
Apakah hukum was-was dengan kewujudan Tuhan dan kebenaran agama Islam?
Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.
Semoga bermanfaat
SOALANApakah hukumnya jika datang dalam hati rasa ragu atau was-was tentang Tuhan atau agama Islam sedangkan kita bukan sengaja nak fikir seperti itu?
Adakah boleh mensyirikkan kita kerana kerap juga ada terlintas seperti itu?
JAWAPAN
Lintasan yang bukan disengajakan yang menjadikan seorang itu teragak-agak atau ragu tentang Tuhan contohnya atau tentang kebenaran agama Islam dan yang seumpamanya adalah datang dari was-was syaitan yang disebut sebagai khatir syayatin.
Orang yang datang lintasan seperti itu tidak berdosa dan tidak diambil kira dengannya dan ia tidak menyebabkan seorang itu kufur kerana bukan kesengajaan darinya hanya ia cubaan syaitan untuk merosakkan iman orang Islam.
Berkata Syeikh Nawawi:
Perkara kufur yang berlaku sebagai was-was di dalam hati seseorang itu tidak mengkufurkannya kerana sungguhnya was-was itu bukanlah azam seseorang.
Maka was-was tersebut adalah setengah dari perkara yang diuji akan seseorang yang mengalaminya.”
(Kitab Mirqatul Su’ud At-Tasdiq)
Hendaklah orang yang diwas-waskan dengan keraguan seperti itu selalu ingat akan Allah dan membaca isti’azah ketika datang was-was dan elakkan dari melayan was-was tersebut kerana syaitan suka seorang itu berbicara dengannya.
Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus
Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini
Tinggalkan Komen Anda..
Assalamualaikum saya ingin bertanya sekiranya dalam perkahwinan terjadi perkara seperti ini iaitu datang rasa was – was terhadap Allah dan agama islam adakah ia boeh menyebabkan perkahwinan itu tidak sah?atau perlu perbaharui syahadah dan solat taubat semula?Terima Kasih.
Assalamuailaikum apakah yang saya cerita kat ustaz was was saya alami 7.1.2022 saya cuma nak meluahkan perasaan saya kepada Paklong,mak,kakak dan ustaz apakah itu akan di hisap????
Supaya saya boleh atasi ketakutan
Assalamuailaikum ustaz ada WhatsApp?Saya tanya ustaz dalam WhatsApp
Assalamuailaikum ustaz was was yg saya alami menakutkan dia bisikan tuhan tak wuhud dan dia berkata tak aku percaya tuhan dalam bisikan seolah 2 macam saya yg kata dalam hati, lagi saya takut lagi tu dia bisit benda sama …adakah allah murka saya,saya takut ???saya tak sengaja…
Wassalam. Itulah bisikan syaitan untuk membuatkan hati manusia sentiasa ragu-ragu dan sukar beribadah. Oleh itu berbanyakkan istighfar dan memperbaharui wuduk ya.
Saya takut allah murka dan takut dosa, saya takut ustaz ???