Jangan Mengharapkan Simpati Orang Dengan Masalah Kita

Mengharapkan Simpati
Jangan sesekali mengharapkan simpati  | same ol’ road by ~KeCHi

Semua manusia mempunyai masalah.

Setiap masalah pastinya adalah berbeza bagi setiap orang

Dan setiap orang pasti merasakan dan melihat masalah yang dihadapi olehnya lebih besar daripada masalah orang lain.

Kita selalu mengharapkan ada seseorang yang ingin mendengar masalah kita, dan merasa lega apabila orang lain turut bersimpati dengan masalah yang kita hadapi.

Kita merasakan orang lain turut memahami dan merasakan sekali penderitaan masalah kita. Padahal bukan semua orang begitu pada hakikatnya.

Mengapa kita selalu mengharapkan simpati?

 

Jangan Mengharapkan Simpati Orang Lain Dengan Masalah Kita

Jangan terlalu mengharapkan simpati dari orang lain atas masalah dan kesulitan-kesulitan yang menimpa kita.

Adalah lebih baik jika kita cuba untuk menyelesaikan masalah-masalah itu dan berusaha menguranginya sesuai dengan kemampuan yang kita miliki.

Bukannya mempergunakan masalah-masalah tersebut untuk mendapat simpati daripada orang lain.

Kita lupa bahawa sebahagian orang kadang kala mengucapkan kata-kata simpati berkali-kali hanya untuk berbasa-basi.

Setelah itu, mereka tidak mahu menolong, buat taktau dan tidak mahu menghabiskan masa untuk bersama-sama dengan kita.

Mengharapkan Simpati

Kita lupa bahawa setiap orang pasti mempunyai masalah yang boleh menyakiti perasaannya.

Allah SWT tidak pernah menzalimi sesiapa pun.

Akan tetapi, kita sendirilah yang telah menzalimi diri sendiri tatkala kita terlalu memfokuskan fikiran pada pelbagai persoalan yang menimpa dan terlalu memperbesarkan persoalan-persoalan tersebut, tanpa berusaha untuk mencari penyelesaian yang positif.

Kita juga berpura – pura buta terhadap keistimewaan dan nikmat – nikmat yang ada pada diri kita.

Tidak ada manusia yang terhalang daripada segala nikmat.

Tetapi orang yang berharap untuk mendapatkan semua atau sebahagian besar apa yang diinginkannya dalam hidup ini, dia tidak merasa bersyukur dengan apa yang telah dimilikinya.

Dia tidak tahu bahawa dialah orang yang rugi dan kerugiannya tidak hanya di dunia sahaja, tetapi juga di akhirat.

Dia telah menghilangkan cinta dan redha Allah SWT dan menghalangi dirinya dari kesenangan dunia yang ada pada dirinya.

Dan pada masa yang sama dia telah membawa dirinya pada kehidupan yang menyedihkan di akhirat kelak kerana dia selalu merungut dan mendakwa kehidupnya penuh dengan kejenuhan dan tidakpuasan.

Daripada terus membincangkan hal-hal yang menyedihkan yang boleh menambahkan kepahitan dan kepedihan, lebih baik kita mulakan hari kita dengan senyuman yang ramah dalam menyambut kehidupan.

Selalu merasa optimitis dan gantilah kata-kata kita dengan ucapan yang lembut dan paling tidak membuatkan kita berasa tenteram.

Ceriakan diri kita dan buatlah orang lain berasa selesa dan senang bersahabat dengan kita.

Lakukan dengan penuh kesederhanaan, seimbang dan tidak berlebihan.

Hanya kita yang mampu untuk mengubah kehidupan kita menjadi kehidupan yang ceria dan bahagia.

Manfaatkan setiap detik waktu yang kita miliki untuk menuju kehidupan yang lebih baik, di dunia mahupun di akhirat.

Lupakan masa lalu, kerana masa hadapan yang lebih baik menanti.

Ingatlah bahawa kehidupan ini adalah perjalanan yang singkat.

