Bagaimana Menghapus Rasa Cinta Pertama dan Bayangan Wajahnya?

cinta pertama
Perasaan cinta pertama adalah satu rasa yang sangat sukar dilupakan..

“Bagaimana Menghapuskan Rasa Cinta Pertama yang Menghantui Diri?”

Rasa cinta tidak mudah dihapuskan.

Apatah lagi perasaan cinta pertama.

Hal ini memang menyesakkan apabila kita kita berusaha mengatasinya.

Apabila bayangannya kembali dalam memori, bahkan sering menghantui mimpi-mimpi.

Malah peluang bersanding juga sudah tiada lagi, apa yang harus dilakukan?

Menangis? Bersedih? Menyesali perkara yang terjadi? Berasa tertekan, sakit hati, kecewa, bahkan berasa mahu membunuh diri?

— Saya yakin, hal itu tidak akan kita lakukan.

Mari kita hilangkan rasa kesal yang tiada guna dan kekecewaan tanpa makna.

Memang mudah diucapkan, tetapi bagaimana sekiranya bayangannya masih hadir dan mengganggu aktiviti harian?

Padahal, kita sudah berusaha membuangnya jauh daripada kehidupan.

Abdullah bin Mas’ud menasihatkan,

“Apabila kamu kagum kepada seorang wanita (atau lelaki), ingatlah semua kekurangannya.”

Maaf, ini bukannya tajassus atau mencari aib dan mengorek kekurangannya.

Ini adalah nasihat supaya kita tidak dipermainkan oleh pesona hati, dan tidak dibuai oleh gelojak nafsu sehingga menjadi permainan syaitan.

Kadangkala, cinta membuatkan mereka yang celik menjadi buta, mereka yang punya telinga menjadi tuli, serta mereka yang mempunyai hati menjadi alpa dan tidak merasa.

Lihat mereka yang sedang asyik berpacaran, biasanya mereka tidak lagi mempedulikan keadaan sekeliling.

Walaupun dilihat oleh orang ramai, mereka sengaja berpura-pura tidak mempedulikannya.

Telinga mereka utuh dalam menerima pelbagai teguran dan kritikan.

 

Tidak Lagi Mahu Diganggu Bayangan Wajahnya

Ya, sekiranya tidak mahu lagi diganggu oleh bayangan wajahnya, sentiasa ingat pada kekurangannya.

Kita lebih tahu memilih dan mengungkap kata-kata demi matlamat itu.

Tidak perlu disampaikan pada dirinya, cukup dalam hati sahaja.

Walaupun sebenarnya tidak baik memandang remeh kepada orang lain, namun tujuannya supaya kita tidak leka dan terseksa oleh bayangan wajahnya, dan tidak dipermainkan nafsu yang menggunakan nama cinta.

Kita juga tidak terbuai oleh penipuan si durjana. Kuburkan semua kenangan masa silam, dan jangan mengungkit lagi supaya tidak timbul kesedihan.

 

Tuliskan diatas sehelai kertas..

Sekiranya kita masih sukar melupakan dia, tulis sahaja namanya pada sehelai kertas.

Koyak kertas itu dan katakan kita sudah melupakan dirinya dan membuang jauh bayangan wajahnya.

Ini bukan bagi menunjukkan rasa benci, dengki, apatah lagi dendam.

Kita melakukan begitu supaya kita tidak mahu hanyut dalam kesedihan, tidak terseksa dalam kekecewaan, dan supaya kita dapat segera melupakannya.

Sekiranya tidak, bayangannya akan sentiasa hadir dalam kehidupan kita, menghantui setiap mimpi, dan mengganggu setiap langkah.

Pasti kita tidak mahukan begitu, bukan?

 

Melupakan Kebaikan Si Dia..

Saya tidak bermaksud menyeru kita menjadi naïf, tidak membalas budi, apatah lagi tidak berterima kasih.

Secara logiknya, kebaikan seseorang memang perlu dikenang.

Namun tujuan kita melupakan kebaikan mereka adalah supaya kita tidak dipermainkan oleh bayangan wajahnya, supaya kita tidak berasa, dirinya adalah insan terbaik dan satu-satunya untuk kita.

Dan supaya kita kita tidak mengganggap dia sebagai putera atau bidadari yang tiada tolok bandingnya.

