Aku & Dia Dah Putus…

putus
putus

Assalamualaikum

“Aku dan dia dah putus…”

“Kenapa?”

“Aku dah x sayangkan dia. Pelik bukan. Tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“Kau pasti dengan keputusan kau. Kau x kesiankan dia? Dia sayang kau…”

“Kesian la jugak. Tapi bila aku fikir balik. Lagi kesian kalau aku teruskan. Aku dah x mampu…”

“Buatlah apa yang kau rasa terbaik….”

selepas setahun.

“Aku geram. Dia tipu aku. Lepas setahun baru aku tahu…”

“Kenapa? Apa yang dah jadi…?”

“Dia ada ramai perempuan belakang aku. Dia tipu aku. Aku rasa pedih. Terlalu pedih…”

“Kenapa kau pedih. Kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“Entah. Mungkin rasa dikhianati. Tak dihargai. Mungkin kalau aku sayang dia. Sekarang aku dah longlai. Separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”

“Lupakanlah. Jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni… Tidurlah dah lewat…”

“Aku tak boleh stop. Mata aku x boleh nak lelap . Kecewa aku menggunung. Otak aku overtime….”

.

beberapa bulan kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”

…senyum ” ada…mudah.”

“Apa dia?”

“Bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah. Aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat. Apa yang jadi dalam hidup aku. Dan aku dapat jawapan. Kau nak tahu?”

“Kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun. Mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku. Dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku. Sedangkan banyak benda yang aku lalai. Hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“Maksud kau?”

“Aku banyak berfikir. Refleksi balik segalanya. Cari jawapan pada soalan-soalan aku. Aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah. Leka dengan cinta lelaki. Aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki. Aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta. Nak tahu sesuatu?”

“Teruskan aku dengar…”

“Aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah. Sekarang aku rasa aku tahu kenapa. Aku belum cukup baik. Dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah. Tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…Rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu. Lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…Sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“So sekarang?”

“Aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan. Selangkah. Dua langkah… Aku sedang berlari. Mendekati Pencipta…”

“Lelaki? Cinta?”

“Hanya yang Halal. Janji Allah itu pasti.”

“Kau yakin sekarang? Rasa lebih baik?”

“Alhamdulillah. Semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh. Cahaya itu yang buat aku bangun. Dan ketenangan itu milik aku. Sungguh, hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung. Aku khilaf. Sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku. Mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja. Tapi sekarang aku dah sedar, faham tanggungjawab aku. Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini. Syukur :) “

p/s :  Semoga bermanfaat :)

.

MANUSIA : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain

PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi  tak belajar dari pengalaman orang lain

BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

137 thoughts on “Aku & Dia Dah Putus…”

  1. menangis baca story ni..same dengan kisah sy..
    ya, ada hikmahnye…
    semoga Allah beri yg lebih baik selepas ni..
    AMIN…………

    Reply
    • insyaAllah…
      Allah nak beri kita peluang betulkan diri
      dan beri kita yg lebih baik nanti
      Allah lebih mengetahui bukan… :)

      Reply
  2. alhamdulillah..nice story.
    hati itu Allah yang pegang, macam mana pun seseorang itu bila Allah nak menguji, hanya mampu memohon dikuatkan iman dan ditabahkan hati saat ujian hati di beri.

    Kala hati rasa mula menyubur cinta hambaNYA yang belum halal..
    kala itu syaitan bersorak girang menandakan misi semakin berjaya..
    Rasa kalau diperuk merana, itu pujuknya syaitan laknatullah..
    berterus terang lah dengannya. dan akhirnya kita terpedaya.
    bersorak riang lah dia.

    hakikatnya, rasa cinta itu kepada yang halal wajarnya, rasa itu lebih baik rahsia dari dimaklumkan kepada pemilik cinta yang mencuri rasa itu. sehingga saatnya benar2 tiba.

    jika hati kita dimiliki oleh manusia, yang tidak halal bagi kita..di manakah Allah utk menjaga hati ini?

    moga Allah beri kekuatan kepada kita untuk menjaga hati.

