Aurat: Menjawab Alasan Mereka Yang Tak Nak Menutup Aurat

aurat
persoalan aurat wanita

Sejak akhir-akhir ini, saya seringkali mendapat pertanyaan yang sama mengenai isu-isu aurat:

  • Bagaimana hendak menjawab alasan mereka yang tak nak menutup aurat?
  • Bagaimana hendak menarik mereka memakai tudung?
  • Bagaimana nak memberi kefahaman kepada mereka tentang aurat?

Dan lain-lain lagi.

Di sini saya berusaha mengumpul alasan-alasan dan hujah-hujah balas buat si pelaku dedah aurat.

Terima kasih kepada sumber berkenaan, boleh rujuk untuk jawapan penuh.

Dan artikel ini bukan sahaja tertumpu pada isu bertudung, malah juga buat muslimah yang bertudung pendek, memakai sendat serta kaum muslimin sendiri yang mendedah aurat.

Insyaallah semoga bermanfaat buat mereka yang tercari-cari jawapan mengenai isu ini.


1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?

”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”

“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”

Jawapan:

Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat?

Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga?

Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda?

Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.

Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki.

Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.


2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?

“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”

“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”

“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”

“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”

Jawapan:

Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat).

Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?

Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.

Nabi bersabda:

Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu dia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya.

— HR At-Tirmidzi


3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?

“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”

“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”

“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”

Jawapan:

Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri.

Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak.

Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.

Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya.

Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya.

ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.

Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.

Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.

Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.


4. Menunggu seru untuk bertudung?

“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”

“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”

“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”

Jawapan:

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah?

Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.

 


.

Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

— surah an-Nur ayat 31

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

63 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Tok Hasan
Tok Hasan
2 tahun yang lalu

motivasi kasar bergini gagal mendidik/dakwah tiada ilmiah dakwah..

stupid
stupid
3 tahun yang lalu

agree with half of this article but “lelaki rogol perempuan sbb perempuan tak tutup aurat” ???? broo that’s your fault jaga nafsu sendiri jangan nak salah kan perempuan jee. and ramai je orang yg berjubah still kena rape sebab LELAKI. if nafsu tak pandai jaga seek therapy bro that’s something wrong with your mind

Your mother
Your mother
3 tahun yang lalu

Yup this article is full of bullshit

Bakal Jenazah
Bakal Jenazah
Reply to  Your mother
3 tahun yang lalu

Perkataanmu mencerminkan minda & akhlakmu sendiri.

?
?
3 tahun yang lalu

Assalamualaikum. Saya ada tegur Kawan saya supaya tutup aurat tapi dia kata ‘jgn menyibukla, itu urusan Aku . biarla Aku tanggung sendiri dosa aku. Kubur masing”. Nak jawab apa ya??

Your mother
Your mother
Reply to  ?
3 tahun yang lalu

Memang betul pun apa yang dia cakap, so it’s not your job but her own job untuk pakai ataupun tidak

Bakal Jenazah
Bakal Jenazah
Reply to  Your mother
3 tahun yang lalu

Bercakap jangan cuma pakai akal sendiri sebab akal kita terbatas. Tuntutlah ilmu, jangan jadi penternak kejahilan. Agama itu nasihat. Dalam Al-Quran Allah berfirman bahwa semua manusia itu adalah orang yang rugi kecuali yang berpesan2 dengan kebenaran dan kesabaran. Wallahua’lam.

Bakal Jenazah
Bakal Jenazah
Reply to  ?
3 tahun yang lalu

Wa’alaikumussalam. Jawab pada dia, “Ya, memang kubur masing2. Saya pesan supaya menjaga diri saya dari azab Allah jika saya tak tegur kemungkaran di depan mata. Nak dengar atau tidak tidak, terserah padamu.”

JTN_Aries
JTN_Aries
Reply to  ?
2 tahun yang lalu

Kita menegur bukan atas sebab ingin menyibuk atau mengganggu hal org lain tapi sudah menjadi kewajipan utk mencegah yg buruk dan mengarahkan yg benar dlm tuntutan agama islam…..dan menegur ni sebenarnya juga adalah utk melepaskan kita sekurangnya di akhirat nnti ketika disoal oleh Allah kenapa kau tak tegur fulan binti fulan ketika dahulu di dunia….Ingatlah Agama itu Nasihat….jika dia masih berdegil doalah supaya Allah beri Taufiq padanya…

Dee
Dee
Reply to  ?
1 tahun yang lalu

Sekurang nye awak da tegur .

