Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Takaful & Insurans?

Ramai yang masih keliru perbezaan Takaful & Insurans.

Keduanya berasaskan tujuan yang sama kerana konsep utamanya adalah pengurusan risiko.

Atau dalam istilah lain bermaksud memberi perlindungan ketika berlakunya kejadian buruk tidak dijangka.

Tetapi secara jelasnya takaful memberikan perlindungan berlandaskan prinsip syariah yang mengandungi unsur tabarru’ bertujuan untuk membahagikan kerugian dan mengagih liabiliti melalui sistem tabungan komuniti.

Manakala kontrak insurans juga boleh didefinisikan sebagai suatu kontrak yang dikenali sebagai “penanggung insurans berjanji untuk membayar kepada satu pihak yang lain yang dikenali sebagai pihak yang diinsuranskan akan sejumlah wang atau sesuatu yang mempunyai nilai wang apabila berlakunya sesuatu hal yang diinsuranskan

Takaful dari perkataan bahasa Arab ‘kafala’ yang bermaksud jamin.

Manakala takaful pula bermaksud saling menjamin.

Dari segi istilah, takaful bermaksud perjanjian saling menjamin satu sama lain apabila ditimpa musibah atau kerugian tertentu oleh sekumpulan peserta.

Takaful diwujudkan bagi tujuan memberikan jaminan berlandaskan syariah yang bebas dari riba, judi dan ketidakpastian.

Dalam Takaful, peserta bersetuju saling menjamin berasaskan persaudaraan, kasih sayang, dan saling membantu.

Takaful dan insurans memainkan peranan penting dalam memberikan perlindungan kewangan sekiranya perkara yang tidak diduga berlaku kepada anda.

Seperti menghidap penyakit kritikal, terlibat dalam kemalangan, mengalami kerugian harta benda ataupun kematian.

Secara amnya, takaful boleh dianggap seperti insurans versi Islamik.

Namun terdapat perbezaan pada prinsip dan kaedah bagaimana takaful beroperasi.

Takaful bukan sahaja terhad untuk orang Islam, malah ia juga terbuka kepada orang bukan Islam yang ingin melanggan dan menerima manfaat Takaful.

Perbezaan Takaful dan Insurans

Takaful

Konsep takaful adalah unik berbanding dengan insurans konvensional kerana kontrak `insurans’ dalam takaful adalah di antara para peserta sesama mereka dan sehubungan itu, masing-masing merupakan pihak yang diinsuranskan (insured) dan penanggung insurans (insurer).

Ini adalah kerana kontrak utama dalam takaful ialah kontrak tabarra’at iaitu di mana segala sumbangan atau bayaran premium adalah merupakan sumbangan derma seorang peserta kepada dana takaful untuk perlindungan bersama apabila salah seorang peserta menghadapi risiko yang telah dinyatakan dalam polisi insurans.

Di dalam sektor industri takaful, wujudnya Majlis Penasihat Syariah di peringkat organisasi yang mana ianya berfungsi sebagai badan pemantau dan penasihat pengendalian dana takaful agar ia dilaburkan di dalam sektor-sektor yang lulus syariah sahaja.

Insurans

Manakala dalam kontrak insurans konvensional berlaku antara pemegang polisi atau pihak yang diinsuranskan dan penanggung insurans (syarikat).

Kontrak insurans tidak berlaku sesama pemegang polisi.

Sebenamya, dalam insurans konvensional pihak penanggung insurans menjual polisi insurans kepada pihak yang diinsurankan.

Kontrak di sini ialah kontrak penjualan.

Penjualan kontrak ini berlaku apabila berlakunya hal perkara yang diinsuranskan di mana:

  1. Perkara yang diinsuranskan mestilah tidak pasti dari aspek sama ada ia akan berlaku atau tidak.
  2. Perkara yang diinsuranskan mestilah tidak pasti pada masa ia akan berlaku.
  3. Premium hendaklah dibayar oleh pihak yang diinsuranskan untuk memastikan polisi insurans berkuatkuasa sepanjang tempoh yang diinsuranskan. Pihak yang diinsuranskan mestilah mempunyai kepentingan yang boleh diinsuranskan terhadap nyawa atau harta benda yang diinsuranskan.