    Reply
    • alhamdulillah…
      semoga terkesan buat yg membaca
      utk lebih sedar dan merenung kembali
      adakah cinta kita pada manusia
      mengatasi cinta kita pada Pencipta…?
      sakit perpisahan yg menyesakkan
      namun manisnya membawa kita kembali
      dekat pada Allah…
      dan hanya Allah disandarkan harapan…

      Reply
  3. Salam,
    Sungguh sy merasa sedih ketika ini, kerana sy merasakan bahwa si dia tidak lagi mencintai sy dan sy dpt rasakan dia menduakan sy. Allah telah menunjukkaan satu demi satu kebenaran, kerna keikhlasan sy pada si dia. Dan sebenarnya, Allah sgt sygkan sy, ingin menyedarkan diri ini dari lamunan dari terus hanyut dlm dosa. Alhamdulillah, Allah masih syg akan diri ini..masih membukakan pintu hati untuk bertaubat dan memperbaiki diri. Mmg sgt perit untuk membuat keputusan, namun InsyaAllah Allah akan menunjukkan jalan dan mempermudahkan urusan. Keputusan belum diucapkan, namun moga Allah tetapkan hati ini dan berharap akan keredhaan nya. Akan ada yang lebih baik untuk diri kita.
    Terima kasih Miszcahye :)

    Wallahualam.

    Reply
    • Allah beri kita peluang untuk perbaiki diri…
      jangan kita sia-siakan… :)

      cuba kita tenung balik apa salah dan silap kita
      x perlulah kita menunding jari mencari salah sesiapa
      mungkin kita lalai…
      hubungan kita dengan Allah terabai…

      setiap yg berlaku pasti ada hikmah.Pasti!!!

      Reply
    • boleh terjadi kepada sesiapa saja
      baik lelaki mahupun perempuan
      yang penting kita belajar daripada kesilapan :)

      Reply
  4. Assalamualaikum….
    kisah ini sama spt yg sy lalui…alhmdllh,sy dpt lupakn dia.sy yakin Allah sediakn yg terbaik utk sy.

    Reply
  5. assalamualaikum,

    baru jumpa post ni…kisah yang sama terjadi dalam diri saya…Alhamdulillah,perancanganNya adalah yang terbaik buat hamba-hambaNya…

    Reply
    • alhamdulillah :)
      kita kena yakin dan
      cuba cari apa hikmah yg tersembunyi
      insyaAllah manisnya hikmah tu
      akan buat kita rasa sebak dan bsyukur

      p/s : sengaja sy pilih topik putus cinta sbb ramai yg pernah alami…cuma yg berbeza macam mana kita hadapi dan penerimaan kita…

      Reply
  6. salam…ukhuwah fillah..cinta Allah..sang Pencipta yang sentiasa disisi manusia..ingatlah duhai saudara…Allah itu sentiasa ada untuk kita tapi ada kah kita sentiasa ada untukNya???Trpuk dada tanyalah iman.. (^_^)

    Reply
    • Apa-apa pun yang terjadi mesti ada hikmah…
      Allah tarik balik perasaan cinta pada manusia
      kerana lalai dalam mengingatiNya…

      namun inilah bukti sayangnya Allah
      kepada hambaNya…
      hilangnya perasaan cinta pada manusia
      dan Dia tarik hambaNya untuk
      lebih dekat dengan sang Pencipta.
      Sesuatu yang pedih sebagai permulaan
      kepada kemanisan yang berpanjangan :)

      Reply
  7. salam…sama macam kisah saya..cuma saya lebih stahun baru tahu.
    never mind, Allah ada di sisi kita…
    Everything happen have a reason…

    Reply
    • tulah…
      asalkan kita dah nampak hikmah
      benda sakit,pedih macam mana pun x kesah…
      semua ni pengajaran kan…
      la tahzan innallah ha ma’ana

      p/s : mungkin ramai yg mengalami kisah yg sama atau hampir serupa cuma yang berbeza mungkin cara penerimaan dan cara kita utk melihat hikmah sesuatu perkara

      Reply
  8. Salam…

    sememangnya artikel ini jua kisah benar yang dikongsi agar dapat memberi manfaat buat semua …

    apa-apa yang berlaku pasti ada hikmah. sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik buat kita…yakinlah dgn Allah.

    Jagalah Allah, Allah pasti menjaga kita :)

    Reply
  9. Dia tunjuk kbnaran itu sb nk kita sedar, cinta yg hadir dulu bukan krna Nya.. tp krna nafsu.. ALhamdulillah, Allah sygkn aku.. Dia ingn pelihara diri ini..

    Reply
  10. masyaAllah.exactly what had happened to me.Allah maha merancang.dia nak bagi yang terbaik.cuma sebagai hamba kita kadang2 terleka.

    Reply

Leave a Comment