Sehinggakan apabila kita tidak berjaya mendapat cinta dan tidak bernikah dengan dirinya, kita mengalami kekecewaan yang luar biasa.

Seolah-olah hilang semuanya.

Ingat, dia juga manusia biasa seperti kita.

Allah yang menetapkan takdir supaya dia berbuat baik kepada kita.

Walaupun dia pernah memberikan nasihat berharga, buku-buku, ataupun barang-barang yang sering kita ertikan sebagai tanda cinta dan setia.

Namun sekiranya kemudian, sekiranya perpisahan terjadi, anggap semua itu pemberian biasa daripada seorang manusia kepada manusia yang lain.

Hanya seperti sahabat yang mahu mengukuhkan tali persahabatan dengan memberi hadiah.

Sekiranya hadiah ataupun barang yang dia beri menjadikan kita terseksa dan sukar melupakan dirinya, lebih baik musnahkan semua barang itu.

Ada kalanya terasa berat melupakan dia yang pernah menembus dinding pertahanan hati. Ini mungkin kerana kebaikannya masih terus membayangi langkah kita.

Kadangkala dunia menjadi sempit bagi mereka yang mengalami rasa kecewa dan patah hati, sehinggakan apa-apa yang terhampar di hadapan, tidak dirasakan, Gunung yang tinggi menjulang, terasa rendah, Langit yang luas terbentang, terasa sempit.

Apa yang ada hanya bayangan wajahnya.

Padahal dia adalah orang yang kita anggap sebagai kekasih hati sehidup semati, hanya daripada makhluk Allah s.w.t yang sudah ditakdirkan untuk berbuat baik kepada kita.

Sudah tertulis dalam takdirNya, dia berbuat begitu.

Adakah salah sekiranya kita terus mengenang semua kebaikan dia? Tentu tidak salah.

Tetapi, sekiranya kita bertekad melupakan dia, lupakan juga kebaikan-kebaikan yang dia lakukan.

Apa ertinya kata-kata ‘Saya mahu melupakan awak’, tetapi tiada kesungguhan kearah itu.

Apa ertinya berusaha membuang jauh bayangan wajahnya, tetapi foto-fotonya masih kita simpan, surat-surat, dan mesej daripada dia masih kita jadikan koleksi.

Begitu juga dengan semua pemberian daripada dia.

 

 Jangan Membatasi Diri Pada Satu Nama

Jangan membatasi diri hanya pada satu nama, iaitu orang yang kita rasa suka dan yang kita cintai.

Sedangkan orang yang sudah meminang ataupun dipinang pun tidak dijamin menjadi jodoh terbaik. Inikan pula orang yang hanya muncul dalam istikarah atau hanya sekadar kita curi-curi pandang.

Kita tidak akan tahu sebab-musabab Allah menetapkan begitu.

Tetapi yang pasti,  semua ketetapan Allah itu mempunyai hikmah dan kebaikan kepada kita, sama ada kita sedar atau tidak.

Kita perlu sentiasa bersedia dalam menghadapi semua kemungkinan.

Semuanya perlu dipersiapkan, termasuk persiapan mental.

Kita perlu bersedia menghadapi perkara yang bercanggah dengan harapan.

Luqman Al-Hakim berpesan kepada anaknya:

“Wahai anakku, sekiranya ada sesuatu menimpamu, sama ada kamu suka ataupun benci, katakana dalam hatimu, itu adalah yang terbaik untukmu..’

Allah s.w.t menjamin akan memenuhi apa yang dipilih untuk kita, bukan apa yang kita pilih untuk diri sendiri, dan pada waktu yang Dia tentukan, bukan pada waktu yang kita mahukan.

 

Penutup: Pertemuan Yang Menyimpan Hikmah.

Allah tidak pernah lalai.

Pertemuan kita dengan dia pasti ada ibrah atau pelajaran berharga.

Antaranya:

  • Pertama, kita tidak dibenarkan memutuskan ukhwah dengan dia. Oleh itu, berusaha untuk bersikap wajar dan seimbang.
  • Kedua, Allah mahu melatih mental kita untuk bersedia menghadapi reality

Bukankah pertemuan menjadi seksaan batin apabila tidak dihadapi dengan hati yang dingin?

Bukankah perjumpaan membuatkan hati mendidih, wajah pucat, kurang keyakinan diri, bahkan rasa malu yang berlebihan, terutama pada mereka yang dikecewakan?

