Masih Belum Berpunya? Tetap Tenang Dan Yakinlah Dengan Allah

Belum Berpunya

Adakah anda masih belum berpunya?

Pasangan hidup adalah salah satu dari stesen perjalanan dalam kehidupan bagi semua manusia.

Disanalah kehidupan baru dimulakan, lengkap dengan semua jenis pelajaran yang akan membuat manusia tahu apa itu erti kebahagiaan yang sebenarnya.

Bagaimana jika masih belum berpunya?

Namun, bagi sesetengah orang, disinilah bermulanya ujian dalam kehidupan.

Disaat usia yang berjalan tak dapat lagi diberhentikan, namun jodoh dan pelengkap hidupnya tidak kunjung datang, disaat itu pula kegundahan hati menjadi parah.

Diri yang masih belum berpunya pula menjadi isu terbesar dalam hidup.

Mungkin pelbagai cara telah kita lakukan. Pelbagai ikhtiar sudah diusahakan. Namun masih belum berhasil.

Mari kita berhenti sejenak, dan berfikir secara tenang dengan dada yang lapang. Memang tak ada sesiapapun yang ingin melalui ujian seperti ini.

Namun bukankah takdir itu sudah ditetapkan dan Allah SWT juga tidak akan memberi ujian yang melampui kemampuan hambanya?

Kadangkala, banyak pelajaran yang dapat kita ambil diatas ujian untuk terjadi.

Dengan tertundanya kebahagiaan itu, siapa tahu Allah sedang mengajar kita tentang makna menghargai.

Ya, ketika jodoh telah datang, pastinya kita akan menjadi seorang yang lebih manis dalam bersyukur serta menjadi lebih istimewa.

Dengan tertundanya pertemuan itu, mungkin Allah ingin memberikan yang lebih baik kepada kita.

Dan atau dengan tertundanya jodoh itu, Allah ingin menjadikan kita lebih matang dan lebih bersedia dalam membina keluarga.

Ingatlah, Allah itu sebaik-baik pengatur. Be Positive :)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

76 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
MMMEEE
MMMEEE
2 tahun yang lalu

Seronok juga tengok kawan2 dlu masa sekolah buat maksiat, dah tua dapat bini cantik anak comel. kita tak buat apa2 pun silap2 mati sorg sorg. jodoh baik untuk org baik tu igtkan janji rupanya tak

ayenn
ayenn
6 tahun yang lalu

Bila saya tengok kwn2 saya yg sudah berumah tangga teringin juga untuk jadi seperti mereka. Sgt seronok. Umur makin lama meningkat tapi jodoh masih belum jumpa lagi. In shaa Allah kalau kita usaha pasti ada. Mungkin Allah ingin kita jaga ibu dan ayah kita.

Miss M
Miss M
6 tahun yang lalu

Situasi saya, 3 kali hampir berkahwin tapi gagal. Setiap kali nak kahwin ada saje halangan sampai terputus. Sampaikan saya dah takut nak jumpa orang lain saya takut perkara sama akan jadi lagi. Umur dah 28 tahun, rupa sy pun tak seberapa.mak ayah pun dah takda. Rasa mcm dah putus asa sgt dgn perjalanan hidup saya.

yun
yun
Reply to  Miss M
4 tahun yang lalu

nasib saya sama dengan awk.. bukan tak cari.. bila nk khwin je tk jd

Nur
Nur
7 tahun yang lalu

Ujian lambat jodoh ni sy rase berat sangat.. sy faham perancangan Allah adelah yg terbaik..sy cube tabahkan hati kuatkn semangat namun bile sy lihat kwn2 yg bahagia dengan keluarga masing2, sy rase cemburu & rase sunyi tu makin kuat.. usia makin bertambah tanpa pasangan disisi.. kdg2 rase sedih sgt sampai sy menangis.. kdg smpai sy fikir ini balasan tuhan ats dosa2 sy sblum ni.. ya Allah,kurniakan pasangan terbaik untukku dan ampuni segala dosa2 ku..amin..

Alex
Alex
Reply to  Nur
7 tahun yang lalu

Sabar la…saya pn masih belum.berkahwin…saya tak berharap..saya cuma berharap dpt memiliki cinta allah

Malaika
Malaika
Reply to  Alex
6 tahun yang lalu

Betul

anymous
anymous
Reply to  Nur
7 tahun yang lalu

tp knp ada jgk orang yg jht brkahwin…ni smua jodoh klau dh smpai jodoh akan kahwin jgk x kira lah sape pon kita…

afiq
afiq
Reply to  Nur
6 tahun yang lalu

sama lh sya lagi lh tak pernah ada teman wanita….saya tahu perasaan tu…tpi sapa lh kite nk mentidakan takdir hidup…..apa pn sabar dan doa,tawakal,redho ja yg kite mampu

yooila
yooila
7 tahun yang lalu

Salam sy thn ni dh 28thn..msa umur 25 sy pnh btunang..msa tu sy sgt yakin dia jodoh sy nmun lps setahun btunang hbgn kmi jd renggng..dia kerja jauh..sy tggu dia dgn setia namun yg paling menyedihkan bila dia tba² xmberi kbar pd sy..dan rupa²nya dia dh bertunang lg dgn seorang janda sdgkn kami blm pun ptus tunang,dan paling mnykitkan hati kelurga bkas tunang pun xdtg utk meminta maaf ats perbuatan mereka pd sy dan kelurga,kesian mak dan ayah sy ..alangkah hancur hati sy..sehingga hmpir kering airmata sy.. tp sy bsyukur ada kelurga yg mnyayangi sy..klu xda mereka sy xtaw apa yg akn jd pd sy.. and now bkas tunang sy dh selamat bnikah n dh ada cahaya mata..malah makin bahagia sdgkn sy yg teraniaya ni masih sndiri..

