Sabra Dan Shatila

Sabra Dan Shatila
Sabra Dan Shatila. Ini bukan gambar dari peristiwa ini. *sekadar hiasan*

SABRA DAN SHATILA JANGAN DILUPA,
WALAU 28 TAHUN KINI BERLALU!

15-18 September 1982
Yang Dibasahi Darah Palestin

Tahun ini genap ulangtahun kedua puluh lapan (28) peristiwa berdarah yang menyayat hati pembantaian seramai beribu-ribu orang pelarian Palestin di Kem Sabra dan Shatila di Beirut, Lubnan. Peristiwa hitam ini tetap tinggal dalam sejarah umat Islam Palestin sebagai satu lagi daripada berpuluh-puluh tragedi yang menimpa mereka setelah berlakunya Nakba 1948, apabila tanah air mereka dijajahi oleh pendatang-pendatang asing dari Eropah yang menghalau mereka keluar merempat ke tempat orang.

Peristiwa yang bermula dengan pengepungan kem tersebut oleh tentera Zionis di bawah pimpinan Ariel Sharon pada tengah hari Rabu 15 September 1982 tersebut akan tetap tinggal sebagai contoh kebinatangan manusia yang tidak berhati perut hingga ke akhir zaman.

Setelah semua pintu keluar disekat, kereta kebal tentera Yahudi mula membedil perkhemahan tersebut, sambil diawasi daripada bangunan-bangunan tinggi di sekeliling perkhemahan yang diduduki mereka, termasuk Kedutaan Kuwait, untuk dijadikan pos-pos pemerhatian. Sementara itu Sharon bertemu dengan pihak militia Kristian Falangist, di bawah Elie Hobeika, untuk mempelawa mereka masuk ke dalam perkhemahan pelarian Palestin dan “membersihkan” apa yang mereka sebut sebagai sarang pengganas.

Seterusnya bermula petang 16 September gerombolan pertama daripada sejumlah 1,500 orang militia Falangis, yang termasuk juga anggota-anggota Tentera Bebas Lubnan pimpinan Saad Haddad, masuk ke dalam kawasan perkhemahan dengan menaiki jip-jip yang dibekalkan oleh tentera Yahudi dan bersenjatakan senapang, pisau dan parang.

Mereka lalu menjalankan “tugas” membunuh dan menyembelih pelarian Palestin di sana, malah merogol wanita-wanita juga, sambil tentera Zionis berkawal di luar sepanjang sempadan perkhemahan agar tiada siapa yang lepas lari keluar. Di sebelah malam tentera Yahudi menembak roket suluh (flares) ke atas perkhemahan bagi meneranginya – dikatakan sehingga terang benderang bagaikan padang bola, agar pihak militia Kristian di dalam dapat terus menjalankan pembantaiannya.

Pembunuhan beramai-ramai yang kejam tersebut berjalan terus-menerus selama lebih daripada dua hari, tanpa mempedulikan sama ada lelaki, wanita atau kanak-kanak, dan tanpa ada pembelaan atau pertahanan daripada sebarang pihak pun. Setelah tiba pagi sabtu 18 September barulah pengganas-pengganas Falangis meninggalkan perkhemahan, menghela mereka yang masih hidup keluar bersama untuk dibawa ke stadium pula untuk disoalsiasat.

Apabila kumpulan pemberita yang pertama dapat masuk ke dalam kawasan perkhemahan, mereka dapati jasad-jasad bertaburan di seluruh kawasan, banyak daripadanya telah dikerat-kerat. Hanya setelah itulah baru berita pertama mengenai pembantaian ini sampai ke pengetahuan masyarakat dunia.

Sabra Dan Shatila
Sabra Dan Shatila

Wartawan Amnon Kapeliouk, yang beliau sendiri juga seorang Yahudi, daripada akhbar Perancis Le Monde Diplomatique menganggarkan sejumlah 3,000-3,500 orang pelarian Palestin lelaki, wanita dan kanak-kanak telah dibunuh dan disembelih dalam tempoh dua hari tersebut dengan penuh kejamnya.

Ini mengambilkira sebanyak 2,000 mayat yang diselenggarakan selepas pembantaian, daripada sumber-sumber rasmi dan Palang Merah, dan seramai dianggarkan 1,000 hingga 1,500 lagi yang dibereskan sendiri oleh pihak pengganas Falangis. Selama begitu lama dunia tidak melihat suatu pembunuhan beramai-ramai pihak yang tidak bersalah yang   tidak dapat mempertahankan diri sendiri, dengan begitu kejam dan tidak berperikemanusiaan.

 Sabra Dan Shatila

Sehingga hari ini tidak seorang pun yang bertanggungjawab ke atas pembantaian kejam ini telah dibawa ke pengadilan, jauh sekali daripada dihukum setimpalnya. Ariel Sharon malah kemudiannya naik menjadi Perdana Menteri entiti Zionis pula. Komander Falangis, Elie Hobeika, juga terlepas daripada hukuman dunia malah kemudiannya menjadi Menteri Kabinet Lubnan pula dalam tahun1990an. Walau bagaimanapun ia mati lantaran bom kereta pada Januari 2002.

JANGAN BIARKAN IA BERULANG!
UMAT ISLAM HARUS BANGUN DAN SEDAR DAN PEKA!

Ainullotfi al-Fikri

Rujukan: Robert Fisk, Wikipedia.

 

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

5 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
gjaidjoasidjoasod
gjaidjoasidjoasod
12 tahun yang lalu

This is the penalise Sabra Dan Shatila | ISLAM dan Blog Aku ISLAM diary for anyone who wants to attempt out out near this issue. You notice so much its near exhausting to fence with you (not that I rattling would want…HaHa). You definitely put a new rotation on a message thats been cursive nigh for age. Metropolis push, but major!

Agus
Agus
12 tahun yang lalu

Gambarnya kurang akhi. Padahal gambar lebih kuat menyampaikan pesan. Coba buka link dari Harun Yahya di http://www.tragedipalestina.com/
Wassalam.

Rhana Nahra
Rhana Nahra
13 tahun yang lalu

Assalamualaikum, SubhanaALLAH mmg berguna semua info yg di’share’ disini…Alhamdulillah menambah pengetahuan sy…JazakALLAH Khairan, teruskan perjuangan dlm menyebarkan ilmu kepada saudara2x kt….:)

Solehah
Solehah
13 tahun yang lalu

 Ya Allah, beratnya amanah mu di akhir zaman….

permudahkan kami mencapai keamanan…
kurniakan kami ketinggian iman….
Iman setinggi langit berhiaskan bulan….