Lantas, adakah kita perlu memalingkan wajah, bersikap acuh tidak acuh, dan kasar?

Bukankah Allah Maha Lembut dan mencintai kelembutan, dan Rasulullah s.a.w juga orang yang lemah lembut?

Cubalah bersikap wajar, tenang dan seimbang.

Jangan berasa lemah dan rendah, walaupun seakan-akan kamu kehilangan muka, dan tidak berharga di hadapan dia.

Setiap orang melalui masa silam yang berbeza.

Ada yang menyenangkan sehingga membuatkan kita tersenyum apabila mengenangnya.

Ada pula yang menyakitkan ataupun memalukan sehingga membuatkan kita berasa resah, rendah diri, sedih, bahkan marah dan geram apabila tiba-tiba terkenang kembali.

Jadikan masa silam sebagai kenangan.

Tidak perlu lagi bersedih apabila mengingatinya.

Semuanya telah berlalu pergi seiring dengan bergantinya waktu.

Jadikan masa kini sebagai kesempatan bagi mengukir mimpi, meraih prestasi, dan mengoptimumkan potensi yang kita miliki.

Jadikan masa depan sebagai sasaran yang menyimpan sejuta harapan.

 

Keeps your head up

Pada waktu kita berjumpa dengan dia, walaupun terlintas perasaan malu, rendah diri, bahkan jengkel – jangan berasa diri kita rendah dan lemah!

Tegakkan kepala, dan yakini betapa setiap kejadian termasuk pertemuan kita dengan dia, pasti ada hikmah yang berharga. InsyaaAllah.

Semoga kamu terus kuat saudara-saudaraku! :’)

Photo of author

Muhamad Naim (Admin)

Penulis utama dan ketua editor. Menubuhkan web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

261 thoughts on “Bagaimana Menghapus Rasa Cinta Pertama dan Bayangan Wajahnya?”

  1. Terima kasih atas nasihat dlm artikel ini, sesungguhnya saya akan berjuang untuk terus kuat mnghadapi ujian kecil ini dr Allah… Semoga ada sinar harapan baru utkku dimasa hdpn meski butuh waktu?….. Hnya doa kpd Allah agar dikuatkn hati mnerima semua ujian dr Dia sesungguh hanya Dia yg Maha Mengetahui tiap2 sesuatu

    Reply
  2. Saya dah lupakan wajah fasa pertama setelah sekian lama selepas bertahun saya sudah mendirikan rumahtsngga dan mempunyai anak dia muncul kembali dia juga sudah berkeluarga sya sedaya upaya tknk ingt kisah silam itu. Semakin cuba nk lupa semakin kuat plk ingatannya. Tpi saya percaya allah maha berkuasa dgn senjata wudhuk dan.solat dapat saya mencari ketenangan.

    Reply
  3. Pernah melalui fasa untuk melupakan bayangan wajah insan yg pertama.. perit.. perlukan kekuataan.. kekuatan tu minta lah dari NYA.. Allah maha tau.

    Reply
  4. Syukran atas posting ini..ia sangat membantu saya dalam menghadapi saat getir ini..saya hampir tidak ammpu mengawal diri daripada melakukan tindakan bodoh yang boleh membinasakan diri sendiri.. Alhamdulilah, Allah mentakdirkan saya menemui postingan Tuan pada saat ini..Doakan saya agar mampu melalui semua ini dan digantikan dengan rezeki Allah yang lebih baik..

    Reply
  5. Terima kasih ngn semua nasihatnyeeeee baru rasa legahh sngatttt….. Insyallah Allah berikan kekuatan untuk hadapi semua… Terima kasih YA ALLAH

    Reply
  6. Laki ni ni mmg penipu saya chat dia pkai no. Len.then tnya dya single ke X. Dia Kata single. penipu ‘DASAR’ laki x sedar diri

    Reply
  7. Saya agak sukar jatuh hati setelah dikecewakan dengan cinta pertama saya.. Lelaki ini agak unik kerana memiliki hobi dan minat yg sama.. Iaitu mendaki gunung. Menerokai hutan dan melakukan amal kebajikan.. Saya hampir memberikan hati saya namun agak sedikit gusar lalu saya berdoa kepada Allah.. Tunjukkan kepada saya tanda sekiranya dia jodoh saya dan tunjukkan juga tanda sekiranya doa bulan jodoh saya sebelum saya melangkah untul stage setrusnya.. Alhamdullillah Allah tunjukkan saya tanda yg dia ialah tunangan org dengan melalui maklumat kawan yg ada mengenalinya.. Sdikit kecewa kerana saya sudah bertanya byk kali samaada dia tunangan org atau suami atau sudah miliki..tapi dia tetap mengatanya bujang dan bukan tunangan org.. Ya Allah.. Kami dh bermesej mesra sebagai couple.. Dan akan keluar bersama selepas raya.. Ya Allah terima kasih ya Allah

