ustaz..kalau tk pakai tudung tk dosa kan?? Sbb saya ada tgk ustaz idrus kata tak wajib pakai tudung..yg wajib tutup aurat..contohla kan..tak pakai tudung tapi pakain tutup aurat?? Boleh kan??

Saidatul
Saidatul
3 tahun yang lalu

Salam ustaz…saya nak tanya aurat bagi seorang wanita kepada ayah tiri dengan adik beradik ayah tiri yang lain macam mana ye…boleh jelaskan

Saidatul
Saidatul
Reply to  Muhamad Naim
3 tahun yang lalu

Kalau dengan adik beradik ayah tiri yang lain macam mana ye?

Lisa
Lisa
4 tahun yang lalu

assalamualaikum ustaz boleh terangkan aurat perempuan bagi belakang tgn, hadapan tgn dan jari

Sahhhhhh
Sahhhhhh
4 tahun yang lalu

Assalamualaikum ustaz . Bolehkah ayah tiri melihat aurat anak perempuan isteri nya ?

Muhd
Muhd
4 tahun yang lalu

Salam ustaz,apakah hukum kita main game yng ade perempuan seksi xtutup aurat macam game pubg dn lain2.Adakah haram?

Last edited 4 tahun yang lalu by Muhd