
Assalamualaikum
“Aku dan dia dah putus…”
“Kenapa?”
“Aku dah x sayangkan dia. Pelik bukan. Tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“Kau pasti dengan keputusan kau. Kau x kesiankan dia? Dia sayang kau…”
“Kesian la jugak. Tapi bila aku fikir balik. Lagi kesian kalau aku teruskan. Aku dah x mampu…”
“Buatlah apa yang kau rasa terbaik….”
selepas setahun.
“Aku geram. Dia tipu aku. Lepas setahun baru aku tahu…”
“Kenapa? Apa yang dah jadi…?”
“Dia ada ramai perempuan belakang aku. Dia tipu aku. Aku rasa pedih. Terlalu pedih…”
“Kenapa kau pedih. Kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”
“Entah. Mungkin rasa dikhianati. Tak dihargai. Mungkin kalau aku sayang dia. Sekarang aku dah longlai. Separuh mati aku terluka. rabak. koyak. patah….”
“Lupakanlah. Jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni… Tidurlah dah lewat…”
“Aku tak boleh stop. Mata aku x boleh nak lelap . Kecewa aku menggunung. Otak aku overtime….”
.
beberapa bulan kemudian
“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“kau ada jawapan?”
…senyum ” ada…mudah.”
“Apa dia?”
“Bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah. Aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat. Apa yang jadi dalam hidup aku. Dan aku dapat jawapan. Kau nak tahu?”
“Kongsi lah…”
“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun. Mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku. Dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku. Sedangkan banyak benda yang aku lalai. Hubungan aku dengan Allah aku terabai.”
“Maksud kau?”
“Aku banyak berfikir. Refleksi balik segalanya. Cari jawapan pada soalan-soalan aku. Aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah. Leka dengan cinta lelaki. Aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki. Aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta. Nak tahu sesuatu?”
“Teruskan aku dengar…”
“Aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah. Sekarang aku rasa aku tahu kenapa. Aku belum cukup baik. Dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah. Tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.
Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…Rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu. Lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…Sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”
“So sekarang?”
“Aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan. Selangkah. Dua langkah… Aku sedang berlari. Mendekati Pencipta…”
“Lelaki? Cinta?”
“Hanya yang Halal. Janji Allah itu pasti.”
“Kau yakin sekarang? Rasa lebih baik?”
“Alhamdulillah. Semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh. Cahaya itu yang buat aku bangun. Dan ketenangan itu milik aku. Sungguh, hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung. Aku khilaf. Sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.
Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku. Mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja. Tapi sekarang aku dah sedar, faham tanggungjawab aku. Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini. Syukur :) “
p/s : Semoga bermanfaat :)
.
MANUSIA : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain
PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi tak belajar dari pengalaman orang lain
BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….
salam, mohon share :) sgt berguna utk perigatan saya ! alhamdulillah
Thumbs Up (Y)
mengalir air mata lps bce story ni…sgt same dgn situasi sy wktu ni..alhmdulillah Allah da buka pintu hati sy utk berubah sedikit demi sedikit..smoga sy brjaya berubah menjadi lebih baik..thanks to writer crite ni..:)
mohon copy ya…
mengalir air mata lps bce story ni…sgt same dgn situasi sy wktu ni..alhmdulillah Allah da buka pintu hati sy utk berubah sedikit demi sedikit..smoga sy brjaya berubah menjadi lebih baik..hnaks to writer crite ni..:)
cerita tu mmg kena dgn kisah sy jugak.. bila kita tanya balik soalan kenapa pada diri kita, jawapan dia adalah kerana kita ni sendiri pun tak syg diri sendiri.. kita biarkan diri kita lalai.. tapi alhamdulilah Allah bg kita peluang lagi.. rasa tertipu mmg sakit sgt tapi itu lah yg buat kita tambah sedar yg kita ni tk cukup syg diri kita lg and paling penting kita tak syg Pencipta kita… kita mengejar cinta manusia bukan cinta Ilahi.. saya bersyukur sy masih diberi peluang kedua utk menjadi wanita muslimah yg lebih baik..:) good story..its touch our heart silently..
nice story…i like it so much…congrate!
nice story..i like it so much…congrate!
sya stuju dgan cita nie,.
hrap ada cerita yang lbih banyak moral
Alhamdulilah…itu yg terbaik untok kta smua…spatutnya mncintai ALLAH yg utama sblum mncintai seseorg ;p
alhamdulillah… :) semua keputusan & tindakan dpt di atasi dgn bijak..
sperti yg saya alami & sekarang sy temui jawapannya yg sy cari2..:)
terima kasih… atas kata2 ini..kerana memberi semangat utk sy berubah mjadikan diri lebih baik dan lebih dekat dengan Allah s.w.t…
ya ALLAH sebijik mcm yg pernah sy alami…syukran ya ALLAH…..KAU tlah sdrkan ak dgn cinta palsu manusia…syukran sgt2…mmg hikmah ALLAH sgt manis… ^_^…..sntiasalah bersangka baik dgn ujian ALLAH kerana sesungguhnya bila kau sabar dan tabah mghadapinya insyaALLAH ganjaran yg tidak dsangka akn hadir dlm hdup anda…..masyaALLAH hebatnya kuasa DIA….
minta share di blog…. thanks kongsi cerita bermanfaat ni… :)
silakan.. :)
alhamdulillah~ sangat bermanfaat . terima kasih keran berkongsi :)
salam semuanya…sya bersyukur sbb jumpa blog nie..
sbb mmg dlm situasi ingin berubah,bru semalam rasanya lakukan dosa yg Allah murkai, jadi sebelum terlanjur lebih jauh,baik rasanya saya tamatkan hubungan saya dengan dia, sbb klu lebih lama bertahan dengan rasa sayang pada manusia, makin saya rsa jauh dengan Allah,leka dibalut dosa2. walaupun sya sedar, akan kecewa sbb ptus cinta, tpi utk kejalan yg Allah redhai, jangan sesekali takot…berkorban kerana Allah x pernah rugi…moga kita semua diteguh dan ditetapkan iman.. Amin3…
amin…hope ill b like u
alhamdulillah,,lega bila bce post nie..sbb mmg sy ad dlm situasi nie skrng.insyaAllah,berusaha untuk mnjdi yg lbih baik n kuatkn jiwa.wanita yg kuat adalah wanita solehah..
Sungguh terkena btg idung akak sendiri yg sudah bergelar ibu tunggal….kepada adik2 yg bru mengenal cinta, lebih baik serahkan hati pada Allah kerana Allah Maha Perancang…letakan harapan pada Allah utk menjadi bidadari dunia…!
Lorhh.. Xleh letak link ke setiap komen kat cni?
Nah: http://pakarcinta.com :)
Wahh! Entri bagus.. Tahniah! :)
sy mohon share entri ini…
lega rasanya bila bc entri ni.. ada benarnya… semua yg berlaku pasti ada hikmah… kerana Allah sygkan kita la, DIA jauhkan kita dgn org yg salah tu,,,
mohon share