    Reply
  8. 40 tahun berlalu setelah suami meninggal setahun..Tiba2 saya dpt sms drp cinta pandang pertama ..Sedangkan punya keluarga bahagia dan hidup mewah..Dia meluahkan rasa kesal kerana berkahwin dlm usia terlalu muda ( 19 thn) ..Jesteru itu bila dpt berhubungan semula dgn saya dia meluahkan segala perasaan kesal…seolah punya perasaan yg membuatkan saya serba salah…
    Saya perlukan nasihat??

    Reply
    • Yang lepas, biarkan berlalu puan.

      Doakan yang terbaik untuk kehidupannya, dan kehidupan puan.
      Lebih baik jangan mencari masalah yang mungkin membuatkan perpecahan dalam keluarga.

      Reply
  9. Admin…
    Saat ni saya sangat down… Rasa seolah2 dunia thenti… Bila bngun sya sdar yg sya sdh khilangan dia. Hubungan kmi sdh 4 tahun tmasuk thun ni… pada mulanya, Kmi hanya bkawan.. tapi tanpa sedar kmi mula jatuh cinta. Selama 4 thun ni, kmi lalui susah senang bersama… Dan dia jga ada mperkenalkan sya pda famly dia… Sya rapat dgn adik prempuan dia. Saya banyak memberi dorongan pada dia utk maju. Sehingga dia dpt mbuka bisnes sdiri di kmpung, byk yg sya buat utk dia shingga dia mpunyai kyakinan utk trus maju ke hadapan…bnyak memberi sokongan pda dia… tapi Malang skali pda 25/5/19 dia myatakan kpda yg sya jgn berharap pada dia lagi, dan mgatakan sya terlalu baik dan sempurna utk dia. Dia mgatakan yg dia akan berkahwin dgn pilihan ibunya tahun ni… Airmata saya trus jatuh tanpa sdar. Betapa runtuhnya hati….
    Admin,
    Dia x mahu memutuskan hubungan kami, sebaliknya trus berharap kami trus bkawan smpai bila2. Saya betul2 terluka saat ini… sgt2 down…
    Apa yg perlu saya buat admin????Kadang2 sya xdpt nak tdo dan bila terbangun pkl 3 pagi, sya xdpt nak tdo lgi… Walaupun sya byk bdoa…

    Reply
    • Sy bukan nak mengeruhkan keadaan, tapi lebih baik awak move on.

      Banyak pengalaman sy dari kes yang lepas2, menunjukkan alasan “awak terlalu baik utk sy” dan “berkahwin ikut pilihan keluarga” hanyalah alasan dongeng yg direka demi menghalalkan hubungan itu diputuskan supaya nampak cara baik.

      Dia sudah ada pilihan hatinya sendiri.

      Jadi janganlah berharap pada yang tak sudi. Move on dan teruskan kehidupan.

      Awak ada harga diri untuk dijaga.
      Jangan biarkan harga diri awak dipermainkan.

      Be strong dan tunjukkan awak kuat ok?

      InsyaaAllah pasti Allah datangkan nnt seseorang yg jauh lebih ikhlas dan jujur, sesuai dengan awak.

      Reply
      • Terima kasih admin,
        Bagaimana admin, adakah sya perlu kol dia atau bjumpa dgn dia? Waktu dia kol sya hritu 25hb, dia blum hbis lgi bckp, sya terus putuskan talian, thn sejak hritu sya pun blum reply lgi msg dia… Dan skrg sya rasa ada kekuatan utk bckap dgn dia… Apa yg perlu sya buat? Sya btul2 perlukan nasihat… Sbb ini kali pertama sya jatuh cinta… Dan tluka….

        Reply
        • Jika awak rasa ada kekuatan untuk bercakap, silakan. Jika tidak, cukup sahaja menerusi msj.