Rose
Rose
3 tahun yang lalu

Kalau kite pakai baju tutup aurat tapi kite x bertudung…dan kite xde niat pon nak tarik attention lelaki

Your mother
Your mother
Reply to  Rose
3 tahun yang lalu

That’s a great thing

Bakal Jenazah
Bakal Jenazah
Reply to  Your mother
3 tahun yang lalu

Tak payah nak ajak orang lain ke. neraka.

Bakal Jenazah
Bakal Jenazah
Reply to  Rose
3 tahun yang lalu

Kalau tidak bertudung, tidak dinamakan menutup aurat. Tutuplah aurat kerana ia perlindungan & kemuliaan yang Allah berikan kepada wanita muslimah sebelumnya hanya dipandang sebagai objek seks di zaman jahiliyah.

Gentleman of House of Wellness
Gentleman of House of Wellness
Reply to  Rose
2 tahun yang lalu

Salah satu bisikan iblis/syaitan laknat,

“Lebih baik tidak bertudung, janji hati baik,
Dari bertudung tapi hati buruk”

Sebagai orang Islam kamu pilih utk taat perintah Allah atau taat bisikan syaitan laknat?

JTN_Aries
JTN_Aries
Reply to  Rose
2 tahun yang lalu

Its okayhh tk bertudung sbb Islam suruh tutup aurat bukan bertudung kalau rasa tudung tk selesa pakailah hoodie yg tutup semua rambut serta auratMu yg lain dari terlihat Ajnabi…..walau kau tk niat nk tarik attention…(nafsu syahwat lelaki)memang tetap akan ada walaupun kau masih tutup aurat sempurna…..sekurangnya dgn menutup aurat dosa kau tak perlu tanggung bila laki syahwat pada kau….Sesungguhnya Allah tahu apa yg ada dalam hatimu…

Dee
Dee
Reply to  Rose
1 tahun yang lalu

Actually MCM ni. Tuntutan dlm Islam kne pakai. Lelaki ni pandangan mata mereka berbeza. Sbb tu Allah minta perempuan UTK menutup aurat .. dari rambut sampai kaki. .

Airene
Airene
3 tahun yang lalu

Asalamualaikum..sy nk tnyr..contohlakan artis..example mcm ayda jebat, janna nick and yg lain. dorg pelakon tapi dorg tak pakai tudung..jadi soalan nya.. solat dorg sah lagi ke?? Walaupon dorg tk pakai tudung for kerjaya dorg..hrp balas yer tq

JTN_Aries
JTN_Aries
Reply to  Airene
2 tahun yang lalu

Menutup aurat bukan lagi soal Fiqh sahaja malah Aqidah umat Islam juga.. pabila dia Solat maka sah jika dia menutup aurat….. tapi ketahuilah jika dia merasakan mendedahkan aurat itu sesuatu yg tiada masalah nescaya solatnya itu semata-mata menjauhkan dirinya dari Allah….kerana solat seharusnya menjadi pencegah kemungkaran….Wallahuaalam.

Athinker
Athinker
6 tahun yang lalu

hi saya tertarik, tapi saya kaji al quran, tak de menyatakan mengenai tudung. Tengok surah al araf, mengatakan sebaik pakaian ialah pakain taqwa. Tudung hanya choice.
.
Aurat dimaksudkan menjaga kemaluan bukan rambut.
.
So bagi saya isu tudung ialah pilhan masyarakat. Tidak boleh dipaksa. Selepas revolusi iran barulah arab saudi semua dan masyarakat islam lain memilih untuk memaksa memakai tudung.
.
Alhamdulillah Malaysia tidak seperti negra extreme lain. Malaysia memikirkan bagaimana nak membangunkan negara dan menjaga umat islam lain. Banyak lagi perkara perlu difikir dari hanya menilai luaran.

