Jangan Sampai Tersalah Memilih Pasangan Hidup

Memilih perahu untuk berlayar itu sangat penting.

Kalau tersalah pilih, boleh sahaja bocor di tengah lautan.

Sedangkan lautan itu luas, pasti tidak cukup hanya berenang dan mendayung beberapa meter kemudian berhenti.

memilih
Kematangan kita akan diuji. Mampukah kita untuk tetap cerdas saat dibuai oleh dahsyatnya pesona? Mampukah kita untuk berdiri segagah perwira saat terkena rayuan maut? |
New vision by ~MinkichanxD (deviantart)

Pasti memerlukan banyak tenaga untuk sampai ke pulau.

Maka mendayung perahu, mengemudikannya sedemikian rupa memerlukan kepakaran agar tidak tersesat atau tersalah memilih pulau yang dituju atau tenggelam karam di tengah lautan.

Begitulah ibaratnya dalam memilih cinta.

Jangan sampai tersalah orang dalam memilih cinta.

Mencintai orang yang salah lebih memeritkan daripada tidak mencintai orang sama sekali.

Kerana seumur hidup waktu kita terbuang bersama orang yang salah.

Orang yang tidak akan dapat bersama kita  dalam mencipta bahagia.

Bagi kita, formula untuk bahagia itu adalah X manakala bagi lelaki pula sebaliknya beranggapan bahagia adalah dengan Y.

Kita ke timur dan dia ke barat.

Kita ingin ke lautan sedangkan dia ingin ke daratan.

Apakah cinta yang sedang menghampiri itu sebuah cinta yang dapat diterima akal?

Saat dia datang, melemparkan senyuman hanya sedikit tetapi rasanya sangat dalam.

Apakah itu dapat diterima akal?

Seseorang jatuh cinta pada sebuah senyuman, kemudian ketika ia berdegup kencang, ada labuhan cinta di dada, apakah itu juga boleh diterima?

 

Kenapa Perlu Memilih Pasangan Hidup Yang Tepat?

Banyak wanita Muslimah hanya menggeleng kepala apabila ditanya tentang itu.

Apakah logik mereka menggelengkan kepala tetapi lisan mereka berkata, “Aku tidak tahu mengapa aku begini. Tapi aku sangat menyukainya.”

Inilah sebuah kebingungan hati.

Kematangan kita akan diuji.

Mampukah kita untuk tetap rasional disaat dibuai oleh dahsyatnya pesona? Mampukah kita untuk berdiri segagah perwira saat terkena rayuan maut?

Tidak ramai diantara kita dapat menjawab dengan pasti.

Biasanya akan berkata, “Saya tidak tahu, kita lihat sahaja nanti.”

Dimanakah kecerdasan dan kematangan itu ketika seorang mahasiswi yang masih muda sedang jatuh cinta kepada pensyarahnya?

Di manakah pula kecerdasan saat seorang ibu anak dua jatuh cinta kepada suami orang?

Ke manakah kecerdasan dan kematangan kita disaat cinta  menghanyutkan kesedaran kita?

Otak yang cerdas mendadak jatuh ke kepala lutut dikala cinta menguasainya!

“Bagaimanapun dia, saya tetap mencintainya.”

Begitulah, apa pun dia, tetap sahaja sangat berharga bagi pencintanya.

BERSAMBUNG…


Sambungan untuk artikel ini:  Bijak Dalam Memilih 

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

9 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Srikandi Melaka
Srikandi Melaka
9 tahun yang lalu

Assalamualaikum Admin & Sahabat2 Blog Aku Islam Yang Dirahmati Allah..Saya sangat bersetuju dengan kata-kata admin yang berbunyi ‘ Jangan sampai tersalah orang dalam memilih cinta. Mencintai orang yang salah lebih memeritkan daripada tidak mencintai orang sama sekali’ ..Sedikit sebanyak kata-kata admin ini membuka ruang minda saya yg hanya menjurus kepada satu titik noktah..Bila dah perit,adakah keperitan itu sekelip mata saja utk kita buang begitu saja,tentu tidak mudah..Malah ada yg berlama-lamaan dengan dilema rasa kecewa yg tidak bertepi sehingga menjejaskan diri ..Sebnarnya bile berada diblog ini,ianya banyak menawarkan rasa sedih kepada rasa disuntik semangat..Walaupun hanya melalui kata2,namun ianya menyentuh hati dan moga2 admin semakin kreatif meluaskan empayar penulisan yg berasaskan dakwah sehingga ke akhirnya.Syabas..

wan
wan
12 tahun yang lalu

sambungannya dh ade?

kahazmi
kahazmi
12 tahun yang lalu

artikel yang boleh saya jadikan pedoman : thanks

shaz
shaz
12 tahun yang lalu

Artikel yg menarik…menanti sambungannya.. :)

ul ul
ul ul
12 tahun yang lalu

Terima kasih .,,best artikel ni ditunggu sambungannya;)

M@rini
M@rini
12 tahun yang lalu

Sangat menarik..x sabar nk tunggu sambungan nya..:)

rozi
rozi
12 tahun yang lalu

Boleh sambung tak artikel ini?saya mahu membacanye

@m@lina
@m@lina
12 tahun yang lalu

Apa yg dikatakan mmg sgt bermakna utk sy…terima kasih.. :-)