          Yang penting awak perlu tetap pendirian dan menjaga air muka awak.

          Dan jangan terlalu naif untuk percaya setiap alasan yang diberikan.

          Selalunya dalam kes ini, dia akan cakap masih sygkan awak tp terpaksa mengikut kehendak keluarga, dimana ia adalah rekaan semata.

          Reply
            • Walk away and never look back. From the past, from your wrong habits, from people who don’t appreciate you.

              Life is about two things – to hold on and to let go.

              When the time comes to hold it, hold. When the time comes to let it go, let it go.

              Stay strong ?

              Reply
      • Saya setuju dgn admin..sy mengalami keadaan yang 100% sama dgn situasi di atas 10tahun lepas..dgn ayat yang sama, dgn cara yg sama spy dia nmpk baik saja pd pandangan mata ketika bpisah.. wah…mmg klakar lah..mmg kbykn cinta pertama ni lbih kurang sama je ye alasannya..cari smp disini sbb ingin th solusi utk adik ipar sy yg mcm sparuh mati bcinta dan melalui bnda yg sama..smg saudari move on & jgn pk semua knangan,kbaikan2 yg die tunjukkan sbelum ni..mmg susah..sgt susah..sdgkn sy lpas berkahwin pun ssh utk move on,ttapi mmg sesungguhnya Allah menjadikn sesuatu itu dgn pnuh hikmah,Allah gantikan nya dgn suami yg sgt baik & xpernah rs sedikit derita/kesedihanpun sehinggalah sekarang..alhamdulillah..bohonglah klu nk kata kita dah lupakn mcmtu je,tp dgn suami n anak2 dpn mata,dgn doa & memikirkan aku ada Allah, insyaaAllah blh kurangkan semua perasaan kesal itu seterusnya lupakan cinta pertama itu sedikit demi sdikit..mcm admin ckplah,cube list semua buruk2 yg ade n cube fikir apa sahaja yg buruk sgt2 ttg dia, and anggap dia hnyalah salah satu watak dlm chapter hidup kita,yg dikira penyebab utk kita jumpa seseorang yg lbih baik..Siti

        Reply
        • Ya Siti, begitulah kebanyakkan orang. 99% menggunakan alasan yang sama.

          Jadi kita perlu sedar dan jangan naif. Jika dia mahu pergi, biarkan dia pergi. Kita juga punyai harga diri dan air muka yang perlu dipertahankan.

          Kita mungkin lemah pada awalnya, namun seiring dengan masa kita pasti akan bangkit dan merawat luka perlahan-lahan. :-)

          Reply
          • Admin,

            Selepas dengar nasihat daripada admin, sya tekad untuk move on… Sya sibukan dri dgn kerja sya, sya block dia dri social media, WhatsApp & sbgainya.. apatah lgi utk stalk dia. Sya rasa sya dpt ketenangan dan boleh move on tanpa dia.. Tapi perkara semalam 20/6/19 buat sya rasa betul2 mencabar kesabaran sya.
            Sya terima satu meseg perkenalan dari seorang lelaki, sya tolak mentah2 dan dia ckap Ex sya yg bgi no sya kepada dia…..
            Admin,
            Sya tak tahu apa masalah Ex sya tu? Sakit mental ke apa????
            Apa yg sya nak buat? Sya btul kawal dri untuk menahan rasa marah.
            Show quoted text

            Reply
    • Kita alami situasi yg sama.bezanya sy dan dia kenal 6 tahun dan prnah bertunang..Dia lelaki paling sy syg..tp dia memilih utk berkahwin dgn suadara sndiri pilihan kluarga.Raya 10 lepas..Dia dan pasangan selamat diijabkabul..Sy?Masih tercari2 diri sndiri.masih berusaha utk move on..Dekatkan diri dengan Allah..ada hikmah kenapa Allah ambik dia dari kita.kalau sy xblh tido..atau tersedar menangis malam2.sy bgn solat.InsyaAllah tenang.

      Reply
      • Alhamdulillah. Ya benar, dengan mengingati (mendekati) diri kita kepada Allah, hati akan menjadi tenang.

