Sejarah Yahudi & Penubuhan Negara Haram Israel

Yahudi

 

Siapakah Bangsa Yahudi Ini?

Menurut kajian sejarah yang berdasarkan penggalian arkeologi dan lembaran-lembaran kitab suci, awal bangsa Yahudi mempunyai hubungan rapat dengan kisah nabi Ibrahim AS yang berlaku sekitar 3800 tahun yang lalu atau 1800 tahun SM.

Tafsir Al-Quran menunjukkan bahawa Ibrahim AS tinggal di daerah Palestine yang dikenali sekarang sebagai Al-Khalil (Hebron) dan beliau tinggal di sana bersama Nabi Luth (QS, 21:69-71).

Anak nabi Ibrahim adalah nabi Ismail dan nabi Ishak kemudian anak nabi Ishak adalah nabi Yaakub, kemudian dari keturunan 12 anak nabi Yaakub inilah yang dikenali sebagai 12 suku Israel.

Anak bongsu nabi Yaakub AS adalah nabi Yusuf AS, yang terkenal dalam sejarah, setelah ditinggalkan di dalam telaga di padang pasir oleh abang-abangnya, akhirnya menjadi kepala bendahara negeri Mesir.

Kemudian ayahnya, nabi Yaakub, serta abang-abangnya mengikut nabi Yusuf AS ke Mesir dan hidup damai di sana sampai suatu hari Firaun yang berkuasa memperbudakkan (menjadikan hamba) keturunan mereka yang dikenal dengan bani Israel.

Kerana kekejaman Firaun yang tak terkira terhadap bani Israel, Allah SWT telah mengirim nabi Musa AS masa itu, dan memerintahkannya untuk membawa bani Israel keluar dari Mesir.

Musa AS dan kaumnya meninggalkan Mesir, dengan pertolongan mukjizat Allah, sekitar tahun 1250 SM.

Mereka tinggal di Semenanjung Sinai dan timur Kanaan (Palestine), dalam Al-Qur’an, nabi Musa memerintahkan Bani Israel untuk memasuki Kana’an, (Qur’an, 5:21).

Setelah nabi Musa AS wafat, bangsa Israel tetap tinggal di Kanaan.

Menurut ahli sejarah, nabi Daud AS menjadi raja Israel dan membangun sebuah kerajaan berpengaruh.

Selama pemerintahan anaknya nabi Sulaiman, batas-batas Israel diperluas dari Sungai Nil di Selatan hingga sungai Eufrat di negara Siria sekarang di utara.

Ini adalah sebuah masa gemilang bagi kerajaan Israel dalam banyak bidang, terutama senibina.

Di Baitul Maqdis (Jerusalem), nabi Sulaiman membangun sebuah istana dan biara yang luar biasa.

Setelah wafatnya nabi Sulaiman, Allah SWT mengutus ramai lagi nabi kepada Bani Israel meskipun dalam banyak hal bani israel tidak mendengar perintah para nabi, membunuh mereka dan mengkhianati Allah.

Setelah kematian nabi Sulaiman, kerajaan bani Israel (yahudi) berpecah, di utara Israel dengan ibukota Samarria dan Di Selatan Juda dengan ibukota Baitul Maqdis (Yerrusalem).

Dengan berlalunya waktu, suku yahudi jatuh di bawah Assyurria dan Babylon atau pergi ke Mesir sebagai pelarian.

Ketika raja Perrsia Kyros tahun 539 SM mengizinkan orang Yahudi kembali dari pelarian mereka, banyak orang Yahudi yang tidak kembali, di sinilah mulainya Diaspora, penyebaran bangsa Yahudi ke seluruh dunia.

Pada tahun 63 SM Juda dan Israel jatuh ke tangan orang Rom dan tahun 70 SM berjaya menghancurkan pemberontakan Jerusalem dan menghancurkan biara dan Juda.

Setelah itu orang Yahudi hidup dalam pelarian, sehingga zaman khilafah Othmaniyah barulah orang Yahudi dapat merasakan kehidupan yang damai dengan membayar pajak perlindungan kepada kerajaan Othmaniyah.

Akhir abad ke 19, ditunjangi oleh Jewish Colonization Assocation Baron Hirsch, Yahudi dari Eropah Timur berpindah ke Argentina dan membentuk Kolonialisme pertanian, untuk kembali ke Palestine bermula tahun 1881.

 

Kronologi Penubuhan Israel Adalah Seperti Berikut:

1896

Theodor Herzl, seorang yahudi kelahiran Budapest mengasaskan pembentukan Negara Yahudi moden.

Tujuannya untuk menuntut dan membuat negara untuk orang Yahudi di Palestine, disokong oleh wang hasil sumbangan dari seluruh orang Yahudi di dunia.

Herzl ini juga dikenal pendiri zionisme, yang juga tidak disetujui oleh orang Yahudinya sendiri.


1914

Di Palestine tinggal 1200 orang Yahudi.

Setelah kekalahan khilafah Othmaniyah dalam perang dunia pertama, Palestine menjadi bola permainan para penjajah dan para Zionis ada di sisi British dan Amerika.


