Bagaimana cara menenangkan hati?
Panduan ini akan menunjukkan zikir dan doa-doa penenang hati yang diajarkan dalam Islam.
Setiap bacaan doa juga telah ditambah ejaan rumi untuk membantu anda.
Pengenalan: Bagaimana Untuk Tenang?
Ketenangan dan kebahagiaan hati adalah hembusan dari langit.. diturunkan ke lubuk hati orang beriman. Mereka akan tetap berhati teguh di kala orang lain dalam kegoncangan”
– Syed Qutb
Sudah menjadi sunnatullah, ada kalanya hidup dirasakan bagus dan ada masanya kita dilanda kegoncangan.
Ada masanya kita semua akan merasa tidak tenang.
Rasa seperti serba tidak kena, dan merisaukan sesuatu yang tidak pasti.
Bahkan kadangkala kita pun tidak dapat memahami apa yang ada di dalam hati kita sendiri. Apa yang dilihat di luar belum tentu itu mencerminkan apa yang ada di dalam hati.
Bagaimana kita boleh merawat perasaan sebegini?
Firman Allah:
Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenang.”
— QS Ar Ra’d : 28
Sebenarnya kita selalu terlupa bahawa hati kita itu Allah-lah yang pegang.
Rasa ketenangan itu hanya Allah lah yang berkuasa mencampakkan ke dalam hati kita.
Oleh itu, marilah kita kembali kepadaNya.
Zikir Penenang Hati
Apakah kelebihan zikir?
Mereka yang sentiasa membasahkan lidah dengan zikir akan mendapat penghormatan tinggi serta rahmat daripada Allah SWT.
Mereka yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah SWT, perasaan serta jiwa akan sentiasa tenang walau apa juga cabaran yang mendatangi hidup mereka.
Itulah kelebihan di dunia yang dijanjikan Allah SWT kepada mereka.
Berikut adalah zikir-zikir untuk menenangkan hati:
Susunan bait-bait zikir di atas adalah seperti berikut:
1. Istighfar 2. Tasbih Tahmid & Tahlil 3. Ya Allah 4. Hasbi Rabbi Jallallah 5. Laisalaha Mindunillahil Kasyifah 6. Lailahaillallah Al Malikul Haqqul Mubin 7. Astaghfirullaha Innallaha Kanatawwaba 8. Lailahaillallah Muhammad Rasulullah 9.Tubna Ya AllahSenarai Doa Penenang Hati
Allah Maha mendengar rintihan, aduan, kebimbangan dan luahan rasa daripada hamba-hambaNya pada setiap masa, tempat dan ketika.
Sebagai hamba, kita memerlukan Allah lebih dari daripada segala-galanya dalam hidup ini.
Disini saya melampirkan beberapa doa untuk menenangkan hati:
1. Doa Memohon Ketenangan
رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَٰذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَلْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ
Robbanaa akhrijnaa min haadzihil qoryatidz dzoolimi ahluhaa waj’al lanaa min ladunka waliyyan waj’al lanaa min ladunka nashiiroo.
Maksudnya:
Ya Allah, keluarkanlah kami dari tempat ini yang zalim penduduknya ini, dan berilah kami pelindung dari sisi‐Mu serta berilah kami penolong dari Mu”
(QS. An‐Nisa: 75)
2. Doa Penenang Hati (1)
اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ
Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaamatil a’daa’.
Maksudnya:
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh
3. Doa Penenang Hati (2)
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث
Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths.
Maksudnya:
Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan.
4. Doa Penenang Hati (3)
اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا
Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla.
Maksudnya:
Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.”
5. Doa Penenang Hati (4)
اللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ
Allahumma inni a’uuzubika minal hammi wal hazan. wa a’udzubika minal ajzi wal kasali, wa a’udzubika minal jubni wal bukhli, wa a’udzubika min ghalabatid daini wa qahrir rijaal.
Maksudnya:
Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.
Penutup
Kita selalu beranggapan bahawa apa yang penting dalam hidup ini adalah gembira
Tapi, sebenarnya kita silap.
Gembira sahaja tidak cukup tanpa hati yang tenang.
Hati yang tenang akan menjadikan kita aman dan sentiasa lapang walaupun mempunyai banyak kekurangan dan masalah.
Sedangkankan rasa gembira itu hanya bersifat sementara.
Dan kunci ketenangan hati adalah dengan menjaga hubungan dengan Allah diikuti dengan menjaga hubungan dengan manusia yang lain.
Semoga panduan ini memberi manfaat kepada semua.
Tinggalkan Komen Anda..
Terima kasih :D
Mohon share yah?