Takbiratul Ihram (Siri Panduan Solat Sempurna)

Bagaimana takbiratul ihram yang sempurna?

Panduan ini akan menerangkan secara lengkap bab berkaitan takbiratul ihram yang betul dan tepat dalam solat.

Apa yang menarik:

Saya juga menyediakan bahagian soal jawab masalah lazim berkaitan berdiri tegak dalam solat.

Pengenalan Panduan Siri Solat Sempurna

Ini adalah bab 2 dari siri panduan solat sempurna.

Untuk bab ini, saya akan menerangkan mengenai rukun solat berkaitan takbiratul ihram dalam solat secara spesifik.

Matlamat panduan ini adalah agar kita semua tahu dan faham mengenai rukun berdiri secara sempurna seterusnya ibadah kita menjadi lebih baik.

Mari kita mulakan..

Memahami Takbiratul Ihram

Bilakah takbiratul ihram dilakukan?

Setelah melafazkan niat solat, bertakbirlah dengan takbiratul ihram, iaitu melafazkan atau menyebutkan “Allahu Akbar”

Takbiratul Ihram adalah satu rukun solat (Rukun Kedua)

Mengapa ia dipanggil takbiratul ihram?

Ia dinamakan takbiratul ihram kerana setelah takbir itu, ia mengharamkan ke atas seseorang daripada melakukan apa-apa yang dihalalkan kepadanya sebelum itu, termasuklah makan, minum, bercakap dan lain-lain perkara.

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis Al-Musi’ Solatuh (iaitu Rasulullah SAW mengajar seorang sahabat yang tidak sempurna solatnya):

Ketika kamu ingin mendirikan solat, maka bertakbirlah

— Riwayat Bukhari, Muslim dan Ashhab as-Sunan

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis lain:

Pembuka solat ialah kebersihan, dan yang mengharamkannya adalah takbiratul ihram dan yang menghalalkannya adalah salam

— Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi

Bacaan Takbiratul Ihram

Bacaan takbiratul ihram adalah mesti seperti lafaz berikut:

Ψ§ΩŽΩ„Ω„Ω‘Ω°Ω‡Ω Ψ£ΩŽΩƒΩ’Ψ¨ΩŽΨ±Ω

 Allahuakbar 

Allah Maha Besar

Syarat Sah Takbiratul Ihram

1. Hendaklah dibaca ketika berdiri jika solat fardu.

Tidak sah takbir itu sekiranya dilafazkan ketika belum sempurna berdiri ataupun ketika melangkah ke saf.


2. Mengucapkan dengan niat melaksanakan rukun solat.

Niat solat hendaklah disertakan bersama dengan takbir ini.

Tidak sah solat sekiranya berniat terlebih dahulu sebelum takbir, ataupun selepas takbir.


3. Hendaklah dibaca dengan bahasa Arab jika mampu.

Sekiranya tidak mampu kerana jahil, harus menggunakan bahasa lain.


4. Hendaklah dibaca dengan lafaz Jalalah “Allah” Ψ§ΩŽΩ„Ω„Ω‘Ω°Ω‡


5. Hendaklah dibaca dengan lafaz “Akbar” (Ψ£ΩŽΩƒΩ’Ψ¨ΩŽΨ±Ω).

Mengucapkan Ψ§ΩŽΩ„Ψ±Ω‘ΩŽΨ­Ω’Ω…ΩŽΩ†Ω Ψ£ΩŽΩƒΩ’Ψ¨ΩŽΨ±Ω atau Ψ§ΩŽΩ„Ω„Ω‘Ω°Ω‡Ω Ψ£ΩŽΨΉΩ’ΨΈΩŽΩ…Ω atau Ψ§ΩŽΩ„Ω„Ω‘Ω°Ω‡Ω ΩƒΩŽΨ¨ΩΩŠΨ±Ω membatalkan solat.


6. Tertib antara 2 lafaz itu iaitu “Allah” dahulu, kemudian “Akbar”


7. Tidak memanjangkan bacaan pada huruf Hamzah ( Ψ£ ) dalam kalimah “Allah” Ψ£Ω„Ω„Ω‘Ω°Ω‡ seperti ﺁللّٰه Ψ£ΩŽΩƒΩ’Ψ¨ΩŽΨ±Ω


8. Tidak memanjangkan bacaan pada Huruf Ba’ ( Ψ¨ ) dalam kalimah “Akbar” Ψ£ΩƒΨ¨Ψ± seperti Ψ§ΩŽΩ„Ω„Ω‘Ω°Ω‡Ω Ψ£ΩŽΩƒΩ’Ψ¨ΩŽΨ§Ψ±Ω

keterangan:

Jika dibaca Ψ£ΩŽΩƒΩ’Ψ¨ΩŽΨ§Ψ±ΩŒ ia adalah jamak bagi ΩƒΩŽΨ¨ΩŽΨ±ΩŒ yang bermaksud gendang besar.

