
Assalamualaikum
“Aku dan dia dah putus…”
“Kenapa?”
“Aku dah x sayangkan dia. Pelik bukan. Tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“Kau pasti dengan keputusan kau. Kau x kesiankan dia? Dia sayang kau…”
“Kesian la jugak. Tapi bila aku fikir balik. Lagi kesian kalau aku teruskan. Aku dah x mampu…”
“Buatlah apa yang kau rasa terbaik….”
selepas setahun.
“Aku geram. Dia tipu aku. Lepas setahun baru aku tahu…”
“Kenapa? Apa yang dah jadi…?”
“Dia ada ramai perempuan belakang aku. Dia tipu aku. Aku rasa pedih. Terlalu pedih…”
“Kenapa kau pedih. Kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”
“Entah. Mungkin rasa dikhianati. Tak dihargai. Mungkin kalau aku sayang dia. Sekarang aku dah longlai. Separuh mati aku terluka. rabak. koyak. patah….”
“Lupakanlah. Jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni… Tidurlah dah lewat…”
“Aku tak boleh stop. Mata aku x boleh nak lelap . Kecewa aku menggunung. Otak aku overtime….”
.
beberapa bulan kemudian
“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“kau ada jawapan?”
…senyum ” ada…mudah.”
“Apa dia?”
“Bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah. Aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat. Apa yang jadi dalam hidup aku. Dan aku dapat jawapan. Kau nak tahu?”
“Kongsi lah…”
“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun. Mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku. Dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku. Sedangkan banyak benda yang aku lalai. Hubungan aku dengan Allah aku terabai.”
“Maksud kau?”
“Aku banyak berfikir. Refleksi balik segalanya. Cari jawapan pada soalan-soalan aku. Aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah. Leka dengan cinta lelaki. Aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki. Aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta. Nak tahu sesuatu?”
“Teruskan aku dengar…”
“Aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah. Sekarang aku rasa aku tahu kenapa. Aku belum cukup baik. Dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah. Tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…Rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu. Lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…Sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”
“So sekarang?”
“Aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan. Selangkah. Dua langkah… Aku sedang berlari. Mendekati Pencipta…”
“Lelaki? Cinta?”
“Hanya yang Halal. Janji Allah itu pasti.”
“Kau yakin sekarang? Rasa lebih baik?”
“Alhamdulillah. Semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh. Cahaya itu yang buat aku bangun. Dan ketenangan itu milik aku. Sungguh, hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung. Aku khilaf. Sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.
Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku. Mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja. Tapi sekarang aku dah sedar, faham tanggungjawab aku. Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini. Syukur :) “
p/s : Semoga bermanfaat :)
.
MANUSIA : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain
PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi tak belajar dari pengalaman orang lain
BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….
sukaa nya cerita ni..mohon share :)
mohon untuk share di blog..
slm..artikel ni ada kebenarannya…putuskan hubungan bukan bererti kita xsuka..itu tandanya Allah masih sayangkan kita supaya tidak terus menerus diperdayakan oleh ajakan syaitan…selagimana kita mendahului tuntutan agama selagi 2 la kita tidak akan sesat…
mohn share di blog mira ya.
Salam, lama dah tak buat contest. Rase nak buat pulak aje.. :)
alhamdulillah…
terimakasih atas artikelnya, aku jadi semakin yakin dan bangga dengan keputusanku..
bahwa benar, kita sebaagai manusia telah sering melupakan Allah sang pencipta. dan kini saatnya untuk sadar bahwa cinta kepada Allah yang abadi..
huhay..
terima kasih sbb share mklumat nee. crita nee sma sperti yg sy pernah lalui . haha . :)
mtk share..ley..
semua nu kan ada balasannya
tak usah rag dan bimbang
jodoh mati udah ada yabg nanggung
tinggal ngelakon aja
so jika ada kata bijak
“tak usah mnyesali apa yang terjadi,,,mungkin yang kau sesali gak akan kembali”
lelaki yang baik untuk perempuan yang baik…………..
Apa yang dikatakan ada benarnya.
Tetapi saya tidak bersetuju sesuatu hubungan itu putus secara bersahaja gara2 ““Aku dah x sayangkan dia. Pelik bukan. Tiba-tiba saja perasaan tu hilang”.
Kalo tgk dari sudut sebagai seorang lelaki, perkara sebegini amat memilukan hati buat si lelaki. Seolah2 memutuskan sesuatu hubungan itu begitu mudah dan selamba. Bagaimana jika dia adalah bukan seperti lelaki diatas tetapi seorang yang baik? Adakah wajar jika pada waktu itu, secara tiba2, “hmm..da x sayang awak la. nak putus la”. Seolah2 hubungan yang terjalin sebelum ini langsung tak bermakna.
Bagaimana jika dia adalah seorang lelaki yang benar2 ikhlas? Jika modus operandi ini digunakan, maka “da x syg awak la. x taw nape. nak putus”, dengan bersahaja seperti ini, amatlah tidak adil bagi pihak lelaki secara amnya. Alasan nak putus: “da x syg. x taw nape”?? Apa akan terjadi jika semua wanita mengamalkan sikap seperti ini? Tidak berbincang dahulu dengan pihak lelaki, bertukar pendapat dan berusaha bersama2 untuk menyelesaikan masalah.
