Apakah kelebihan bagi orang yang ingin berkahwin?
Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul.
Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping.
Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
Inilah Khabar Gembira Berupa Janji Allah Bagi Orang Yang Akan Berkahwin
Bergembiralah wahai saudaraku…
1.
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”.
— An Nuur ayat 26
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri.
Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya.
Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah.
Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita.
Amin.
2.
“Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”.
— An Nuur ayat 32
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin.
Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan.
Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya.
Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi.
Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah.
Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah-dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih.
Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
3.
“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”.
— HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini.
Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
4.
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”.
— Ar Ruum : 21
5.
“Dan Tuhanmu berfirman: ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “.
— Al Mu’min : 60
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya.
Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa.
Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain-lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa.
Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa.
Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar.
Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam.
Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”.
— Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.”
— Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.”
— Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim
6.
“Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“.
— Al Baqarah: 153
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat.
Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7.
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.
— Alam Nasyrah : 5-6
Ini juga janji Allah.
Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang.
Segalanya terasa sulit.
Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
8.
“Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.
— Muhammad: 7
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah.
Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya.
Dengan itu semoga Allah menolong kita.
9.
“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”.
— Al Hajj : 40
10.
“Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”.
— Al Baqarah : 214
Penutup
Itulah janji Allah.
Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya.
Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita.
Kita harus berbaik sangka kepada Allah.
Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
Jadi, kenapa ragu-ragu dengan janji Allah?
Tinggalkan Komen Anda..
Assalamualaikum,
Saya seorang lelaki dah merancang ingin berkahwin,akan tetapi si dia minta bersabar kerana belom bersedia.Hubungan kami dah 2 tahun lebih berkenalan dan pjj.Sy tidak pernah berkahwin,si dia pernah gagal perkahwinan pertama yg selama 3tahun.Bekas lelakinya juga telah meninggaldunia setahun slps berpisah.Kami berkenalan pun selepas dia 2tahun bercerai.Saya agak tertekan dengan jawapan “mintak bersabar dan ada jodoh ada la”Xpernah bgi keputusan tetap.Nak bernikah tapi bukan sekarang katanya.Makin lama sy desak jawpan makin bole brgaduh dengan soalan2 siasat saya.Umo kami pun dah awal 30an.Apakah yang sebaik2 perlu lakukan dalam bersabar menanti hari disatukan??
Semoga diberikan jalan keluar daripada permasalahan kamu. Semoga Allah permudahkan. terkadang apa yang kita nak , Allah belum kabulkan. mungkin ada hikmah di sebaliknya. Niat kmu untuk berkahwin dan menghalalkan tu pun sudah cukup baik. Rasanya , segala niat dan usaha serahkan kepada Allah. Menurutku, berilah tempoh untuk diri sendiri dan musahabah diri jika masi ingin teruskan.. Lebih baik2 mencari seseorang yang benar2 1 hati dalam perkahwinan. Yang memang nak berkahwin. Aku juga seperti kamu, aku wanita yang ingin menghalalkan seorang laki2,, namun sama jawapan sperti teman kamu. Buat kita terumbang ambing. tapi apapun, Allah sayang. ada hikmah semua ni.
Saya berumur 28 tahun. Ramai sahabat2 seusia saya yg da menikah dan mempunyai ank. Sape tak teringin kan. Tapi sy pernah dikecewakan oleh seorang lelaki mase tahun 2017. Ikutkan mase tu saye da kawen. Tapi dia ade prempuan lain . Jadi lepas saye kene tipu tu . . Sy serik nak kawen.. shinggalah saye bertemu seseorang skrg ni yg da mencuri hati saye . Yang byk bntu sy ketika ssh sng. Dan diq seorang yg berfikiran jauh. Dan . Orgnye agak berumur . Boleh dikqtekan jauh juge gap umor kami. Tapi tu bkan penghalang. Cume masalah skarqng keluarga saya enggan menerimanya kerana status dia sebagai suami org. Saye sendiri telah berjumpe isterinya dan berbincang tentang ni. Dan isterinya pon membenqrkn kami menikqh. Tapi keluarge saye tak nk restu dan nk buang saye dari keluarge sekiranya saye menikah dgn lelaki tu. Ini bukqn kali pertame keluqrge sy menolak pilihan saye. Sebelum ni ade juge lelaki bujqng yg inginkan saye. Tetapi saye bqgaikan tersepit dengan adat melayu kita yg inginkan lelaki yg berharte dan ade kerjaye bqgus. Jd ramai yg keluarge sy tolqk . Hari2 sy berdoa dan menangis stiap kali mengenangkn naseb sy
[…] Sumber: aku Islam […]
[…] Sumber: aku Islam […]
[…] Sumber: aku Islam […]
Kahwin ni tanggungjawab… Perempuan ni sifat lain sikit… Nak lebih perhatian… Kawan xboleh… Keluarga angkat xboleh…. Dah lah PJJ.. Dia stay dgn family.. Boleh lahhh.. . Last2 dia yg xtahan PJJ… Minta cerai pulak.. Baru je kahwin
Lelaki ni nak buat mcm patung ke apa??? Baik hidup bujang je lahhh… Sedih…
Sabar la . Tu namenye ujian dari Allah SWT . InshaAllah akan ade hikmahnya ?