Jika dibaca Ψ₯ΩΩƒΩ’Ψ¨ΩŽΨ§Ψ±ΩŒ ia adalah nama lain bagi haid. Orang yang mengucapkan Ψ₯ΩΩƒΩ’Ψ¨ΩŽΨ§Ψ±ΩŒ secara sengaja boleh menjadi kafir.


9. Tidak membaca tasydid (sabdu) pada huruf Ba’ ( Ψ¨ ) dalam kalimah “Akbar” Ψ£ΩƒΨ¨Ψ± seperti Ψ£ΩŽΩƒΩŽΨ¨ΩŽΩ‘Ψ±Ω


10. Tidak menambah huruf waw sama da ia mati ( umpamanya ΩˆΩ’ ) atau berbaris (umpamanya وَ ) di antara lafaz “Allah” dan “Akbar” seperti Ψ§ΩŽΩ„Ω„Ω‘Ω°Ω‡ΩΩˆ Ψ£ΩŽΩƒΩ’Ψ¨ΩŽΨ±Ω atau Ψ§ΩŽΩ„Ω„Ω‘Ω°Ω‡ ΩˆΩŽΨ£ΩŽΩƒΩ’Ψ¨ΩŽΨ±Ω


11. Tidak menambah huruf waw sebelum Jalalah “Allah” Ψ§ΩŽΩ„Ω„Ω‘Ω°Ω‡ seperti ΩˆΩŽΨ§Ω„Ω„Ω‘Ω°Ω‡


12. Tidak berhenti ketika membaca lafaz “Allah” dan “Akbar” dengan berhenti yang panjang atau pendek (iaitu dengan maksud memutuskan bacaan).


13. Hendaklah orang yang membacanya mendengar sendiri semua huruf dalam takbiratul ihram.

Jangan terlalu perlahan dan jangan pula terlalu kuat sehingga mengganggu orang lain.


14. Membacanya ketika waktu untuk solat yang ada waktu telah masuk.


15. Membaca dalam keadaan mengadap kiblat.


16. Tidak merosak (atau mengubah) satu huruf pun daripada huruf-huruf dalam takbiratul ihram.


17. Makmum hendaklah bertakbiratul ihram selepas takbiratul ihram imam.

Jika makmum mengikut sama mana-mana bahagian takbiratul ihram imam, tidak sah takbiratul ihram makmum itu.

Mengangkat Kedua-dua Tangan Ketika Takbiratul Ihram

Hukumnya sunat hai’ah

Caranya adalah tapak tangan selari dengan bahu dan hujung anak jari selari dengan cupin telinga sebelah bawah.

Kemudian turunkan kedua-duanya dan letakkan di bawah dada dengan menggenggamkan tapak tangan kanan ke atas pergelangan tangan kiri.

Hadis Malik bin al-Huwairith berkata:

Sesungguhnya Nabi SAW apabila bertakbir, Baginda mengangkatkan kedua-dua tangannya sehingga selari dengan kedua-dua telinganya.

— Riwayat Muslim

Mengembangkan Anak-Anak Jari Ketika Takbiratul Ihram

Hadis menyebutkan:

Adalah Nabi SAW mengangkat kedua-dua tangannya dengan membuka jari-jari lurus ke atas, tidak merenggangkan (menjarakkan) jari-jarinya dan tidak pula menggenggamnya

— Riwayat Abu Dawud, Ibnu Khuzaimah, Tirmizi dan al-Hakim

Keadaan Jari-Jari Tangan Semasa Solat

Perlakuan SolatKeadaan Jari Tangan
1. Takbiratul Ihram, rukuk, bangkit daripada rukuk & bangkit daripada tahiyat awal.Dibuka, direnggangkan tanpa berlebihan dan tidak dirapatkan.
2. RukukDirenggangkan
3. SujudDirapatkan dan diletakkan di atas kedua-dua paha
4. Duduk di antara dua sujudDirapatkan dan diletakkan di atas kedua-dua paha.
5. TasyahhudDirapatkan jari-jemari kecuali al-Musabbihah atau asy-Syahid (jari telunjuk) dan ibu jari, tangan kiri diletakkan atas paha kiri dengan dirapatkan jari-jemari sambil dihadapkan ke kiblat.

