Kucing Haiwan Yang Bersih!

kucing
kucing

Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis.

Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia?

Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis?

Jawapannya, kulit haiwan ini mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.

Ototnya juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia.

Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji.

Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.

Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya.

Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. 

 

Kajian Yang Dijalankan  

Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor.

Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel.

Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu.

Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya. 

Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:

1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.

2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.

4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.

5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.

Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.

Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bemama lysozyme.

 

Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing

Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria.

Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.

Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air.

Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

 

Hadis-Hadis Mengenai Kucing

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu dia menuangkan air untuk wudhuk.

Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum.

Lantas dia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum.

Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”.

Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?”

Kabsyah menjawab, “Ya”.

Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah). 

Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”.

Lalu Anas menuangkan air.

Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana.

Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut.

Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk.

Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. 

Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat.

Lalu dia memberikan isyarat untuk menyimpannya.

Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, dia lupa adanya bubur.

Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.

Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni). 

Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah SAW tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih.

Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

50 thoughts on “Kucing Haiwan Yang Bersih!”

  1. Sy syg kucing saya..dia sahabat saya dunia akhirat…manusia pon xpnh nk syg saya mcmna kucing saya syg sgt kt sy..skrg kucing saya sakit..semoga Allah panjang usia dia..lima tahun dia dgn saya..xpnh la nk curi makan..baik sgt..selalu dtg kt sy..syg saya..sembang dlm bahasa dia..skrg bila dia sakit..dia sembunyi diri xnak saya tgk dia tgh sakit..kalau dia xdk…sapa nk teman saya..sapa yg sanggup setia tunggu saya setiap kali saya balik keja…yg cuma mkn bila saya sendiri hidangkan…kalau Tuhan ambk dia dr saya..saya xkan bela kucing lin utk gantikan tempat dia..cukuplah hny dia dihati saya..kami sudah berjanji yg kami akan jadi sahabat dunia akhirat :'(
    ** ALLAH HTR KUCING SBG LADANG PAHALA BAGI KAMU…ADA GANJARAN MENANTI DI SEBALIKNYA :)

    Reply
  2. Dulu saya tak suka kucing.. selalu je mengelak dari kucing..
    Takut, tak suka, semua ada..
    Tapi bila 2 ekor kucing jiran datang rumah, lama2 dah okey dah..
    Siap jatuh sayang pula pada kucing2..
    Baru sedar yang kucing pun ada perasaan sayang bila lama2 kita pandai jaga ia..
    Dah sampai kucing tu taknak balik dah rumah jiran..
    Selalu je duk kat umah.. Kadang2 naik atas katil, tido sama..
    Rindu kat kucing2 tu.. :'(

    Reply
  3. sy pun bela kucg….dah dekt 2 bulan, kucing parsi…mase smyg..lpe nk ttp pintu..dia x kacau pun..bila pah solat baca al-Quran, then, kucing tu dtg dekt, ingt nk naik atas sejadah, rupanya dia dok tepi sejdh, kt sebelah al-Quran…sy baca…dia duduk senyap aje…so sweet tau. Makhluk Tuhan. Entah2 dia sedg berzikir dlm hati…hehe..anyway, thank a lot atas info yg sgt berguna ni..hope akn mengubah persepsi org yg mngatakn bhw kucg itu kotr…. thanks

    Reply
  4. semasa solat biasa meow aku tu dtg lepak betul2 tgh sejadah,jd semasa sujud tu dia brada dibwh badan aku la,siap dia kuis2 perut aku,trlupa lak nk tutup pintu bilik,tntg hajat dia nk melepas tu aku dah didik dr kecil lg buang dlm cat litter,so far smpai skrg ni rmh aku bebas dr najis dia tu,ishh mmg sayang sgt la dkt makhluk brnama kucing ni

    Reply
  5. terima kasih banyak2 untuk info yang berguna ni,rakan2 sye selalu cakap kucing ni kotor so sye tk dekat dgn kucing agi tpi sye pegang kucing agi,trima kasih

