WIRID & DOA RINGKAS SELEPAS SOLAT

Wirid Ringkas Selepas Solat

Ini adalah panduan wirid & doa ringkas selepas solat.

Wirid ini adalah bacaan-bacaan yang diringkas dari al-Awrad al-Qusyasyiyyah. Doa pula adalah daripada riwayat-riwayat yang sahih. Bacaan penuh dan lengkap wirid selepas solat boleh dirujuk pada pautan ini: Wirid & Doa Selepas Solat

Hukum wirid selepas solat adalah HARUS

Nota: Penerangan mengenai al-Awrad al-Qusyasyiyyah boleh dilihat pada bahagian akhir panduan ini.

Untuk Solat Zuhur, Asar dan Isyak (dan juga solat-solat sunat), tidak mengapa membaca wirid al-Qusyasyiyyah yang ringkas seperti berikut:

1. Membaca Istighfar

Wirid Ringkas Selepas Solat - Istighfar

AsTaghFirullahal–‘Azim AllaDzi Laa IlaaHa IlLaa Huwal-Hayyul Qayyum Wa AtuuBu ILaiHi

Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Besar, tiada tuhan selain Dia, yang hidup lagi sentiasa berkuasa dan aku bertaubat kepadaNya


2. Membaca Pengakuan Tauhid

Wirid Ringkas Selepas Solat - Pengakuan Tauhid

Laa iLaaHa ilLallahu WahDahu Laa SyariKa Lahu, Lahul-Hamdu Yuhyi WaYuMiiTu WaHuwa ‘ALaa Kulli Syai-In QoDirr

Tiada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah, tiada sekutu bagiNya, bagi Allah seluruh kekuasaan dan untuk Allah segala kepujiaan. Dia menghidupkan dan mematikan, Dialah amat berkuasa atas segala sesuatu.


3. Seterusnya, Memohon Dijauhkan Azab Neraka

Wirid Ringkas Selepas Solat - Memohon dijauhkan azab neraka

AllahumMa AjirNa MinanNar

Ya Allah jauhkan aku daripada azab api neraka

Nota: Boleh ganti Ajirna (أَجِرْنَا) dengan AjirNi (أَجِرْنِى) jika solat sendirian


4. Seterusnya, Memohon Keselamatan

Wirid Ringkas Selepas Solat - Memohon Keselamatan

AllahumMa Antas-Salam, Wa Minkas-Salam, Wa iLaiKa Ya ‘UuDus-Salam, FaHayyiNa Rabbana BisSalam, Wa AdHilNal-JannaTa DaaRas-Salam, TaBaaRakTa RabbaNa Wa Ta’AaLaiTa Yaa Dzal-JalaaLi Wal Ikram.

Ya Allah Engkaulah penyelamat sejahtera, daripada Engkaulah datangnya kesejahteraan, kepada Engkaulah kembalinya kesejahteraan itu, oleh yang demikian hidupkanlah kami dengan selamat sejahtera dan masukkan kami ke syurga, negara yang aman sejahtera, bertambah-tambah berkatMu Ya Allah Tuhan kami dan Maha Tinggi, ya Allah yang empunya segala kebesaran dan kemuliaan.


5. Seterusnya, Membaca Ta’awuz

Wirid Ringkas Selepas Solat - Ta'awuz

Aa-‘UuDzu Billahi Minasy-SyaiThonir-Rojim

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam


6. Seterusnya Membaca Al-Fatihah

Wirid Ringkas Selepas Solat - Al Fatihah

Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm. Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Ar-Raḥmānir-Raḥīm. Māliki Yaumid-Dīn. Iyyāka Na‘Budu Wa Iyyāka Nasta‘Īn. Ihdinaṣ-Ṣirāṭal-Mustaqīm. Ṣirāṭallażīna An‘Amta ‘Alaihim, Gairil-Magḍūbi ‘Alaihim Wa Laḍ-Ḍāllīn

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


7. Seterusnya Membaca Ayat Kursi

Wirid Ringkas Selepas Solat - Ayat Kursi Al Baqarah 255

allāhu lā ilāha illā huw, al-ḥayyul-qayyūm, lā ta’khużuhū sinatuw wa lā naum, lahū mā fis-samāwāti wa mā fil-arḍ, man żallażī yasyfa‘u ‘indahū illā bi’iżnih, ya‘lamu mā baina aidīhim wa mā khalfahum, wa lā yuḥīṭūna bisyai’im min ‘ilmihī illā bimā syā’, wasi‘a kursiyyuhus-samāwāti wal-arḍ, wa lā ya’ūduhū ḥifẓuhumā, wa huwal-‘aliyyul-‘aẓīm

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi, dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Lihat kelebihan Ayat Kursi pada pautan ini


8. Seterusnya Membaca al-Ikhlas

Qul huwallāhu aḥad. Allāhuṣ-ṣamad. Lam yalid wa lam yūlad. Wa lam yakul lahū kufuwan aḥad.

