Hukum Was-Was Dengan Kewujudan Tuhan & Kebenaran Agama Islam

kewujudan-tuhan

Apakah hukum was-was dengan kewujudan Tuhan dan kebenaran agama Islam?

Dalam artikel ini, saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau.

Semoga bermanfaat

SOALAN

Apakah hukumnya jika datang dalam hati rasa ragu atau was-was tentang Tuhan atau agama Islam sedangkan kita bukan sengaja nak fikir seperti itu?

Adakah boleh mensyirikkan kita kerana kerap juga ada terlintas seperti itu?


JAWAPAN

Lintasan yang bukan disengajakan yang menjadikan seorang itu teragak-agak atau ragu tentang Tuhan contohnya atau tentang kebenaran agama Islam dan yang seumpamanya adalah datang dari was-was syaitan yang disebut sebagai khatir syayatin.

Orang yang datang lintasan seperti itu tidak berdosa dan tidak diambil kira dengannya dan ia tidak menyebabkan seorang itu kufur kerana bukan kesengajaan darinya hanya ia cubaan syaitan untuk merosakkan iman orang Islam.

Berkata Syeikh Nawawi:

Perkara kufur yang berlaku sebagai was-was di dalam hati seseorang itu tidak mengkufurkannya kerana sungguhnya was-was itu bukanlah azam seseorang.

Maka was-was tersebut adalah setengah dari perkara yang diuji akan seseorang yang mengalaminya.”

(Kitab Mirqatul Su’ud At-Tasdiq)

Hendaklah orang yang diwas-waskan dengan keraguan seperti itu selalu ingat akan Allah dan membaca isti’azah ketika datang was-was dan elakkan dari melayan was-was tersebut kerana syaitan suka seorang itu berbicara dengannya.

Wallahua’lam

Ustaz Azhar Idrus

Sumber asal kepada jawapan ini boleh dilihat pada Facebook Ustaz Azhar Idrus pada pautan ini

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

51 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Hamba Allah
Hamba Allah
4 bulan yang lalu

Assalam ustaz, saya peminat lagu – lagu korea. Saya cuma nak bertanya yang saya rasa grup – grup kpop ni ada kaitan dengan illuminati, sebabnya saya dah baca artikel – artikel berkaitan illuminati ni dan ade beberapa grup yang ada guna tema atau konsep yang ada kaitan dengan illuminati seperti simbol mata satu dan bentuk segitiga. Saya tak minat grup – grup yang guna benda – benda yang kait dengan illuminati. Saya skip awal – awal. Tapi lepas saya baca artikel – artikel ni saya semua grup kpop ni ade kaitan dengan illuminat. Saya minat kpop ni sebab lagu dan saya cari maksud lagu tersebut dan konsep yang dorang guna dalam video musik grup dorang. Saya ade suka beberapa grup baru kpop yang saya dah cari dan selidik dorang tak guna simbol yang kait dengan illuminati, lagu – lagu pun okay atau mungkin saya ade terlepas pandang. Saya hati – hati untuk pilih grup yang saya suka. Tapi tak tahulah kenapa perasaan atau tu mungkin lintasan yang ada dalam otak dan hati saya. Tapi saya rasa hati saya tak tenang dan saya rasa takut jika saya dah jadi syirik. Saya nak tanya ustaz adakah perasaan atau lintasan yang selalu datang dalam diri saya ni tandanya Allah nak saya dekat dengan Allah? Saya cuba berubah ke arah yang lebih baik. Saya takut dengan apa yang saya rasa dan lintasan yang selalu datang tiba – tiba dalam diri saya. Adakah ni dah dikira syirik. Saya percaya Allah tu Tuhan saya dan saya selalu mengucap dua kali syahadah untuk yakinkan diri saya kadang tu saya istighfar. Yang [asal kpop – kpop ni saya dah kurang cuma suka tu masih ada. Saya dah buang gambar dan lagu yang saya pernah simpan dan berjanji dengan diri sendiri untuk berubah. Saya selalu takut dengan perasaan dan lintasan yang ada dalam diri saya. Saya nak sangat buang perkara – perkara ni dalam diri saya. Saya jadi serba salah bila saya ikuti grup kpop di media sosial macam yang saya tulis bahagian atas komen ni sebab saya rasa grup – grup kpop yang saya minat ni ade kemungkinan kait dengan illuminati walaupun saya dah selidik dan apa yang saya lihat dorang ni normal je. Saya tak faham ustaz kenapa saya sorang jadi macam ni atau orang lain pun macam saya jugak. Saya overthinking. Andai ustaz nampak soalan ni ustaz tolong balas semula.