Ain najihah aznam
Ain najihah aznam
Reply to  Athinker
6 tahun yang lalu

Assalamualaikum. Pada saya dah diterangkan dalam surah an Nur ayat 31. Sebahagian ayatnya, “Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya.” Rambut juga salahsatu perhiasan bagi wanita. Ayat ini dah diberikan dihujung artikel.
Dan untuk pengatahuan, aurat perempuan meliputi seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Bakal Jenazah
Bakal Jenazah
Reply to  Athinker
5 tahun yang lalu

Siapa cakap Al-Quran xde bercakap mengenai tudung???

Baca di sini: http://www.alquran.my/search?utf8=✓&surah=&q=Tudung&l=

Al-Quran juga menyuruh kita untuk mentaati Rasulullah SAW: http://www.alquran.my/4/80

Diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiallahu‘anha, beliau berkata,

أَنَّ أَسْمَاءَ بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ دَخَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهَا ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَأَعْرَضَ عَنْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتِ الْمَحِيضَ لَمْ تَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا وَأَشَارَ إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ

Asma’ binti Abu Bakar pernah menemui Rasulullah sallallahu‘alaihi wa sallam dengan memakai pakaian yang tipis. Maka Rasulullah sallallahu‘alaihi wa sallam pun berpaling darinya dan bersabda,

“wahai Asma’, sesungguhnya seorang wanita itu jika sudah haid (sudah baligh), tidak boleh terlihat dari dirinya kecuali ini dan ini”, beliau menunjuk wajahnya dan kedua tapak tangannya. (HR. Abu Daud 4140, dalam Al Irwa [6/203] Al Albani berkata: “hasan dengan keseluruhan jalannya”)

Wallahu a’lam.

seorang anak kepada seorang ibu
seorang anak kepada seorang ibu
6 tahun yang lalu

Bagaimana dengan wanita yg takut memakai tudung kerana terlihat hodoh dan dipermalukan oleh orang sekeliling?? Apakah hukumnya dlm keadaan ini?? Takut dipermalukan kerana hodoh dlm memakai tudung..?

Bakal Jenazah
Bakal Jenazah
Reply to  seorang anak kepada seorang ibu
5 tahun yang lalu

Bukankah murka Allah lebih berhak untuk ditakuti???

Your mother
Your mother
Reply to  Bakal Jenazah
3 tahun yang lalu

No

Bakal Jenazah
Bakal Jenazah
Reply to  Your mother
3 tahun yang lalu

Jika kita takut kepada Allah, kita tidak akan takut kepada yang lain. Tapi jika kita tidak takut kepada Allah, pasti kita akan takut kepada banyak perkara.

Last edited 3 tahun yang lalu by Bakal Jenazah
Bakal Jenazah
Bakal Jenazah
Reply to  Your mother
3 tahun yang lalu

Hanya orang kafir tak takut kepada kemurkaan Allah. kalau kamu kafir, tak perlu sibuk dengan ajaran Islam.

Your mother
Your mother
Reply to  seorang anak kepada seorang ibu
3 tahun yang lalu

Tak perlu pakai kalau taknak, penulis ni sengaja je nak semua pakai, itu budaya arab bukannya melayu so takyah pakai, tudung tidak wajib but tutup aurat wajib, dalam quran tidak sebut pun tudung but kain yang tutup kepala sahaja but it’s up to you untuk memakainya dengan apa cara sekalipun and it’s up to you to pakai or not, it’s between you and Allah not with fucking men

Bakal Jenazah
Bakal Jenazah
Reply to  Your mother
3 tahun yang lalu

Ya, menang tak disebut tudung, tapi menutup aurat & kepala. Kalau kamu nak tutup kepala kamu dengan tikarpun boleh. Asalkan terpelihara auratmu. Jangan bila hari terakhir kamu di dunia baru auratmu ditutup sempurna dengan kain kafan sudahlah.

amil
amil
6 tahun yang lalu

kenapa some of muslim pakai tudung singkat? dan ada yang bertudung labuh

Sitibalqis
Sitibalqis
8 tahun yang lalu

Mntk kbnrn copy ye thanks