Shahezul
Shahezul
Reply to  yooila
7 tahun yang lalu

Semoga awk tabah dan banyakkan bersabar lalui dugaan..setiap orang tak lari diuji..permulaan mmg hati sgt sakit tapi nak tak nak kena hadap juga ..kisah awk lebib kurang sama dgn sy yg bezanya sy lelaki..sy pernah bertunang 5tahun lepas tapi tiada jodoh..mcm2 sy buat untuk pertahankan hubungan tapi apa boleh buat.bayangkan time krisis berlaku pada masa itu sy tgh final exam sem6 pjj dip mmg hati bercelaru dn terkilan..berkat kesabaran dn sokongan kawan2 alhamdulilah sehingga skrg sy berjaya tempuh dugaan dan kini sy sambung degree..untuk ubat hati memang makan masa..skrg sy berumur 31thn masih tak khawin..sy harap awk lupakan kisah silam bnykkn berdoa inshallah awk boleh tempuh..perkara dah lepas biarkan..bina hidup baru

Shahezul
Shahezul
Reply to  Shahezul
7 tahun yang lalu

Setiap apa yg berlaku ada hikmahnya..setiap ujianNya ada kebaikannya utk kita supaya akan datang kita akan lebih menghargai setiap perhubungan..sy dah lalui semua tu dan Alhamdulilah sy nampak perancangan Allah yg terbaik..lebih baik sakit dahulu jgn sakit bila dah berkhawin..itu yg sy nmpk bila muhasabah diri..Allah nak selamatkan diri kita drpd masalah akan dtg..Allah beri ujian kepada hambaNya tanda syg pada kita supaya kita sentiasa ingat padaNya dn mendewasakn kita..kita manusia biasa xkn terlepas dari dosa..teruskan istiqomah untuk melupakan kisah yg lepas.awk bnykkn berdoa padaNya dn jgn tinggal solat..bina kehidupan baru dan cari sesuatu yg boleh mgembirakn hati awk..jgn biarkn kisah silam awk mpengaruhi hidup awk..yg lepas tu biarkn berlalu..sy paham perasaan yg awk rasa sekarang bukan mudah untuk mengubati hati..mmg ssh..sy pernah rasa hati tertutup..sy sendiri ambil msa yg lma utk mgubat hati dan salah satu cara sy smbung bljar utk lupakan perkara yg lepas..ttg jodoh biarlah Allah tentukan yg terbaik utk sy..sy sentiasa berdoa utk ditemukan pasangan sehidup semati dgn sy..ini no hp sy 0192025910 awk leh kol or wassap sy..kita bleh bersembang dn kongsi pengalaman..

Sakura
Sakura
7 tahun yang lalu

Di usia 42 tahun masih sendiri mengharungi kehidupan..sedih sayu sunyi dan sepi hanya Dia yg tahu..pernah melalui episod percintaan namun semua berakhir dgn kegagalan..terkadang rasa putus asa dgn takdir hidup ini..disakiti berulang kali..diuji dgn pelbagai ragam dugaan..di saat ini terus tertanya2 masih adekah sang arjuna yg sudi menemani, menerima segala kekurangan utk bersama menuju ke syurga abadi..Ya Allah dimana Adamku berada saat ini..sampai kapan aku harus menanti..

nina
nina
7 tahun yang lalu

saya berumur 36 tahun pernah berkahwin dan bercerai. kahwin ni tak janji apa2. manis sebelum kahwin je. rata2 kawan saya ramai bercerai. pilih la terbaik. biar lambat, kumpul harta dulu..lagi mudavkahwin lagi cepat bercerai, fikir tengah seronok tak matang lagi, masih nk enjoy2. sebaiknya kahwin pertengahan umur 30an atau awal 40an cadangan saya..cari pasangan sebaya atau tua 5 tahun ke atas. yg muda2 ni masih nak lompat2 lagi wasap sana wasap sini ngorat sana ngorat sini..huha sana huha sini. terima kasih.

JU
JU
8 tahun yang lalu

salam..saye ju..32..same seperti situasi kawan2 di atas..pada saya semem ni berlaku atas faktor memilih + belum jodoh..pada -emerhatian saya, ramai akawan2 saya yang kawen tu diorang x pilih pun sape calon suami die..(soalt nye..agamanye,,pendidikannya, pekerjaannya)…pada saya..seme faktor tu mestilah di ambil perhatian sebab kahwin ni akan merubah 200% kehidupan kita..kalau la suami tu jenis x solat..of course akan terpercik jugak pada kita kan..nak ke zuriat kite tu nan ti cam tu jugak..sedey2..lagi sedey..hal ni yg akan kita bawak ke akhirat…akhirat ni bukan benda main2…so..be happy..we never late dear…BUT WE ARE MOVING KE JALAN2 YANG LURUS:)

Lenore
Lenore
8 tahun yang lalu

Das trägt nicht nur zu einer dauerhaften Gesundheit bei, es fördert auch Ihr Wohlbefinden!

suraya
suraya
8 tahun yang lalu

usia sy dah 30thn sy masih single
banyak soalan ttg perkahwinan sering diajukan kpd sy oleh orang sekeliling
tapi sy cuma mendiamkan diri dan tersenyum
kerana saya percaya jodoh sy takkan lambat takkan cepat yang pasti Allah swt akan berikan pada waktu yang tepat,
yang pasti sy di berikan peluang untuk hidup bersama lebih lama dengan ibu bapa sy :)