Last edited 4 bulan yang lalu by Hamba Allah
Homura
Homura
7 bulan yang lalu

Assalamualaikum, saya nak tanya , Apa itu agama Abrahamiac, saya confuse , kita tahu hanya Islam yang benar dan agama lain seperti Yahudi atau Kristian tu tersesat dari ajaran Islam dan kafir , contohnya Nasrani dulu merujuk kepada Islam , tetapi sekarang Nasrani merujuk kepada Kristian Kafir , tetapi agama Abrahamiac ni apa pula , adakah sama kes macam Kristian atau ianya seperti category contohnya agama Islam adalah agama monotheis iaitu mentauhidkan Allah , tuhan yang satu , yang Maha Esa , adakah seperti itu? Adakah agama Abrahamiac ni adalah satu agama yang sesat seperti kristian dan yahudi , atau pun ianya ada kategori contohnya agama Samawi , sedia maklum yang Para Nabi dan Rasul pastilah Islam , cuma pemahaman dalam istilah Abrahamiac ni confusing , juga ada pernah terjumpa yang kononnya ada demigod (pastilah takda) dalam ajaran agama Ibrahim , tapi mestilah tak sebab Nabi Ibrahim tu Islam dan mentauhidkan Allah , saya curious saya cari adakah ini agama seperti Kristian yang kafir , sebab bila cari macam Sama Agama Abrahamiac dengan Ajaran Agama Ibrahim , Pastilah Ajaran Agama Ibrahim tu salah kerana Nabi Ibrahim Islam , saya rasa Ajaran Agama Ibrahim tu adalah Abrahamiac, tapi maafkan lah saya kalau tersalah , saya taknak berlaku syirik sahaja , saya tak pasti Agama Abrahamiac ni agama apa , adakah ia nya nama category contohnya agama samawi , atau ianya satu agama yang sudah sesat dari Islam

Last edited 7 bulan yang lalu by Homura
Su
Su
10 bulan yang lalu

20tahun lalu brg sy dicuri..tengah susah hati tu ada kawan kata emak dia blh tlg cari ustaz atau bomoh utk tahu sapa mencuri..sy angguk atau kata blh tp tak ingat mana satu..selang 2,3 hari ada sorg tu sakit kaki..tak tahu kebetulan atau mmg dia ambil..seingt sy kwn sy kata org yg ambil tu tubuh dia sihat sikit(berisi)..sy pun rasa mcm percaya..adakah sy dikira berdosa sbb guna cara tu utk tahu siapa mencuri..tp sy tak tahu emak kwn sy tu guna cara apa..adakah cara tu syirik dan amalan kita selama ini tidak diterima Allah..

Su
Su
Reply to  Su
10 bulan yang lalu

Sy cuma nak tahu siapa yang curi brg sy..tak ada niat nak sakitkan sape²..

arissa
arissa
10 bulan yang lalu

aslm,saya nak tanya.contohla,kalau ada seorang fulan bin fulan ni keluar islam,adakah fulan bin fulan itu kena ganti semua solat dari dia baligh atau tidak?

arissa
arissa
Reply to  Muhamad Naim
10 bulan yang lalu

jadi,dia perlu ganti solat dari waktu fulan bin fulan tu keluar islam sehingga waktu di masuk islam?katakan lah,sebelum keluar islam,fulan bin fulan solat,jadi solat sepanjang dia sebelum keluar islam ,tak payah ganti la kan?

Contri
Contri
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum,

adakah boleh untuk orang itu mengucapkan dua kalimah syahadah dalam hati, kerana was was takut imannya terbatal ?

Adakah syahadahnya sah?

