Kita Tidak Pernah Matang Sebab Tidak Berani Mengakui Kesilapan

kesilapan dalam kehidupan
Kesilapan adalah pelajaran. Kita hanya perlu mengakuinya, bukan menafikannya.. * My Life , My Mistake by BlackJack0919

kadangkala, kita hilang arah..

Kita melakukan kesilapan. Kita menghabiskan masa pada benda yang salah. Kita terlalu mengejar kekayaan. Kita tidak menghiraukan batas dosa pahala, etika dan moral.

Kita jatuh terlalu dalam ke lembah yang curam, kita mengikut nafsu.

Kita menipu. Kita mencuri. Kita memperdayakan orang lain.

Kita sombong kepada rakan-rakan kita. Kita melihat kesalahan dan jenayah didepan mata tetapi kita hanya lebih memilih mendiamkan diri.

Kita rasa sudah menjadi orang yang baik tetapi masih hidup dengan cara yang tidak betul.

Baik kah kita kalau tidak solat? Tidak menjaga aurat? Selalu membuat dosa?

Pada saat ini anda bukan lagi layak untuk menjadi kawan kepada sahabat, teman kepada orang pasangan anda, anak yang ibubapa anda besarkan, contoh yang kita ingin jadi, dan ibu bapa kepada anak anda yang masih suci.

Anda tidak layak. Anda hanya hipokrit.

Orang yang matang berani mengakui kesilapan dan tidak takut untuk berubah

Perkara ini selalu terjadi kepada kita, walaupun kepada orang yang pada mata kita dia adalah yang terbaik.

Akui sahaja kita hanyalah manusia biasa. Kita melakukan kesilapan. Kita lemah.

Tetapi jangan kerana disebabkan oleh kita pernah hilang arah, ia tidak bermakna kita akan hilang selamanya.

Sebab pada akhirnya, bukan kegagalan yang akan menentukan kita, tetapi bagaimana kita berusaha untuk memperbaiki diri.

Kehidupan di dunia adalah tidak sempurna, tetapi cukup baik dan cantik aturannya.

Kebanyakkan daripada kita pasti pernah terpesong disebeberapa ketika dalam sepanjang kehidupan ini, tetapi apa yang benar-benar penting ialah pengajaran yang diperoleh akibat kesilapan itu.

Ia bukan mengenai apa dan seberapa besar kesilapan yang kita buat itu, tetapi bagaimana kita bangun kembali dan sedar akan kesilapan kita. Yang penting kita membuka hati untuk berubah.

Having the wrong priorities is bad enough, but realizing that and refusing to change is worse.

Melakukan kesilapan memang teruk, tapi apa yang lebih teruk lagi adalah tidak belajar daripada kesilapan itu.

Kunci untuk belajar dari kesilapan adalah dengan terlebih dahulu mengakui kesalahan kita dengan tanpa alasan, garu belakang kepala sedikit, dan buatlah perubahan yang perlu supaya kita dapat menjadi lebih matang jauh ke depan.

Sebab jika anda tidak boleh untuk mengakui kesilapan, anda tidak akan pernah matang.

Hanya orang yang matang sahaja akan tahu nilai sebuah kehidupan.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

6 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Sun96
Sun96
2 tahun yang lalu

Saya rasa risau dan sedih atas apa yang saya pernah buat terhadap orang lain.dan saya menganggap segala kesusahan dan depression,anxienty saya ni adalah balasan atas perbuatan saya terhadap orang lain.saya takut nak minta maaf sebab diaorang semua panas baran dan diaorang takkan teragak- agak untuk pukul orang walaupun perempuan.saya nak tebus keslahan saya terhadap orang lain tanpa berjumpa

Sun96
Sun96
Reply to  Muhamad Naim
2 tahun yang lalu

Kalau saya berdoa sahaja untuk diaorang boleh tak?buat baik untuk diaorang.mustahil untuk saya berjumpa bercakap atau send message call diaorang dengan diaorang

Sun96
Sun96
2 tahun yang lalu

Macam mana tebus kesalahan kita tanpa perlu berjumpa dengan orang tu?dulu saya banyak buat silap pada orang lain.kalau saya pergi minta maaf pada orang tu mungkin akan menyebabkan banyak pergaduhan dan mungkin saya akan kena belasah(saya perempuan).dulu saya ni jauh dari allah dan melakukan banyak kesalahan.saya tahu kita sepatut nya pergi minta maaf pada orang tu,tapi saya tak boleh.saya takut ia akan memburukkan keadaan dan pergaduhan keluarga yang memang teruk.saya taknak orang benci pada mak dan ayah saya walaupn saya yg melakukan kesalahan tu

Saya
Saya
5 tahun yang lalu

“PERANGAI TAK SETANDING DENGAN USIA. BAWA2 LAA MATANG SIKIT”
Kenapa perlu ada kawan yang cakap macam ini dekat kita..
YES memang saya suka gelak ketawa bagai, tapi perlu ke kata begitu dekat saya,
Tapi jika perlu kan kerja saya laa orang yang mereka cari untuk selesaikan kerja.
Tapi kenapa perlu cakap saya begini, sedangkan saya selesaikan kerja dengan alhamdulillah baik dan bagus..

Sampah
Sampah
7 tahun yang lalu

Mustahil bagiku