kita jamu tetamu makan wktu majlis utk sehari sj, kemudian hari pasangan suami isteri yg hidup susah.
Sy pernah bercinta dan dah banyak kali ditinggalkan, setiap kali bercinta saya tanamkan dalam hati sy nak kahwin. Sekarang umur dah 27 tahun, lepas putus tu dan sekarang dah 3 tahun sy kawan dengan penkid, lepas bf dah kahwin. Sy restkan diri dan buat haluan sendiri, penkid nie banyak bantu saya, dari segi mendengar, kewangan, nasihat, malah dia minta saya dengan parent semata nak kawan dengan sy. Sy bercadang nak ambil anak angkat sebab ada yang preggy tapi takde bapak, jadi sy nak ambil anak tu, sebab nak bagi parent saya happy walaupun bukan darah daging sendiri sebab pernah dengar ayah cakap dekat kawan dia ‘untungnya ko dah ade cucu’ Allah dalam hati, sayu hati. Ayah maafkan angah. angah nak sangat bahagiakan ayah dan mak.
Tapi, sy taktau kesudahan hidup macamnie sampai bila. Dulu saya pernah disantau, ramai yang lamar saya tapi saya tolak sebab saya malu sebab kesan santau tu habis badan saya gatal-gatal. Padahal saya nak terima yang lamar tu sebagai suami. Semoga Allah swt tahu niat saya dulu bukan nak mengecewakan orang yang nak lamar saya, sebab saya takot bakal suami tak dapt terima bila tengok keadaan saya yang buruk masa tu.
Alhamdulillah, sejak saya dengan penkid tu saya di ajar bagaimana nak ruqyahkan diri, supaya tak di santau, supaya saya dilindungi. Santau tu dah kurang padahal sejak 2012. Ia hilang dan datang lagi santau tu. Allah swt datangkan saya walaupun dia perempuan, saya pun ada bercakap saya takkan selamanya berkawan dengan dia, sebab saya teringin berkahwin dan jadi orang biasa, dia pun okay, sebab saya tahu Allah swt hadirkan dia dalam hidup saya untuk bina keyakinan diri saya, bantu saya ketika saya down, bagi semangat, hilangkan kesedihan, support saya dari segala hal, dari saya takpernah ada benda tu sehingga dah ada. Allahu. Sesungguhnya Allah swt sangat memahami apa isi hati hambaNya. Semoga penkid tu boleh terima jika Allah swt hadirkan saya seorang insan bernama lelaki. Amin.
aamiin…semoga sentiasa dilindungi…
erm kiteorang bukan tak suka kahwin tapi..entah laa rasa macam takde jodoh nak mula ke atas perlamin mungkin tuhan dah menentap kan kiteorang ini sebagai patung bernyawa sehingga ke akhir ????hayat????
Sabar dik…
x…sebenarnya hidup ni pilihan…Allah dah tetapkan rezeki dan jodoh masing2.
Nak tanya . Mana yang lebih penting . Adat atau agama ? Saya dah nak berkahwin . Tapi belum cukup duit untuk majlis . Niat nk ikut cara agama dahulu tapi halangan nya ayah saya je sorang . Dia lebih bangga dengn cara adat . Sampaikan tunang saya jadi koma akibat masalah itu .
Koma kemalangan ke
koma?