Meletakkan Kedua-dua Tangan di Bawah Dada dan Di Atas Pusat

Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah daripada Wa’il bin Hujr; beliau berkata:

Aku telah bersolat bersama Rasulullah SAW dan Baginda meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya di bawah dadanya

— Terjemahan di bawah ini adalah terjemahan daripada Syaikh Abdul Qadir al-Mandili di dalam kitabnya Anak Kunci Syurga, ms. 47
— Lihat Shahih Ibnu Khuzaimah, 1/243 dan Nail al-Author, 1/204. Diriwayatkan juga oleh Ahmad dan dinilai Hasan oleh Tirmizi.

Tangan Kanan Memegang Pergelangan Tangan Kiri

Hukumnya adalah sunat hai’ah

Dalil tangan kanan memegang pergelangan tangan kiri adalah:

Rasulullah SAW bersabda:

Adalah Nabi SAW meletakkan tangan kanan atas punggung telapak tangan kiri dan pergelangan tangan dan lengan kiri.

— Riwayat Abu Dawud, an-Nasa’i dan Ibnu Khuzaimah

Pendapat Muktamad
Kedudukan tangan adalah berbeza mengikut mazhab.

Pendapat muktamad dalam mazhab Syafie adalah kedua-dua tangan diletakkan di bawah dada, di atas pusat.

Di dalam Syarh al-Muhazzab dan Syarh al-Wasith disebutkan bahawa pendapat muktamad yang dipegang dalam mazhab syafie adalah tangan kanan yang menggenggam tangan kiri diturunkan ke bawah dada serentak selesai menyebut takbiratul ihram.

Pendapat ini juga dirajihkan oleh Imam Nawawi dalam Tanqih, Tuhqiq dan Majmu’

Ini juga pendapat al-Imam al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari.

Membaca Doa Iftitah Selepas Takbiratul Ihram

Hukum bacaan doa iftitah adalah Sunat Hai’ah

doa iftitah
Doa Iftitah

Dalil bacaan iftitah adalah hadis daripada Ali bin Abi Tholib, beliau berkata:

Bahawasanya apabila Baginda berdiri untuk solat, Baginda membaca (mafhumnya), ‘Aku menghadap mukaku kepada Tuhan yang telah menjadikan langit dan bumi, selurus-lurusnya sebagai seorang Islam dan bukanlah aku daripada orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam. Tidak ada sekutu bagiNya. Dan kerana itu aku disuruh (mengerjakan perintah) dan aku adalah daripada golongan orang-orang Islam

— Riwayat Muslim

Soal Jawab Berkaitan Takbiratul Ihram

1. Mengapakah Takbiratul Ihram dianggap sebagai rukun solat sedangkan takbir yang lain bukan rukun?

Takbiratul ihram adalah salah satu daripada rukun solat, bererti tidak sah solat sekiranya meninggalkan takbiratul ihram.

Takbir ini tidak sama dengan takbir ketika berpindah antara satu rukun kepada rukun yang lain yang hukumnya sunat.

Takbiratul ihram adalah pembuka solat.

Sudah tentu solat tidak boleh dimulakan sekiranya tiada takbiratul ihram

Ini berdasarkan Ali bin Abu Thalib melaporkan bahawa Rasulullah bersabda:

Kunci solat adalah bersuci. Permulaannya adalah takbir dan penyudahnya adalah salam

— Direkod oleh Abu Daud dalam kitab Sunan Abi Daud pada bab Solat; Imam berhadas selepas mengangkat kepala pada rakaat terakhir

2. Bolehkah mengucapkan takbir dalam bahasa selain Arab sekiranya memang tidak pandai menyebutnya?

Sekiranya seorang itu tidak pandai menyebutnya, hendaklah dia menyebut takbir ini dalam sebarang bahasa yang diketahuinya.

Tetapi dia wajib mempelajarinya sekiranya mampu.


3. Jika saya lupa bertakbiratul ihram, adakah saya perlu ulang semula solat?

Takbiratul ihram adalah rukun penting yang menjadi permulaan solat.

Tidak sah solat tanpa dimulakan dengan takbiratul ihram.

Jika kita terlupa untuk melakukannya dalam solat, maka wajib untuk ulang kembali solat.


4. Bagaimana orang bisu mengucapkan takbir?

Sekiranya seorang itu tidak dapat menuturkan lafaz takbir misalnya kerana bisu, harus dia menggerakkan lidah dan bibirnya seperti orang bertakbir walaupun tanpa sebarang suara.

Andainya tidak boleh juga, dia perlu meniatkan dalam hati.


5. Jika terlewat dalam solat jemaah, bolehkah menyebut takbiratul ihram ketika masih berlari-lari anak untuk mendapatkan saf? Adakah sah takbir seperti itu?

Antara syarat sah takbiratul ihram adalah ketika melafazkan takbir perlu berada dalam keadaan berdiri.

Tidak sah takbir sekiranya dilafazkan ketika belum sempurna berdiri ataupun ketika sedang melangkah ke saf.


6. Adakah sah solat sekiranya seorang itu tidak mengeluarkan suara ketika takbiratul ihram ataupun hanya menggerakkan bibirnya tetapi tidak mengeluarkan suara?

Sebagaimana rukun qauli (lisan) yang lain, takbiratul ihram juga disyaratkan untuk dilafazkan.

Tidak memadai dengan hanya menggerakkan bibir ataupun dengan berbisik.

Solat yang dilakukan tanpa melafazkan takbiratul ihram dianggap tidak sah.

Menjadi kewajipan untuk setiap orang Islam bagi mempelajari semua ilmu fardu ain ini.


7. Bolehkah melafazkan Takbiratul Ihram dengan kuat?

Takbiratul ihram adalah rukun qauli solat yang wajib dilafazkan.

Sarjana feqah menganggarkan lafaz itu sekadar boleh didengar sendiri oleh orang yang melafazkannya.

Dengan syarat, pendengaran normal.

Tidak memadai lafaz yang begitu perlahan sehingga dia sendiri tidak mendengarnya ataupun begitu kuat sehingga mengganggu orang lain.


8. Adakah mengangkat dua tangan ketika takbiratul ihram juga termasuk dalam syarat sah takbiratul ihram atau sebagai rukun solat?

cara takbir
Lelaki: Tangan diangkat hingga pergelangan tangan setentang dengan bahu dan hujung ibu jari mencecah ke paras bawah telinga. Siku dan tangan perlu direnggangkan dari badan

Mengangkat kedua tangan ketika takbiratul ihram tidak termasuk dalam syarat atau rukun solat.

Tetapi dianjurkan bagi mengangkat tangan serentak dengan lafaz takbir kerana ia dianggap sebagai sunat haiah.


9. Sekiranya seorang makmum berniat untuk solat sendiri ketika takbiratul ihram, kemudian selepas itu berniat pula mengikut imam. Adakah sah solatnya dan adakah dia mendapat kelebihan solat berjemaah?

Solatnya sah, kerana berniat berjemaah ketika takbiratul ihram adalah sunat bukan wajib.

Tetapi dia tidak mendapat pahala berjemaah kerana sengaja berniat solat bersendirian pada mulanya.


10. Saya tersalah berniat solat sendiri ketika Solat Jumaat. Bolehkah saya ubah niat kepada jemaah selepas takbiratul ihram?

Tidak sah Solat Jumaat yang dilakukan sendirian kerana Solat Jemaat difardukan berjemaah.

Anda perlu bertakbiratul ihram semula dengan niat solat berjemaah.


11. Berdasarkan keterangan, niat solat hendaklah disertakan dengan takbiratul ihram, tidak boleh lebih awal ataupun terkemudian. Saya sangat keliru bagaimana hendak bertakbiratul ihram dan berniat serentak?

Untuk memudahkan pemahaman, mari kita guna analogi.

Cuba bayangkan kita makan nasi.

Ketika kita menyuapkan tangan yang dipenuhi nasi ke dalam mulut bererti kita kita sudah pun berniat untuk makan.

Begitulah juga dengan solat.

Apabila kita berdiri menghadap arah kiblat dengan pakaian dan tubuh yang bersih dan menutup aurat, maka secara automatiknya kita sudah berniat untuk solat.

Kemudia kita juga mengetahui solat apa yang hendak dikerjakan dan bilangan rakaatnya.

Lalu kita bertakbiratul ihram bagi memulakan solat. Ketika itu, niat untuk solat sudah pun berlaku.

