
Apakah hukum was-was dengan kewujudan Tuhan dan kebenaran agama Islam?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat
SOALANApakah hukumnya jika datang dalam hati rasa ragu atau was-was tentang Tuhan atau agama Islam sedangkan kita bukan sengaja nak fikir seperti itu?
Adakah boleh mensyirikkan kita kerana kerap juga ada terlintas seperti itu?
JAWAPAN
Lintasan yang bukan disengajakan yang menjadikan seorang itu teragak-agak atau ragu tentang Tuhan contohnya atau tentang kebenaran agama Islam dan yang seumpamanya adalah datang dari was-was syaitan yang disebut sebagai khatir syayatin.
Orang yang datang lintasan seperti itu tidak berdosa dan tidak diambil kira dengannya dan ia tidak menyebabkan seorang itu kufur kerana bukan kesengajaan darinya hanya ia cubaan syaitan untuk merosakkan iman orang Islam.
Berkata Syeikh Nawawi:
Perkara kufur yang berlaku sebagai was-was di dalam hati seseorang itu tidak mengkufurkannya kerana sungguhnya was-was itu bukanlah azam seseorang.
Maka was-was tersebut adalah setengah dari perkara yang diuji akan seseorang yang mengalaminya.”
(Kitab Mirqatul Su’ud At-Tasdiq)
Hendaklah orang yang diwas-waskan dengan keraguan seperti itu selalu ingat akan Allah dan membaca isti’azah ketika datang was-was dan elakkan dari melayan was-was tersebut kerana syaitan suka seorang itu berbicara dengannya.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Adakah kalau kita sengaja Kata Menghina Allah SWT dalam hati untuk sebagai contoh untuk saya ingat masa dulu hadapi was was seperti menghina Allah SWT?
Saya tak ada niat nak tekankan pun untuk menghina Allah tetapi masa tu saya nak ingat balik masa dulu lintasan hati menghina Allah.
Jangan risau, tidak dikira kalau lintasan hati. Hanya perbanyakkan istighfar ya
Asslamualaikum nak tanya apa hukum was was dalam solat fardu
Hukumnya tidak membatalkan solat.
Wuwuwuwuwu…Syaitan dalam diri saya sudah mempengaruhi diri saya sampai saya sengaja niat dalam hati nak keluar Islam tapi saya masih yakin Allah itu wujud
Adakah Saya sudah murtad???
Solat itu sah dan tidak murtad. Was-was hanyalah bisikan syaitan, perbanyakkan istighfar.
Saya nak tanya lagi, kalau contoh lintasan tu datang, dan saya nak bercerita kepada mak saya. Dan saya beritahu lintasan apa yang datang. Adakah ia dikira sebagai kita mengungkapkan dan melafazkan lintasan itu?
Tidak. Sebab kita hanya niat untuk menceritakan/menjelaskan sahaja
Assalamualaikum.
Saya ingin bertanya. Saya ada menonton video buya yahya berkenaan dengan penyakit was-was dan saya faham dengan penjelasan buya. Tetapi saya masih rasa risau dan takut. Di dalam video tersebut, seseorang bertanyakan soalan bahawa dia kadangkala dengan sengaja dan terbiasa menghina Allah. Tetapi dia taubat dan buat lagi. Buya menjawab bahawa selagi dia melawan dengan lisan ia dikira sebagai mujahadah. Dikira sebagai jihad.
https://youtu.be/eMKa0RpF4Zk
Berikut merupakan link video untuk rujukan
Saya selalu mendapat bisikan-bisikan yang menyuruh saya mengaku diri sebagai Tuhan. Tetapi saya cuba sedaya upaya saya untuk menafikan perkara itu.
Tetapi kadang, benda itu seperti mencabar saya. Dia suruh saya ucapkan dalam hati dan kadang saya dengan sengaja mengucapkan dalam hati. Tetapi saya terus tersedar dan cepat-cepat menafikan perkara itu. Saya terus beristighfar dan mengucap kembali syahadah.
Adakah saya sudah dikira murtad? Saya sangat takut.
Mohon pencerahan dan penjelasan daripada ustaz
Wassalam,
Belum lagi jatuh murtad, kerana murtad terjadi dengan lisan mahupun perbuatan. Jika sekadar permainan hati, maka masih tidak murtad.
Perbanyakkan istighfar ya.
Assalamuailaikum ustaz saya pun jadi macam dia,selagi tak di
ucap adakah berdosa?
Semalam saya ada terlepas cakap adakah taubat diterima?yg bisikan 2 suruh mengaku tuhan…
Assalamualaikum ustaz.
perlu ke mandi wajib semula klau tak pasti sama ada keluar sesuatu seperti darah haid ataupun tidak? Lbih2 lagi bila saya check semula…sesuatu seperti darah tu dah xde. Mohon pencerahan dri ustaz…terima kasih.
Wassalam,
Jika tiada tanda nyata (seperti tiada kesan darah pada pakaian dalam yang dipakai), maka tidak perlu mandi wajib.
Nak Tanya Ada Tak ayat Al Quran yg sains (manusia) tidak akan membuktikan ketiadaan tuhan
Nak tahu macamana nak menghilang was was dr syaitan ,,(contoh sains buat suatu benda Dan mengaitkan hujah benda itu dgn ketiadaan tuhan) Ada Tak dalil Al Quran mematikan was was tersebut
Salam ustaz.
1. Klau secara tiba2 trlintas dlm hati saya ragu-ragu dlm hal agama dan tuhan semasa saya sedang puasa…adakah batal puasa saya?
2. Perlu ke saya mandi wajib disebabkn hal yg disebut no.1 tadi?
Terima kasih.
Wassalam,
Assalamualaikum,
Adakah dikira murtad jika hati berkata di luar kawalan.
Contoh semasa saya solat dan membaca fatihah, hati tiba-tiba berkata “aku mur../kaf..”. Saya cuba meneruskan bacaan tetapi kadang-kadang hati saya terjawab “Ya, aku mur/kaf” Saya teruskan bacaan dan lawan lintasan hati tersebut dalam hati “Ya, aku Islam”.
Jadi, adakah meng-iyakan itu dikira murtad?
Lagi satu soalan, adakah perlu mandi wajib orang yang kembali dari murtad walaupun tidak berhadas besar?
Wassalam,
1) Tidak jatuh murtad. Itu adalah bisikan syaitan semata-mata. Orang yang datang lintasan seperti itu tidak berdosa dan tidak diambil kira dan ia tidak menyebabkan seorang itu kufur kerana bukan sengaja.
2) Kalau murtad bukan kena mandi wajib tetapi kena melafazkan kembali syahadah dan melakukan taubat nasuha.
Terima kasih banyak-banyak dengan penjelasan yang jelas.
Untuk jawapan ke-2, maksudnya tidak perlu mandi wajib lagi selepas lafaz syahadah?
Lagi satu soalan, berbalik kepada soalan pertama kenapa saya was-was sebab akidah boleh rosak dengan hati, lisan dan perbuatan.
Bolehkah tuan huraikan bagaimana rosak akidah dengan hati? Adakah selain lintasan hati?
Kalau sekadar lintasan hati, tidak membatalkan imam sebab itu hanyalah bisikan syaitan.
Maksud rosak dengan hati itu adalah bila kata yakin bahawa tiada tuhan atau ada tuhan lain selain dari Allah.