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa, Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan, Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.


9. Seterusnya Membaca al-Falaq

qul a‘ūżu birabbil-falaq. min syarri mā khalaq. wa min syarri gāsiqin iżā waqab. wa min syarrin-naffāṡāti fil-‘uqad. wa min syarri ḥāsidin iżā ḥasad

Katakanlah (wahai Muhammad), “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan, Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk, Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan), Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.


10. Seterusnya Membaca an-Nas

qul a‘ūżu birabbin-nās. malikin-nās. ilāhin-nās. min syarril-waswāsil-khannās. allażī yuwaswisu fī ṣudūrin-nās. minal jinnati wan-nās

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.


11.

AllahumMa Aa-‘inNaa ‘ALaa DzikRiKa Wa HusNi ‘IbaaDaaTik

Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepadaMu dan memperelokkan ibadah kami terhadapMu


12. Membaca Tasbih “SubHaaNallah”

iLaaHii Yaa Rabbi — SubHaaNallah

Ya Allah Ya Tuhanku — Maha Suci Allah


13. Membaca SubhaaNallah 33 Kali

SubHaaNallah (33 Kali)

Maha Suci Allah


14. Membaca Tahmid

SubHaaNallahi Wa BiHamDiHi Daa Imann AbaDaa — Alhamdulillah

Maha Suci Allah, aku bertasbih sambil memuji-muji kekal sentiasa selama-lamanya — segala pujian hanya bagi Allah


15. Membaca Alhamdulillah Sebanyak 33 Kali

Alhamdulillah (33 Kali)

Segala pujian hanya bagi Allah


16. Membaca Takbir

Alhamdulillahi Rabbil-‘AaLaMin ‘Alaa Kulli HaaLin Wa Ni’Matin — Allahu Akbar

Segala pujian hanya bagi Allah, Tuhan pentadbir sekalian alam, mana-mana juga keadaan dan nikmat pengurniaanNya — Allah Maha Besar


17. Membaca Allahu Akbar Sebanyak 33 Kali

Allahu Akbar (33 Kali)

Allah Maha Besar


18. Membaca Pelengkap Tasbih, Tahmid dan Takbir

Allahu Akbar KabiiRaw WalhamDulillahi KaTsiRaw WaSubHaaNallahi BukRataw Wa ASiiLaa

Allah Maha Besar, sungguh Maha Besar dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya dan Maha Suci Allah pada waktu pagi dan petang.


19.

Laa iLaaHa ilLallahu WahDaHu Laa SyariiKa LaHu, LaHul-Mulku WaLahul-Hamdu YuhYi Wa YumiiTu WaHuWa ‘ALaa Kulli Syai-in Qadir

Tiada Tuhan melainkan Allah, Yang Esa dan tiada sekutu bagiNya. Baginya Segala kekuasaan dan bagiNya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.


20.

WaLaa HawLa Walaa QuwWaTa ilLaa Billahil-‘Aliyyil ‘Azim

Dan tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung


21.

[buat pembetulan text arab]

AllahumMa Laa MaaNi’A LiMaa A’Thoit, Wa Laa Mu’ThiYa LiMaa MaNa’Ta WaLaa RadDa LiMaa QoDhoit, Wa Laa YanFa’U DzaalJaddi MinKal Jadd

Ya Allah, Wahai Tuhan kami, tidak ada sesiapa pun yang boleh menghalang apa yang Engkau kurniakan, dan tidak ada sesiapa pun yang boleh memberi apa yang Engkau halangkan, dan tidak ada sesiapa pun yang boleh menolak apa yang Engkau putuskan dan tidak memberi manfaat kemuliaan kepada pemiliknya, daripadaMu (datangnya) segala kemuliaan.


22.

WaQooLa RobbukuMud-‘UuNii AsTajib Lakum

Dan Allah berfirman: Berdoalah kepadaKu nescaya Aku akan menerimanya daripada kamu


22. Selesai Wirid dan Boleh Mula Berdoa

Doa dimulakan dengan puji-pujian ke atasNya, selawat dan salam ke atas Nabi Muhamad SAW, keluarga dan sahabat Baginda.