Kontrak insurans konvensional yang berasaskan kepada penjualan polisi inilah menjadi sebab utama kenapa insurans konvensional diharamkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

Fatwa bahawa amalan insurans konvensional di Malaysia adalah haram berbunyi:

Bahawa insuran nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada hari ini adalah suatu muamalat yang fasid kerana tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi akadnya. Ianya mengandungi gharar (tidak ketentuan), mengandungi unsur judi, mengandungi muamalat riba, maka hukumnya adalah haram.

Senarai Perbezaan Takaful Dan Insurans

TakafulInsurans
Akta Takaful 1984Akta Insurans 1963
Sumbangan takafulPremium insurans
Patuh SyariahTidak Patuh Syariah
Menyertai TakafulMembeli insurans
Sijil takafulPolisi insurans
Takaful keluargaInsurans hayat
Bebas dari unsur gharar dan ribaAda unsur syubhah
Konsep tolong-menolongKonsep tanggung risiko
Kontrak tabarruq atau derma ikhlasKontrak insurans konvensional (jual beli)
PengendaliPenanggung
Pelaburan Saham Yang HalalPelaburan Apa Sahaja Saham
Lembaga Pengawasan SyariahTiada
Tiada Gharar (Ketidakpastian)Gharar (Ketidakpastian)
Tiada RibaRiba

Kebaikan Memilih Takaful

Setelah membaca perbezaan insurans dan takaful di atas, anda tentu telah memiliki sedikit gambaran adanya kebaikan memilih takaful, terutama bagi orang Islam.

Takaful jelas bebas daripada sebarang unsur riba dan menjadikan ianya lebih patuh syariah.

Namun, di Malaysia malangnya hanya 15 peratus rakyat yang memilih takaful sebagai pelan perlindungan.

Syarikat takaful mengubah kepada akad kontrak derma daripada akad jual beli yang digunakan oleh syarikat insuran.

Akad kontrak derma tidak terikat syarat jual beli dan tidak memerlukan jumlah terang untuk ini dan itu semasa serah derma.

Syarikat takaful akan menggunakan beberapa akad bagi memudahkan urusan syarikat iaitu gabungan antara tabarru’ dan mudarabah serta wakalah dan tabarru.

1. Takaful Model Wakalah dan Tabarru’

Syarikat takaful dilantik untuk menguruskan wang bagi tujuan takaful apabila diperlukan.

Syarikat takaful akan mengambil sejumlah upah bagi melaksanakan tujuan dan kos operasi pengurusannya.

Selain itu, syarikat takaful juga berfungsi sebagai wakil pelaburan wang yang belum didermakan.

Apabila berjaya mendapatkan untung dari pelaburan yang telah diusahakan, syarikat akan mengambil sejumlah upah.

2. Takaful Model Tabarru’ dan Mudarabah

Takaful model ini menempatkan pencarum pada akad tabarru’ untuk meletakkan sejumlah wang.

Apabila syarikat mendapatkan keuntungan setelah ditolak segala kos pengurusan, syarikat akan memberikan sejumlah wang sebagai hadiah kepada peserta.

Perubahan akad yang mengandungi ciri jual beli ini bermasalah dari sisi syariah, berbeza dengan takaful yang menggunakan akad wakalah atau tabarru’ yang murni.

Maka, sebelum memilih takaful, anda hendaklah mencari pelan perlindungan yang betul-betul patuh syariah.

Teliti dan ambil tahu bagaimana aqad atau kontrak yang ditawarkan.

Di mana nak cari Ejen Takaful Terbaik?

Semestinya anda tidak begitu arif dengan pelan perlindungan yang sesuai untuk anda dan keluarga. Tidak perlu risau kerana laman web https://ejentakaful.com/ sedia membantu.

Kami menyenaraikan Ejen Takaful terbaik dari pelbagai syarikat dari seluruh Malaysia mengikut kawasan.

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan berkaitan pelan takaful untuk anda dan keluarga. Kami boleh bantu uruskan semuanya dengan pantas & profesional.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments