Aku & Dia Dah Putus…

putus
putus

Assalamualaikum

“Aku dan dia dah putus…”

“Kenapa?”

“Aku dah x sayangkan dia. Pelik bukan. Tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“Kau pasti dengan keputusan kau. Kau x kesiankan dia? Dia sayang kau…”

“Kesian la jugak. Tapi bila aku fikir balik. Lagi kesian kalau aku teruskan. Aku dah x mampu…”

“Buatlah apa yang kau rasa terbaik….”

selepas setahun.

“Aku geram. Dia tipu aku. Lepas setahun baru aku tahu…”

“Kenapa? Apa yang dah jadi…?”

“Dia ada ramai perempuan belakang aku. Dia tipu aku. Aku rasa pedih. Terlalu pedih…”

“Kenapa kau pedih. Kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“Entah. Mungkin rasa dikhianati. Tak dihargai. Mungkin kalau aku sayang dia. Sekarang aku dah longlai. Separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”

“Lupakanlah. Jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni… Tidurlah dah lewat…”

“Aku tak boleh stop. Mata aku x boleh nak lelap . Kecewa aku menggunung. Otak aku overtime….”

.

beberapa bulan kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”

…senyum ” ada…mudah.”

“Apa dia?”

“Bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah. Aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat. Apa yang jadi dalam hidup aku. Dan aku dapat jawapan. Kau nak tahu?”

“Kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun. Mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku. Dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku. Sedangkan banyak benda yang aku lalai. Hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“Maksud kau?”

“Aku banyak berfikir. Refleksi balik segalanya. Cari jawapan pada soalan-soalan aku. Aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah. Leka dengan cinta lelaki. Aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki. Aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta. Nak tahu sesuatu?”

“Teruskan aku dengar…”

“Aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah. Sekarang aku rasa aku tahu kenapa. Aku belum cukup baik. Dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah. Tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…Rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu. Lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…Sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“So sekarang?”

“Aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan. Selangkah. Dua langkah… Aku sedang berlari. Mendekati Pencipta…”

“Lelaki? Cinta?”

“Hanya yang Halal. Janji Allah itu pasti.”

“Kau yakin sekarang? Rasa lebih baik?”

“Alhamdulillah. Semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh. Cahaya itu yang buat aku bangun. Dan ketenangan itu milik aku. Sungguh, hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung. Aku khilaf. Sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku. Mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja. Tapi sekarang aku dah sedar, faham tanggungjawab aku. Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini. Syukur :) “

p/s :  Semoga bermanfaat :)

.

MANUSIA : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain

PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi  tak belajar dari pengalaman orang lain

BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

137 thoughts on “Aku & Dia Dah Putus…”

  1. Salam. saya baru jumpa entry ni dari satu blog yang turut share entry ni. Alhamdulillah, rasa tenang bila dah baca ayat-ayat dalam entry ni. Mudah, ringkas dan terus sampai ke pada pembaca. Mohon share jugak ye =)

    Reply
  2. dalam masa beberapa hari sya bleh hilng rasa syg sya pd dia dlu…kini bru sy sedar kenapa sy hilang rasa syang pada dia,,memg benar Allah nak bagi kesedaran pada diri sy yang terlalu hyut pada cinta tnpa mengigati Allah dahulu…
    tq ye sbb tlis artikal ni…betol2 beri kesedaran pada sy…^_^

    Reply
  3. setuju artikel ni. walaupn bercinta 4 thn tp dia bukan jodohku. Allah putuskn hbgn kami agar aku x terus dibuai mpi indah. setahun telah berlalu,dia sudah pn berumahtangga. aku redha dgn ketentuan Allah. aku masih sendri dan berusaha mendekatkn diri dgn Allah dan berharap aku juga akan dpt kebhgian itu..

    Reply
  4. Allah berhak memutuskan segala jenis hubungan sesama manusia…. makanya, sebelum cari cinta manusia, kenal dulu kasih Allah…Sabar itu asyik!!!

    Reply
  5. exactly it also happened to me,,still x boleh lupe kan die, kiteorang da tak contact lansung..tp sy still doakan die berubah n jodoh sy….betul ke ape saya buat?

    Reply
    • anggap sajalah perpisahan itu yang terbaik…
      berdoa semoga mendapat yg terbaik utk kita…
      walau siapapun dia…
      walau dimana pun dia sekarang…
      yakin dengan Allah :)

      Reply
  6. Sebagai manusia biasa tidak lari dari kesilapan dan kekhilafan. Tetapi saya lihat fenomena kini mudah sekali anak muda kita melafazkan cinta dan sayang termasuk saya sendiri. Alhamdulillah sehingga hari ini saya tiada ikatan istimewa lagi dengan kaum hawa kerana hasil pembacaan dan penimbaan ilmu tentang cinta yang hakiki diikat dengan nun ya kaf ha. Ayuhlah sama-sama kita muhasabah diri semoga Allah swt mengampunkan dosa kita semua. Amin….

    Reply
    • setuju…
      namun hakikat ini bukanlah sesuatu yg
      boleh dipass-passkan kepada semua
      hadirnya dugaan sebeginilah yg menjadi
      pengajaran berguna buat kita
      sesuatu yg menyakitkan tetapi hadir dgn
      hikmah tersembunyi yg manis…
      sesuatu yg menyedarkan kita akan
      kesilapan diri…insyaAllah

      kita perlu yakin dengan perancangan Allah…

      Reply
  7. sedih..sye pun alami mende yg same..tp lagi pedih mase couple sy tau die ade rmai perempuan alin..walaupun saye tau ,sy terima semua alasan dia…sye terlampau sygkan die..tp dalam masa yang sama sy tkut sgt kehilangan diie..tp sy xnak couple ngan die..ape yg boleh sy buat..somebody must to help me..sy betul2 tertekan skang nie

    Reply
    • kita mungkin sayangkan dia
      tapi sayang itu bukanlah pengukur
      cinta itu akan ke jinjang pelamin…
      sebaiknya kita berdoa supaya
      kita dapat selesaikan masalah ni
      insyaAllah ada yg lebih baik utk kita…

      Reply

Leave a Comment