    Reply
  6. Salam…Sy peminat kucing dan paling suka kalau kucing menyondol manja di kaki…tetapi sy tidak suka jika ada spesis manusia yang anggap kucing adalah kotor sedang diri lagi pengotor berbanding kucing….dan kepada surirumah rajin2 lah buat pahala, sb kebanyakan surirumah suka buang tahi ikan dan lemak ayam dalam tong sampah dan rela tong sampah dipenuhi dengan ulat2 sampah jesteru itu…sy rasa lebih baik beri pada kucing agpun sampah x lah berulat dan menyusahkan…tukang angkat sampah……..

    Reply
  7. salam.. cuma mnjwb prsoalan bulu kucing..
    bulu kucing y trtanggal dri bdan adlh njis yg dimaafkan jd sah solat.. dia njis bkn x njis tp njis yg dimaafkan..

    Reply
  8. Askum… Statement awk mmg bgus and boleh mengubah persepsi terhadap kucing tapi bagi orang macam saya nie, bela kucing boleh menghilangkan stress awak juz najis dy tetap menjadi masalah bagi saya and keluarga.. maafkan saya kalau ada keterlaluan bahasa, tapi walau macam mana pown… Saya tetap pencinta haiwan yang berbulu + comel ini<3<3<3

    Reply
  9. xpelah.. kalau x yakin pas meow buang tu, kalo xnak ragu2 bersih2kan la juga kalo ada lapang2 masa tu.. hehe..saya syggg kucing..:)

    Reply
  10. Salam.Thanq untuk info berguna ni.Saya pun baru aje berminat kucing baru2 ni..(sebab dulu takut kt kucing..hu2)..Selalu nampak dan terfikir kucing lepas dia melepaskan hajat dia,ok ke kalo pegang.Lagipun,geli nk pegang kucing lepas tu..hehe..takut xbersih.Info ni sangat berguna.tq -D

    Reply
  11. tapi ada ustaz yg mengatakan bulu binatang yg terpisah dari badannya adlh najis dan jika melakat kt pakaian xsah solat…
    bulu kucing tak termasuk dlm kategri ni ke??

    Reply
    • masing2 ustaz ada pandangan sendiri.. tp pada asasnya, kucing ni bukan haiwan najis seperti anjing :)

      Reply
  12. Ustaz Azhar idrus pun ada cakap yang kucing hanya najis kalau kita nampak ada najis jelas melekat kat badan kucing tu.. kalau kita x nampak, yakin bersih, bau najis hancing pun xde, then bersih.. sah solat :) die dtg menyondol time solat pun xpe.. tapi baik tutup la pintu biar kte khusyuk tanpa gangguan meow2 hihi

    Reply
  13. salam. thanx buat info yg diberikan. sy memang pengemar kucing dan mudah tersentuh bila tengok kucing. sy sering kali memeluk dan membelai haiwan comel ini walaupun adik-beradik sy mengatakan kucing tersebut kotor.. dengan info ini, sy dapat menerangkan hal ini kepada adik-beradik serta kawan2 sy. thanx sekali lagi.

    Reply
  14. As salam, terima kasih atas info yg diberi. Sy baru tahu. Actually, before ni, sy sgt suka kucing tp xboleh nak pegang2 n manja2 ngan kucing sebab mind set sy, macam mane kucing 2 basuh punggung dia after dia melepaskan.ergh..xboleh terima..n then sy akan bwak najis dia kemana2 yg melekat kat baju @ pakaian sy..ho3..macam mana nak solat n etc..susah..tp lepas baca ni, mungkin akan lebih terima & b’usaha utk terima. tpi mungkin agak sukar kot nak turn mind set.sebab bila pegang kucing, teringat najis dia. huhu..tapi insyAllah, sedang b’usaha.
    jazakillah.

    Reply

Leave a Comment