Saya amat tidak bersetuju dengan “da x syg. x taw nape = putus”.
Jika ramai wanita mengamalkan sikap ini, maka ramailah lelaki akan yg akan terguris.
Saya lebih bersetuju jika “da x syg. x taw nape = berbincang dengan si dia bersama2 + tidak terus putus bersahaja”. Dalam perhubungan pun perlu ada perbincangan. Sama2 pihak wanita dan lelaki berusaha menyelesaikan sebarang kekalutan dalam perhubungan disertakan dengan doa. InsyaAllah boleh. Bukannnya selamba bersahaja putuskan hubungan tanpa sebarang sebab atau sebab perasaan sayang “hilang” secara tiba2.
Allah Maha adil.
Tanya diri anda, jika anda buat seperti ini kepada seseorang, nescaya anda jua bole merasa diperlakukan sedemikian dikemudian hari.
sy setuju dgn pdpt saudara…. mungkin lelaki tersebut terlalu kecewa dgn perbuatan bekas kekasihnya tu hingga permainkan perasaan wanita yg tak bersalah… jika tidak mahu bercinta kenapa meletakkan harapan pada awal..
Terima kasih sebab sudi kongsi cerita yang penuh dengan pedoman ni.harap saya dapat ikut pengajaran yang ada dalam cerita ni till last breath..
dan…bagaimana pula jika wanita yg menghadapi perpisahan seperti itu?? “tiba2 je aku dah xde hati pada kau”,”dah tak rasa sayang pada kau”, “hati dah tawar utk cinta”…. apa daya si wanita yg sentiasa menyayangi si lelaki sepenuh hatinya. . . . . :) Subhanallah. . . Ujian Mu sangat kuat utk hamba Mu yg lemah.. Tabahkanlah hati hamba2 Mu ya Allah… Amin…
benda ini berlaku pada sy. baru shj. si dia tiba-tiba mengatakan sudah tak sayang. dah tak ada perasaan. perasaan itu hilang bergitu sahaja. sy tak tahu apa salah sy smpai dia buat mcm ni. bila sy tanya, dia ckp, sy tak salah, cuma dia dah tak ada hati. sedih sgt sbb sy sygkan dia. tapi betul la. cinta pada manusia akan hilang. cinta pada Allah kekal selamanya. kuatkan aku ya Allah. amin…
itu ‘kalau’ ‘kalau’ lelaki tu lelaki yg ‘baik’… tapi da terang2 dy tulis lelaki tu kaki perempuan.. nasib dy da break after 1 year law…mase tu dy baru break ..
cube fkr ape yg perempuan tu akan terima..
x semua lelaki mcm tu tapi sebahagian mcm tu kan..
x semua perempuan berfikiran cetek,..
so,fikir laa dlu sblm ckp,,
Allah mmg maha adil,,so,xpyh doakn yg buruk2 pd owg..
x mustahil jika suatu hari nnt owg akan doakan yg buruk2 pd kita..
baca artikel dgn teliti..
dy hilang cinta dgn lelaki tu,..
tapi dy jumpa cinta bersama Allah ..
so mane yg lbh baik???
yes mmg betol ape yg saudara ckp. tp andai itu yg hati kite alami mampu ke kita pksa hati kite utk syg org 2 balik?? dgn pksaan? mcm tu? setiap bnda yg kite rase 2, tuhan dah tau walaupon kite blum luahkn. DIA Yg Maha Mengetahui semuanyer.. hidup mati kite pd DIA. salah kite ke tiba2 perasaan 2 hilang? kita xmintak bnda 2 nk berlaku pon tp… terlalu susah nk explain.
komen anda dilihat celik ilmu..juga dilihat seperti anda pernah diputuskan oleh orang lain…
saya setuju dengan pendapat awk.. xkn cinta yg dibina sblm ni lgsg xbermakna. discuss tu penting sbb ni melibatkn soal hati. bincang dlu kenapa hilangnya prasaan itu dengan pasangan, mcm ner nk atasi masalah itu. kalau mmg dh xjumpa solusinya, then decide la ape yg ptt.
rmai kn prnah alami situasi di ats.. sy pown x t’kecuali..
artikel yg b’gune ea.. :)
assalamualaikum..mohon share yerr….sangat best..tq
Ana juga punya pengalaman sebegini.
entri ni lebih baik dari entri ana. : Jangan hanya bersabar,bersyukurlah!
ish3 touchinx abes
Assalamualaikum…
http://jatuhbangunmiszcahye.blogspot.com/2012/02/aku-dia-dah-putus-tinta-penulis.html
mohon share yeee!!sy suke entry nih~
ok. silakan.. :)
Mohon share di blog boleh? saya ingin berkongsi cerita ini dengan rakan-rakan yang lain~
suke..=)..am in this situation.=)