        Reply
  10. Bermula dengan persahabatan, terjatuh cinta. Pada permulaan, ingatkan hanya permainan hati memandangkan umur masih muda masih belajar, berdoa mohon pada Allah ntk berikan petunjuk kenapa perasaan ini hadir. Cara layanan dia yg tidak dapat dibaca. Seperti dia layan saya seperti org yg istimewa dan ada masa seperti kawan. Usaha mencari jawapan berserta istikharah dilakukan selama 4 tahun, sama ada dia hadir sebagai ujian atau anugerah. Bukanlah saya sengaja melambatkan urusan, tetapi sepanjang orang lain yg singgah dalam hati, saya doa jika dia bukan ntk saya, mohon Allah jauhkan dan ternyata Allah benar2 jauhkan dengan hilangkan perasaan saya dan nama mereka dalam hati saya. Tapi lain cerita bila melibatkan dia, masih kekal sehingga kini. Dan saat dimana merasakan waktu paling sesuai ntk luahkan apa yg tersimpan dihati, rupanya ada rahsia yang dia simpan. Rahsia yg tak pernah diketahui sesiapa pun. Tapi, Allah mudahkan urusan saya apabila entah macam mana rahsia tu terbongkar oleh seseorang kepada saya. Dan mestilah rahsia tu meremukkan hati saya. Disaat langkah terakhir usaha saya, Allah remukkan hati saya terlebih dahulu sebelum saya mula melangkah. Tapi saya terima, saya percaya itulah hasil doa dan usaha saya selama ni. Saya nekad ntk teruskan langkah untuk mendapat jawapan betul2 dari mulut dia walaupun saya dapat mengagak jawapan dia tidak berpihak pada saya. Saya tidak ingin sia-siakan usaha saya selama ni dan skrg jawapan yg saya nantikan selama ini dah hampir terjawab. Doakan saya diberi kekuatan untuk menghadapi jawapan dari dia. Dan semoga persahabatan antara kami masih dapat dikekalkan. Moga Allah kurniakan yg lebih baik ntk saya. Wassalam.

    Reply
    • Time heals, and sometimes ending is the only place to start again, to find a better self, a better heart, a better love.

      Reply
  11. Memang rasa down down bila apa yg kita inginkan x dapat. Terutama cinta yang putus ditengah jalan. Rasa marah, sedih, x dpt terima kenyataan, lemah semua nya bercampur baur. Hubungan yg lama dibina musnah bgitu saja. Pada yg baca komen ni, doakan saya dpt melupakan dia. In Syaa Allah.

    Reply
    • Kadang-kadang tempat yang baik untuk memulakan sesuatu yang baru adalah pada penghujung / pengakhiran sesuatu. Tapi tak ramai yang nampak perkara tu, sebaliknya masih cuba membaiki perkara yang dah berlalu, yang dah tak boleh diubah.

      Berikan masa pada doa dan takdir.

      Seduka mana pun kita, bahagia akan hadir juga – jika hati dan iman tetap berpaut pada-Nya.

      :-)

      Reply
  12. AKu sedi kecewa sebab cinta ku putus ditgh jln.aku di buang kerana dia ingin berbaik semula dgn isteriny. Aku xpernah halang benda tu, aku sanggup jd wife kedua ny tp dia xnk. Dia pergi lepas aku da curah sepenuh hati dgn dia. Khilaf aku, buta dgn cintany sampai aku lupa Allah. Mngkn Allah tarik dia dr hidup aku sbgi tanda Allah nk aku balik sujud kepada Nya. Sungguh aku rsa down skg ni.. Semoga aku kuat hadapi semua ni. Kwn2 doakn la sy kuat, kerna stiap apa yg sy lakukan dihari2 ni sy sentiasa teringat n terbayangkn dia.. sakit ny rasa tu.. Jauh disudut hati ini agar Allah memulangkn balik perasaan cinta tu ke dlm hati ny 1 hari nnt., aminn..

    Reply
    • Kadang Allah menjarakkan kita daripada orang tertentu, supaya kita tak terluka lebih dalam.

      Jangan bersedih kalau ditinggalkan, diabaikan, dijauhi. Kerana Allah tak pernah meninggalkan kita, tak pernah mengabaikan kita, tak pernah menjauhi kita.

      Carilah DIA, cuma DIA.

      Reply
  13. Terima kasih sangat..walaupon agak payah untuk melupakan orang yg tersayang..insya Allah saya dpt mengatasi perasaan ni…first time couple,first time rse mcm ni..perit memang perit..tpi trus senyum tak nak bgi orang lain nmpak yg saya rse sedih…

    Reply

Leave a Comment