Jangan pernah sia – siakan kehidupan ini untuk sebuah penderitaan yang tiada guna =)

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

19 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
keliru
keliru
4 tahun yang lalu

artikel yg sgt menarik

Kepalabutuh
Kepalabutuh
5 tahun yang lalu

Artikel sangat pening utk dibaca. Allah tak menzalimi? Kahkahkah..

Nikmat² = Allah bagi
Sakit² kronik spt kanser bla² = Siapa bagi? Kambing? Berhala?

Artikel ini sesuai utk org² yg sihat saja membacanya. Bukan utk org² yg sakit kronik.

Sayyidah Humaira
Sayyidah Humaira
5 tahun yang lalu

Artikel yg menarik!

Sayyidah Hunaira
Sayyidah Hunaira
5 tahun yang lalu

Bagus

Agus
Agus
5 tahun yang lalu

Gapang berucap seandai anda berada di posisi sy apakah ada sanggup

muslim
muslim
7 tahun yang lalu

dalam islam, jika benar beriman kita akan faham dan menolong jalan keluar, bukan hindari saudara yang diuji itu

Agus
Agus
Reply to  muslim
5 tahun yang lalu

Sy punya masalah yg buat sy rasa kan terlalu berat dan menurut sy orang lain tidak perlu tau, tapi sy tak kuat menahan beban ini sediri.. Istri sakit sakit Tan anak depresi dan sy sendiri baru kehilangan perkerjan… Sy harus bagai mana? Apakah cukup berdoa sedangkan untuk berfikir saja rasa nya sudah tidak mampu..

siti
siti
10 tahun yang lalu

Walaikumsalam nor..saya faham perasan nor kerana pe awak lalui mungkin tidak sama tapi perasaan dipermainkan sehingga mengambil maruah amat menyedihkan dan terlalu menyakit kan. Saya sendiri sedang berusaha utk bersih kan perasaan dendam dan benci kepadanya terutama skali memikir kan dia sedang gembira skrg tidak memikirkan pe yg dia telah lakukan kepada saya tetapi tidak berjaya. Seperti nor juga saya pun telah byk kali bersumpah tidak akan memaafkan nya sehingga saya mati ataupun saya berharap dia mendapat balasannya pe dia buat kat saya tapi pada masa yg sama saya tau ini salah..apakah harus saya lakukan juga?

siti
siti
10 tahun yang lalu

Salam, saya amat mengetahui sgt tentang artikel ini kerana saya selalu mencari kawan saya untuk berkongsi temtang masalah saya. Saya tahu saya harus paksa diri saya utk redha ujian Allah tapi dah 2 tahun saya masih lagi tidak dpt memaafkan org yg mempermainkan perasaan saya sehingga mengambil maruah saya dan kerjaya saya..bagaimana dan apakah harus saya lakukan. Saya selalu menangis dan memaksa diri saya utk berfikir positive tetapi kadang kala kekecewaan teramat sgt sehingga saya rasa berputus asa..apakah harus saya lakukan?

nika
nika
10 tahun yang lalu

Sy ade kwn llaki,emak dia baik jga dgn sy..kwn llki sy ni pd mulanyer dia da berjnji dgn sy,dia anggp sy g.frd dia..baru2 ni emak dia knalkn sy pd kuarga sedara mara dia…sy pn x kish la igtkn kwn llaki sy ni betul2 serius dgn sy…sy pn anggp kwn llaki sy ni da serius dgn sy,sy pn ajk jmpa abg2 sy,sy xde mak ayh ag…pd mulanye ok smuanye..tibala 1 ari ni sy ajk akk angkt sy jmpa mak dia kt uma,mmg k.org xde jnjila nk pg uma kwn llaki sy ni…akk angkt sy ni tnya dengn mak kwn llaki sy,,macamne hubungn sy dg ank dia…mak kwn llaki jwb,ade jdoh x kemane ank llaki sy surh jgn harapkn dia, kalo sy ade yg lain teruskn saje..kecewanye tak terhingaa jwban yg diberikan…sy seolah2 dipermainkn…harap tuam dpt nasihatkn sy tetnag masalah sy nie..terima kasih…nama sy harap jgn disiarkn ye

Roslynie
Roslynie
11 tahun yang lalu

Ya ALLAH…Semoga aqu redha dengan takdir Mu YA ALLAH…- amim