Seperti yang kita semua maklum, bersuci adalah suatu perkara yang amat dititikberatkan didalam Islam.
Kalau kita belajar kitab fekah, bab mula-mula sekali diajar adalah Taharah iaitu bersuci, menunjukkan betapa pentingnya ia dalam kehidupan kita.
Sabda Nabi S.W.T:
Tidak diterima solat tanpa bersuci”
— Riwayat Imam Muslim, Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abdullah bin Umar
Hadis ini menunjukkan bahawa bersuci adalah wajib sebelum menunaikan solat.
Sekelian ulamak telah sepakat bahawa bersuci adalah salah satu syarat sahnya solat.
Tidak sah solat tanpa bersuci.
Ok, itu dari sudut agama.
Kali ini saya nak bawa anda dari sudut saintifik pula, iaitu mandi.
Mandi tidak hanya membuatkan badan segar, tetapi ada manfaat lain disebalik itu.
Sebenarnya, mandi juga memiliki peranan dalam meningkatkan sistem kekebalan, mencegah penyakit kulit, bahkan untuk menyembuhkan masalah kesihatan yang serius.
Beberapa kajian yang menunjukkan bahawa mandi itu berkhasiat antaranya adalah:
1. Pengidap Diabetes
Untuk pengidap diabetes, dengan setengah jam berendam didalam air yang hangat dapat menurunkan aras gula dalam darah sekitar 13%.
2. Kesihatan Jantung
Dengan berendam selama 10 minit dalam air yang hangat dapat memperbaiki kesihatan jantung baik lelaki mahupun wanita.
3. Eksema
Eksema adalah penyakit radang kulit yang kronik, dengan rasa kering dan gatal.
Untuk penderita penyakit kulit seperti eksema, ruam, gatal-gatal dapat dirawat dengan menambahkan baking soda ke dalam tab mandi kerana berdasarkan kajian baking soda itu bertindak sebagai antiseptik.
Caranya, pertama sekali isi dengan air suam, tambahkan kira-kira satu senduk baking soda dan kacau sehingga larut. Digalakkan berendam selama 10-20 minit.
4. Infeksi
Untuk infeksi, tambahkan pada air panas suam tiga atau empat sudu cuka buah epal (apple cedar) dan berendamlah selama 15-20 minit.
Ini juga baik untuk mengeluarkan racun dari dalam tubuh kerana cuka dapat menyeimbangkan kembali asid.
5. Selsema dan Sakit Kepala
Untuk menyembuhkan selsema dan sakit kepala dapat dilakukan dengan merendam kaki dalam air suam.
Masukan air suam secukupnya dalam tab mandi sehingga menutupi kaki dan pergelangan kaki, tambahkan beberapa titisan minyak seperti lavender, peppermint atau lemon.
Setelah selesai bilas dengan air biasa. Lakukan selama 10-20 minit.
6. Insomnia
Untuk penderita insomnia atau yang menderita masalah tidur, mereka boleh merendam kaki dalam air sejuk.
Masukan kaki sehingga kaki merasa sejuk.
Cara ini juga berguna bagi kaki kejang, pendarahan hidung, dan sembelit.
7. Sirkulasi (peredaran darah)
Jika anda mengalami masalah sirkulasi maka cubalah dengan merendam kaki selama satu atau dua minit didalam air suam, kemudian 30 minit dalam air sejuk.
.
Manfaat Mandi Yang Sihat
Mandi air panas sekitar 32-35 darjah Celsius dapat membuka liang-liang yang dapat membantu mengeluarkan racun.
Dimana ia berfungi membantu menurunkan aras gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya dapat bekerja dengan baik.
Waktu yang disyorkan adalah selama 10-20 minit.
Mandi dengan air yang sejuk pula dapat menghilangkan stress kerana meredakan ketegangan, dan disyorkan dengan suhu sekitar 12-18 darjah celcius.
Ini terbalik dengan mandi air panas kerana ia akan menyempit kan darah dan meningkatkan aras gula darah.
Oleh sebab itu, pengidap diabetes tidak digalakkan untuk mandi air sejuk.
.
Tinggalkan Komen Anda..
Assalamualaikum ustaz.tumpang tanya berkenaan najis boleh,kalau air kencing atas tilam boleh jadi hukmi ke ustaz?
Laman web ini menjadi antara laman utama saya untuk panduan rukun dan sunnah bacaan solat. Tahniah tuan, dan teruskan mengajar in sha Allah.
Cuma ingin betulkan, sedikit teguran dari segi fakta kepada ayat – “Ini juga baik untuk mengeluarkan racun dari dalam tubuh kerana cuka dapat menyeimbangkan kembali asid.” Ini mungkin daripada ‘folk remedy’ dan ia memberi kesan dlm mengurangkan infeksi, tetapi cuka sendiri adalah asid, tidak akan meneutralkan aras asiditi tubuh. Mungkin dibuang ayat tersebut. Saya khuatir ia menjadi fitnah maklumlah dengan islamophobia yang berleluasa, ada saja yang mungkin mendakwa ini bukti Islam tidak selari dengan sains atau membawa kepada kemunduran akal, walaupun sebenarnya yg ini adalah petua orang tua-tua atau folk remedy sahaja. Wallahu a’lam.
Terima kasih tuan atas teguran.
Saya akan ambil cakna teguran tersebut dan memperbaiki kesalahan yang wujud.
Terima kasih sekali lagi :-)
Saya tak suka mandi
Wow bagusnya artikel ini!