Doa-doa selepas solat boleh dirujuk pada panduan ini: DOA SELEPAS SOLAT

Doa Ringkas Selepas Solat

Jika anda kesuntukan masa untuk berwirid dan doa, sekurang-kurangnya anda boleh membaca salah satu doa ringkas selepas solat seperti di bawah ini:

1. Dipetik daripada Sunan Abu Daud daripada Muslim bin al-Haris at-Tamimi, salah seorang sahabat r.a berkata, Rasulullah SAW berbisik-bisik kepadanya, katanya:

Selepas Solat Maghrib, bacalah:

doa ringkas maghrib

  Allahumma Ajirnii Minan-nar (7 kali) 

Maksudnya:

“Ya Allah, lindungilah aku daripada api neraka” sebanyak 7 kali. Sesungguhnya apabila engkau mengucapkannya kemudian engkau mati malam itu, engkau pasti dilindungi daripada neraka. Dan ucapkan juga selepas solat subuh. Sesungguhnya jika engkau mengucapkan kemudian engkau mati pada hari itu, engkau pasti dilindungi daripada neraka (Riwayat Abu Daud)


2. Dalam kitab Ibnu Sunni, Ummu Salamah r.a berkata, selepas Rasulullah SAW Solat Maghrib, Baginda masuk ke rumah kemudian solat dua rakaat dan membaca:

doa ringkas

  Ya Muqollibal-Qulub, Tsabit Quluubana ‘Ala Diinik  

Maksudnya:

Wahai Zat yang membalik-balikkan hati dan penglihatan, tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu.


3. Dalam kitab at-Tirmizi, Amarah bin Syabib berkata, Rasulullah SAW bersabda:

doa ringkas maghrib 3

  Laa Ilaha Illallahu Wahdahu Laa SyariiKalah, Lahul-Mulku Walahul-Hamdu, Yuhyi Wayumitu Wahuwa ‘Ala Kulli Syai’in Qodir (10 kali)  

Maksudnya:

Siapa yang membaca, “Tiada tuhan yang patut disembah selain Allah semata yang tiada sekutu bagiNya. MilikNya segala kerajaan dan bagiNya segala pujian. Dia Maha Menghidupkan lagi Maha Mematikan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu” sebanyak 10 kali selepas Maghrib, pasti Allah akan mengirimkan sepasukan malaikat bersenjata yang menjaganya daripada syaitan sehingga pagi hari, Allah akan memberikan 10 pahala yang menghantarnya ke syurga, menghapuskan 10 dosa yang mencelakakannya, dan bacaan itu sama nilainya dengan memerdekakan 10 orang hamba mukmin.


4. Doa ringkas selepas solat untuk meminta perlindungan Allah & Dipermudahkan Urusan Setiap Masa

 Yaa Hayyu Yaa Qayyum bi Rahmatika astagheeth, Aslih-Lee Sha’nii Kullahu, Wa Laa Takilnii iLaa Nafsi Tarfata ‘Aynin  

Maksudnya:

Tuhan yang Selamanya Hidup, Tuhan Yang Abadi, Dengan belas kasihanMu, aku meminta perlindungan, permudahkanlah semua urusanku dan jangan tinggalkan aku sendiri walaupun hanya sekelip mata.

Wirid al-Awrad al-Qusyasyiyyah merujuk kepada Syaikh Ahmad al-Qusyasyi yang menyusunnya. Beliau tinggal di Madinah.

Wirid ini juga dikenali dengan al-Awrad al-Madaniyyah kerana ia diamalkan Madinah pada suatu ketika dahulu.

Wirid-wirid ini boleh dirujuk di dalam kitab:

  1. Hidayah as-Salikin fi Suluk Maslak al-Muttaqin, karangan Syaikh Abdus Samad al-Falimbangi (ditahkik oleh Syeikh Ahmad Fahmi bin Zamzam al-Banjari)
  2. Kitab Bekalan Akhirat, karangan Syaikhuna Ahmad Fahmi bin Zamzam al-Banjari

Semoga panduan ini memberi kemudahan kepada anda untuk beramal dan beribadah kepada Allah.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

3 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Azir Zam
Azir Zam
1 bulan yang lalu

Setiap kali tahajjud saya akan buka website ni

hamba allah
hamba allah
2 bulan yang lalu

terima kasih tuan atas perkongsian ilmunya.. banyak kali sy rujuk website tuan. semoga pahala tuan terus mengalir tanpa henti. amin