Dan juga , selalu terlintas dalam kepala bila tengah termenung atau tengah bersenang senang pasal syirik atau kufur atau hina Allah ke atau Hina Rasulullah, saya pelik dan saya taknak pun benda ni , adakah ianya boleh diabaikan kerana ini memang dari was was syaitan , macam mana nak abaikan , kadang tu bahaya betul dia sergah macam gitu je ,

dan juga ada lintasan doubt pasal hukum dan keraguan pasal hukum , jika saya balas tidak tahu, dalam hati untuk lawan was was itu padahal saya tahu serba sedikit pasal hukum tetapi tidaklah menyeluruh, kerana was was ini akan berterusan putar belit hukum contohnya hukum jawab salam , dari ianya simple akan berpanjangan lintasan ini sampai saya pun keliru , kerana saya pernah baca Imam Malik mengatakan tidak tahu dalam hal yang dia tidak tahu kerana berhati hati dalam menjawab soalan tentang hukum sedangkan dia ialah pakar dalam ilmu fiqh ,

dan juga tak boleh main jatuh hukum nanti akan berdosa betulkah , adakah ia termasuk dosa yang menghalalkan apa yang haram atau sebaliknya, adakah ia dosa yang ke arah kekufuran?

Akhir sekali, adakah seseorang itu boleh jadi kufur tanpa sedar dan tanpa dia nak pun?

Bagaimana mahu counter masalah ini?

arissa
arissa
1 tahun yang lalu

aslm,saya nak tanya,contohla kalau kita cakap “la ilaa..”lepastu sebut tiada tuhan selain allah ,adakah kita terkeluar islam?

soalan kedua,kalau kita tetiba cakap contohnya , “aku bersaksi tiada tuhan..eh,bukan tiada tuhan ..ada tuhan iaitu allah” sewaktu cakap ni kita ada baca buku yang ada dialoh mengucap syahadah tapi tetiba terstop dekat tiada tuhan tu … kita tak terkeluar islam kan?apa hukumnya?

Siti suraya
Siti suraya
1 tahun yang lalu

Apakah hukum suami menjawab begini apabila ada orang bertanya tentang isterinya..
Contoh..
Encik A:ni bini kau ke?
Suami:ni adik aku yg bonsu@anak aku yg bongsu..
Ketika itu suami hanya bergurau

Su
Su
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum..baru² ni sy ade terlintas dlm hati tntg sesuatu perkara yg dah lama berlaku..tapi semua tu ingt² lupa samada perkataan zihar itu betul atau tidak.tetapi perasaan kuat mengatakan tidak..bila nk lupa tiba² dtg balik..mcm mana ye nk buat..

Lana
Lana
1 tahun yang lalu

Assalamualaikum saya nka tany, saya ada ragu ragu terhadap Allah , saya tak na benda ni dn saya tk berazam pun nk benda dan saya tk pernah jadi mcm ni , mula mula saya kena sbb lalu dkt fon psal org murtad wktu tu mmg saya takut ,takut kalau saya jeadi mcm tu , tiba tiba hati saya ckp psal murtad, saya solat taubat malam tu and baca quran tiba ragu ragu dgn ayat al quran sdgkn saya tak pernah mcm tu saya doa saya ragu ragu , smpai beberapa hari saya kena , dia start main kewujudan allah , saya kata saya yakin terhadap allah , tapi hati saya seolah olah menolak kayakinan tu and selalu cakap *allah t*k wujud* kdg saya cuba yakinkan diri tp selalu hati saya tolak and cakap benda saya tk pernah terfikirkan pun, saya takut ni bukan lintasan hati , tapi ini bukan keinginan saya , kdg saya rasa mcm rasa takut saya sikit hilg bila ada lintasan tapi saya tak nk , org kata kalu ada rasa takut bila ada lintasan mknanya kita ada iman , adakah saya dah tk ada iman? Saya cuba dgr ceramah dan cuba hayati , tapi kenapa hati saya selalu tolak and tak yakin , kadg saya fikir allah tarik hidayah saya ke?
Saya nk tya jugk adakah iman yg dh hilang boleh ada balik?
Saya sekrg nak cari ustazah tapi saya tk tahu mcm mana, sekarang saya ada rasa hati tk tenang and gelisah je kalau ada lintasan tu lalu , tapi saya tk tahu itu takut ke tak, tolong saya!!!

citikamaliah.halijah
citikamaliah.halijah
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum saya ingin bertanya sekiranya dalam perkahwinan terjadi perkara seperti ini iaitu datang rasa was – was terhadap Allah dan agama islam adakah ia boeh menyebabkan perkahwinan itu tidak sah?atau perlu perbaharui syahadah dan solat taubat semula?Terima Kasih.