1917

Tanggal 2 November menteri luar British Lord Balfour menandatangani Deklarasi Balfour untuk membangun negara yahudi.

Sebulan kemudian masuklah tentera British ke Baitul Maqdis (Jerusalem).


1920

Gabungan Negara-negara menyerahkan mandat Palestine kepada British.

Akibatnya datanglah 75 000 lagi orang Yahudi ke Palestine.

Negara-negara Arab tidak menyetujui didirikannya negara Yahudi di Palestin


1922

Transjordania dipisahkan dari daerah mandat.

Sebagai perwakilan orang Yahudi dibuatlah Jewish Agency.

Di tahun itu lebih kurang 80 000 orang Yahudi tinggal di Palestine.


1933

Di Jerman berlaku penghapusan etnik Yahudi secara sistematik oleh Rejim Hitler.


1936

Masyarakat Arab menentang politik masuknya orang Yahudi ke Palestine tapi orang Yahudi dibantu oleh tentera Inggeris.


1937

Sesudah pemerintah mandat membatasi imigrasi dan pembelian tanah oleh orang Yahudi, timbullah ketegangan yang dilakukan oleh organisasi bawah tanah Yahudi terhadap orang Inggeris.


1939

Pendidikan sebuah brigade Yahudi untuk memasukkan orang Yahudi ke Palestine


1945

Suruhanjaya Inggeris Amerika menganjurkan penerimaan 100,000 orang Yahudi di Palestine, tapi kemudian ditolak oleh British sehingga menyebabkan rusuhan di antara Yahudi-Palestine.


1947

UNO menganjurkan pemisahan Palestin dan pembentukan negara Yahudi dan Arab.

Perang antara Yahudi dan Arab menghindarkan dilanjutkannya rencana itu.


1948

Inggeris mengakhiri mandatnya atas Palestine dan pada 14 Mei meninggalkan Palestine.

Tentera Yahudi memasuki Palestine dan mengusir orang Palestine yang didukung oleh negara-negara Arab.

Di hari yang sama Ben Gurion mengisytiharkan kemerdekaan Israel di kota yang dibentuk mereka, Tel Aviv, sehingga kemudian menyebabkan perang hari pertama Timur Tengah.


1949

Setelah perang, Israel memenangi peperangan dan bangsa-bangsa bersatu mengakui Israel sebagai sebuah negara.

Photo of author

Muhamad Naim

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

90 thoughts on “Sejarah Yahudi & Penubuhan Negara Haram Israel”

  1. Bedanya orang yahudi sama Israel tu kayak Islam sama Arab. Karena ga semua orang Arab itu Islam Dan tidal semua orang Israel itu yahudi Dan zionis. Zionisme itu kalo Dari yang pernah daya baca Dari blog nya orang yahudi: zionis itu penyelewengan Dari agama Yehudi seperti Isis di Islam

    Reply
  2. yahudi bukan dari bani israel ke? atau ada bangsa lain bukan yahudi tetapi mungkin kah Melayu? selama ni yang dicari-cari oleh Israel ialah Melayu.

    Reply
    • Anda coba buka alquran yahudi sama srael it sma saja ia keturunan nabi yakub dn kakeknya nabi ishak dari 12 anak ini ad 1 anak nabi yusub yg akan d bunuh oleh saudaranya sendiri yaitu bani israil it dn kenal dg bangsa yahudi karena beragama yahudi juga dn sekarang yg menjadi negata israel it bani israil atau yahudi

      Reply
  3. Apa bezanya yahudi dengan Israel? Adakah yahudi ni kaum yang terdapat dalam 12 suku Israel? Persoalannya bangsa apakah yang merangkumi kaum 12 suku tersebut?

    Reply
    • 12 suku keturunan nabi yaqub/israil disebut bani Israil, salah satu bani Israil ada yg namanya Yehuda, dari keturunan yehuda inilah cikal bakal bangsa Yahudi

      Reply
    • Yahudi atau disebut sbg Bani Israil,yaitu seluruh dari keturunan Nabi Yakub dlm hal ini anak-cucu-cicit dst.

      Reply
  4. Penulisan tahun-tahun sejarah kok cuman berdasarkan perhitungan nalar ya?

    Kita ambil jarak pasti nya antara Nabi Muhammad ke Nabi Isya aja sekitar 500 tahun lebih..kenapa jarak nabi Isya ke nabi Ibrahim begitu singkat dilukiskan? (1800 tahun)
    Kalau begitu umur nabi Ibrahim begitu pendeknya dong?
    Sedangkan sejarah mencatat kuat umur nabi Musa sekitar 680 tahun, nabi Nuh 950 tahun..jeda generasi mereka nggak dihitung ya sama ahli sejarah yang pake nalar manusia modern ngehitungnya?
    Padahal jeda generasi ke generasi mereka ada sekitar ribuan tahun.
    Berarti jangan-jangan ahli sejarah menghitung jarak nabi Adam ke nabi Isa 6000 tahun lagi?
    Padahal Jarak nabi Adam ke Nabi nuh ada sekitar 25 generasi, yang ketika itu setiap generasi manusia berumur antara 1500 tahun hingga 2000 tahun.

    Reply

Leave a Comment