Pemikiran melampau memikirkan bagaimana itu dan ini dalam ibadah sebaiknya dihindari.

Ia hanya menyebabkan rasa was-was dalam ibadah dan mungkin juga menyebabkan rasa sangsi terhadap akidah.


12. Dalam solat berjemaah, imam mengulagi takbiratul ihram kali ke-2 (kerana was-was), adakah makmum wajib ikut ulang?

Sekiranya makmum berada jauh dari imam dan tidak mengetahui tentang takbiratul ihram yang kedua itu (dan meneruskan solat seperti biasa), maka solat mereka tetap sah.

Untuk makmum yang mengetahuinya, wajib mengulangi takbir.

Sekiranya mereka meneruskan solat, tidak sah solat itu.

Jawapan ini berdasarkan fatwa Dato’ Haji Mohamad Shukri Bin Muhamad, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, 1993

Rujukan

Rujukan panduan ini adalah:

  1. Praktikal Solat Sempurna,Β Ustaz Muhadir Haji Joll
  2. Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat,Β Ustaz Rohidzir Rais
  3. Ensiklopedia Solat A-Z Tentang Solat,Β Dr. Nik Yusri Musa
  4. Indahnya Hidup Bersyariat, Modul Fardu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat Sepanjang Hayat,Β Dato’ Ismail KamusΒ danΒ Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid.

Penutup

Semoga panduan ini memberi manfaat kepada anda semua dalam meningkatkan kualiti solat.

Jika ada sebarang persoalan berkaitan topik ini, bolehlah nyatakan hal tersebut pada ruangan di bawah.

Photo of author

Muhamad Naim

Bertugas sebagai pendidik dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Telah menubuhkan dan menulis di web akuislam.com semenjak tahun 2010. Saya berharap laman web ini memberi manfaat kepada anda semua. Semoga Allah redha.

Suka Apa Yang Anda Baca?

Daftarkan nama dan email anda untuk mendapatkan panduan dan perkongsian berkualiti terus ke inbox anda secara PERCUMA!







Privasi anda adalah keutamaan kami. Kami tidak bertolak ansur dengan spam dan kebocoran maklumat kepada pihak ketiga.

Tinggalkan Komen Anda..

DAFTAR NOTIFIKASI DI SINI..
Maklumkan saya jika terdapat:
guest

11 Comments
Komen Terbaru
Komen Terdahulu Paling disukai
Inline Feedbacks
View all comments
Taher
Taher
21 hari yang lalu

Bagaimana ketika takbiratul ihram, lafaz akbar tu mcm tersangkut bunyi rrrrr….kita sebut akbar, tp sebab tiada gigi atau airliur kering, tak bunyi rrrr tu…mcm mn? Sah?

Taher
Taher
Reply to  Muhamad Naim
20 hari yang lalu

Syukran jaziilan.

Salahuddin Saleh
Salahuddin Saleh
11 bulan yang lalu

assalamuaikium
rasanya ada kesilapan di no.3 ….
Keadaan Jari-Jari Tangan Semasa SolatPerlakuan SolatKeadaan Jari Tangan

3. Sujud – Dirapatkan dan diletakkan di atas kedua-dua paha

Hi
Hi
1 tahun yang lalu

Tidak berhenti ketika membaca lafaz β€œAllah” dan β€œAkbar” dengan berhenti yang panjang atau pendek (iaitu dengan maksud memutuskan bacaan). Apa maksud ini

Penggigit sunnah
Penggigit sunnah
2 tahun yang lalu

No 2 salah! Rukun solat bersiri tegak, niat, takbir…mana ada niat bersama takbir. Niat sebelum takbir sbb AllahuAkbar tu pun kena faham maksud..mustahil faham maksud selari dgn niat masa takbir tu.Sila bagi dalil yg menyokong hujjah no 2. Terutamanya dr kitab AsSyafie dan hadis2 sahih..

FAIROLIZAM BIN SULHI
FAIROLIZAM BIN SULHI
2 tahun yang lalu

Assalamualaikum. Apakah hukum berniat solat dalam hati serentak dengan takbiratul ihram?

Hani
Hani
2 tahun yang lalu

Boleh tak kalau memutuskan bacaan sebab tak cukup nafas untuk berniat.

Amir
Amir
2 tahun yang lalu

Ayat awal tu bagitau takbir selepas niat.. Tapi perenggan bawah tu pula bagitau niat tak boleh sebelum atau selepas takbir.. Confuse.